WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Wan Azizah Dan Shahrizat ‘Bagaikan Langit Dan Bumi’
- ‘Banquet Event Order’Adalah Salinan Yang Sah
- MACAMANA NAK DEBAT, KES GAJI KAKITANGAN AWAM TAK DAPAT PENJELASAN DARI PM
| Wan Azizah Dan Shahrizat ‘Bagaikan Langit Dan Bumi’ Posted: 13 Mar 2012 09:22 AM PDT Wan Azizah Dan Shahrizat 'Bagaikan Langit Dan Bumi'
Menurut Naib Presiden PKR, N Surendran,umum mengetahui Anwar dipenjarakan berikutan rekayasa Umno yang melibatkan Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan sistem kehakiman yang sudah rosak. . "Namun Ahmad Maslan terus membohongi dirinya sekiranya beliau menyatakan bahawa Anwar dibicarakan secara adil. Mengapa perlu Wan Azizah meletak jawatan apabila beliau dan keluarganya menjadi mangsa kezaliman dan politik kotor Umno? Sebaliknya, beliau ( Wan Azizah) mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin politik untuk terus kekal di jawatannya dan terus memperjuangkan reformasi, keadilan dan kebebasan," kata beliau dalam kenyataan medianya. Tambah Surendran lagi, selama 13 tahun beliau telah berjaya memimpin perjuangan ini dengan berani dan bermaruah, menghadapi cabaran besar. Perbezaan antara Wan Azizah dengan Shahrizat yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi. Hanya selepas berhadapan dengan kritikan Pakatan dan rakyat, Shahrizat mengumumkan bahawa beliau melepaskan jawatan
"Ini bukannya tindakan sukarela. Ahmad Maslan, Muhyiddin dan pimpinan UMNO lain tidak boleh membohongi rakyat dengan menyatakan bahawa Shahrizat telah 'mengorbankan' dirinya. Malah, pimpinan UMNO dan BN tidak mempunyai budaya mengambil tanggungjawab terhadap penyelewengan mereka dengan melepaskan jawatan mereka. "Dilindungi oleh polis, media dan sistem kehakiman yang dikuasai mereka, pimpinan BN tidak pernah melihat perlunya untuk patuh pada prinsip kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik. Kenyataan Ahmad Maslan ialah contoh terbaik kecurangan Umno tersebut," tegas Surendran. |
| ‘Banquet Event Order’Adalah Salinan Yang Sah Posted: 13 Mar 2012 09:20 AM PDT 'Banquet Event Order'Adalah Salinan Yang Sah
Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Hotel Shangri La ketika menjawab isu yang melibatkan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang menimbulkan kontroversi kerana dipercayai dibiayai oleh dana awam. Bagaimanapun menurut kenyataan itu lagi, kos majlis tersebut dibayar oleh Datuk Seri Najib Razak dan bukan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Mengulas isu yang sama, Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Musa memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Hotel Shagri-La itu hanya bersifat penafian yang tidak membawa sebarang makna. "Kenyataan Hotel Shangri La sama dengan kenyataan yang dikeluarkan Pejabat PM, cuma penafian tapi tak ada bukti apa-apa. "Ia cuma penafian bersifat kenyataan membela sedangkan dalam borang 'Banquet Event Order' jelas menyatakan bahawa 'to be billed to PM's Office'," kata beliau. Terdahulu, majlis pertunangan anak najib yang menelan belanja sebanyak RM409,767 pada 17 Jun tahun lalu telah mencetuskan kontroversi apabila majlis tersebut dipercayai dibiayai dengan menggunakan dana awam. Semalam, berbekalkan beberapa dokumen, pertubuhan Jingga 13 telah membawa perkara ini ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. |
| MACAMANA NAK DEBAT, KES GAJI KAKITANGAN AWAM TAK DAPAT PENJELASAN DARI PM Posted: 13 Mar 2012 09:10 AM PDT ADA PULAK YANG ASYIK SEBUT SAKIT OTAK.JIKA INILAH AHLI PARLIMEN BN JAGA KEBAJIKAN KAKITANGAN AWAM, MAKNANYA, ELOK LA DITUKAR KERAJAAN BARU. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan