Anak Sungai Derhaka |
- Kes Anak Nazri : Polis terkejut lihat rakaman pengawal usia 50 tahun dibelasah..
- Najib jadi Menteri Wanita?
- Amaran dari Ketua Wira PERKASA kepada Pak Samad Said..
- Video: PERKASA nak tunjuk ganas di Majlis PKR.. tapi dihalau balik..
- Janji ditepati?.. Najib Bohong Lagi...
Kes Anak Nazri : Polis terkejut lihat rakaman pengawal usia 50 tahun dibelasah.. Posted: 07 Apr 2012 07:56 AM PDT Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields. Rakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber. Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai. Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu. Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya. ****************************************** Cops get CCTV clip of Nazri's son's affray incident Brickfieldspolice have in their possession the closed-circuit television recording of the"affray" involving the son of a cabinet minister, his bodyguard and asecurity guard supervisor at a posh condominium in Kuala Lumpur last month. Sources revealed that the CCTV recording involving Mohamad Nedim ,a son of Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz, Nedim'sbodyguard and the security supervisor was now in the possession of theinvestigating officer. People familiar with the matter also confirmed with Malaysiakini thatthe case was still being investigated despite earlier claims by the BrickfieldsOCPD (Officer in Charge of Police District) that it had been wrapped up. Sources familiar with the incident said the police were surprised to find inthe video footage that "more than two persons", including Nedim, wereinvolved in holding and assaulting the 50-year-old security supervisor. This may create complications in the police's classification of the case as aminor offence - 'causing affray' under section 160 of the Penal Code. Under this section, anyone found guilty faces a punishment of up to six months'jail or a fine of RM1,000, or both. Malaysiakini reported on March 23 that the security supervisor of thehigh-end condominium in Mont Kiara was assaulted by Nedim and his bodyguard. Nedim drove a Porsche sports car to the condominium, followed by a luxury MPVdriven by his bodyguard. The bodyguard alighted from his car to have personal particulars recorded onbehalf of both drivers, but the condominium guards insisted that they did soseparately. An argument ensued, resulting in the supervisor being called in to mediate. Argument and fracas at condo entrance The bodyguard claimed that the person in the Porsche was a 'Tengku' (a memberof the royalty), but the supervisor explained that condo management requiredthe registration of drivers of all vehicles entering the compound. This resulted in the VIP's son alighting from his Porsche, while the bodyguardand his friends assaulted the 50-year-old security supervisor, according tosources who had viewed the video footage. It is learnt that Nazri's son alsostruck the supervisor. A police report was subsequently made by the supervisor, who was slightlyinjured during the altercation. Mohamad Nedim's bodyguard had lodged a counter police report alleging that thesecurity supervisor was rude and started the fracas. A day after Malaysiakini reported the incident, Brickfields OCPD WanAbdul Bari Wan Abdul Khalid denied that Nazri'sson was involved in the fist-fight, with The Star quoting him as sayingthat the case involved just the bodyguard and a security guard. Wan Abdul Bari also said then that the police have already completed theirprobe into the matter and that the investigation papers were sent to theAttorney-General's Chambers on whether charges would be laid. PKR vice-president N Surendran and Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin had urged the police to conduct an independentand impartial investigation into the case. Shamsul Iskandar went further to claim that Nedim was also allegedly involvedin an incident resulting in the death of a young man, Darren Kang, in 2004. Puchong MP Gobind Singh Deo has also called on Nazri to cease issuing anystatement on matters pertaining to the law, especially if it involved theattorney-general or the AG's Chambers. "It could be interpreted as a clear case of conflict," said Gobind,who is DAP legal bureau chairperson. Malaysiakini |
Posted: 07 Apr 2012 05:07 AM PDT Perdana Menteri dia.. Menteri Kewangan pun dia juga.. ni ditambah lagi dengan Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pula.. Dalam UMNO dah tak ada Melayu yang berkebolehan ke Najib Atau sebagai proksi Rosmah saja kot? Najib pangku jawatan menteri wanita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini bahawa beliau akan memangku jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya. Najib mengumumkan perkara itu pada satu majlis di Temerloh, Pahang hari ini, lapor Bernama. Pengumuman itu sekali gus menghentikan spekulasi berhubung pengganti ke jawatan itu apabila ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah sebelum ini diwar-warkan mengisinya ekoran lantikannya sebagai senator baru. Raja Ropiaah bagaimanapun sejak awal menyifatkan perkara itu "cakap-cakap orang" yang dibuat kerana beliau satu-satunya pemimpin baru dilantik sebagai senator. Ia juga atas anggapan bahawa kerusi kementerian itu sebagai 'kuota' untuk Wanita Umno. "Orang buat cerita... Jangan buat cerita yang tidak betul. Orang boleh cakap macam-macam," katanya ketika dihubungi Malaysikini semalam. "Kalau dilantik menjadi Senator Isnin ini, saya akan menjalankan kerja-kerja sebagai senator dengan baik. Dan saya tak mahu cakap lebih daripada itu." Raja Ropiaah antara pemimpin Wanita negeri yang terkedepan mempertahankan Shahrizat selepas bosnya itu didesak supaya turut melepaskan jawatan ketua Wanita oleh naib ketua Datuk Kamilia Ibrahim. Sebelum ini, sumber pergerakan itu memberitahu, berdasarkan pertemuan exco dan ketua-ketua Wanita Umno negeri selepas Shahrizat memutuskan berundur, ramai mahukan Najib atau timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku kementerian itu. Malaysiakini |
Amaran dari Ketua Wira PERKASA kepada Pak Samad Said.. Posted: 07 Apr 2012 01:43 AM PDT Kalau semalam Ketua Wira PERKASA telah memberikan amaran buat seluruh ummat Islam agar jangan menyertai BERSIH 3.0.. hari ini beliau memberikan amaran kepada Pak Samad Said pula.. Perasan sungguh Ketua Wira PERKASA ni.. apa dia rasa diri dia itu cukup dihormati atau amat ditakuti oleh rakyat Malaysia agaknya.. Dia berikan amaran tapi dia tak bagitahu tindakan yang kana dia ambil jika amarannya itu dilanggar.. mungkin jika amarannya itu dilanggar beliau akan menghimpunkan Ahli PERKASA di taman bunga sekali lagi kot.. Jangan jadi pengkhianat seperti Ambiga, kata Perkasa kepada Pak Samad KUALA LUMPUR, 7 April — Sayap pemuda Perkasa mendakwa pemimpin Bersih 2.0 menggunakan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said untuk menarik lebih ramai umat Islam dan pelajar menyertai perhimpunan pada 28 April ini. Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata "Pak Samad" telah menjadi seorang pengkhianat bersama Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan mengingatkan penulis berusia 76 tahun agar jangan mengorbankan kepercayaan hanya kerana seorang wanita. "Samad Said, jangan jadi pengkhianat kepada negara. Ia amat jelas siapa Ambiga... Saya berdiri teguh dalam keyakinan saya bahawa beliau anti-Islam," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam Irwan memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan "pengkhianat" bangsa. Beliau juga mengkritik Pak Samad ekoran penglibatannya, berkata ia sesuatu yang "malang" apabila individu yang diangkat sebagai ikon negara dalam bidang seni dan kesusasteraan tidak berkalakuan bijak. "Jangan anda berani mencuba menarik penglibatan pelajar, Samad said. Jangan menjadi seorang pengkhianat," katanya. "Anda seorang umat Islam. Anda perlu tunjukkan anda tidak menyokong Ambiga. Anda sepatutunya mempertahankan Islam. "Jangan memecahkan orang Melayu... hari ini anda mempunyai orang Melayu yang menyokong PAS, PKR dan Umno. Beliau menambah bahawa sokongan terbuka Ambiga terhadao satu penganjuran program seperti Seksualiti Merdeka yang merupakan bukti Ambiha tidak menghormati Islam. Seksualiti Merdeka bukan sahaja menentang kepercayaan Islam tetapi juga mementang Kristian. Jadi ia menunjukkan beliau seorang pengkhianat kepada agama," katanya. Irwan menggesa komuniti Melayu untuk berada di rumah pada 28 April dan bersabar menunggu pilihan raya umum ke-13 jika mereka benar-benar mahu menunjukkan kemarahan terhadap kerajan. "Tunggu Parlimen dibubarkan," katanya. Semalam Pak Samad berkata persoalan tentang agama dan bangsa tidak timbul dalam perhimpunan itu. "Soal Ambiga yang mereka kata anti-Islam itu hal lain, mereka harus lihat bukan Ambiga sahaja yang berada dalam Bersih. "Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?" katanya. Tambah Pak Samad: " Sesiapa yang boleh membantu meningkatkan demokrasi, sama ada Kristian atau Islam." Pada Rabu lalu Bersih 2.0 mengumumkan cadangan mengadakan himpunan ketiga menuntut pilihan raya bersih dan adil, mengatakan walaupun kerajaan berjanji melakukan reformasi tetapi usaha ke arah itu kurang meyakinkan. Pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, polis menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menghuraikan peserta himpunan yang menyaksikan lebih daripada seribu ditahan, ramai tercedera dan kematian seorang bekas tentera. Ekoran tindakan ganas pihak berkuasa, kerajaan dikritik di peringkat antarabangsa, membawa kepada Akta Perhimpunan Aman tahun lalu dan pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) untuk mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya. The Malaysian Insider |
Video: PERKASA nak tunjuk ganas di Majlis PKR.. tapi dihalau balik.. Posted: 06 Apr 2012 07:52 PM PDT Bila ada otak tapi tak tahu nak digunakan beginilah jadinya... dengan hanya 'T' Shirt dan topi yang diberikan percuma serta sedikit upah dan mungkin juga sebungkus nasi dan air mereka boleh diperbodohkan begitu mudah.. Aku tak hairan jika hanya golongan warga emas yang menyerbu untuk menimbulkan kekecohan di Majlis PKR ALor Setar ini kerana mereka kebanyakkannya buta internet.. Cuma yang menghairankan ialah bagaimana golongan muda turut terpedaya, mungkin golongan muda yang bodoh saja kot... pasal yang pandai tak mudah untuk diperbodohkan.. Berikut adalah petikan dari laporan Sinar Harian.. Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa. Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu. Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR. Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda. |
Janji ditepati?.. Najib Bohong Lagi... Posted: 06 Apr 2012 05:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 April: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini sekali lagi mengadukepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kerana kecewa terhadap tindakankerajaan melengah-lengahkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI kesal kerana kerajaan belummembentangkan usul memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat (EO) di Dewan Rakyatmeskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji akan berbuat demikianpada Oktober tahun lalu. "GMI hari ini menyerahkan memorandum ini juga bagi memohon pihak Suhakammenimbangtara beberapa tuntutan GMI seterusnya dipanjangkan kepada pihakkerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri," kata beliau di hadapanPesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabatnya, dekat sini hari ini. Memorandum tersebut antara lain menggesa kerajaan patuh kepada piagam hak asasimanusia antarabangsa dalam soal berkaitan aktiviti anti keganasan dan membentukmekanisme baru menangani keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsipkeadilan. "GMI menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagimenegakkan keadilan untuk setiap tahan ISA dan membolehkan pihak yangbertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan," katanya. Selain itu, Syed Ibrahim turut meminta Suhakam mengeluarkan kenyataanmenegaskan pendiriannya berhubung ISA. Detta dalam respon balasnya bersetuju dengan tuntutan GMI itu dan berkata,media juga memainkan peranan untuk memberi maklumat kepada rakyat berhubungISA. "Media juga harus memainkan peranan melaporkan berkaitan ISA danseumpamanya. "Kalau semua pihak diam, nanti kerajaan ingat rakyat setuju dan gembiradengan keadaan sekarang, dengan apa yang mereka buat," katanya. Protes di Parlimen Sementara itu, Syed Ibrahim memberitahu, GMI akan mengadakan protes menuntutpemansuhan ISA di bangunan Parlimen, Isnin ini jam 11 pagi. "Melalui protes ini juga GMI akan menyerahkan memorandum menuntut PerdanaMenteri mengotakan janji bagi memastikan ISA segera dimansuhkan. "GMI menyeru sokongan dan solidariti daripada rakyat, NGO, Suhakam, NGI,parti politik, ahli parlimen, Adun, media dan masyarakat antarabangsa untukmenuntut perkara di atas demi keadilan semua pihak," katanya. Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan