Isnin, 2 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Durian Runtuh untuk Felda, Gaji minimum pertengahan June.. Nak Pilihanraya dah ke Najib?

Posted: 02 Apr 2012 08:19 AM PDT


Cuba baca kedua-dua laporan berita ini.. kenapa kedua-dua perkara yang melibatkan pengundi-pengundi dari kalangan masyarakat Felda dan dari Kakitangan swasta ini akan diumumkan oleh Najib pada bulan Mei dan June agaknya??

Laporan pertama..

Najib berkata 'durian runtuh' untuk peneroka FELDA

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Perdana menteri hari ini menjanjikan para peneroka "durian runtuh" bersempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di bulan Mei, tetapi tidak mengumumkan jumlah sebenar yang boleh diharapkan.

Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata bahawa jumlah yang bakal diumumkan nanti pasti akan membuat para peneroka "tersandar, rebah dalam kejutan".

"Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. Banyak mana? Tunggu, kita akan buat pengumuman nanti," Najib berkata, mengikut agensi berita nasional Bernama.

Berucap di FELDA Triang 3 di Bera hari ini, Najib turut berkata bahawa keputusan untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan memanfaatkan para peneroka.

"Kerajaan ambil keputusan supaya FGVH ini disenaraikan kerana kita ingin aset FELDA ini untuk menjana kekayaan berlipat ganda seterusnya kekayaan melonjak itu kita akan pulangkan kepada peneroka.

Di bulan Februari, sekumpulan lapan orang peneroka berjaya mendapat perintah mahkamah untuk menghentikan pemindahan saham dari Kooperatif Pelaburan FELDA (KPF) mereka kepada FGVH, suatu langkah penting dalam rancangan menyeranaikan firma perladangan itu.

Ini mendorong Putrajaya mengumumkan pada 14 Mac bahawa kerajaan akan tetap dengan rancangan penyenaraian FGVH tidak kira sama ada keputusan itu menerima sokongan peneroka FELDA.

Kerajaan sebelum ini bertegas bahawa ianya mempunyai sokongan "majoriti peneroka", walaupun terdapat laporan bantahan meluas.

Para pengkritik berkata bahawa penyenaraian ini akan memberikan FGVH, yang serba kerugian, kuasa mengawal KPF dan akan merugikan pemegang saham kecil dan membebankan FELDA dengan defisit sebanyak RM1.5 bilion setiap tahun - The Malaysian Insider


Laporan kedua..

Gaji minimum diumum sebelum Julai

2 April 2012  

KUALA LUMPUR - Dasar gaji minimum dijangka diumumkan dalam separuh pertama tahun ini, sementara peningkatan kemahiran dan penambahbaikan tenaga kerja akan diteruskan, kata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Dalam laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi 2011, Pemandu berkata, fokus telah diberikan kepada lima sektor: minyak, gas dan tenaga; pelancongan; elektrik dan elektronik; kandungan komunikasi dan infrastruktur; dan perkhidmatan perniagaan.

Selain daripada itu, program MyProCert yang bertujuan meningkatkan kemahiran warga Malaysia ke standard persijilan antarabangsa menyasar untuk melahirkan 5,000 profesional diperakui menjelang 2014.

Sementara itu, Pemandu berkata, 33 syarikat di bawah enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah dikenal pasti bersedia untuk dilepaskan sama ada menerusi penyenaraian, pengurangan saham ataupun dilupuskan terus.

Di bawah rancangan untuk merasionalisasikan portfolio GLC, lima telah dikenal pasti untuk pengurangan saham, tujuh untuk penyenaraian awam dan 21 untuk dilupus terus.

Untuk tahun 2011-2012, 24 syarikat telah dikenal pasti untuk eksesais pelupusan kerajaan dan proses akan bermula memandangkan saham-saham telah mencecah harga yang dipersetujui.

"Setakat hari ini, empat syarikat terdiri daripada empat anak syarikat dalam IPO MSM Holdings Bhd telahpun dilupuskan. Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dijangka berlaku pada Mei 2012," kata laporan itu.

Mengenai inisiatif pembaharuan strategik kewangan awam yang bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan pada masa yang sama meningkatkan pendapatan, Pemandu berkata paling utama fokus ialah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan persekutuan menerusi penambahbaikan pentadbiran cukai dan pematuhan kedua-dua cukai langsung dan tidak langsung.

"Kami menganggarkan RM1.94 bilion akan dikumpulkan pada 2012 selain daripada unjuran pendapatan konvensional yang telah dibuat," katanya.

Pemandu turut mengulangi komitmennya untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan terus merasionalisasikan subsidi memandangkan banyak daripada pendapatan negara kini datangnya daripada Petronas.

"Kita perlu cukai penggunaan yang meluas, cukai yang dilevikan ke atas aktiviti tambah nilai dengan setiap operasi bersama-sama dengan rantaian pelaksanaan.

"GST tidak akan menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah kerana kebanyakan produk dan perkhidmatan asas akan dikecualikan atau berpenarafan sifar seperti beras, daging mentah, ikan segar, sayur-sayuran, pengangkutan awam domestik dan perkhidmatan penjagaan kesihatan," katanya. - Bernama

Muhyiddin kata Sistem Pendidikan Malaysia Lebih Baik Berbanding Negara Maju..

Posted: 02 Apr 2012 04:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.

Gambar : Bukan kandang kambing tapi Sebuah Sekolah bagi anak kaum Penan di Sarawak

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.

"Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kita. Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, kualiti modal insan dan daya saing negara.

"Saya yakin dan percaya dengan adanya usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan kualiti modal insan yang dilahirkan, kita akan dapat meningkatkan lagi kedudukan negara kita dalam indeks daya saing global pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sektor pengajian tinggi adalah pemangkin kepada usaha melahirkan rakyat yang mampu menjana kemajuan dan pembangunan negara.

Kemajuan dunia yang selari dengan perkembangan ilmu dan teknologi telah menjadikan peranan sektor pengajian tinggi semakin kritikal, katanya.

"Dalam konteks pembangunan negara, pembinaan modal insan berkemahiran dan berpengetahuan tinggi merupakan pelaburan terpenting yang menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif," katanya.

Beliau berkata kejayaan Malaysia menjadi sebuah negara maju akan ditentukan oleh keupayaannya membekalkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan dalam industri-industri bersifat intensif ilmu.

"Maka dalam konteks ini, pelaburan dalam sektor pendidikan adalah faktor paling kritikal dalam melahirkan modal insan yang diperlukan untuk memacu kemajuan negara kita ke tahap seterusnya. "Justeru dasar pembangunan modal insan negara pada masa kini bertumpu kepada usaha untuk melahirkan bakat atau 'talents' yang berilmu dan berkemahiran tinggi selaras dengan pelaksanaan Model Baharu Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi," katanya.

Dalam konteks itu, Muhyiddin berkata Pelan Pembangunan Modal Insan Inovatif peringkat tertiari diwujudkan untuk memacu ekonomi berasaskan inovasi dengan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi sebagai penggerak utama.

Seiring dengan matlamat itu, amat wajar bagi institusi-institusi pengajian tinggi tempatan menawarkan kursus-kursus baru yang relevan dengan dasar transformasi negara, khususnya dalam bidang-bidang berkaitan dengan 12 bidang ekonomi dunia negara, katanya.

"Akses juga perlu diperluaskan kepada kursus-kursus yang mempunyai rantaian nilai ekonomi lebih tinggi seperti perbankan Islam, sains kesihatan, kejuruteraan termaju, sains dan inovasi serta hospitaliti dan pelancongan," katanya.-BERNAMA

Ahli PERKASA Pulau Pinang tendang Perempuan..

Posted: 02 Apr 2012 01:06 AM PDT


Seorang kakitangan jabatan penerangan kerajaan Pulau Pinang membuat laporan polis hari ini ke atas pertubuhan pro-Melayu PERKASA atas tindakan anggota pertubuhan itu ke atasnya dalam perhimpunan anjuran pertubuhan tersebut Jumaat lalu.

Lilian Chan berkata, beliau telah ditendang dua kali di bahagian kakinya oleh seorang anggota PERKASA dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang, di bangunan Komtar yang menempatkan pejabat ketua menteri.

Chan (kiri) berkata beliau telah diarahkan oleh penyelianya Yap Lee Ying untuk membuat liputan perhimpunan itu ketika insiden itu berlaku.

"Apabila saya ditendang untuk kali kedua, saya tanya orang itu – Ketua Pemuda PERKASA Pulau Pinang Risuan Azuddin – kenapa dia tendang saya?," katanya yang pernah menerima latihan daripada Malaysiakini.

Dia tidak jawab (soalan) saya. Pada masa itu, polis dan pegawai kesalamat Komtar sedang mengarahkan mereka untuk meninggalkan kawasan itu," kata Chan.

Katanya kumpulan kira-kira 30 orang itu pada awalnya menyerbu ke dalam bangunan pejabat tersebut dan menuntut untuk bertemu Lim.

Ibu kepada empat orang anak itu menerima rawatan selepas insiden berkenaan dan telah diberikan sijil cuti sakit kerana kesakitan yang dialami di bahagian kakinya.

Chan mendakwa, beliau juga sebelum ini pernah dikasari anggota kumpulan berkenaan pada 26 Februari lalu dalam perhimpunan anti-Lynas di Esplanade, Pulau Pinang.

Malaysiakini

Video Murtad Hassan Ali... yang ini ke?

Posted: 01 Apr 2012 09:00 PM PDT


Dalam isu murtad ini, kita sebagai umat Islam sewajarnya meletakkan kepentingan politik ditepi.. sikit atau banyak kes yang telah berlaku ianya tetap satu perkara yang serius…

Jangan sampai dah kena batang hidung sendiri baru kita nak melompat…

Terus terang aku katakan.. Aku hormat cara Mahathir menangani isu ini.. diam tetapi berkesan.. nak tulis disini tak boleh..

Tapi kalau korang ada saudara mara yang tinggal di Bukit Mertajam tanyalah mereka..


Baca laporan ni dulu..

Video murtad: Tak perlu layan, kata Pas

SHAH ALAM – Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.
"Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.

"Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.

"Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.

"Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan," katanya.

Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita 'seinci jadi sejengkal dan sekaki' seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu - Sinar Harian

Ini adalah video yang dikatakan sebagai videoclip seorang remaja yang telah murtad menemui Hassan Ali, Teknik Rakaman Visual ini dibuat adalah permintaan remaja tersebut,atas faktor-faktor keselamatan.

Dan video ini juga sudah tentu bukanlah video yang dijanjikan oleh Hassan Ali, kerana beliau menjanjikan video pasangan yang didakwanya telah murtad membuat pengakuan..

Penyokong UMNO rupanya yang mati ketika menaikkan bendera tu.. ini buktinya..

Posted: 01 Apr 2012 05:30 PM PDT


Apabila tersiar berita tentang dua orang yang terkorban akibat terkena renjatan elektrik awal pagi semalam, dengan pantas beberapa Blog Pro UMNO membuat kesimpulan bahawa kedua-dua mereka adalah penyokong PAS.



Dengan tersiarnya tuduhan yang lebih merupakan satu fitnah itu berbagai komen dapat dibaca di Blog-Blog Pro UMNO itu..


  Berikut pula adalah print screen komen-komen yang terdapat dalam Blog yang menyambung fitnah itu..



 Yakin sungguh mereka bahawa dua lelaki yang terkorban itu adalah Ahli PAS..

Malangnya tohmahan atau fitnah mereka yang memburukkan Ahli atau Penyokong PAS tersebut dinafikan oleh Bloger Pro UMNO sendiri yang melawat keluarga Alahyarham.. lihat Print Screen di bawah pula..


Dan ini disokong pula dengan FB Awang Adek yang turut hadir ketika jenazah salah seorang mangsa iaitu Mohd. Daishan Ibrahim dikebumikan..

 
Menurut laporan Kosmo, salah seorang dari mangsa terbunuh selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau tersebut ialah Rosli Hussin, 47, merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).. kalau korang nak tahu JASA tu di bawahdi Bawah Kementerian mana.. sila lihat di ( SINI )

Pernah dengar ke ahli PAS dilantik sebagai Pegawai di Jabatan itu?

Tentang gambar yang disebarkan oleh Blogger Pro UMNO itu yang mengatakankononnya itu adalah mangsa renjatan elektrik, juga bukanlah mangsa kejadian..

Ini kerana Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas(Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masingditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengankesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Mangsa ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadiandengan kesan lebam di telinga dan kaki..

Tengok gambar yang Blogger Pro UMNO sebarkan dibawah ni…


Korang nampak lebam atau hangus pada gambar tu dan pada telinga atau tangan?

Kalau nak tahu pula sumber gambar itu dari mana.. Semut dan Papan Kekunciada jawapannya.. sila lihat di SINI

Itulah… bila dah ketandusan isu.. pantang ada cerita yang berkait denganpolitik tambahan pula yang boleh menimbulkan persepsi kurang baik… membabi butasaja pencacai-pencacai UMNO itu membuat fitnah..

Bagaimanapun Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban..

Tiada ulasan: