Rabu, 14 Mac 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DARI MAHKAMAH JALAN DUTA KELMARIN

Posted: 14 Mar 2012 12:45 PM PDT




NOTA:

mengikut keterangan SB
ketika di soal siasat
dibawah ISA pada tahun 2001 dahulu
hishamuddin rais telah tidak
sembahyang selama 20 tahun diluar negara

hishamuddin rais ditahan
kerana dianggap aktivitinya
sebagai mengancam keselamatan
dalam negara

pelik!

macam mana kalau tak
sembahyang 29 tahun
boleh mengancam keselamtan negara

apa sangkut pautnya sembahyaang hishamuddin
dengan keselamatan negara
kah kah kah







DARI TWEET TUKAR TIUB

SB beritahu mahkamah, 20 tahun Isham di luar negara dia tak sembahyang. Bagaimana Isham tak sembahyang boleh ancam negara? Kah kah kah!

Like · · Unfollow Post · follow @IshamRais · 12 hours ago via Selective Tweets
Hafiz Zainuddin, Bernard Khoo, Amk Kota Melaka and 26 others like this.

Hasbullah Bin Zainal Arifin Kah kah kah
12 hours ago · Like

Zulkhairi Mohamed Yatim bodo tahap gaban!
12 hours ago · Like

MOhd Faiz mcm ne diorg taw?hehehe
12 hours ago · Like

Beat Mijul Mojas Hahahahadoii...
12 hours ago · Like

Marsha Zliyana mcm mana dia tau kau tak sembahyang???
12 hours ago · Like · 1

Zuriyadi Sarpin
Bhahahahhah SB tu follow ekau kot isham? hahahahah boleh tau 20 tahun tak solat...hahahahah
11 hours ago · Like

Clifford Tan
Kah kah kah kah
11 hours ago · Like

Ronasina Kartunis
Isham! Aku kat Beijing ada tak SB check aku semayang ke atau pi tokong?
11 hours ago · Like · 1

Isz D'Barney ko kene tau isham, solat tu tiang agama, tiang negara... kalo ko tak sembahyang, mengancam la tiang negara....kahkahkah
11 hours ago · Like

Amin Iskandar
Kih kih kih
11 hours ago · Like

Sevan Doraisamy cana ko tahan gelak Isham?
10 hours ago · Like

Aku Sdn Bhd SB pun tak sembahyang ke?
10 hours ago · Like

Izhar Abidin SB tu ade no telefon Malaikat Roqib & Atib kot...heheheheh aku semayang nanti nak pegi bagitau kat balai la camni...hahahha
10 hours ago · Like

Lee Khalid ‎...tu baru bab semayang, belum bab mandi junub lagi
9 hours ago · Like

Jrry Yusoff SB ada direct line Allah ke? Miahahaha...
about an hour ago · Like



TUKAR TIUB MALAM INI DI DEWAN CHINA

Posted: 14 Mar 2012 11:25 AM PDT




FORUM MALAM INI DEWAN CHINA

















MALAM JUMAAT DI IPOH


















---------------------------------------------------------------



MULA KUMPUL KAN SELIPAR








NOTA:
sila kumpulkan selipar dan kasut
kita akan adakan pertandingan
membaling kasut dan selipar
ke muka mat mongol dan bik mama




LAGI KES ROSMAH DAN NAJIB

Posted: 14 Mar 2012 10:19 AM PDT




BIK MAMA







KENYATAAN PENAFIAN TIDAK MENJERNIHKAN PELBAGAI PERSOALAN MENGENAI
INTEGRITI DAN KETELUSAN PERDANA MENTERI


Saya memandang serius kenyataan-kenyataan penafian yang dibuat tanpa
disertakan bukti berhubung dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri
yang ditimbulkan mutakhir ini. Walaupun saya mengalu-alukan kenyataan
yang dibuat oleh Shangrila Hotel, ada dua aspek yang mempersoalkan
ketelusan Perdana Menteri dalam berdepan dengan rakyat:

1. Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumbalas dari Perdana
Menteri mengenai 8 bukti yang sewajarnya diberikan kepada rakyat agar
sebarang keraguan dapat dirungkai secepat mungkin, seperti yang
disyorkan KEADILAN; dan

2. Perdana Menteri seolah-olah merasakan kenyataan penafian oleh
pejabat beliau dan Shangrila Hotel sudah memadai untuk memadamkan isu
ini.

Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos
majlis pertunangan tersebut, tetapi ketelusan dan operasi Pejabat
Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan di antara kepentingan
peribadi dan tugasan umum. Perdana Menteri menjanjikan transformasi
politik, ekonomi dan sosial sebagai jawapan kepada tuntutan rakyat
agar rasuah dan salahguna kuasa pimpinan diperangi sehabis-habisnya;
maka Perdana Menteri perlulah memberikan teladan yang baik bahawa
segala urusan Pejabat Perdana Menteri bebas dari sebarang unsur salah
guna kuasa dan pecah amanah.

Ini adalah piawaian integriti baru yang dituntut rakyat Malaysia.
Mungkin Perdana Menteri merasakan isu ini remeh, tetapi sikap Perdana
Menteri menangani isu ini membayangkan sama ada beliau betul-betul
ikhlas dalam menjalankan transformasi politik, ekonomi dan sosial
negara.

Sebab itu KEADILAN berpendapat masih banyak persoalan yang belum
dijawab dalam hal ini, terutamanya apabila dibandingkan dengan satu
lagi majlis peribadi yang menggunapakai khidmat Shangrila Hotel.

Pada hari Ahad 24 Julai 2011, Perdana Menteri telah mengadakan satu
jamuan meraikan hari lahir beliau di Sri Perdana. Banquet Event Order
(BEO) majlis tersebut diedarkan bersama-sama dengan kenyataan akhbar
ini.

Berdasarkan BEO tersebut, fakta-fakta berikut adalah tepat:

1. Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun
ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri;

2. Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini
dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini
menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri
tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya
disebut sebagai "majlis Pejabat Perdana Menteri"?

3. Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu
majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:


Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang RM20,700

Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai RM7,738

Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai RM5,300

Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai RM795

Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai RM31,800

Ca pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai RM12,720

JUMLAH RM79,053


4. Majlis tersebut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah
daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan
Barat dan lain-lain.


Oleh yang demikian, saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada
Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi
teladan kepada seluruh rakyat Malaysia:

1. Bilakah beliau akan mengemukakan 8 bukti yang disyorkan
KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan?

2. Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri
membelanjakan setengah juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri
Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri,
bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan
pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3. Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang
memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri
bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa
keputusan beliau selama ini?

4. Wajarkah Perdana Menteri berbelanja besar sebegini untuk
majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia
mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan
dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap
tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang
diberikan kepada rakyat.

Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini,
tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar
pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan dana awam NFC
sehinggakan Barisan Nasional terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan
Dato' Seri Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti
sebegini diajukan kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang,
wajarlah beliau juga membuat 'pengorbanan' seperti yang dilakukan oleh
Dato' Seri Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas
dan telus, demi menjaga integriti kerajaan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
14 MAC 2012




KALAU GUNAKAN SARKOT - TRAJEDI BAYI MATI TIDAK AKAN BERLAKU

Posted: 13 Mar 2012 09:25 PM PDT





DENGAR LAGU INI DULU - KEKASIH DAN CINTA










KOMENTAR TUKAR TIUB

jika kita tidak hendak mendapat demam malaria
kita memakai kelambu
kita guna ubat nyamuk
kita asapkan rumah

kenapa susah sangat untuk menerima hakikat
untuk menghindarkan bayi dari mati bergelempangan
sarkot, kondom, stokin, baju hujan, topi peranchis adalah jawapan

kenapa tidak mahu terima hakikat
bahawa entot itu seronok
tetapi jika salah entot
akan membawa masalah

jika mengentot tanpa kondom
besar kemungkinan bayi akan muncul
dalam perut anak gadis
jika mereka belum nikah
jika mereka belum jadi suami isteri
masalah akan muncul

jawapan bukan bila bayi lahir
bayi dibunuh
bayi dibuang

jawabnya sebelum hujan sediakan payung!





BERSARKOT SEBELUM MENYELAM






MENGAKU CAMPAK BAYI DARI TINGKAT DUA FLET – berita hairan

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dekat sini, semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya, Oktober tahun lalu.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lalu.


Mahkamah turut memerintahkan wanita berkenaan dipenjara lima bulan lagi, sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.

Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara jam 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Nor Atika tidak diwakili peguam. – TIEWNAMA



BAYI BARU LAHIR DIJUMPAI DI TEPI BANGUNAN DI TAWAU - berita hairan


TAWAU: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dijumpai di tepi bangunan milik sebuah syarikat swasta di Jalan Tanjung Batu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin, berkata bayi yang dibungkus menggunakan kain batik dan ditinggalkan di tepi bangunan berkenaan dijumpai seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas kira-kira jam 5.05 pagi.

"Ketika mendekati bungkusan itu, dia mendengar suara tangisan bayi lalu terus menghubungi polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, bayi yang cukup sifat berkenaan kini ditempatkan sementara di Hospital Tawau untuk tujuan pemantauan.


Beliau meminta pengusaha klinik yang didatangi wanita yang baru melahirkan bayi dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi itu supaya menghubungi Rakan Cop di talian 089-772121 atau terus kepada Inspektor Nur Intan Jamri, di talian 019-8416591.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -TIEWNAMA





Tiada ulasan: