Jumaat, 23 Mac 2012

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BANYAK SANGAT ANAK MENTERI NI BUAT HAL...BAPANYA BAGAIMANA?????

Posted: 23 Mar 2012 10:11 AM PDT

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.




Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.





Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz

Umno-BN Guna Taktik Kotor Tawan Selangor

Posted: 23 Mar 2012 10:10 AM PDT

Umno-BN Guna Taktik Kotor Tawan Selangor


SHAH ALAM 23 MAC : Barisan Nasional terutama Umno dilihat semakin resah gelisah dengan pencapaian cemerlang Kerajaan Negeri sehingga sanggup menjalankan taktik kotor bagi menawan semula negeri ini, demikian ujar Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Antara yang paling 'ajaib' menurut Nik Nazmi ialah pertukaran daftar pemilih yang ditukar tanpa pengetahuan pendaftar.

"Ada aduan yang saya terima daripada pemilih di Seri Setia yang namanya tiba-tiba ditukar ke Dun Damasara di bawah Parlimen Subang.

"Pendedahan sebelum ini juga melibatkan Menteri Besar kita yang berubah ke Parlimen Lembah Pantai, juga tanpa pengetahuannya," jelas beliau.

Selain itu, beliau turut menambah, kejayaan Selangor cemerlang dengan gaya pentadbiran yang telus dan berpaksikan kebajikan kepada rakyat.

"Di Selangor kita ada Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang menyediakan pelbagai program yang menguntungkan rakyat yang dilancarkan hanya 100 hari selepas Pakatan Rakyat ditubuhkan di negeri ini.

"Perkara ini tidak pernah terbayang oleh pemimpin BN sebelum ini, malah mereka mengkritik kita. Tetapi akhirnya mereka mencontohi dan menciplak langkah yang kita jalankan seperti program Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM)," jelas Nik Nazmi.

Bagaimanapun, beliau memberitahu pemberian gula-gula oleh BN itu hanya bersifat one-off tidak seperti program MES bawah Kerajaan Negeri yang berterusan.

"Di samping itu, Kerajaan Negeri turut mewujudkan Jawatankuasa Khas seperti SELCAT untuk menonjolkan sifat kebertanggungjawaban Kerajaan Pakatan terhadap rakyat," kata Nik Nazmi.

Azmin: Hati-Hati Depani Manipulasi Politik Umno-BN

Posted: 23 Mar 2012 10:07 AM PDT

SHAH ALAM, 23 MAC: Kerajaan negeri dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutamanya dalam menerima sebarang undangan program daripada kerajaan persekutuan bagi mengelakkan sebarang manipulasi politik demi kepentingan pihak tertentu.



Tegas ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, perkara penting yang perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri adalah melindungi kakitangan kerajaan supaya tidak dipergunakan dalam sebarang program terutama anjuran Umno-BN.

Dalam ucapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DYMM Tuanku, Azmin mendedahkan satu surat yang dihantar kepada kerajaan negeri meminta penghulu dan ketua kampung seluruh negeri Selangor menghadiri satu program anjuran Umno-BN.

Lebih jelas, program tersebut turut mengundang individu yang mempunyai latar belakang dan kepentingan politik iaitu Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor dan Datuk Fuad Hassan.

"Kalau program itu berbentuk latihan atau untuk menggilap potensi penghulu supaya lebih berkesan, kalau mengikut atur cara program itu jelas merupakan program politik. Mengapa kerajaan tidak meneliti perkara ini supaya tidak membenarkan pegawai kerajaan negeri terlibat dalam politik Umno-BN," katanya.

Azmin turut membidas tindakan Umno-BN yang terus menerus menggunakan agensi kerajaan dan kementerian semata-mata untuk menyebarkan propaganda selain mempergunakan kakitangan kerajaan.

Terbaru, Jabatan Perdana Menteri dengan kepala surat jabatan tersebut telah mengeluarkan satu surat bertajuk 'Taklimat Pembangunan Dengan Perdana Menteri' pada 1 Mac 2010 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam.

Surat tersebut ditandatangani oleh pengarah ICU sendiri yang menjemput semua pengusaha dan masyarakat perniagaan di negeri Selangor.

"Saya dapat maklumat dalaman yang hadir sekitar 400 orang kehadiran mereka bukan untuk membincangkan soal pembangunan tapi Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir Mohd Zain dan perdana menteri menggunakan pentas itu untuk meminta masyarakat perniagaan menyokong Barisan Nasional jelas daripada backdrop dalam hotel "Sokong Barisan Nasional Negeri Selangor

"Jadi business komunity kecewa mengapa mereka diheret dalam perkara ini," katanya.

Tiada ulasan: