Jumaat, 13 April 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


BERSIH 3.0 - Kenapa Kita Mesti Sokong

Posted: 13 Apr 2012 09:12 AM PDT

Sistem p/raya Thailand lebih demokratik dan telus berbanding Malaysia. Setiap parti diberikan ruang yang secukupnya untuk berkempen di televisyen dengan masa yang tertentu.

Thailand memberikan ruang yang secukupnya bagi rakyatnya untuk menjadi pemilih yang bijak dalam p/raya.Mereka mendapat maklumat yang benar melalui siaran TV dan akhbar-akhbar.

Selain itu, mereka diberikan tempoh untuk berkempen yang sangat selesa.Undang-undang Thailand memestikan pilihan raya diadakan di antara 45 dan 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Namun, mereka tidak perlu gantung bendera atau tampal poster gila-gila macam di Malaysia kerana kesempatan berkempen melalui TV dan akhbar-akhbar bagi semua parti yang terlibat sudah memadai dan amat berkesan.Tidak kira parti lawan atau parti pemerintah.

Dengan cara ini ratusan ribu ringgit tidak perlu dihabiskan untuk kempen poster dan sepanduk parti; hingga ada yang berhutang berjuta ringgit dan masuk mahkamah kerana ngelat tak mahu bayar hutang tersebut kepada pembekal.Ha! ha! Siapa lagi kalau bukan ini?

Dan seperkara lagi, perkara yang tidak karuan seperti adanya sesetengah pihak yang sanggup makan dan meratah poster atau bendera parti lawan dapatlah kita hindari!

Di Malaysia, hanya Umno/BN sahaja berpeluang berkempen dan memburukan parti lawan sepanjang tahun, sepanjang masa siaran di semua stesyen TV Malaysia! Hari-hari Umno/BN berkempen tidak payah tunggu pembubaran parlimen!

Maka sebab itu, parti Pakatan Rakyat yang tidak mendapat ruang berkempen macam Umno/BN di televisyen dan di akhbar-akhbar perdana, terpaksa pergi sendiri menemui rakyat melalui majlis-majlis ceramah di merata tempat.

Namun, kebelakangan ini, banyak program ceramah PR diganggu gugat oleh pihak Umno/BN. Mereka berlagak samseng dan sungguh tidak bertamadun.

Marilah kita sama-sama menyokong tuntutan BERSIH 3.0 yang mahukan negara mengamalkan p/raya yang adil, telus dan bersih.

Tuntutan BERSIH 3.0 bukan bagi pihak parti pembangkang semata-mata, tetapi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia seluruhnya.

Bersih menuntut lapan perkara utama dipenuhi oleh kerajaan bagi memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan aman, bersih dan adil sesuai dengan prinsip dan paksi demokrasi.

* Bersihkan senarai undi. *Memreformasikan undi pos. *Guna dakwat kekal. *Akses media bebas dan adil. *Kukuhkan institusi awam. *Hentikan rasuah. *Hentikan politik kotor.

Adakah tuntutan BERSIH ini melampau? Kenapa kerajaan begitu liat untuk memenuhi tuntutan itu?

Rakyat yang cintakan demokrasi dan keadilan mestilah bersama-sama BERSIH 3.0 berpakat duduk dan bantah di Dataran Merdeka, jam 2:00 petang pada 28 April ini sebagai tanda sokongan menuntut keadilan dan bersih dalam pilihanraya

Perhimpunan Anti Lynas Di Ipoh

Posted: 13 Apr 2012 02:52 AM PDT

Saudara Muhaimin sedang membuat kenyataan
kepada beberapa pemberita

Perhimpunan Anti-Lynas yang diadakan di Ipoh berhadapan dengan kilang Rare-Earth di Bukit Merah Menglembu sebentar tadi kurang mendapat sambutan orang ramai. Ini mungkin kerana ramai yang tidak tahu kerana sebaran mengenainya tidak meluas.

Masing-masing dengan isyarat 'katakan tidak' kepada Lynas!

Walau bagaimana pun, perhimpunan tersebut mendapat reaksi yang menggalakan daripada penduduk tempatan yang sedia maklum dan mengalami sendiri kesan buruk kilang rare earth yang pernah beroperasi di situ. Kenderaan yang lalu lalang membunyikan hon masing-masing tanda sokongan.

Sempat sembang dengan MSK yang sedang mahu meneruskan
tugasnya ke Kampar bersama dengan Naomi Samson


Kejadian banjir luar biasa yang sedang menimpa beberapa kawasan di Kampar menyebabkan ramai aktivis kita yang masih berada disana kerana membantu penduduk-penduk yang malang.

Kebumikan Diri Sendiri ...

Posted: 12 Apr 2012 11:00 PM PDT

Seorang lelaki Rusia yang kebumikan dirinya di dalam keranda untuk semalaman untuk 'nasib baik' ditemui mati keesokan harinya.
Selepas menggali lubang di sebuah taman di bandar timur Blagoveshchensk, lelaki berusia 35 tahun itu turun masuk ke dalam keranda yang mempunyai lubang untuk paip udara dan meminta rakannya menutup dengan tanah pada kedalaman kira-kira lapan inci.

Mengambil selimut, telefon bimbit dan botol air dengannya, dia menalpon kawannya itu semasa berada dalam keranda itu mengatakan dia OK. Rakannya kemudian meninggalkannya, kembali pagi berikutnya hanya untuk mendapatinya sudah mati.

Mangsa yang berusia 35 tahun itu percaya bahawa menanam dirinya untuk semalaman akan membawa nasib yang lebih baik keatas kehidupannya.

'Menurut rakannya, lelaki itu mahu menguji ketahanan dirinya dan mendesak rakannya membantunya menghabiskan malam itu didalam keranda yang ditanam,' kata Alexei Lubinsky, seorang pembantu penyiasat kepada ketua penyiasat kawasan di situ.

'Mangsa adalah seorang pengaturcara komputer dan mempunyai seorang anak kecil.'

Ia berpendapat bahawa hujan lebat di sepanjang malam itu mungkin telah menyebabkan tiub pernafasan mangsa tersebut tersumbat.Sumber

Pinggan Pertabalan RM6,000.00 sebiji?

Posted: 12 Apr 2012 06:15 PM PDT

Saya berada di UK. Satu email telah dihantar kepada saya. Saya berharap jika ada dalam kalangan yang terlibat dengan SPRM di Malaysia, tolong siasat sejauh manakah kebenaran surat ini. Ia membabitkan harta awam. Nama-nama yang terlibat dipadamkan. Berikut adalah surat tersebut;Baca seterusnya di sini Gambar ehsan : Seligi

Bayi Argentina 'lahir mati' didapati hidup di rumah mayat - 12 jam selepas diisytiharkan mati

Posted: 12 Apr 2012 05:34 PM PDT

'Bayi itu menghabiskan masa selama 12 jam di bilik sejuk beku rumah mayat itu. Saya melihat ais di badannya, 'ibu itu berkata.

Seorang bayi yang baru lahir di Argentina diisytiharkan mati sejurus selepas dia dilahirkan ditemui 12 jam kemudian hidup dan dalam keadaan kesihatan yang baik di dalam kerandanya.

Apabila enam bulan mengandung Analia Bouter melahirkan di sebuah hospital di Resistencia pada 3 April, kakitangan memberitahu bayinya lahir mati dan tidak menunjukkan tanda-tanda hidup, BBC melaporkan, memetik media tempatan.

Dua belas jam kemudian, Bouter dan suaminya pergi ke rumah mayat untuk melihat jasad anak perempuan mereka itu.

"Pada malam itu saya pergi dengan suami saya di mana keranda itu dan membukanya," katanya kepada pemberita.

"Tiba-tiba saya mendengar dia menangis."

Fabian Veron , bapa bayi itu, memberitahu pemberita di luar hospital, "Dia seolah-olah seperti baru bangun dari tidur. Kemudian, petugas wanita rumah mayat itu mengangkatnya. "

Bayi perempuan itu masih hidup, bernafas dan dilaporkan berada dalam kesihatan yang baik.

"Bayi itu telah menghabiskan masa selama 12 jam di rumah mayat yang sejuk beku itu. Saya melihat sendiri, ais di badannya, "Bouter memberitahu akhbar Clarin Argentina.

Pihak berkuasa telah melancarkan satu penyiasatan ke atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku itu.

Pengarah hospital Jose Luis Meirino berkata setiap kakitangan yang hadir pada masa kelahiran itu fikir bayi itu lahir mati.

Insiden yang berlaku minggu lepas itu, hanya baru kini didedahkan kepada awam. Ibu bapa kanak-kanak itu dilaporkan menamakan bayi itu Milagros Luz , yang bermaksud "mukjizat."

SUMBER

Tiada ulasan: