Anak Sungai Derhaka |
- Video : Adam Adli ditumbuk di Kampung Kerinchi
- Flat akan diroboh, tapi kunci PPR belum dapat.. Menyesal kini tak berguna lagi Pak Cik...
- Gambar: Adam Adli kena tumbuk..
- BERSIH 3.0 dijangka berlaku bulan ini...
- UMNO Rampas Tanah Melayu Lagi.. Generasi Kedua Felda Jadi Mangsa ..
Video : Adam Adli ditumbuk di Kampung Kerinchi Posted: 03 Apr 2012 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Proses pengosongan flat PKNS Kampung Kerinchi awal pagi ini dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terbabit bersama anggota yang didakwa dari Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida). Tiga aktivitis mahasiswa yang terlibat ialah Adam Adli Abd Halim, Safwan Anang dan Ekhsan Bukharee Badarul Hisham. Adam Adli menjadi sasaran utama kumpulan terbabit sehingga mengalami cedera ringan apabila ditumbuk di mata kiri dan mulut. Kehadiran Adam dan dua rakannya yang lain kurang disenangi sebahagian penduduk dan kumpulan berkenaan. Insiden pergaduhan bermula apabila ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di salah sebuah flat yang akan dirobohkan. Keadaan mulai tegang apabila kumpulan berkenaan menjerit mengarahkan Adam turun dan tidak mencampuri urusan pengosongan flat tersebut. Ketika Adam dan dua rakan lain turun, mereka diserbu dan pergaduhan tercetus sehingga dileraikan oleh anggota polis. Beberapa minit kemudian, seramai lapan anggota FRU mulai mengawal keadaan manakala Ekhsan Bukharee dibawa ke balai polis Lembah Pantai dan dilepaskan setelah sejam ditahan. Detik cemas FMT menemui Adam dan Ekhsan Bukharee kemudian menceritakan detik cemas yang menimpa mereka. Menurut Adam kehadiran mereka sekadar memberi sokongan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam proses pengosongan flat terbabit. "Orang kampung minta tolong agar kami (mahasiswa) memberi sokongan. Ketika kami naik ke flat itu ada ahli keluarga yang menangis jadi kami memberi sokongan dari sudut moral. Saya faham kami tidak boleh masuk campur dalam hal ini. "Ketika kami mula naik ke tingkat tiga flat itu, provokasi telah pun bermula. Apabila saya turun ada dua orang datang tumbuk saya," kata Adam. Ekhsan Bukharee pula berkata beliau dibawa ke balai polis atas alasan keselamatan terhadap dirinya. "Saya ditahan selama sejam dibalai dan kemudian dilepaskan. Mereka (polis) bawa saya untuk elak saya dari diserang," jelasnya. Proses pengosongan flat Kerinchi ini dijadualkan dibuat awal pagi tadi, namun masih mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang enggan berpindah atas sebab tertentu. Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai agar dapat membuat persediaan untuk berpindah - FreeMalaysiaToday | ||
Flat akan diroboh, tapi kunci PPR belum dapat.. Menyesal kini tak berguna lagi Pak Cik... Posted: 03 Apr 2012 02:46 AM PDT Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Kerinchi, Mohd Idrus Tokiran berkata, sebahagian penduduk pangsapuri PKNS yang masih tinggal di tempat itu masih berdepan masalah melibatkan urusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Katanya, ada di kalangan penduduk berkenaan masih belum menerima kunci untuk rumah baru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah di Puchong untuk menggantikan rumah mereka yang akan dirobohkan. Malah, terdapat juga keluarga yang mendapati nama mereka masih tidak terdapat dalam rekod DBKL untuk kemudahan perumahan di PPR Muhibbah, katanya. Oleh sebab itu, seramai 34 penduduk terlibat memerlukan masa untuk berpindah dan berunding untuk membolehkan mereka tinggal di situ sehingga 1 Julai, katanya. "Pemaju dah bayarkan sewa rumah (PPR Muhibbah) yang mereka beri untuk bulan Mac. Tetapi bila kami pergi ke DBKL untuk bayar sewa bulan April, tiada akaun nama kami di DBKL. "Ini yang menyebabkan kami rasa takut untuk berpindah kerana kami rasa ada tipu helah yang cuba mereka buat," katanya. Katanya, penduduk berkenaan bukannya menolak pembangunan, malah mereka telah bersetuju untuk berpindak. "Tetapi bagilah kami masa yang secukupnya kepada kami. Mana sempat nak kosongkan rumah dalam masa dua minggu. Lagipun ada anak-anak kami yang bersekolah, nak (menduduki peperiksaan) SPM tahun ini," katanya lagi dalam sidang media di perkarangan pangsapuri tersebut hari ini. Katanya, rumah yang diduduki penduduk berkenaan merupakan rumah yang dibeli oleh mereka dan ada di antara golongan itu yang telah menghuninya hampir 40 tahun. "Tetapi kami dapat notis bila akta tanah digunakan, kita jadi penghuni tanpa izin pula," katanya mengulas tindakan Pejabat Tanah dan Galian mengeluarkan notis pengosongan kepada mereka, Ahad lalu. Notis pengosongan itu adalah untuk membolehkan kawasan tersebut dibangunkan semula oleh pemaju Suez Domain Sdn Bhd. Penduduk berkenaan diberi masa seminggu mengosongkan perumahan itu. Malaysiakini | ||
Gambar: Adam Adli kena tumbuk.. Posted: 02 Apr 2012 10:13 PM PDT Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk. Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat. Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata. Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu. Adam sebelum ini popular kerana menurunkan bendera memuatkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur- Malaysiakini
Sumber gambar : AmenoWorld | ||
BERSIH 3.0 dijangka berlaku bulan ini... Posted: 02 Apr 2012 09:19 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 April — Bersih dijangka akan mengumumkan esok tarikh perhimpunan ketiganya untuk pilihan raya yang bersih dan adil, yang mana menurut sumber badan pemerhati pilihan raya itu akan berlaku hujung bulan ini. Salah seorang jawatankuasa pemandu Bersih yang enggan mendedahkan identitinya berkata kepada The Malaysian Insider butiran berkenaan "Bersih 3.0" akan didedahkan sewaktu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran walaupun laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh untuk perhimpunan berikutnya, dan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan tersebut. Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesahkan dan menidakkan khabar angin tersebut, namun mengakui semalam bahawa kumpulan tersebut telah bergerak untuk menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar. Perkara itu jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini di samping pilihan raya yang bakal berlaku. Sumber itu menambah, lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedahkan, yang akan membuktikan PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya. "Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan," kata sumber berkenaan. "Melalui perhimpunan, kamu boleh sebut saya tidak mengesahkan, atau menafikan perkara itu. "Tapi apa yang saya boleh katakan adalah bukti penipuan tersebut adalah sangat jelas." Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai. Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam. Perbahasan berkenaan laporan itu dijadualkan berlangsung 11.30 pagi hari ini namun, Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap hasil laporan tersebut. Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya. SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tambahan lagi, mereka menyatakan suruhanjaya berkenaan gagal mengemukakan kaedah yang sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk turut mengundi, walaupun telah didesak untuk dikemukakan dalam laporan interim PSC Disember lalu. Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, pada 18 Mac telah memberi amaran kepada Putrajaya kemungkinan berlakunya Bersih3.0, ekoran penambahbaikan pilihan raya sengaja dilambat-lambatkan dan penambahan pengundi secara mendadak di sesetengah kawasan Parlimen. "Melihatkan kepada keadaan sekarang, kami tiada pilihan lain. Selain Bersih 3.0," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider. "Sekiranya kerajaan tidak serius berkenaan penambahbaikan pilihan raya, biar rakyat jadikan perkara itu didengari," tambahnya. Pemimpin PR turut menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan berkenaan kerana kerajaan gagal memenuhi tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil. Ribuan rakyat Malaysia telah menyertai perhimpunan 9 Julai Bersih 2.0 yang kemudiannya menjadi ganas apabila polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Situasi berkenaan menyaksikan 1,000 orang telah ditangkap termasuk sebelum perhimpunan berlangsung, dan Najib menerima kritikan daripada media antarabangsa. Berdasarkan tekanan tersebut, kerajaan telah menjanjikan reformasi, yang mana turut melibatkan pembentukan PSC dan enakmen yang menerima kritikan hebat, Akta Perhimpunan Aman tahun lalu. | ||
UMNO Rampas Tanah Melayu Lagi.. Generasi Kedua Felda Jadi Mangsa .. Posted: 02 Apr 2012 05:00 PM PDT Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah. Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu. Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat. Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri. Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit. Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam. Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan. Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka? Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu. Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2. Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co. Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003. Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta. Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan? Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka. Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini? Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu. Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku? Ustaz Satiful Bahri Mamat Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan