Isnin, 30 April 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Video attitude Anwar dan Azmin di UTTV

Posted: 30 Apr 2012 06:14 AM PDT

Gua sebenarnya takda masalah kalau rempuh Dataran Merdeka pun, walau tak setuju secara tajuk. At least ramai gak yang rasa air kimia dan gas pedih mata. Ramai yang akan membuka mata. Tapi dengan penipuan pimpinan politik, gua tak kompromi. Jangan buat statement penipu. Berani bertanggungjawab jika memang itu ijtihad yang diambil. Maruah gua akan bangkit melawan kalau berdepan dengan pemimpin play safe dan penipu.




Video streaming by Ustream

Azmin dan Anwar.. jangan jadi seorang penipu.

Posted: 29 Apr 2012 11:16 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Gua dengar sendiri Azmin berkata begini :

"Adakah kita bersedia untuk masuk ke Dataran Merdeka?"
Disahut oleh ribuan peserta intelek dan mentaliti tahap biasa.

"Adakah kita bersedia untuk masuk ke Dataran Merdeka?"
Disahut oleh ribuan peserta intelek dan mentaliti tahap biasa.

Azmin dan gua percaya arahan Anwar telah mengembeleng peserta untuk ingkar keputusan BERSIH 3.0 untuk hanya serapat mungkin dari Dataran Merdeka. Cuma gua takda bukti dalam bentuk rakaman. Dan gua hanya mempertaruhkan kredebiliti gua dalam penyampaian.

Masa tu gua baru bangun nak blah dari kepadatan manusia. Lokasinya bawah flyover LRT antara Dataran Merdeka dan bangunan DBKL.

[2]
Gua setuju rempuh masuk kalau ianya dilakukan dari awal. Dari dalam keadaan kerajaan yang mahu berperang. Tetapi apabila wujud kelonggaran dari kerajaan, berbanding demo2 sebelum ini, bermula dari tengah malam itu sendiri rakyat sudah berhimpun secara aman, maka, ianya patut berakhir dengan keamanan.

Sejak tengah malam, sampai ke jam 2 petang, peserta dalam mode aman. Mereka dalam keadaan duduk. Penjagaan ketat ke atas anak-anak kecil dilonggarkan ibu bapa, jarak antara individu ke individu hampir tiada. Maka; adalah BAHAYA jika serangan dilakukan. Ini boleh mengundang situasi maut.

Punca perkara ini adalah ahli politik yang gile glamer. Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Dia adalah manusia yang tidak berfikir secara keseluruhan.

[3]
Ada yang menafikan. Anwar suruh ke Jalan TAR, bukan ke Dataran Merdeka. Tapi siapakah pimpinan yang mula2 masuk ke Dataran? Sivarasa PKR. Sivarasa yang berada berdekatan dengan Anwar ni bangang ke untuk memahami maksud Anwar?

Lagi pun, apa logiknya ke jalan TAR apabila BERSIH meminta peserta berhimpun paling dekat dengan Dataran? Kalau mahu bergerak ke jalan TAR, terpaksa maklumkan kepada bahagian kepala paling hujung. Mereka bergerak, barulah ekor boleh bergerak. Keadaan stuck. Healer tak sampai untuk didengari.


Ramai yang minta gua letup. Sebelum gua sampai opis, krew UTTV sendiri suruh gua letup malam tu. Tapi gua ambil keputusan memilih suatu jalan tertentu. Dan hari ini menulis isu yang sudah berbangkit.

[4]
Isu Unit Amal rempuh sekatan polis, walau dinafikan atau PAS tidak bersetuju atau hujah Unit Amal palsu, gua sokong kalau Unit Amal original yang rempuh.

Kita tidak tahu situasi. Kalau perlu pecahkan benteng manusia polis untuk menyelamatkan puluh ribu peserta yang tiada ruang bernafas, untuk mengelakkan kejadian mati terpijak, maka gua sokong. Malah gua pun akan sanggup buat begitu.

[5]
Selain dari isu BERSIH, memang patut pimpinan cover supaya tak tubik kenyataan yang damage. Kalau isu BERSIH, memang tak boleh buat apa dah. Tepu. Ianya isu lama. Ada penentang dan penyokong sendiri. Tepu.

Bagaimana pun, kalau boleh, statement jujur yang TGNA keluarkan, membayar peserta atas kapasiti peribadi patut dielakkan. Ianya adalah bukti baru dalam isu BERSIH yang tepu.


Tiada ulasan: