Anak Sungai Derhaka |
- Najib Pemandu sewel veteran UMNO kata...
- Pendedahan bagaimana pengundi boleh 'diklon' oleh BERSIH
- Dataran Merdeka bukan tempat untuk orang ramai berhimpun - Nazri Aziz
- Bersih 3.0, 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur...
- Alahai Utusan.. Fitnah ni nak recycle berapa kali?
- Ummi Hafilda kata dia ada gambar Anwar dan Shamsidar di ranjang.. boleh percaya ke?
Najib Pemandu sewel veteran UMNO kata... Posted: 04 Apr 2012 09:41 AM PDT Saya ingatkan orang hanya akan ulula-hing ( wanita Arab akan mengeluarkan bunyian seperti kicauan burung tanda suka- dalam BI di sebut sebagai ululating) bila mendengar ucapan Najib malam tadi. Rupa rupa nya ada jugak orang yang mendapat mimpi basah dan meneriak-aku sungguh tertarik. Maka atas dasar dia seorang sahaja yang tertarik dan super teruja, tambahan pula kerana tertekan oleh ransangan mimpi basah- serta merta mengistiharkan BN pasti menang. Astagha! Yang kita nak bercakap seolah olah mendapat orgasm ini kenapa- kita tunggu sahajalah bila PRU tiba. Sama ada Najib yang di jangka akan membelanjakan RM 2 juta per calun parlimen dan RM 1 juta untuk ADUN akan menang selesa. Maka tidaklah memelikkan sangat jika kerajaan UMNO hari ini menjalankan banyak corporate maneuver untuk menghimpun dana. Kerana kita tahu apa guna nya wang tersebut. Banyak kali saya telah menulis- Najib hanya tahu satu cara sahaja menyelesaikan masaalah- bayar sana sini. Dari sudut ini, Najib tidak menghampakan sesiapa. Its vintage Najib. Pay your way through. Saya membaca semula bajet untuk 2012 , saya tidak tidak berjumpa dengan peruntukan belanja kilat yang di lakukan oleh PM dan TPM. Orang yang tahu berkerajaan, akan insaf bahawa mereka tidak boleh belanja kecuali dari yang telah di luluskan oleh parlimen. Kalau tidak di luluskan oleh parlimen, maka orang yang berbelanja itu berhutang atau ambil duit haram. Atau jual harta benda rakyat atau menggunakan wang rakyat untuk membeli asset dari kunco2 dengan harga yang tinggi di mana se bahagian dari lebihan itu akan di pulangkan kepada pembeli. Kenapa 1MDB membeli perniagaan Ananda Krishnan pada harga RM 8 billion lebih walhal nilai asset tetap sekitar RM 1 billion dan di campur goodwill, mungkin harga Tanjung power itu hanya RM 4 billion. Jawapan nya, kerajaan BN akan di beri balik sejumlah wang untuk PRU. Demikian juga, rakyat curiga bagaimana Mex Highway di jual pada harga yang begitu tinggi sedangkan pembiayaan nya datang dari kerajaan dan pencadang nya hanya mengeluarkan sekitar RM 60 juta. Adakah keuntungan RM 1 billion itu di kongsi dengan penaung2 dari UMNO? Tapi oleh kerana kita sekurang kurang nya memperakui bahawa Najib dan Muhyidn adalah honorable gentlemen- mestilah duit itu mereka pinjam. Tapi pinjam dari mana ye? Duit ini dari syarikat Najib dan Muhyidin? Kita tahu kedua nya kaya raya. Dari manakah datang nya RM600 million juta yang di taburkan oleh Najib dan Muhyidin dalam masa 11 minggu? Kalau ianya bukan dari peruntukan yang di ketepikan dari jumlah wang yang disatukan, dari mana para lanun ini mencuri? Hutang negara kita telah hampir kepada 50% dari KDNK. Saya percaya kalau di campur dengan wang yang datang dari sumber ghaib- ambil dari epf, dari GLC, dari sime darby, dari 1001 sumber, maka hutang sector awam pasti melebihi 50% dari KDNK. Dan dengan rekod ini, PM dari UMNO mengistihar diri nya, tukang belanja yang berhemah? Atau wassatiyyah? Negara kita akan bengkrap sebab kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO belanja ikut sesuka hati. Ini seorang pemandu yang langgar had laju dan membawa maut kepada penumpang. Kita usah naik kenderaan yang di pandu oleh pemandu yang sewel seperti ini.Ini pemandu yang hanya ada lesen L atau, mungkin lesen beli. TV3 ingat penonton orang2 tolol. Semasa Najib berucap secara sehala, kita di pertontonkan kepada gambar orang bermesyuarat dan impresi artis atau pelukis mengenai lapuran keatas ETP. Di manakah bukti projek sebenar nya di bawah ETP itu dan mengapa kita mahu di tipu dengan artists impression? Hanya satu sahaja kita nampak kegiatan pecah tanah yang di lakukan untuk projek MRT. Dan projek ini belum pun muktamad harga nya sudah pun di tanda tangani. Kenapa kita bersegera mahu membenarkan Gamuda-MMC menjalankan projek ini? projek2 lain di bawah ETP mana? Najib janganlah hendak kelentong rakyat Malaysia. ETP, NKRA, NKEA, dan entah apa lagi gelaran yang eksotik hanya istilah istilah yang du gunakan oleh Najib untuk menunjuk nunjuk dia seorang pemikir besar. Berfikir bukan kualiti tersohor Najib. Apa yang dia lakukan tidak ada beza nya dengan Rancangan Malaysia yang terdahulu dan inisiatif2 kerajaan sebelum Najib. Semasa najib, nama sahaja yang gah- isi nya belum kita nampak. Kita nak tanya punahsihat dan punai-sihat Najib, di manakah kelebihan ETP dan istilah2 rojak ini dengan Rancangan Malaysia yang lain? Soalan2 seperti ini sudah cukup menukar perspektif kita menilai apa yang Najib berceloteh malam tadi. Tapi ye lah, apa kita hendak buat jika ada pendengar yang basah dalam seluar bila mendengar celoteh dan kelentong Najib kan? Kerajaan BN memang ramai kaki auta. Ini kerajaan yang di pimpin oleh PM yang TPM- tak pernah muktamad. Berikan saya satu contoh dasar yang Najib kemukakan yang muktamad dan tidak gostan dengan memberi pelbagai alasan. Seorang bekas menteri kewangan Malaysia pernah memberitahu saya, Najib lagi flip flop dari Pak Lah dan jumlah punah-sihat dan punai-sihat Najib lebih ramai dari budak budak tingkat 4 semasa pentadbiran A Badawi. Hishammudin Hussein terbukti tidak se standard Tun Hussein dan berdolak dalik mengenai skendel dalam institusi kepolisian. Rakyat menunggu sama ada dia mahu menubuhkan suruhanjaya siasatan keatas allegations bahawa bekas KPN mempunyai hubungan dengan penjenayah. Morale anggota kepolisian menurun akibat tuduhan2 dan allegations ini. Nazri terus menerus mengeluarkan pandangan yang mendahului kepantasan otak nya. Muhyiddin menggunakan kaji selidik yang lemah untuk membuktikan konon bahawa kita mempunyai system pembelajaran yang setanding dengan US, UK dan Germany; sila beritahu perkara ini kepada ribuan graduan Melayu yang tidak mendapat kerja dan terpaksa berkerja sebagai pelayan di Old Town white Coffee. Atau biarlah kita nantikan, senarai pemenang hadiah nobel kerana system pendidikan kita sama dengan negara dunia pertama yang di ambil sebagai contoh oleh si malikul sembab ini. dan kita ada pemandu bas mini nombor satu negara kita yang memberitahu parlimen bahawa pembelian kapal selam scorpene adalah bersih sedangkan mahkamah Perancis menjumpai bukti rasuah yang rasmi. Jadi wang yang di perolehi oleh Razak Baginda itu apa? |
Pendedahan bagaimana pengundi boleh 'diklon' oleh BERSIH Posted: 04 Apr 2012 05:27 AM PDT Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat mendedahkan lebih banyak contoh pengundi "klon", yang didakwanya sebagai pengundi hantu. Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong (kiri) menjelaskan empat kaedah pengundi boleh didaftarkan banyak kali, supaya mereka dapat mengundi beberapa kali. "Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain di dunia," kata pensyarah Universiti Monash itu sinis. Empat kaedah tersebut adalah: •Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru; •Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza; •Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru; dan •Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza . Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin "diklon" dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh "klon" bagi jenis pertama. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat "klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja. Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor IC lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan 'screenshot' dari lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malaysiakini |
Dataran Merdeka bukan tempat untuk orang ramai berhimpun - Nazri Aziz Posted: 04 Apr 2012 12:36 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Dataran Merdeka - tempat BERSIH 3.0 dijadual diadakan pada 28 April ini - bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman. Menurutnya, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman. Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui di Parlimen sebagai mengulas penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April kerana tidak puashati dengan syor jawatankuasa pilihan Parlimen (PSC) untuk menambahbaik sistem pilihan raya yang didakwanya gagal menangani isu-isu utama. Dalam reaksi segera, Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga berkata, pihaknya akan berbincang dengan polis mengenai perkara itu. Malaysiakini |
Bersih 3.0, 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur... Posted: 03 Apr 2012 09:06 PM PDT Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur. Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.' Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi. Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan. Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya. Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang - Malaysiakini ****************************************** Bersih to hold third rally on April 28 KUALA LUMPUR, April 4 — Election watchdog group Bersih 2.0 confirmed today it will hold its third rally for free and fair elections on April 28. The gathering, scheduled for 2pm on the day, will be held simultaneously at numerous locations in Malaysia and across the globe. The rally, themed "Duduk Bantah" (sit-in protest), makes the same eight demands from its second instalment last July 9. They are: a cleaning of the electoral roll, reforms to postal voting, the use of indelible ink, free and fair access to media, a minimum 21-day campaign period, the strengthening of public institutions, a stop to political corruption, and an end to "dirty" politics. The event follows the coalition's dissatisfaction over the parliamentary select committee's (PSC) 22-point electoral reforms proposal, which was tabled and approved in the Dewan Rakyat yesterday without debate. Bersih 2.0's last rally on July 9 had drawn a crowd of thousands to the streets of the capital, despite the government's earlier warning that participants would be arrested. Opposition lawmakers and Bersih leaders had promised the gathering would stay peaceful but chaos had broken out at midday when riot police used tear gas canisters and chemical-laced water to disperse protestors - The Malaysian Insider |
Alahai Utusan.. Fitnah ni nak recycle berapa kali? Posted: 03 Apr 2012 05:00 PM PDT Mungkin kerana telah ketandusan isu untuk dijadikan bahan fitnah merekaLidah Rasmi UMNO @ Utusan terpaksa mengkitar semula perkara yang mereka sendiritelah laporkan sebagai fitnah. Hinggakan cerita pasal Wan Azizah dan Shamsidar tak bercakappada tahun entah bilapun dijadikan berita.. Atau ianya adalah sebahagian dari agenda untuk menyakinkanrakyat bahawa gambar yang bakal didedah oleh Ummi Hafidla adalah benar kononnya.. Menurut Ummi Hafilda, jika mahu, beliau boleh mendedahkangambar itu dari dulu lagi namun tidak mahu berbuat demikian kerana ia terlalumengaibkan. " Apatah lagi Azmin…dia abang saya,darah daging saya, saya tidak mahu dia diaibkan dalam keadaan begini tetapinampaknya dia tidak serik-serik dengan perbuatannya itu – lagi sila baca diSINI Hairan ya.. dulugambar itu dikatakan mengaibkan tapi sekarang tidak.. Tujuannya hanyalahuntuk menyakinkan rakyat bahawa sememangnya Anwar punya hubungan denganShamsidar.. Mungkin ada yangsudah lupa atau tak tahu bahawa fitnah Anwar dan Shamsidar ini telah disebaroleh seorang penulisbernama Khalid Jafri. Kisahnya begini, seorang penulis bernama Khalid Jafri pernahmenulis dakwaan kononnya Anwar telah bersetubuh dengan isteri timbalanpresiden Keadilan, YB Azmin Ali bernama Shamsidar sehingga melahirkan anakperempuan bernama Hafifah. Bagaimanapun, Khalid Jafri telah ditetapkan oleh mahkamah sebagai memfitnahAnwar Ibrahim Kerana menulis dakwaan palsu berdasarkan bukti mahkamah yangmenunjukkan bahawa DNA Azmin dan Shamsidar konsisten sebagai ibu bapakandung Hafifah. Bacalahprint screen laporan dari Utusan dibawah ni.. |
Ummi Hafilda kata dia ada gambar Anwar dan Shamsidar di ranjang.. boleh percaya ke? Posted: 03 Apr 2012 09:33 AM PDT Gambar Anwar dan Shamsidar diranjang khabarnya akan menjadi 'bom nuklear' pertama yang bakal dilepaskan Ummi Hafilda dalam kempennya untuk menjatuhkan karier politik Anwar dan Azmin. Menurut Ummi Hafilda, jika mahu, beliau boleh mendedahkan gambar itu dari dulu lagi namun tidak mahu berbuat demikian kerana ia terlalu mengaibkan. Kalau dulu dikatakan mengaibkan.. sekarang idak mengaibkan ke? Sudah-sudahlah menyebar fitnah tu Ummi. berapa kali nak recycle fitnah ni?? ************************************** Saya Tidak Akan Dedahkan Gambar 'Itu' Kalau Azmin Bertaubat, Kata Ummi Hafilda KUALA LUMPUR – Ummi Hafilda Ali menegaskan yang beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan gambar yang dikatakan mampu 'menggegarkan' karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan abangnya sendiri, Azmin Ali. Namun menurut beliau, ia tidak mungkin berlaku sekiranya kedua-dua pihak terutama Azmin mengakui kesilapan mereka dan kembali ke pangkal jalan. Menurut Ummi Hafilda, jika mahu, beliau boleh mendedahkan gambar itu dari dulu lagi namun tidak mahu berbuat demikian kerana ia terlalu mengaibkan. " Apatah lagi Azmin…dia abang saya, darah daging saya, saya tidak mahu dia diaibkan dalam keadaan begini tetapi nampaknya dia tidak serik-serik dengan perbuatannya itu. " Saya akui mempunyai 'gambar' yang dimaksudkan dan boleh mendedahkannya bila-bila masa saja…tetapi sudah tentu ia tidak akan berlaku sekiranya dia (Azmin) bertaubat dan kembali ke pangkal jalan," katanya. Foto di atas pernah popular pada tahun 1998. Satu foto yang dirakamkan menggambarkan tiga watak penting, Shamsidar Tahrin (isteri Azmin Ali), Ummi Hafilda(adik Azmin Ali) dan Anwar Ibrahim(majikan Azmin Ali). Baru-baru ini laman blog suarapakatanrakyat.com melaporkan yang Ummi Hafilda mempunyai gambar isteri Azmin, Shamsidar berpelukan dengan Anwar. Gambar tersebut khabarnya akan menjadi 'bom nuklear' pertama yang bakal dilepaskan Ummi Hafilda dalam kempennya untuk menjatuhkan karier politik Anwar dan Azmin. Difahamkan gambar itu masih terang dan jelas, walaupun telah berusia lebih dari 12 tahun. Khabarnya, ia juga telah dibuktikan tulen oleh beberapa pakar luar negara dan menanti masa yang sesuai untuk didedahkan kepada umum - http://mynewshub.my |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan