Jumaat, 27 April 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Upacara Sembahyang Yang Pelik Bersama Melayu Yang Pelik!

Posted: 27 Apr 2012 09:05 AM PDT

Upacara sembahyang orang Budha seumpama ini merupakan pertama kalinya dibuat di Taman ini. Sebelum ini tidak pernah ada. Tak ada...

Kebiasaannya, upacara sembahyang mereka ini akan dilakukan pada lebih kurang jam 7.00 malam. Depa pun ada waktu-waktu yang tertentu macam kita nih! Awat depa ni kalut sangat?

Tetapi amat ganjil kerana upacara sembahyang ini dilakukan pada jam 9.00 malam - sama waktu ketika Pakatan Rakyat memulakan majlis ceramah mereka - masuk waktu kawasan yang sama sewaktu dengannya? Ha! ha! ha!

Kenapa diatas padang yang luas itu, mereka memilih tempat yang paling hampir dengan majlis ceramah Pakatan Rakyat? Yang hanya dipisahkan oleh sebatang jalan raya.

Pakatan rakyat bukan pertama kali buat ceramah ditempat tersebut. PR memang buat ceramah ditempat sudah banyak kali.

Majlis upacara sembahyang biasanya tidak ada menyediakan sound sistem yang memekakkan telinga.

Pernah tengok mana-mana tokong Budha pakai pembesar suara macam masjid kita sewaktu azan?

Ada yang kata seekor tu harganya RM1,000/-

Paling pelik, dalam majlis yang dihidangkan 4 babi panggang dan minuman keras itu, apa halnya seorang Melayu ini marah-marah menyuruh orang PR supaya balik! balik! Kalau dia tidak ada kaitan dengan majlis Babi Panggang dan arak itu?

Ada pula amoi-amoi dengan tarian tiang pula tu~! ! Adoi! Itukah yang Melayu ini cuba pertahankan? Siapa yang jadi tunggangan MCA sekarang ini? Depa sedap makan Babi Panggang dan tonggang arak, Melayu ini dapat apa?

Bolehkah Encik Jamil, orang kuat Hamidah yang turut ada di situ pada malam tersebut tolong jelaskan kepada kami?

minta Encik Jamil, orang kuat Hamidah tolong
jelaskan siapakah Melayu ini...

Hamidah Osman Gagal Jaga Peniaga Melayu, Thomas Su Berjaya Jaga Peniaga Cina !

Posted: 26 Apr 2012 09:12 PM PDT

Tajuk atas tu tepat sangat mengenai apa yang nak saya ceritakan dalam entri kali ini.Bahawa bukan orang Cina yang meruntuhkan kedai makan orang Melayu kat Pengkalan Pegoh tu, tetapi oleh wakil rakyat Melayu yang mereka pilih sendiri.Wakil rakyat mereka sendiri!

Korang jangan marahkan orang Cina berjaya dalam perniagaan mereka sebab wakil rakyat mereka tidak seperti wakil rakyat Melayu kita sendiri.

Aku nampak, wakil rakyat Melayu yang sorang ini, sebaliknya tolong majukan peniaga China hinggap sanggup beli 4 ekor babi panggang yang menurut seorang rakan China saya , seekor tu dalam lingkungan RM1,000/-. Nih kalau 4 ekor dah RM4,000.00!

Belum masuk lagi kos arak.Kos khemah dan penari-penari lucah itu sekurang-kurangnya RM300/- ke RM400/- seorang! Kalau 6 orang dah berapa ? Cer ambil kalkulator jap! banyak nak kira tu!

P.A sistem pula yang termasuk sewa lori jenerator tu entah berapa ribu ringgit pula. Dengar ceritanya, towkey P.A sistem itu tengah melilau mencari Azura, adik Hamidah kerana belum lagi selesaikan duit sewa tu!

Tu! kos bunga api yang menyemarakan perasmian makan babi panggang? Aku tak tau berapa.

Korang nak tau, depa tak habis bakar kesemuanya bunga api tu. Selebihnya orang Hamidah telah bawa pulang ke rumah Hamidah untuk disimpan.

Korang ingat simpan untuk nyambut raya nanti ker? No way la brother! no! no!.....rupa-rupanya Hamidah bawa bunga api tu ke Kampung Tekah dan depa main bunga api kat kampung tu konon untuk mengganggu ceramah PR pada malam itu! Daje sungguh puak-puak Hamidah nih!

Orang yang tengok dapat cam bunga api tu sama semacam seperti mana yang dipasang di Desa Pakatan dalam majlis santapan Babi Panggang malam dulu tu.

Orang Satu Malaysia dah kecuh pasal Babi Panggang Hamidah ni. Dia pun tengah 'menggelupor' sekarang , kata oghang Perak.!

Dia panggil semua AJK Umno Bahagian Gopeng supaya menolongnya kerana banyak blog menghebahkan kisah Babi Panggangnya itu!

Seorang duk Sg Rokam, sorang duk Sg Siput, sorang lagi duk
Sg Rapat dan sorang lagi duk Sg Pinji! Semuanya duduk dalam sungai...

Blogger penjilat Hamidah ni pula asyik mengisahkan mengenai Cikgu Ali yang tua, berumur 66 tahun ada 2 bini - satu kat Sungai Rokam dan satu lagi kat Sungai Siput! Semuanya duk dalam sungai ikut katanya! kah! kah! kah!

Nih aku nak kabo kat blogger penjilat Midah ni, sebenarnya ada 4! nak kenal? Yang menari kat pesta makan Babi Panggang Hamidah tulah bini Cikgu Ali ! Kesemuanya sekali tu! Ha! ha! ha! Kau tolong sebarkanlah lagi berita sensasi ini - biar satu Malaysia tahu!

Cer korang baca pula nih, blog penjilat Hamidah Osman (aku edit layoutnya supaya nampak lebih menari lagi) tu kata :


Apa benarkah Cikgu Ali maksudkan begitu? Kan jelas Cikgu Ali kata :


Hamidah gagal untuk menyempurnakan janjinya iaitu untuk menangguhkan tindakan meroboh kedai-kedai makan Melayu di rizab jalan tersebut sehingga 'Medan Selera' cadangannya itu diwujudkan ditempat yang berhampiran.

Tindakan meroboh hanya dikenakan keatas kedai Shaha juga menjadi tanda tanya; sedangkan ada beberapa kedai lain di situ yang telah turut sama menerima 'notis roboh' sebelum ini.

Bagaimana pula dengan kedai-kedai yang ada di Pasir Pinji juga di Pasir Puteh? Cer ceritakan kepada rakyat wahai Hamidah.Lihat gambar berikut:
Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Thomas Su , Adun DAP Pasir Pinji diatas kejayaan beliau menjaga kepentingan para peniaga tepi jalan di tempat beliau.

Punya lah bangang blogger ni, aku pun tak tahu! Dia kata aku ni dah tua, umur 66 tahun boleh pulak dia kata Thomas Su yang dalam lingkungan 40-an tu abang angkat aku pula? Kenapalah Hamidah ambil orang bahalol begini untuk menguruskan blog Sg Rapatnya ini!

Thomas , tidak sebagaimana Hamidah Osman - gagal menjaga kepentingan para peniaga Melayu di kawasannya sendiri walaupun Hamidah ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita.

Peniaga Melayu yang lain yang gerai mereka belum kena roboh perlu berhati-hati dan bersatu hati supaya tidak diperbodohkan oleh Hamidah.Entah esok atau lusa gerai korang pula tiba giliran untuk dirobohkan.

Para peniaga perlu bersatu dan mendesak Hamidah supaya mengkotakan janjinya untuk menempatkan korang di Medan Selera yang dia janji akan dibina di tempat yang berhampiran.

Jangan jadikan diri anda berpecah belah umpama biri-biri yang terpisah dari kumpulannya akan mudah menjadi mangsa serigala buas yang senantiasa menunggu peluang tersebut.

Tiada ulasan: