WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- ADA KAH KIAMAT 20.12.2012? ADAKAH INI MENGGUNAKAN LOGIK AKAL..
- Kes Scorpean akan dibicara di mahkamah Perancis
- PKR: Pengerusi, Timbalan SPR Disaran Letak Jawatan
- Bukan kecewa tak dapat projek - Kadir
- Himpunan Hijau kedua 14 April
- Dr Rani: SPR kotor dan jijik
- Mahfuz: Umno-BN Sudah Lama Guna Khidmat Yahudi
- Ambiga: 'Bersih 3.0' perlu jika reformasi pilihanraya gagal
ADA KAH KIAMAT 20.12.2012? ADAKAH INI MENGGUNAKAN LOGIK AKAL.. Posted: 17 Mar 2012 03:56 PM PDT | ||
Kes Scorpean akan dibicara di mahkamah Perancis Posted: 17 Mar 2012 07:01 AM PDT Kes Scorpean akan dibicara di mahkamah Perancis
KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kes pembelian kapal selam Scorpean akan dibicarakan di mahkamah terbuka Perancis tidak lama lagi. | ||
PKR: Pengerusi, Timbalan SPR Disaran Letak Jawatan Posted: 17 Mar 2012 06:42 AM PDT PKR: Pengerusi, Timbalan SPR Disaran Letak JawatanSHAH ALAM, 17 MAC: Pengerusi dan pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran meletakkan jawatan sekiranya masih gagal menjelaskan beberapa persoalan berkaitan tindakan badan suruhanjaya itu yang didapati melanggar undang-undang pilihan raya negara ini. Saranan tersebut dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Fuziah Salleh hari ini dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Damansara. "Dah tiga hari kita dedahkan, kalau dalam masa seminggu kalau SPR tak dapat berikan jawapan eloklah pemimpin tertinggi SPR seperti Pengerusi dan Timbalannya Tan Sri Abdul Aziz dengan Wan Ahmad Wan Omar letak jawatan," ujar Fuziah. Fuziah turut menyenaraikan beberapa sebab pemimpin tinggi SPR itu meletakan jawatan. "Pertama mengapa mereka memotong nama kira-kira 106 ribu nama pengundi tanpa dipamerkan. "SPR mesti jelaskan bagaimana ada nama pengundi awam ditukar kepada pengundi pos tentera dan polis sedangkan ada diantaranya dah berumur lebih 60 tahun. "SPR juga tak jawab mengapa 6700 nama dimasukan tanpa dipamerkan. "SPR perlu jelaskan mengapa mereka membuat persempadanan semula tanpa mengazetkan dan memindahkan pengundi tanpa pengetahuan dan izin pengundi," ujar beliau." katanya lagi. Terdahulu pusat mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dipindahkan ke Parlimen Lembah Pantai sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat atau pertukaran pusat mengundi. Bagaimanapun tindakan SPR menukar pusat mengundi Khalid itu tidak menjejaskan kelayakkan beliau untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Selangor dan Menteri Besar dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Sehubungan itu katanya seluruh rakyat dan pengundi berhak untuk mempersoal integriti dan ketelusan suruhanjaya tersebut sekali gus akan menyebankan rakyat hilang keyakinan terhadap badan pilihanraya itu. | ||
Bukan kecewa tak dapat projek - Kadir Posted: 17 Mar 2012 04:30 AM PDT | ||
Posted: 17 Mar 2012 04:29 AM PDT Himpunan Hijau kedua 14 April
KUALA LUMPUR, 17 Mac: Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau merancang satu himpunan besar-besaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bagi membantah projek memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang, 14 April ini. | ||
Posted: 17 Mar 2012 04:24 AM PDT Dr Rani: SPR kotor dan jijikSHAH ALAM 17 MAC : Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar kawasan mengundi tanpa pengetahuan pengundi berkenaan merupakan satu tindakan yang jijik dan kotor yang bertentangan dengan nilai, etika dan prinsip demokrasi. Demikian ujar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman ketika dihubungi untuk mengulas isu terkini tindakan SPR menukar alamat kawasan mengundi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Lembah Pantai di bawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. "Inilah salah satu yang kita perjuangkan dalam Kempen Bersih. Seharusnya juga SPR ini berada di bawah Parlimen supaya kita boleh pantau apa saja tindakannya. "Tetapi sayangnya di Malaysia, SPR berada di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mana memaksa mereka untuk akur akan kehendak pimpinan-pimpinan Barisan Nasional," ulas Dr. Rani yang merupakan Adun Meru. Selain itu, Dr. Rani turut menyatakan isu terbaru yang melibatkan Abdul Khalid ini juga membuktikan segala kata-kata pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini terhadap kredibiliti SPR ada benarnya. "Ternyata SPR itu tidak bebas daripada telunjuk Kerajaan Pusat dan ini membolehkan mereka untuk melakukan apa sahaja sesuka hati mereka tanpa tertakluk kepada undang-undang. "Ini juga menunjukkan bahawa mereka terdesak hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih kemenangan secara tidak bermoral dalam Pilihanraya yang akan datang ini," kata Dr. Rani sambil menambah permainan SPR ini pernah diamalkan di Kelantan pada tahun 1999 yang hampir menumbangkan Kerajaan PAS. Sehubungan itu, Dr. Rani menyeru rakan Pakatan Rakyat untuk menumpukan juga perhatian terhadap isu sebegini selain mempergiatkan ceramah-ceramah umum bagi menghadapi Pilihanraya Umum 13 nanti. "Kita khuatir perkara yang sama akan berulang kembali seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu juga suatu masa dulu yang jatuh dengan kehadiran lebih 70,000 pengundi luar," ujarnya. | ||
Mahfuz: Umno-BN Sudah Lama Guna Khidmat Yahudi Posted: 17 Mar 2012 04:21 AM PDT Mahfuz: Umno-BN Sudah Lama Guna Khidmat YahudiSHAH ALAM,17 MAC : Tindakan pimpinan Umno-BN menaburkan propaganda bahawa wujudnya ancaman asing dalam bentuk pemberian bantuan dana kepada Pakatan Rakyat menggambarkan pimpinan kian Umno-BN ketandusan idea dan semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat. Naib Presiden PAS,Mahfuz Omar berkata tindakan pimpinan Umno-BN itu sebenarnya adalah untuk menutup segala kepincangan dan salah laku parti itu berhadapan serangan bertali arus Pakatan Rakyat yang mempersoalkan urus tadbir negara dan salah laku pimpinan Umno-BN yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan mereka sendiri. "Pimpinan Umno-BN sudah tiada daya upaya untuk menyakinkan rakyat dengan dasar-dasar dan polisi yang dilaksanakan selama ini kerana rakyat telah hilang kepercayaan kepada mereka dan melihat kegagalan yang teramat sangat dalam urus tadbir negara," tegas Mahfuz yang dihubungi TVSelangor. Menurut Mahfuz tindakan kerajaan pimpinan Umno-BN yang menggunakan khidmat perunding luar, APCO membuktikan sikap hipokrit mereka terhadap dasar luar negara khususnya berkaitan dengan kepentingan Israel. "Sebelum itu pada zaman Tun Dr Mahathir telah menggunakan syarikat Satchi And Satchi iaitu sebuah konsultan Yahudi yang dilantik untuk membantu kempen dalam pilihanraya Umno-BN pada zaman Tun Mahathir. " Umno-BN memberi duit termasuklah melalui hubungan dagang dengan Israel termasuk membantu dalam minyak masak dan sebagainya bermakna ia memberikan kesihatan dan makan kepada Israel termasuk tentera mereka dan kemudiannya melanyak Palestin. "Dan pada hari ini melalui Apco dan beberapa kabel-kabel gerakan zionist antarabangsa digunakan untuk kepentingan politik mereka sampai mereka menggunakan wang negara yang merupakan wang rakyat untuk dibayar kepada konsultan daripada Zionist," kata beliau yang juga MP Pokok Sena. Sebelum ini, media melaporkan bahawa Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendakwa bahawa Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan khidmat agensi Yahudi bagi mengerakkan parti itu merancang kempen pilihan raya. Justeru itu menurut Mahfuz,beliau yakin rakyat tidak akan termakan dengan hasutan dan dakyah pimpinan Umno-BN yang mendakwa Pakatan Rakyat menerima dana asing seraya menegaskan supaya pimpinan Umno-BN menumpukan kepada usaha memperbaiki institusi negara yang rosak dan porak peranda. " Apa yang penting bagi parti politik ialah menawarkan kepada rakyat dengan bersaing secara sihat daripada sudut mengemukakan dasar polisi tawaran yang baik kepada masa hadapan negara kita. " Negara kita kini menghadapi kerosakan kepada institusi negara kita yang diakui oleh bekas ketua hakim negara,institusi kehakiman rosak apabila Tun Mahathir membuat pindaan terhadap artikel perlembagaan sehingga menyebabkan hakim-hakim takut. " Hari ini terdedah bagaimana institusi Peguam Negara dan institusi Kepolisian yang diketuai oleh ketua polis negara terlibat dalam gerakan kongsi gelap,ini yang mesti diperbetulkan," kata beliau. | ||
Ambiga: 'Bersih 3.0' perlu jika reformasi pilihanraya gagal Posted: 16 Mar 2012 11:22 PM PDT Ambiga: 'Bersih 3.0' perlu jika reformasi pilihanraya gagal |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan