WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Lim Guan Eng: Kerugian MAS RM2.52 bilion bukti model bisnes gagal
- AKU MASIH INGAT AKAN KAMU MAHATHIR
- JATI AGEN UMNO: HASAN DIPERALAT MENJELANG PRU 13
- Dari Bkt Merah ke Kuantan: Berapa nilai harga kesihatan penduduk?
| Lim Guan Eng: Kerugian MAS RM2.52 bilion bukti model bisnes gagal Posted: 01 Mar 2012 04:19 AM PST
| ||||||||||
| AKU MASIH INGAT AKAN KAMU MAHATHIR Posted: 01 Mar 2012 04:01 AM PST PAS, PKR: Pendedahan surat Dr M kepada PM Israel dedah niat untuk bekerjasama March 01, 2012 KUALA LUMPUR, 1 Mac — PKR dan PAS hari ini berpendapat, tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis tiga surat kepada perdana menteri Israel yang telah didedahkan kepada umum jelas membuktikan sikap kepura-puraan beliau yang dilihat tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel, sedangkan secara senyap mengambil pendekatan berbeza terhadap pemimpin Zionis.
"Ketika beliau sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai 'pro-Yahudi', secara senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis. "Kenyataan Anwar yang diserang oleh media UMNO-BN (Barisan Nasional) dibuat apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin, beliau menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi," katanya. "Beliau juga mengungkapkan bahawa jika syarat mewujudkan keamanan di Palestin ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut." Tambahnya, "Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan perdana menteri Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin". Menurut Saifuddin, sikap berkenaan diteruskan dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri najib Razak yang menggunakan APCO sebagai perunding mereka, yang mana antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel. Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan, pendedahan surat-surat Dr Mahathir itu mengesakan kebenaran dakwaan Anwar sebelum ini dan membuktikan sikap kepura-puraan Dr Mahathir selama ini adalah benar. "Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan PKR selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini. PKR akan terus menyokong usaha mencapai kedamaian berkekalan di Timur Tengah dan keadilan buat rakyat Palestin," katanya lagi. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, menuntut Dr Mahathir membuat penjelasan berhubung pendedahan tersebut supaya rakyat boleh faham, dan berlaku adil terhadap isu Israel negara haram itu. "Sebelum ini kita menghadapi isu yang menyatakan Anwar mengiktiraf Israel, Tun (Mahathir) pula sudah keluarkan surat dengan jelas berkenaan hubungan Malaysia-Israel, walaupun tiada hubungan diplomatik, jadi PAS beri peluang kepada beliau untuk membuat penjelasan supaya rakyat faham dan boleh menilai berkenaan perkara ini," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Kubang Kerian ini juga menuntut penjelasan Dr Mahathir yang berselindung di sebalik menuntut keamanan di Timur Tengah, sedangkan pada 1997, beliau telah menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia, yang mana Salahuddin telah dipenjarakan di Penjara Kajang kerana membantah kehadiran mereka. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pula membuat pendirian berbeza apabila mengatakan Dr Mahathir tidak perlu membuat sebarang penjelasan kerana beliau akan melakukan lebih banyak penyelewengan fakta apabila penjelasan dibuat. Sebaliknya, beliau menegaskan, surat-surat berkenaan dengan jelas telah menzahirkan keinginan Dr Mahathir untuk mengadakan hubungan dagang dengan Israel secara tidak rasmi. "Surat ini tidak mengejutkan saya," katanya. "Jelas sudah terbukti Dr Mahathir sudah menzahirkan komitmen secara terbuka untuk mengadakan hubungan diplomatik dan dagangan apabila mengeluarkan surat-surat berkenaan. "Tun menjanjikan akan mengadakan hubungan dengan Israel sekiranya mereka memberikan kebebasan kepada Palestin, jadi beliau seharusnya menjadi orang terakhir yang memberikan maklum balas terhadap kenyataan Anwar dalam WSJ," tegasnya yang melihat tindakan mengutus surat itu satu langkah yang "proaktif" diambil Dr Mahathir untuk menjalin hubungan dengan Israel. | ||||||||||
| JATI AGEN UMNO: HASAN DIPERALAT MENJELANG PRU 13 Posted: 01 Mar 2012 03:13 AM PST JATI AGEN UMNO: HASAN DIPERALAT MENJELANG PRU 13
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak tidak terkejut dengan majlis pelancaran atau perasmian Badan Bukan Kerajaan yang dinamakan dengan Jalur Tiga atau "JATI" di Bandar DiRaja Kuala Kangsar baru-baru ini.. ![]() Jati memperjuangkan politik ala Umno "Pemilihan Kuala Kangsar kurang tepat untuk perasmian JATI, sepatutnya ianya berlangsung di Gerik di mana parti Umno pernah menggadai kerusi Parlimen Kawasan Gerik yang majoriti pendududk berbangsa Melayu kepada Parti Gerakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008. "Tetapi apa yang kami sungguh kesal adalah, Persiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali melemparkan satu tuduhan berat yang menggambarkan kepada rakyat bahawa PR menolak tiga elemen utama di dalam Perlembagaan Negara berkaitan IMR. ![]() Lynas dan rasuah isu sebenar rakyat "Datuk Hasan cuba menghasut rakyat dengan melemparkan satu tuduhan fitnah dan amat membahaya dalam negara kita. Jika mana-mana pihak yang menafikan kepentingan IMR ini dan ianya bermakna menolak apa yang ada di dalam Perlembagaan Negara selama ini," katanya. Menurut Raja Ahmad isu IMR yang dimainkan Jati amat jelas mempunyai agenda politik jahat yang memfitnah PR sedangkan tidak ada satu dasar seumpama itu akan dilaksanakan oleh gabungan pembangkang. "Kami melihat Datuk Hasan menggunakan 'lesen' IMR ini bagi memastikan rakyat menolak PR dan secara halusnya ianya memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN). Kami melihat usaha Datuk Hasan tidak lain dan tidak bukan ingin memastikan BN akan menang serta memastikan PR akan tumbang di atas tiga fokus tersebut dan rakyat akan menolak PR kelak dengan cara tersebut. Kami yakin JATI dan Datuk Hasan kini sebahagian ![]() Raja Ahmad "Kami ingin turut mempersoalkan, bagaimana JATI yang kini menjelajah seluruh negara bergerak dengan keadaan 'luar biasa sekali'? Siapa yang 'memudahkan' JATI dan Datuk Hasan menjelajah ke seluruh negara? Siapa menjana kewangan JATI yang terlalu besar? "Kami meminta agar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) agar menyiasat bagaimana JATI mampu bergerak jauh sedangkan ianya baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Siapakah dibelakang JATI dan Datuk Hasan akan diketahui jika ianya didedahkan kelak," tambahnya yang menjawat Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kangsar | ||||||||||
| Dari Bkt Merah ke Kuantan: Berapa nilai harga kesihatan penduduk? Posted: 01 Mar 2012 03:09 AM PST
| ||||||||||
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Kerugian yang dialami ini jauh berbeza dengan prestasi beberapa tahun lalu apabila Idris Jala telah dilantik untuk memulihkan MAS sebagai CEO. Beliau dilantik pada tahun 2005 dan telah berjaya mencatatkan keuntungan RM850 juta pada tahun 2007 berbanding dengan kerugian RM1.3 bilion hanya dua tahun sebelum itu. Idris telah memulihkan MAS tetapi semua usahanya sudah sia-sia sekarang. Adakah kita memerlukan Idris Jala untuk kembali menerajui kokpit MAS untuk menyelamatkannya?
Akhirnya, soalan yang ingin ditanya oleh rakyat Malaysia adalah siapakah yang akan bertanggungjawab untuk kerugian yang besar ini? Sudah tentu kerugian RM2.52 bilion oleh syarikat penerbangan kebangsaan kita ini tidak boleh diterima semua, terutamanya apabila sebab utama ia diselamatkan oleh kerajaan adalah untuk menyelamatkannya daripada masalah-masalah salah urus dan model bisnes yang lemah. Kerajaan mestilah mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab untuk kerugian yang besar ini dan mengambil tindakan ke atas mereka kerana itulah yang diharapkan oleh rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail (gambar), kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara khas bersama The Wall Street Journal (WSJ), beliau menolak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan Dr Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan pemimpin Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara kedua-dua negara.


Ini kali pertama anda menjenguk ke Bukit Merah. Ancaman yang diakibatkan kilang ini sejak tahun 80-an pada kurun yang lalu, masih belum terhenti. Anda yang dilahirkan selepas tahun 1980, langsung tidak tahu dengan kisah silam ini - seolah-olah tragedi ini tidak pernah berlaku - jika isu nadir bumi ini tidak hangat diperbincangkan sejak tahun kebelakangan ini.
Pada tahun 1982, kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth mula beroperasi di Bukit Merah, Ipoh. Penduduk tempatan kemudiannya mendapati kilang ini bakal menghasilkan sisa radioaktif, dan kawasan itu akan menjadi antara tapak pembuangan sisa radioaktif yang terbesar di Asia, lantas mengancam kesihatan penduduk dan generasi yang akan datang. Pada tahun 1984, penduduk Bukit Merah, Papan, Menglembu dan lain-lain berhimpun untuk membantah operasi kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth.
"Waktu itu, kilang ni dibina dengan begitu saja. Kami pun tak tahu apa kilang itu, malah berkata ada kilang maka ada peluang pekerjaanlah. Gembiranya. Manalah kita tahu rupa-rupanya ia sebuah kilang 'racun'," secara perlahan-lahan makcik tua itu memberitahu anda.
"Betul, di sinilah kami protes. Berapa kali dibedil gas pemedih mata. Malah kami berjalan dari sini ke mahkamah di Ipoh, berdua-dua, saling memegang tangan. Di pertengahan perjalanan, FRU menghalang. Tapi kami berjaya akhirnya. Tidak kurang yang ditangkap, pengerusi kita antaranya." Dua orang pakcik tua, yang usianya hampir 60-an, menuding ke arah Hew Yoon Tat, (gambar kanan) mengisahkan peristiwa silam ini.
Siapa yang dimanfaatkan daripada kilang pemprosesan nadir bumi ini? Siapa pula dimangsakan? Anda teringat filem itu, Erin Brockovich mempersoalkan peguam yang mewakili pihak syarikat PG&E, berapa harga kesihatan mereka? Anda juga teringat filem Tan Chui Mui,
Kira-kira sejam selepas aktiviti di Bukit Merah, kulit anda dan kawan anda kemerahan lantaran keterikan matahari. Beberapa hari selepas itu, anda asyik menatap semula gambar dan berita yang berkenaan - ada kalanya terharu, ada kalanya marah. Akhirnya, anda terbaca satu berita, yang terlepas dari pandangan anda ketika berada di Bukit Merah. Lai Kwan (gambar kanan) dalam filem yang diarah Tan Chui Mui, datang berseorangan ke situ dengan menunggang basikal. Beliau kelihatan mengangkat kad anti-Lynas bersama kelompok manusia di situ. Begitu teguhnya beliau, sehingga meleburkan hati anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan