AKU INGIN BEBAS |
Posted: 06 Apr 2012 09:11 AM PDT |
SURIRUMAH OKU DIUGUT BUNUH PASANG BENDERA PAS Posted: 05 Apr 2012 11:50 PM PDT Anehnya bendera UMNO-BN laknatullah bebas pula boleh dikibar dimana-mana lokasi KUALA LUMPUR, 6 April: Majlis Tindakan Dun Bukit Baru membuat laporan polis, semalam di atas ugutan bunuh yang dilakukan oleh seorang Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil ke atas seorang suri rumah OKU. Menurut blog http://jasindaily.blogspot.com, ketua Umno tersebut dengan lagak ala gangster bersama beberapa orang pengikut datang ke rumah OKU tersebut dan menurunkan bendera PAS yang dipasang di rumah tersebut yang terletak berhadapan dengan Flat Sri Siantan, di Bukit Baru, semalam. "Dia turunkan bendera dan ugut hendak bunuh saya jika terus gantung bendera PAS" kata surirumah OKU yang tidak mahu namanya disiarkan. Berikutan dengan kejadian itu, Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Yani Ismail telah membuat laporan polis petang semalam. Yusof berkata, perbuatan biadap dan ala gangsterisme itu jelas menunjukkan bahawa Umno benar-benar terdesak dan takut kepada bayang-bayang sendiri. "Tidak lama dahulu Umno menceroboh dan merampas markas kita di sebelah rumah surirumah OKU ini. Hari ini bila kita sewa rumah OKU ini untuk dijadikan markas kita, mereka datang turunkan bendera dan ugut hendak bunuh tuan rumah. "Ini merupakan tindakan yang zalim dan pengecut, lebih-lebih lagi isteri tuan rumah adalah orang kurang upaya" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil. Sewaktu kejadian suami surirumah OKU tersebut tiada di rumah. |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan