WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- DENGAR INI WAHAI Umno
- PEMBERITAHUAN
- PERLETAKAN JAWATAN BUKAN SEBAB MARUAH,TETAPI UNTUK SELAMATKAN UMNO DAN DIRI SENDIRI
- PEMIMPIN HARUS AMANAH
- Shahrizat Letak Jawatan April ini
- GELAGAT MENTERI BESAR PAHANG
Posted: 11 Mar 2012 04:54 PM PDT |
Posted: 11 Mar 2012 04:26 PM PDT KEPADA PENGUNJUNG SETIA WRLR.BLOG INI AKAN MENGHADAPI GANGGUAN UNTUK KEMASKINI DALAM JANGKAMASA SEBULAN INI KERANA PENGURUS WRLR SERINGKALI BERADA DI LUAR KAWASAN CAPAIAN INTERNET. MASAALAH INI AKAN CUBA DIATASI DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN MENCARI ALTERNATIF TERBAIK SAMA ADA IANYA DI LEPASKAN KEPADA PENGURUSAN BARU BAGI MENGHIDUPKAN LAMAN BLOG INI ATAU DI KEMASKINIKAN SETIAP 3 HARI SEKALI. SEBARANG MASAALAH AKAN DIATASI DENGAN SEBAIK MUNGKIN.TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN KEPADA BLOG INI SELAMA INI DAN PENGUNJUNG SETIA BOG INI BANYAK MEMBERIKAN SEMANGAT TERBAIK SEHINGGA BLOG INI BERTAHAN LAMA. INSYALLAH , BLOG INI AKAN KEMBALI APABILA JALAN PENYELESAIAAN DI CAPAI.SALAM |
PERLETAKAN JAWATAN BUKAN SEBAB MARUAH,TETAPI UNTUK SELAMATKAN UMNO DAN DIRI SENDIRI Posted: 11 Mar 2012 04:15 PM PDT Shahrizat sacrificed herself, says Najib KITA PERCAYA PERBICARAAN ALA MAAYSIA INI MUDAH SAHAJA.ORANG YANG BERSALAH TIDAK PERLU DIBICARAKAN ASALKAN DIA NYA ADALAH ORANG BESAR, ASALKAN DIA NYA ADALAH AHLI UMNO DAN ASALKAN DIA NYA ADALAH KRONI KEPADA PEMBESAR ,AHLI POLITIK,ATAU APA SAHAJA YANG BERAITAN DENGAN PEMERINTAH, PEJAM SEBELAH MATA. LIHAT KES TAJUDIN RAMLI,LEE LIONG SIK, DAN SHAHRIZAT JALIL.TAK PERLU NAK SEBUT KES RAZAK BAGINDA,ROSMAH BINI NAJIB,KHIR TOYO, MALAH KALAU NAK DISENARAIKAN LAH...MEMANG BANYAK.RAKYAT PULA SEMAKIN FAHAM DAN CERDIK.MAKA KERANA ITU KITA PERCAYA DI LUAR SANA RAKYAT BERSEDIA MENGHUKUM BN KALI INI, KECUALI YANG BODOH DAN BAHLUL MACAM LEMBU SHAHRIZAT. Shahrizat letak jawatan sebagai menteri 8 AprilKUALA LUMPUR, 11 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April setelah tamat penggal lantikan beliau sebagai senator. Namun begitu, beliau yang berkhidmat sebagai senator untuk penggal pertama ini tidak akan melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya, sebaliknya akan terus mengekalkan jawatan tersebut. "Saya memaklumkan bahawa pada 8 April depan selepas tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri. "Namun begitu, selepas berbincang dan memikirkan perkara ini, saya mengambil keputusan akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno," katanya. Menurutnya lagi, ini adalah masa yang terbaik untuk beliau mengundur diri malah beliau sudah menyediakan surat perletakan jawatan dan akan menghantarnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. "Ini adalah masa yang sesuai untuk saya berundur, dan saya sudah siapkan surat perletakan jawatan dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri hari ini," tambahnya.lagi. Namun begitu, Shahrizat menafikan perletakan jawatan beliau disebabkan oleh skandal NFC, sebaliknya menegaskan sekali lagi, perkara itu hanyalah kebetulan memandangkan beliau adalah isteri kepada Pengerusi NFC Datuk Seri Salleh Mohamad. "Perletakan jawatan ini tidak ada kena mengena dengan NFC, saya tiada sebarang kaitan dengan NFC, hanya kebetulan saya adalah isteri kepada Pengerusi NFC," katanya lagi. Dalam pengumuman tersebut, Shahrizat turut memberikan penghargaan kepada kepimpinan Najib sepanjang penglibatan beliau sebagai menteri. "Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucap terima kasih kepada pemerintahan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan rakan jemaah menteri kerana mendapat kerjasama yang baik selama 10 tahun sebagai menteri," katanya selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Desa Water Park di sini. Perletakan jawatan beliau itu dilihat selepas empat bulan setengah pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap diri dan juga keluarganya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta oleh syarikat keluarganya Pusat Fidlot Corporation (NFCorp). Projek penternakan lembu itu diketuai oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka. Mereka menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan pada 2006, ketika Shahrizat pada masa itu merupakan menteri Kabinet. Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebelum ini menolak gesaan supaya beliau meletak jawatan oleh pemimpin-peminpin Umno dan menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap proijek berkenaan kerana beliau hanyalah merupakan isteri kepada Salleh. NFCorp mula mendapat perhatian setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Negara melaporkan projek penternakan lembu berkenaan gagal mencapai sasaran. Sejak dari itu, pembangkang mula membuat beberapa siri pendedahan syarikat mereka menyalahgunakan dana projek berkenaan untuk perkara yang tidak berkaitan dengan penternakan. Ini termasuklaj pembelian condominium bernialai jutaan ringgit di Bangsar dan Singapura termasuk lot tanah di Putrajaya. Polis malah telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah-pengarah NFCorp kerana telah melakukan kesalahan pecah amanah, namun Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lebih lanjut berhubung dakwaan berkenaan. Shahrizat dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada 2001 dan mengekalkan jawatan selepas Pilihan Raya Umum 2008 walaupun beliau tewas ketika pilihan raya tersebut. Beliau kemudiannya dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri berhubung hal ehwal wanita dan pembangunan sosial sebelum menyambung portfoli Kabinetnya.
|
Posted: 11 Mar 2012 08:40 AM PDT KUALA SELANGOR 11 MAC : Pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat seharusnya menjalankan tanggungjawab mentadbir dan mengurus dengan cekap dan amanah serta perlu dibuktikan di atas kertas, bukan retorik semata-mata, demikian ujar Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Amanat itu disampaikan beliau dalam Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ketua-ketua Kampung Tradisi yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor tengah hari tadi yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Tanggungjawab bukanlah keistimewaan, sebaliknya ia adalah suatu amanah yang harus dijaga. "Ini tidak, setengah pimpinan itu diberi amanah, ambil saham masuk poket, diberi projek pun masuk poket, diberi amanah lagi lembu diberi kepada suami, " sindir Anwar sambil disambut sorakan oleh hadirin. Justeru, Anwar berkata sikap yang telus dan amanah harus menjadi identiti ketua-ketua kampung yang disifatkan penting dalam menentukan hala tuju pembangunan fizikal dan insaniah masyarakat setempat. "Mudah-mudahan kita dapat gunakan jawatan kita sebagai ketua kampung kerana kita mempunyai tanggungjawab yang besar yang menjadi sandaran rakyat hampir dalam segala hal dari kecil sampai besar. "Jadi jika ketua kampung dapat menyelami hati nurani rakyat dan dapat menyampaikan mesej pimpinan negeri dengan baik, maka selamatlah kampung itu," pesan Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor. Anwar juga sempat menyatakan pujian dan rasa bangganya dengan kejayaan dan perubahan yang dikecapi Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Saya menyokong penuh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pertamanya kerana personal Integriti beliau. Maknanya, saya tidak runsing langsung sifat amanah beliau. "Yang kedua kerana sifat prihatinnya terhadap rakyat bawahan termiskin walaupun beliau hidup senang sebagai seorang tokoh korporat," puji Anwar. |
Shahrizat Letak Jawatan April ini Posted: 11 Mar 2012 03:14 AM PDT SHAH ALAM, 11 MAC : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan meletakkan jawatannya sebagai menteri selepas tempoh perlantikannya sebagai senator tamat bulan April depan. Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April depan. Beliau bagaimanapun hanya berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno. Keputusan itu diumumkan oleh beliau dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri selepas kontroversi panjang isu skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail. Skandal NFC dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan itu turut mengaitkan dirinya. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan kedudukan Shahrizat pada waktu yang sesuai ekoran pelbagai khabar angin mengatakan Senator itu akan meletakkan jawatan. Sebelum ini, Shahrizat kelihatan berbincang dengan Najib beberapa ketika sebelum perdana menteri memberitahu perkara itu akan diumumkan tanpa mahu mengulas lanjut soal berkenaan. Selain desakan banyak pihak termasuk pihak pembangkang, beberapa individu dalam Umno seperti bekas ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee juga menggesa Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan menjadi bebanan parti. Malah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan menasihatkan bekas anggota parlimen Lembah Pantai itu agar "jangan sayang kepada jawatan." Sementara itu semalam, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli memfailkan saman balas terhadap Shahrizat. Tujuan saman balas tersebut menurut Zuraidah dan Rafizi berikutan khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan. Pada 19 Januari lalu Ketua Wanita Umno tersebut bertindak menyaman Zuraidah dan Rafizi kerana mengkaitkan beliau terlibat dengan skandal penyelewengan NFC. |
Posted: 10 Mar 2012 09:07 PM PST |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan