Jumaat, 27 April 2012

Addin

Addin


Gambar Polis Cun Bakal Tangkap Peserta Demo Bersih 3.0 Esok

Posted: 27 Apr 2012 10:19 AM PDT


Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah melarang BERSIH 3.0 daripada kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok sehingga 1 Mei, kata BERSIH.

Menurut notis yang dikeluarkan petang semalam, larangan tersebut termasuk jalan-jalan yang menuju ke situ.

Sementara itu, awal pagi ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup Dataran Merdeka di mana BERSIH mahu mengadakan protes duduk esok.

BERSIH - gabungan menuntut pilihan raya bebas dan adil - berkeras untuk mengadakan protes duduk, bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya, dengan menegas bahawa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya baru-baru ini sudah cukup menjadi alasan bagi mewajarkan perhimpunan itu diadakan. ~malaysiakini

Addin :

Apa pun kepada peserta demo harus berhati-hati kerana tindakan luar jangka pihak berkuasa. Mungkinkah tindakan pihak berkuasa lebih keras kali nih. Apa pun harus berwaspada.. Jangan ingat ianya tak berbahaya walaupun ianya cun. Selamat berdemo..

Tips untuk peserta demo Bersih 3.0.. wajib baca di sini.




Berita Nih Pasti Tidak Akan Keluar Dalam Media Pencacai Umno

Posted: 27 Apr 2012 12:32 AM PDT


Berita nih pasti tak akan keluar media pencacai Umno. Berita dan liputan BERSIH 3.0 akan di gelapkan oleh media pencacai Umno. Yang pasti keluar adalah keburukan BERSIH 3.0 sahaja.

Ini adalah berita yang di keluarkan oleh media antarabangsa berkenaan himpunan BERSIH 3.0.



Baca di sini.

Addin :

I' allah.. Addin akan turun sertai BERSIH 3.0, kita sama-sama kuningkan jalanraya Kuala Lumpur..


Pemerhati Antarabangsa Mengutuk Keras Sistem Pilihanraya Malaysia

Posted: 26 Apr 2012 05:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 April - Pemerhati Misi Antarabangsa Pencarian Fakta Tentang Pilihan Raya (IFFMEM) mengutuk sistem pilihan raya di Malaysia kerana memberi masa berkempen terlalu singkat. Senator Bebas Australia, Nicholas Xenophon berpendapat, 10 hari tempoh kempen terlalu singkat berbanding negara lain yang memperuntukkan sekurang-kurangnya 21 hari. "Di Australia, calon bertanding diberikan sekurang-kurangnya 33 hari manakala di India dan Pakistan 90 hari," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, selepas pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Pada pertemuan itu, Nicholas turut menyatakan kekecewaannya terhadap akses media di negara ini yang tidak bebas selain pembersihan senarai pemilih yang tidak diberi perhatian kerajaan.

IFFMEM turut disertai Senator Pakistan, Mir Hasil Khan Bizenjo; Dekan Kolej Undang-undang, Universiti Timur Filipina, Amando Valdez; dan Penyelaras Projek Serantau Yayasan Kebebasan Friedrich Naumann – FNF, Juliane Schmucker.

Hadir sama, Prof Madya Universiti New South Wales, Australia, Dr Clinton Fernandez; Pengarah Editor India Today, Mobashar Jawed Akhbar; Pengerusi Ikatan Ilmuan Indonesia Internasional, Dr Mohamad Nasir Tamara Tamimi dan wakil daripada Malaysia, Abd Malek Hussin, Pengerusi IFFMEM.

Kehadiran mereka atas jemputan Pakatan Rakyat untuk memerhati sistem pilihan raya dan akan menamatkan misi itu hingga Ahad ini. Delegasi ini dijangka membentang laporan kepada awam dua minggu akan datang. ~keadilandaily


Ini Bukti Pengerusi SPR Ahli Umno Putrajaya?

Posted: 26 Apr 2012 04:18 PM PDT

Inikah bukti Pengerusi Umno adalah ahli Umno Putrajaya? Sesiapa ada maklumat tolong confirmkan.. Jikalau betullah.. Malaysia sudah makin haru biru.. cacarmerba. Sebuah badan yang sepatutnya bebas di anggotai oleh Pengerusinya yang menjadi ahli berdaftar sebuah parti pemerintah.

Bagaimana SPR beriltizam untuk jadi badan bebas sedangkan pengerusinya tidak bebas dari pengaruh politik dari parti pemerintah. Oleh itu kita semua jangan segan, jangan malu, jangan takut untuk kita ajar puak-puak pencacai Umno nih erti demokrasi yang sebenar..

Kita ke jalanraya sebelum pilihanraya.. kita duduk bantah ramai-ramai.. BERSIH 3.0!!




Gambar



Tiada ulasan: