Rabu, 18 April 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Anak Muhyiddin sumbang suara dalam lagu UBAH Malaysia?

Posted: 18 Apr 2012 05:30 AM PDT

Aduh mak... Ir Nizar pula ditangkap basah.

Posted: 18 Apr 2012 03:40 AM PDT

Ir Nizar hari ini ditangkap basah dalam khemah dengan Mat Sabu. Pergh.. ada macam blogger UMNO tak gua. Lain cerita takda. Seks, seks, seks. Ngeee....

Himpunan Gergasi Warga Internet : Kongsikan idea anda selama 10 minit.

Posted: 18 Apr 2012 03:32 AM PDT


Himpunan Gergasi Warga Internet malam BERSIH 3.0

Posted: 18 Apr 2012 12:37 AM PDT


Himpunan Gergasi Warga Internet Malaysia Baru pada :


27 April 2012
8 malam
Dataran Merdeka

1. Tanpa logo parti politik
2. Solat Isyak berjemaah
3. Mengapa saya perlukan Malaysia yang baru, 10 minit seorang
4. Deklamasi karya 5 minit seorang
5. Siaran langsung oleh UTTV / etc

Menuju Malaysia Baru.

Kelantan umum perkara baru lagi : Saguhati Kesedihan.

Posted: 17 Apr 2012 11:18 PM PDT

[1]
Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan satu lagi perkara baru dalam dasar pentadbirannya. Saguhati Kesedihan sebanyak RM10 000 bakal diberikan kerajaan negeri kepada waris mangsa pembunuhan di mana pembunuh tersebut adalah orang tidak siuman.

Selama ini, waris mangsa tidak dapat berbuat apa-apa terhadap pembunuh yang tidak siuman. Ada isteri kehilangan suami, ada anak kehilangan ayah. Tetapi, melalui dasar ini, kerajaan negeri akan memberi Saguhati Kesedihan sebanyak RM 10 000.

Kerat jari, lepas 2-3 tahun, idea TGNA ni mesti ditiru punya. It's ok. Tiru demi rakyat, tak mengapa, malah digalakkan dan dipuji.

Maklumat lanjut di Buletin 9 UTTV, 9 malam ini. Di www.uttv.biz di ruangan LIVE.

[2]
Di atas tu maklumat secara rasmi. Tapi blog gua ni kan blog tak rasmi. So, ada la berita yang tak rasmi. Ngaaa..

Gua nak bersuara di sini yang gua kecewa dengan nasi bungkus yang disediakan oleh kerajaan negeri Kelantan untuk sidang media tu. Sebab dalam tu ada sebiji telur penyu.

Gua agak2, ada 20 bungkus. Bermakna dah 20 ekor anak penyu yang nak pupus tu terkorban. Gua cari gak telur penyu masa mula2 datang Kelantan. Nak rasa. Sekali jer. Tapi atas kesalahan atas kapasiti individu sikit jer impaknya.

Cuma kesalahan atas kapasiti kerajaan negeri besar woo. Harap2 menu tu diambil berat oleh pihak2 yang berkenaan. Kalau ada penternakan penyu untuk industri makanan takpe, ini takda maa.

Apa pun telur tu dah selamat masuk dalam perut gua. Takan nak buang ma. Dah 2 kali dosa pulak, kan. 

Tiada ulasan: