Khamis, 5 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Secara Rasmi Scandal Scorpene telah mula disiasat oleh Mahkamah Perancis..

Posted: 05 Apr 2012 07:34 AM PDT


Badan kehakiman Perancis yang telah secara rasmi memulakan penyiasatan ke dalam perjanjian skandal kapal selam Scorpene, mensasarkan kepada maklumat bahawa terdapat rasuah yang terlibat dalam penjualan kapal selam Perancis ke Malaysia.


Tumpuan syak wasangka kini terarah kepada € 146 juta yang mungkin berakhir dalam poket pegawai kerajaan Malaysia, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selepas dua tahun siasatan polis berikutan aduan yang difailkan oleh NGO dari Malaysia, Suaram, kes mengenai perjanjian Scorpene akan diadili oleh dua hakim iaitu Roger Le Loire dan Tournaire Serge di Tribunal Paris Grande de Instance.

Menurut undang-undang Perancis, perlantikan dua hakim adalah satu kebiasaan bagi kes-kes berprofil tinggi serta mampu meningkatkan kualiti penghakiman dan secara tidak langsung menunjukkan kes ini sesuatu yang serius kerana ia melibatkan maruah negara itu sendiri.

Menurut AFP, siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002.

Matlamat utama adalah penghantaran kapal selam pertama Malaysia dan melatih anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen:

a) Penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta; dan

b) Penghantaran "sokongan logistik" dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang.

Tambah AFP lagi, tuduhan rasuah boleh melibatkan individu yang berpangkat tinggi di Malaysia seperti Abdul Razak Baginda, rakan rapat Najib, yang ketika perjanjian itu ditandatangani, Najib adalah menteri pertahanan.

Kesangsian berlaku berdasarkan fakta bahawa komisen dan dividen mungkin telah dipindahkan ke Terasasi Sdn Bhd dan Perimekar, kedua-dua syarikat yang dimiliki oleh Razak Baginda dan saudaranya yang adalah pemegang saham utama.

Hakim-hakim akan menentukan sama ada perkhidmatan sebenar dalam urusan perjanjian pembelian ini telah disempurnakan oleh syarikat-syarikat terbabit.

Menurut AFP, tiga kontrak yang akan menjadi tumpuan utama siasatan.

Memorandum sulit

Kontrak pertama adalah untuk "perkhidmatan sokongan" yang € 114 juta telah dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada Perimekar.

Yang kedua, yang dikenali sebagai "kontrak C5 perniagaan kejuruteraan", telah selesai pada bulan Ogos 2000 antara DCNI, anak syarikat DCN dan Thales International Asia (Thint Asia), bernilai kira-kira € 30 juta.

Perjanjian ketiga meliputi "perjanjian perundingan" yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi itu.

Sejumlah € 36 juta telah diperolehi menerusi Terasasi Malaysia dan Terasasi Hong Kong.

Para penyiasat Perancis juga sedang mengkaji salah satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada bulan Ogos 2004 untuk € 359,450 yang dihantar ke Thint Asia.

Ini adalah kerana terdapat nota yang ditulis dengan tangan yang menyebut bahawa "Razak bertanya jika SF [supporting fee or comission - yuran sokongan atau KOMISEN] boleh dipertimbangkan dengan seberapa pantas".

Menurut para penyiasat, "ternyata bahawa ... jumlah yang dibayar kepada Terasasi akhirnya memberi manfaat sama ada kepada Najib, Menteri Pertahanan, atau penasihat beliau Razak Baginda".

Tetapi Olivier Metzner, peguam untuk Thales, berkata kepada sebuah akhbar Perancis (Le Parisien) bahawa "kita telah menunjukkan kepada para penyiasat bahawa tiada unsur rasuah dalam kes ini".

Walau bagaimanapun, satu memorandum sulit yang dibuat menyatakan: "yang akan mendapat manfaat daripada dana ini tidak sukar untuk membayangkan: kaum keluarga dan hubungan Razak Baginda. Di samping itu, dana ini akhirnya akan diperolehi oleh parti politik dominan di Malaysia (Umno). "

Menurut undang-undang Malaysia, semua kontrak pertahanan melibatkan negara asing melebihi RM50 juta mesti melalui sebuah syarikat tempatan.

Bagi peguam William Bourdon dan Joseph Breham, yang mengendalikan perkara itu untuk Suaram, "arahan ini sepatutnya membantu mencari jalan siapa yang memberi dan siapa yang menerima komisen tanpa mengira kewarganegaraannya".

Di bawah undang-undang Perancis, memberi rasuah kepada pegawai asing adalah satu jenayah yang boleh dihukum penjara selama 10 tahun.

Terjemahan dari artikel 'Gun Begins to Smoke in Malaysian Sub Purchase' oleh Jalan Pulang

******************************************

Gun Begins to Smoke in Malaysian Sub Purchase

Written by John Berthelsen

THURSDAY, 05 APRIL 2012



Money may have been funneled to UMNO officials through Hong Kong incorporated company

French investigating magistrates probing the US$1.2 billion sale of submarines to the Malaysian Defense Ministry are targeting, among other things, a Hong Kong-based company called Terasasi (Hong Kong) Ltd., whose principal officers are Prime Minister Najib Tun Razak's close friend and the friend's father.

Investigators believe that at least some of the €36 million funneled through Terasasi ended up in the pockets of Najib, who was Malaysia's defense minister and deputy prime minister when the two Scorpene submarines were purchased from Thales International or Thint Asia. The state-owned defense giant DCN, later known as DCNS, and Thales established a joint company named Armaris to manufacture the submarines in 2002.

The two Armaris Scorpenes, named for the first prime minister of Malaysia, Tunku Abdul Rahman, and Najib's father, Tun Abdul Razak, are on duty in Malaysian waters.

Abdul Razak Baginda, the former head of a Malaysian think tank who was at the center of a 2006 investigation into the death of Mongolian translator and party girl Altantuya Shaariibuu, is listed as one of the two directors of the company, which was previously incorporated on June 28, 2002 as Kinabalu Advisory and Support Services Ltd according to the Hong Kong Companies Registry. The other director is Abdul Malim Baginda, Baginda's father.

The Terasasi offices are located on the 19th floor of an office at 3 Lockhart Road in the Wan Chai district of Hong Kong. There is no indication in Hong Kong government records of what Terasasi's business is. It is only listed as a "local company." However, French authorities say Terasasi apparently received regular payments from Thint Asia. One payment was for €360,000 accompanied with a handwritten note saying "Razak wants it to be paid quickly."

The magistrates have documents that show that the money was funneled from Thint Asia to Terasasi -- €3 million of it when Terasasi was still domiciled in Malaysia, and €33 million after it was incorporated in Hong Kong. There is no indication at this point where the money went. French investigators, however, theorize that it was part of €146 million that may have been funneled to officials of the United Malays National Organization and Najib, who traveled with Abdul Razak Baginda several times to France as defense minister at the time the Malaysians purchased the submarines from DCNS.

On at least one trip in 2004, Altantuya, then Razak Baginda's lover, accompanied him to France as a translator. He later jilted her, impelling her to come to Kuala Lumpur to demand US$500,000 from him. In a handwritten letter found after her death, she wrote that she was attempting to blackmail him, although she didn't say why. Two of Najib's bodyguards were convicted of shooting her in the head and blowing up her body with plastic explosives in September 2006, possibly to hide the fact that she was pregnant when she was killed.

Because her killing does not appear to be connected to the scandal, French investigators are not looking into the causes of her death or the reasons behind it.

Although Razak Baginda was charged with abetting her murder, he was released without having to put up a defense and fled to the UK, where he remains. Najib's former bodyguards remain on death row in Malaysia. Their appeal against the death penalty has been delayed, presumably until after national elections expected in May or June this year.

It was previously revealed on the floor of the Dewan Rakyat, Malaysia's parliament, that Perimekar received another €114 as a commission on the sale of the vessels. Perimekar at the time was wholly owned by another company, KS Ombak Laut Sdn Bhd, which in turn was also controlled by Razak Baginda and Mazalinda. Perimekar is now 20 percent each owned by the military retirement system LTAT and Boustead Holdings.

Two years of police investigation at the behest of the Malaysian NGO Suaram into the sale of the submarines culminated recently with the appointment of investigating magistrates Roger Le Loire and Serge Tournaire at the Paris Tribunal de Grande Instance, according to Agence France Press, which said the probe involves three contracts for the submarines which were signed on June 5, 2002.

According to the documents, the contracts had two components: the sale of two submarines built by Thint and the Spanish shipbuilding firm Izar, for €920 million; and the delivery of "logistical support" from Perimekar Bhd – the €114 million -- to train the first 200 Royal Malaysian Navy personnel although there is no indication that the company had the wherewithal to train them.

Under the bribery conventions of the 32-member Organization for Economic Cooperation and Development, the French defense contractors could be liable for criminal sanctions if it is proven that no real services were delivered by the companies. Under French law, violators are liable for up to 10 years in prison.

Joseph Breham (left), a lawyer with Solicitors International Human Rights Group which was engaged by Suaram, said in October last year that DCNS often budgeted as much as 8 to 12 percent of its total receipts as "commissions" to grease sales of armaments in third-world countries. Breham said Perimekar had received the commission for "supporting the contract," which he said was a euphemism for unexplained costs, and also for "housing the crew" of the submarines in France.

In France, before 2002, any money used to bribe foreign officials was tax deductible. When the former finance director of DCN made a claim for €31 million allegedly used to bribe the Malaysians for the purchase of the Scorpenes, Breham said, the Minister of Budget questioned such a large bribe, although he did eventually authorize the tax break.

The contracts cited by AFP included the €114 million one paid by the Malaysian government to Perimekar. The second, called "C5 contract of engineering business," was concluded in August 2000 between DCNI, a subsidiary of DCN, and Thales International Asia worth some €30 million. The third was the "consulting agreement" signed in October 2000 between Thint Asia and Terasasi.

The French investigators are also studying one of the invoices issued by Terasasi in August 2004 for €359,450 sent to Thint Asia. For investigators, "it appears that… the amounts paid to Terasasi ultimately benefited Najib, the defense minister, or his adviser Razak Baginda."

Olivier Metzner, a lawyer for Thales, told the French daily Le Parisien that "we have already demonstrated to investigators that there was no corruption in this case." However, a confidential memorandum made available to Asia Sentinel and the Malaysian website Free Malaysia Today states that: "The beneficiaries of these funds are not difficult to imagine: the family clan and Razak Baginda relations. In addition, these funds will find their way to the dominant political party (Umno)."


(John Berthelsen is the editor of Asia Sentinel.)

Najib Bohong lagi!! Aset NFC tidak dibekukan dan ia sedang dilupuskan..

Posted: 05 Apr 2012 02:53 AM PDT


Pertengahan January lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kesemua aset Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dibekukan sehingga siasatan pihak berkuasa berhubung kontroversi yang menyelubungi projek lembu daging itu selesai.

Sehubungan itu, kata beliau, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar akan mengkaji penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC – laporan penuh sila baca di SINI

Malangnya pengumuman Najib itu terbukti hanyalah satu pengumuman sahaja dan ianya juga adalah satu lagi pembohongan Najib terhadap rakyat Malaysia, ini kerana asset yang kononnya telah dibekukan oleh Najib itu sedang dilupuskan oleh pihak NFC..

Beku kepala hotak hang Najib!!

*******************************************

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail dan Pengarah Eksekutif Wan Shahinur Izran Salleh dalam proses memuktamadkan penjualan hartanah itu dengan nilai RM3 juta kepada Insun Development Sdn Bhd.


"Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal NFC kepada isu peletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan harta-harta yang sepatutnya dibekukan," kata Rafizi.
Dengan usaha itu, dakwa Rafizi lagi, menunjukkan syarikat itu sedang melupuskan asetnya..

Kerajaan Tidak Beku Harta Pemilik NFC, Urusniaga Melupuskan Harta Terus Berjalan


Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa semua transaksi yang melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana ada kemungkinan besar harta-harta ini diperolehi dengan menggunakan dana awam sebanyak RM250 juta yang diselewengkan dari tujuan asalnya.

Aset dan kepentingan pemilik NFC yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1.Semua pegangan syarikat, saham dan pelaburan di dalam apa-apa entiti yang dibuat selepas tahun 2007, iaitu selepas NFCorp dianugerahkan kontrak RM250 juta untuk mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan;

2.Semua hartanah, plot tanah dan pelaburan di dalam bidang hartanah yang dibuat selepas tahun 2007, sama ada pembelian di buat atas nama NFC, syarikat-syarikat yang dikuasai oleh pemilik NFC atau pun atas nama mereka sendiri;

3.Sebarang pemindahan wang kepada syarikat atau individu selain dari bayaran operasi biasa NFC; dan

4.Sebarang pertukaran kepentingan melibatkan aset lain, termasuklah kereta, dana, kelengkapan dan lain-lain.

Setakat ini, telah terbukti bahawa pemilik NFC telah menggunakan sebahagian dari dana awam berjumlah RM250 juta untuk tujuan yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu, terutamanya pelbagai pelaburan di dalam bidang hartanah.

Persoalan yang paling kritikal ialah bagaimanakah kesemua RM250 juta ini akan dapat dipulangkan kembali kepada rakyat, apabila ia terikat di dalam pelbagai bentuk pelaburan hartanah dan harta-harta lain.

Tambahan pula, tidak seorang pun pemilik NFC memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) bahawa liabiliti mereka kepada rakyat Malaysia tidak sahaja terhad kepada modal yang dilaburkan di dalam NFC; bahkan kerajaan boleh mengambil alih harta mereka yang lain untuk mendapatkan kembali RM250 juta yang telah dipinjamkan.

Oleh sebab itulah, KEADILAN telah mendesak berkali-kali supaya kerajaan mengambil langkah segera dan tegas untuk membekukan semua harta dan transaksi melibatkan NFC dan pemiliknya, termasuklah harta-harta peribadi yang telah didedahkan selama ini kerana ia adalah cagaran balik untuk mendapatkan kembali dana awam berjumlah RM250 juta itu.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku.

Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat dari skandal NFC kepada isu perletakan jawatan Dato' Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan hartanah-hartanah yang sepatutnya dibekukan.

Pemilik-pemilik NFC, iaitu Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh kini dalam proses memuktamadkan penjualan tiga aset hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd.

Tiga aset hartanah ini dibiayai oleh bank yang sama yang sebelum ini membiayai pembelian 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, lalu menimbulkan persoalan sama ada pembiayaan ketiga aset hartanah ini juga adalah berasaskan simpanan deposit dana NFC yang ditempatkan di bank tersebut.

Maklumat hartanah tersebut adalah seperti berikut:


Hartanah 1

Alamat : B-00-22Plaza Damas 3No 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Jenis : Tingkat bawah, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepadaInsun Development Sdn Bhd : RM1.5 juta


Hartanah 2

Alamat : B-01-22Plaza Damas 3No 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Jenis : Tingkat 1, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepadaInsun Development Sdn Bhd : RM759,000


Hartanah 3

Alamat : B-02-22Plaza Damas 3No 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Jenis : Tingkat 2, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada Insun Development Sdn Bhd : RM741,000

Urusniaga berjumlah RM3 juta boleh disahkan oleh pengurusan Insun Development Sdn Bhd yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur atau pun peguam yang bertindak bagi pihak pembeli iaitu Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Harga pasaran ketiga-tiga hartanah ini dianggarkan berjumlah RM4 juta, maka pelupusan ini dibuat pada diskaun sebanyak 25%.

Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membolehkan urusniaga sebegini terus berlaku terutamanya apabila pelupusan harta dibuat pada harga yang lebih rendah. Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak.

Jika ini boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ini bermakna perkara yang sama boleh juga berlaku dengan aset-aset lain yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil tetapi dibeli menggunakan dana awam (atau pun melalui transaksi melibatkan dana awam) iaitu:

1.Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta
2.2 plot tanah di Putrajaya berjumlah RM3 juta
3.Kondominium di Orchard Scotts berjumlah RM10 juta
4.2 kondominium di Marina Bay Suites berjumlah RM34 juta
5.8 unit rumah kedai pejabat di KL Eco City dianggarkan berjumlah RM12 juta

Urusniaga yang melupuskan harta-harta milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti ini membuktikan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan pada 14 Januari 2012 yang lalu.

Sehingga kini, segala urusniaga dan operasi berjalan seperti biasa termasuklah yang melibatkan pelupusan harta yang menjejaskan pengambilan semula dana awam RM250 juta.


MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN
5 APRIL 2012

*Kenyataan Media oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KeAdilan*

Kerajaan UMNO/BN Johor disaman Nelayan Pengerang..

Posted: 05 Apr 2012 01:07 AM PDT


Ni kata-kata Azalina bila penduduk Pengerang demo hari tu.. "Apabila saya siasat, yang banyak buat bising bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Orang kawasan saya baik-baik. Mereka terbuka kepada perbincangan. Mereka tak pernah cakap kerajaan zalim, malah berterima kasih kepada kerajaan,"

Laporan berkenaan demo tersebut sila baca di SINI

Hari ini.....

Nelayan Pengerang fail saman ke atas k'jaan Johor


Seramai 578 nelayan bot kecil dari 10 kampung di perairan pantai Pengerang, Kota Tinggi, hari ini memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi atas kerja penambakan laut berhubung projek pembinaan Terminal Petroleum Laut Dalam di kawasan perairan berkenaan.


Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui peguam Mohd Shujaa Halim daripada firma guaman Tetuan Shujaa Mazri & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Menara MSC Cyberport, di Johor Bahru.

Mohd Shujaa yang ditemui pemberita berkata tiga defendan yang dinamakan dalam tuntutan itu ialah Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd, Dialog E&L Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Johor.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua nelayan terbabit memohon ganti rugi RM500,000 setiap seorang kerana kehilangan pendapatan.

Mereka turut memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama dan kedua daripada meneruskan kerja sehingga tuntutan diberikan atau setelah perintah ganti rugi yang wajar diberikan.

Terdahulu, sebahagian daripada nelayan berkenaan berhimpun secara aman di pekarangan menara itu sebelum proses penyerahan writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan.

- Bernama

Macam ni punya Ajaran Sesat pun masih ada yang terpedaya hingga serah isteri..

Posted: 04 Apr 2012 07:57 PM PDT


SHAH ALAM - Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata.Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.


Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.

Bergerak secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita.

Pelik dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan maklumat diterima, Ajaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, 'ayat power' Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramai pengikut hingga ada sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan diberkati.

Berdasarkan pengakuan beberapa bekas pengikut kepada Sinar Harian, mereka sanggup menyerahkan isteri masing-masing sebagai pemuas nafsu Ahmad menerusi perkahwinan batin selepas terpengaruh janji kurniaan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

"Kami jahil agama, kami terpesona dengan 'kejujuran' Ahmad 100, tetapi akhirnya kami terpedaya, isteri kami jadi mangsa nafsunya." Itulah antara luahan kekesalan bekas pengikut termasuk salah seorangnya mengalirkan air mata sedih berbaur kesal dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu juga, bekas pengikut Ahmad 100 ini juga mendedahkan, isteri masing-masing diserahkan kepada Ahmad untuk dikahwini secara batin dan sekiranya isteri mereka gagal memikat dan menaikkan nafsu syahwatnya, Ahmad akan menceraikannya dan dibuang daripada kumpulan dengan alasan dia tidak layak menjadi pengikutnya.

Paling tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin menerusi wahyu diturunkan kepadanya.

Rumah tangga hancur lebur

Salah seorang daripada bekas pengikutnya yang dikenali sebagai Abu (bukan nama sebenar), 37, yang kini terpaksa menerima hakikat rumah tangganya musnah gara-gara ajaran sesat itu.

Abu berkata, pada awalnya dia tertarik menyertai kumpulan itu selepas kagum dengan cara Ahmad yang menasihatinya supaya menjadi orang diredai dan dikasihi ALLAH SWT.

"Kami bertemu di sebuah restoran pada mulanya mahu membincangkan bab pengurusan kewangan dan kemudian bertukar ke topik hukum merokok menyebabkan saya yakin dengannya kerana setiap kata-katanya berlandaskan al-Quran malah dia anggap diri saya kafir dan memerlukan bimbingan dan perlu menempuh ujian untuk menjadi seorang yang beriman," katanya.

Menurutnya, Ahmad yang ketika itu sudah mempunyai dua isteri memberitahu, isteri Abu, Zawiyah, 35, seorang yang baik dan perlu berkahwin dengannya untuk mendapat keberkatan.

"Bermula pada saat itu, saya dan isteri mula dipisahkan secara perlahan-lahan dan licik serta isteri saya tinggal sebilik dengan Ahmad tahun lalu.

"Bagi Ahmad, tidur sebilik dengan isteri saya adalah halal kerana ia adalah satu cara untuk menguji ketaatan dirinya kepada Tuhan dan keadaan itu berlarutan selama setahun sebelum isteri meminta cerai kerana tidak boleh meninggalkan Ahmad," katanya.

Abu berkata, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, isterinya sering berulang-alik dari rumahnya di Kedah ke Kuala Lumpur untuk menemui Ahmad dengan menggunakan alasan­ belajar agama.

"Keadaan bertambah sukar apabila isteri berubah dan menganggap Ahmad adalah segalanya dan sanggup meninggalkan saya dan ibu bapanya semata-mata kerana lelaki itu," katanya.

Dia mula menyedari bahawa ajaran­ Ahmad terpesong, namun gagal berbuat apa-apa kerana setiap pergerakan isterinya dipantau pengikut setia Ahmad.

Lebih memeritkan lagi, Ahmad turut memaksa isterinya menggugurkan kandungan yang berusia 10 minggu dan menetapkan dalil bahawa dirinya tidak boleh memiliki zuriat.

Abu berkata, dia turut dituduh membakar dua kereta milik Ahmad gara-gara cuba membawa Zawiyah pulang ke pangkuannya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dua laporan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.


Sinar Harian

Apa hal Syed Mokhtar Al-Bukhary dapat projek dari Kerajaan UMNO/BN banyak sangat ni?

Posted: 04 Apr 2012 05:00 PM PDT


Kerajaan diminta menjelaskan adakah benar syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mendapat kontrak perolehan kereta perisai bernilai RM7.55 billion.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 bagi Kementerian Kewangan.

Beliau juga mendakwa, Syed Mokhtar turut mendapat kontrak projek double-tracking yang bernilai RM10 billion dan projek terowong MRT yang bernilai RM8.2 billion.

Bagaimanapun, dalam perbahasan itu, Tony meminta kerajaan memberikan satu laporan terperinci mengenai empayar milik individu terbabit yang dilihat tiada hadnya.

Katanya, individu terbabit juga telah menguasai pelbagai bidang industri termasuk Padi Beras Nasional Bhd, Tradewinds Bhd dalam sektor gula, Pos Malaysia, DRB Hicom, Proton Malaysia, Port of Tanjung Pelepas, Johor Port dan sekarang dikatakan Penang Port dan Northport.

"Hampir  kesemua pengambil-alihan saham melalui penswastaan dan projek ini dibiayai oleh pinjaman. Apakah jumlah pinjaman yang telah diambil oleh kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar dan apakah bank yang paling terdedah kepada pinjaman beliau?" soal Tony.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Bank Negara mengambil risiko sistematik yang ada atas pinjaman berpuluh-puluh billion kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan seorang sahaja.

Tegasnya, krisis kewangan 90-an sepatutnya memberi pengajaran kepada negara supaya tidak mengambil risiko yang terlampau tinggi kepada sebuah syarikat atau individu.

"Pada masa itu Renong yang menjadi 'darling' kepada Umno dan kerajaan BN lesap begitu sahaja dan menyebabkan kerugian bukan sahaja kerajaan tetapi juga rakyat biasa melalui pelaburan dalam syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia," katanya.

Justeru, beliau berharap menteri dapat memberikan jumlah pinjaman dengan angka-angka terperinci supaya perkara ini tidak lagi membimbangkan rakyat dan industri.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang pernah beberapa kali mempersoalkan di parlimen kenapa segelintir korporat Melayu yang mendapat projek mega kerajaan seperti Syed Mokhtar, anak Tun Mahathir, adik Datuk Seri Najib, bekas Ketua Hakim Negara dan peguam Umno.


Harakadaily

Tiada ulasan: