Jumaat, 6 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Amaran dari Ketua Wira PERKASA buat ummat Islam yang akan sertai BERSIH 3.0..

Posted: 06 Apr 2012 08:38 AM PDT


KUALA LUMPUR, 6 April — Wira Perkasa telah memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil 28 April ini kerana ia diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenavasan, yang menurut mereka anti-Islam dan "pengkhianat" bangsa.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata kepada The Malaysian Insider, bekas Presiden Majlis Peguam itu telah terlalu jauh menyimpang dari perjuangannya, menambah beliau "sekali lagi" menunjukkan tindakan kurang hormat kepada umat Islam dengan mengadakan protes kali ini.

Menurut Irwan, beliau akan melaksanakan "apa sahaja tindakan untuk menentang Ambiga", mengulang pendiriannya melabel Ambiga sebagai pengkhianat kepada umat Islam dan negara.

"Beliau menyokong Seksualiti Merdeka ... dan banyak lagi isu, menentang prinsip Islam. Saya tidak boleh lagi menerimanya.

"Saya akan menentangnya walau dalam apa sahaja keadaann ... saya akan menentang beliau. Saya tidak kisah. Saya bukan ahli politik, saya tidak rugi apa-apap," katanya yang dihubungi semalam.

Bila ditanya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut menjadi pemimpin Bersih, Irwan menambah, beliau mempunyai isu tertentu terhadap kerajaan sedia ada.

"Mungkin ada sesetengah perkara yang tidak dipersetujui beliau terhadap kerajaan. Tapi adalah tindakan yang merugikan apabila seorang negarawan bersikap sedemikian ... adakah tindakan patriotik duduk di tepi jalan dan mengadakan protes?

"Ia bukan tindakan orang bijak," katanya.

Irwan bagaimanapun menjelaskan bahawa Perkasa masih belum menetapkan tindakan susulan terhadap rancangan protes Bersih tersebut.

Ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengumumkan sebuah protes bantahan dengan penyokongnya pada hari yang sama, tetapi kemudian menarik balik keputusan berkenaan dan menarik diri dari perhimpunan tersebut.

Irwan menambah pemimpin organisasi berkenaan akan mengadakan perbincangan terhadap tindakan mereka yang selanjutnya.

"Saya ingin mengkritik Ambiga kerana protes tersebut," katanya.

Beliau turut mendakwa Bersih 3.0 mungkin telah diinspirasikan oleh "kuasa luar" dengan niat untuk menjatuhkan pemerintahan sedia ada melalui penghinaan terhadadap Melayu, Raja-Raja Melayu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini ... sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tidak berpuas hati, sekiranya mereka berkeras mendakwa pilihan raya tidak adil dan bersih, mereka perlu membubarkan kerusi negeri yang dikuasai mereka," katanya.

Menurut Irwan, ini kerana kemenangan PR itu adalah berdasarkan sistem sedia ada yang mana mereka telah memenangi lima negeri sewaktu Pilihan Raya 2008.

"Saya harap Muslim di negara ini akan terus kekal kepada agama dan menjauhkan diri dari Bersih 3.0 kerana ia diketuai oleh orang yang bukan sahaja pengkhianat bangsa, tetapi juga kepada Muslim," katanya.


The Malaysian Insider 

Ada sesiapa yang takut?? 

Gerak Khas PERKASA tunjuk samseng dalam Program PKR Alor Setar..(Gambar)

Posted: 06 Apr 2012 07:02 AM PDT


Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini.

Mereka tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut.



Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang.

Apabila kekecohan bermula, pengunjung Sentosa Mall di situ bergegas keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Beberapa individu terperangkap dalam keadaan kelam kabut di situ apabila penyokong PKR mula menolak keluar kumpulan tersebut.


Seorang peniaga dari pusat membeli-belah tersebut yang berada di tengah-tengah orang ramai berkata, dia hampir terkena pukulan di kepalanya dengan sebatang kayu sepanjang 0.6m.

Ray Ching, 28 berkata apabila dia cuba untuk menghalang beberapa lelaki mara ke dalam orang ramai, seorang lelaki yang memakai baju-T bertulis 'Perkasa' mengangkat kayu hendak memukulnya.

Bagaimanapun, katanya, pukulan itu tidak mengenai kepalanya kerana dia sempat menyekatnya dan menolak lelaki itu dengan tangannya.

Ray - peniaga telefon bimbit - memberitahu Malaysiakini bahawa dia memarahinya lelaki itu dan menyuruhnya beredar dari situ, dan lelaki menjerit perkataan balik 'babi'.


Laporan dari Malaysiakini
Gambar dari Jalan Pulang

Malang buat PKR jika punya Ketua Penerangan macam ni...

Posted: 05 Apr 2012 05:00 PM PDT


Malang buat PKR jika mempunyai Ketua Penerangan yang jelas kurang maklumat dan terpengaruh dengan Lidah Rasmi UMNO @ Utusan ini..


Kerana terpengaruh dengan dakyah atau propaganda  Lidah Rasmi UMNO @ Utusan itu beliau menyerang Timbalan Presiden PKR, Saudara Azmin Ali..

Antara yang terkandung dalam desakkan mereka ini ialah mahu Azmin menyahut cabaran blogger-blogger supaya membuat ujian DNA bagi menentukan kesahihan bioloji seorang anaknya (yang didakwa hasil hubungan sulit isterinya Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Jika beliau tahu menggunakan internet dan mencari jawapan kepada fitnah itu beliau mungkin akan tahu bahawa perkara itu adalah fitnah, isu ini telah dijelaskan dalam Mahkamah.

Dalam penjelasan dalam Mahkamah oleh seorang Ahli Kimia, Lim Kong Boon pada tahun 2005, beliau menyatakan hasil dari ujian DNA yang telah dilakukan menunjukkan 99.9% anak itu adalah anak Azmin dan Shamsidar.

Aku dah siarkan di SINI laporan dari Lidah Rasmi UMNO sendiri dalam hal DNA ini .. Milo Suam juga dah siarkan di SINI

****************************************

Kini orang PKR sendiri tampil desak Azmin jawab semua tuduhan termasuk dayus

Agak mengejutkan kerana ini pertama kali seorang yang berjawatan dalam parti itu tampil menerusi satu sidang akhbar di Kuala Lumpur Rabu bersama beberapa orang ahli parti mahu Azmin membuat penafian yang lebih meyakinkan lagi.

Ketua Penerangan PKR Bahagian Ampang,Selangor, Mohd Isa Mohd Saidi berkata langkah ini wajid diambil Azmin agar benar-benar bersihkan dirinya,keluarganya dan menjaga nama baik parti.

Beliau bimbang orangramai tidak akan menyokong PKR dalam pilihanraya umum akan datang selagi isu ini tidak selesai secara konkrit.

Katanya beliau amat meragui pada taktik dan strategi PKR dalam menghadapi serangan bertubi-tubi mengenai isu ini.

Beliau menegaskan ini kerana pimpinan PKR membisu seribu bahasa atau menimbulkan isu-isu lain yang tidak ada kaitan dengan pelbagai dakwaan itu.

Mohd Isa merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh Datuk Dr Hasan Ali terhadap Azmin seperti yang disebut dalam laporan akhbar Utusan 27 Mac lalu.

Beliau juga mahu Azmin menyahut cabaran blogger-blogger supaya membuat ujian DNA bagi menentukan kesahihan bioloji seorang anaknya (yang didakwa hasil hubungan sulit isterinya Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Selain itu,Mohd Isa juga mahu Azmin menyaman Datuk S Nallakarupan kerana memberi tanggapan beliau seorang dayus.

Menurut beliau semua pihak kini tertunggu-tunggu untuk mendapat satu kepastian.

"Demi kepentingan parti Azmin Ali kena tampil ke hadapan menafikan semua isu-isu serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka-mereka yang membuat tuduhan,"katanya.

Beliau mengingatkan Azmin bila saja ada tuduhan beliau kena jawab agar ahli yakin beliau tidak terlibat.

"Bila tidak dijawab ini bermakna ada sesuatu yang tidak jelas,"katanya.

Kepada satu soalan Mohd Isa berkata sekiranya Azmin tidak boleh jawab sepatutnya para pemimpin PKR lain termasuk Ketua Wanita PKR Pusat tolong jawab.- AgendaDaily  - 4/4/2012


Ini penjelasan dari Ahli Parlimen Ampang..


Mohd. Isa Mohd. Saidi yang mengaku sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang dan mendesak Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali untuk keluar parti sebenarnya bukan lagi ahli KEADILAN sejak 26 Mac lalu.

Ia dinyatakan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang, pada sidang medianya.

Menurut Zuraida, Mohd Isa digugurkan daripada jawatannya selepas didapati muflis dan juga pernah dikaitkan dengan jenayah pecah amanah (CBT) sebelum ini.

"Penguguran jawatan ini berdasarkan beberapa laporan polis ke atasnya berkaitan jenayah pecah amanah (criminal breach of trust).

"Beliau juga muflis, tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti. Bukti muflis diperolehi menerusi carian rasmi di Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 10 Januari 2012," kata Zuraida pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN Parlimen Ampang.

Dua laporan pecah amanah pada 28 Mei dan 4 Jun 2011 terhadap Isa dilaporkan seorang pengadu, Siti Zaleha Kauzi berhubung deposit dan sewa kedai di 'Food Court Station Ampang Waterfront', masing-masing berjumlah RM1,000 dan RM6,500.

"Sejak makluman penguguran, Isa yang baru menyertai KEADILAN pada 27 Jun 2010 terlibat dalam beberapa perjumpaan dengan pemimpin Umno. Cabang Ampang tidak terperanjat dan telah menjangkakan tindakan beliau.

"Manakala Tan Hua Meng yang turut bersama dalam sidang media semalam merupakan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang tidak disambung khidmatnya penggal ini," ujar Zuraida.

Beliau menegaskan, cabaran dan desakan Isa terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali merupakan ulang tayang agenda hitam dan fitnah jahat Umno sejak 1998.

Zuraida juga tidak menolak kemungkinan sidang media yang diadakan di Hotel Crown Plaza semalam didalangi Umno yang berniat jahat untuk melihat KEADILAN kucar-kacir.

"Ini hotel empat bintang. Tak mustahil ia ditaja oleh orang-orang tertentu.

"Cabang Ampang mengalu-alukan sekumpulan ahli yang kecewa untuk keluar bagi membersihkan parti daripada unsur khianat dan duri dalam daging," tegas Zuraida.

Turut hadir pada sidang media Ketua Penerangan KEADILAN Ampang yang baru, Hamsah Djabir, wakil ADUN Bukit Antarabangsa, Razali Ramli dan kira-kira 30 ahli.

 http://www.keadilandaily.com/?p=28918

Tiada ulasan: