WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Penyenaraian: Ahmad Maslan bohong, kata ANAK
- PM FLIP FLOP 1 MALAYSIA
- Pemuda PAS Dakwa Ada Usaha Sabotaj MB Selangor
- Suee Lim : Demi Rakyat Saya Tidak Gentar Saman Noh
Penyenaraian: Ahmad Maslan bohong, kata ANAK Posted: 15 Mar 2012 05:58 AM PDT |
Posted: 15 Mar 2012 05:36 AM PDT |
Pemuda PAS Dakwa Ada Usaha Sabotaj MB Selangor Posted: 15 Mar 2012 05:34 AM PDT Pemuda PAS Dakwa Ada Usaha Sabotaj MB SelangorSHAH ALAM,15 MAC : Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang telah menukar tempat mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tanpa pengetahuan beliau merupakan usaha untuk menafikan peluang beliau untuk dilantik Menteri Besar Selangor selepas pilihanraya umum ke 13. Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa pertukaran ini disedari setelah nama Abdul Khalid disemak dalam senarai daftar pemilih baru yang dikeluarkan oleh SPR. Ketua Penerangan PAS Pusat Riduan Mohd Nor berkata pada pilihanraya tahun lepas, Abdul Khalid berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Petaling Jaya Selatan dan tidak pernah memohon untuk menukar tempat mengundi. Tetapi, semakan oleh Pas mendapati beliau ditukar ke Parlimen Lembah Pantai yang berada di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mengikut peraturan SPR, individu yang ingin bertanding kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri perlu menjadi pengundi berdaftar di negeri tersebut. "Tindakan SPR memindahkan tempat mengundi Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu kesalahan besar. SPR telah dianggap menyalahgunakan kuasa mereka kerana bertindak atas kuasanya memindahkan mana-mana pengundi mengikut kehendak mereka. "Apakah rasionalnya Abdul Khalid dipindahkan tempat mengundi? Jika Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dipindahkan tempat mengundi, apa jaminan rakyat biasa yang lain tidak diperlakukan begitu?," tegas Riduan dalam kenyataan medianya. "Dewan Pemuda PAS menuntut penjelasan berkenaan kes ini yang boleh menimbulkan prejudis masyarakat bahawa daftar pemilih yang dikendalikan oleh SPR tidak bersih dan mempunyai data-data yang meragukan." |
Suee Lim : Demi Rakyat Saya Tidak Gentar Saman Noh Posted: 15 Mar 2012 05:33 AM PDT Suee Lim : Demi Rakyat Saya Tidak Gentar Saman NohSHAH ALAM, 15 MAC : Demi membela nasib dan menyatakan hak rakyat, saya tidak sesekali gentar dan tidak akan berundur walaupun setapak serta bersedia berhadapan dengannya di mahkamah pada bila-bila masa, kata ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim. Dalam satu laporan media semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman RM20 juta masing-masing kepada Kerajaan Negeri Selangor yang menerbitkan akhbar Selangor Kini dan Suee Lim berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadapnya. Saman tersebut dikeluarkan berhubung laporan Selangor Kini bertarikh 25 November hingga 2 Disember 2011 itu yang bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan yang disifatkan beliau sebagai fitnah dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai wakil rakyat. Pada 9 Mac lalu saman difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pendengaran kes berkenaan akan diputuskan 22 Mac ini, turut dinamakan enam individu lain termasuklah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin dan sidang pengarang akhbar Selangor Kini. Suee Lim berkata, beliau tidak gentar kerana baginya tuntutan pesawah terhadap Noh itu benar dan tidak berunsurkan fitnah. Hakikatnya ia merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan dalam parlimen yang mana penemuan RM110 juta yang hilang dalam kementeriannya. "Noh sepatutnya menyalurkan peruntukkan sebanyak RM110 juta itu kepada petani sebagai inisiatif meningkatkan hasil padi. "Contohnya, hasil pertanian petani sebanyak lima tan dan meningkat kepada tujuh tan, usaha gigih untuk menaikkan hasil pendapatan itu sebanyak dua tan sepatutnya dibayar, Noh kena membayar setiap tan iaitu bagi satu tan sebanyak RM650, tetapi Noh hanya memberi janji kosong sahaja," katanya ketika dihubungi. Jelasnya, wang inisiatif peningkatan hasil padi itu tidak dibayar sejak tiga tahun lalu, kerana rasa tidak berpuas hati barulah petani tersebut membuat bantahan. Tambahnya, susulan demostrasi itu dalam tempoh lima hingga tujuh hari, petani terbabit menerima sejumlah wang inisiatif itu yang dimasukkan secara terus ke dalam akaun mereka. "Ini menunjukkan apa yang saya dan yang lain lakukan itu benar dan bukannya fitnah, tuntutan petani itu bererti benar, kita tidak tahu apa yang dilakukan Noh kerana beliau tidak memberi penjelasan apa-apa," katanya." Dia sepatutnya menjelaskan duit rakyat, sudahlah tidak memberi sebarang penjelasan, ini maknanya dia sudah lesapkan duit itu ke tempat lain kenapa perlu pertikaikan perkara itu," katanya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan