Jumaat, 30 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Video Tragis: Pengunjung Pantai Dibaham Paus Hidup-hidup

Posted: 30 Mar 2012 10:05 AM PDT

Sesungguhnya, setiap yang hidup itu, telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T akan mati juga seperti yang telah tertulis dalam takdir Illahi.

Namun, tiada siapa yang mengetahui bila, waktu dan saat kita semua akan mati kerana itu semua adalah rahsia dari Allah.

Sebuah video yang menyayat hati, benar-benar meruntun perasaan sedih tatkala melihatkan insiden tragis yang menimpa ke atas seorang lelaki yang sedang bergembira di tepi pantai.

Lokasi dalam video itu tidak dapat dikenal pasti tetapi penulis yakin, kejadian itu berlaku di negara Arab.

Seorang pengunjung pantai kelihatan gembira untuk menikmati aktiviti riadahnya di tepi pantai.

Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila seekor ikan paus pembunuh berenang ke tepi pantai dan seterusnya membahan lelaki tersebut!

Subhanallah! Tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan istighfar yang mendalam dalam hati.

Semoga kejadian ini dapat kita sama-sama jadikan iktibar dan berdoa semoga Tuhan sentiasa memberi perlindungan kepada diri kita setiap masa. Insyallah. - Mynewshub

Agak-agak, Mahathir teriak time ni pasai apa? Hehe...

Posted: 30 Mar 2012 08:54 AM PDT

Mahathir Yang Terus Terlupa Dan Nyanyuk

Sekonyang-konyang Mahathir Mohamad mulai sedar kesilapan demi kesilapan yang beliau lakukan sebelum ini.

Kesedaran itu beriringi dengan perjalanan usianya yang sedang menuju ke takah bongkok tujuh. Walaupun beliau tidak akan mengaku pernah melakukan kesilapan tetapi hakikatnya beliau tidak dapat lari dari itu.

Hari ini beliau meminta Umno membuka peluang untuk para profesional memimpin parti berkenaan. Katanya cawangan hendaklah memberi laluan kepada cendekiwan untuk menyertai parti itu dan seterusnya menjadi pemimpin.

Kenapa baru hari ini Mahathir merasai pentingnya golongan profesional perlu diterima untuk menjadi pemimpin parti itu. Apakah kerana hari ini parti itu sudah miskin pemimpin. Atau cendekiwan dan golongan profesional telah makin menjauhi Umno?

Dua perkara yang menyebabkan ini berlaku dan Mahathir kena akui tanpa prajudis. Nasib yang menimpa Umno hari ini ialah kerana diri beliau. Kerana perbuatan brutal beliau sendiri.

Bukankah yang menghalang para profesional menguasai Umno beliau sendiri. Yang mengajar Umno mencantas pemimpin bistari beliau sendiri. Yang mengkhianati bakal-bakal pemimpin beliau sendiri.

Siapa yang membunuh masa depan Musa Hitam dalam Umno? Siapa yang membunuh masa depan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Umno. Dan siapakah yang mengkhianati Awnar dan membuangnya dari Umno? Bukankah Mahathir?

Tidakkah mereka ini adalah tokoh profesional dan cendekiwan? Bukan itu saja sebahagian dari pemimpin Umno telah dimusnahkan oleh Mahathir kerana mereka tidak sedia menjadi Pandir kepadanya?

Betapa Umno kehilangan barisan kepimpinan yang terlatih gara-gara Mahathir bertindak kejam membunuh ketiga-tiga mereka itu. Membunuh Musa Hitam menjadi pegawai kerajaan yang kagum dengan Musa menjadi konfius. Membunuh Tengku Razaleigh menyebabkan rangkaian ekonomi dibina TEngku Razaleigh terputus.

Membuang Anwar menyebabkan barisan kepimpinan muda yang profesional, komited dan berwawasan dan Islamik mufarakah dari Umno?

Jadi kalau Umno kasih dengan pemimpin cerdik, berprinsip, bermaruah...salahnya salah siapa? Jawabnya Mahathir lah. Mahathri pula tidak sesekali membuang pemimpin yang huduh, jelek, moral buruk kerana mereka itu akan menjadi pandir dan upih politiknya. Mahathir sengaja mengekalkan mereka yang korup, ada skandal untuk dijadikan umpan dan aset bagi menjadi pengawal dan penjujung termasuk penjilat buntutnya.

Makanya Mahathri jangan kesal kalau Umno hari ini tiada pemimpin bertaraf tokoh seperti ketiga orang itu. Mahathir jangan kesal kalau golongan profesional tidak berminat dengan Umno. Seruan Mahathir itu sudah terlewat. Beliau cuba memanggil orang-orang cerdik dan berkualiti menyertai Umno setelah bakanya dibunuh sendiri olehnya.

Seruan itu juga sudah terlewat. Disaat Umno sudah penghujung baru Mahathir bingas dan tersedar untuk membawa pemimpin parti itu.

Hari ini untuk pengetahuan Mahathir orang layak untuk jadi pemimpin Umno adalah orang-orang seperti Inchek Ibrahim Ali, Ezam Mohamad Nor, Hassan Akidah, Zul 9/10 dan sekalian orang sejenis dan sewaktu dengannya termasuk dua tiga ekor Keling dan seekor Cina. Hanya mereka ini sesuai dan layak berada dalam Umno.

Saya yakin kesedaran Mahathir dan ingin kepada golongan profesional itu tidak akan memecah liru mereka. Malahan mereka menganggap seruan Mahathir itu sebagai orang yang bercakap dalam mengigau setelah tidur saat hujan gerimis.- MSO

BERGAMBAR: Samseng impot UMNO Pulau Pinang

Posted: 30 Mar 2012 07:00 AM PDT

GEMPAR!! Umno NS Bertanggungjawab dalam insiden Serangan ke atas KM P.Pinang!

Oleh: edyesdotcom

Antara yang memakai baju dan topi Pemuda Umno NS bergambar ketika berkumpul sebelum melakukan jenayah serangan terhadap ketua Menteri PP.

Jelas terakam penjenayah yang menyerang dengan 'senjata' wartawan dalam kejadian tersebut

bersiap sedia untuk menyerang


Kenderaan dari NS

Antara pemimpin yang hadir ketika Umno berkumpul sebelum serangan


wajah penjenayah jelas terakam tetapi apa tindakan polis dan umno ?

Serangan fizikal sehingga serbu ke kereta ketika Ketua Menteri baru sampai

Penyerang majoriti terdiri dari pemuda berkemeja dan bertopi tertulis Pemuda Umno Seremban

Wartawan diserang beramai - ramai dan dipukul dihadapan awam tetapi polis hanya berdiam

Antara remaja (disyaki) bawah umur turut terlibat 

Kenyataan Media
28 Mac 2012

Umno NS BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS INSIDEN SERANGAN KETUA MENTERI P.PINANG.

Parti Keadilan Rakyat Rembau menggesa Umno (Seremban) Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab penuh dengan memohon maaf dan mengambil tindakan dengan terhadap ahli dan pemimpin mereka yang terlibat dalam serangan bersifat perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam kejadian tersebut beberapa orang telah cedera termasuk seorang wartawan yang dipukul beramai ramai oleh penyerang.

Bersama kenyataan media ini di sertakan sebahagian bukti bergambar yang mengaitkan ahli dan pemimpin Umno (Seremban) N.Sembilan terlibat dalam kejadian tersebut. Dalam gambar tersebut jelas kelihatan penyerang mengenakan kemeja dan topi tertulis Pemuda Umno Seremban.

Pada hari yang sama (berdasarkan maklumat yang ada) sememangnya pemuda Umno dari Negeri Sembilan berada dan berkumpul dalam program yang turut melibatkan pemimpin Umno Pulau Pinang. Selepas program tersebutlah mereka ramai - ramai berkonvoi dan melakukan jenayah serangan 'gaduh gempar di tempat awam'. Ini jenayah serius kerana serangan jenayah ini dilakukan kepada Ketua Menteri P.Pinang dalam majlis rasmi.

Terdapat banyak rakaman boleh disaksikan dalam internet termasuk seperti You Tiub yang jelas penyerang dari Umno ini menjerit perkataan lucah dan menghina bersifat perkauman.

Telah dibuat beberapa laporan polis namun amat mengecewakan tidak ada tindakan serius diambil selepas itu. PKR Rembau juga akan membuat satu lagi laporan dengan menyerahkan bukti bergambar kepada pihak polis.

PKR Rembau mencabar Umno (Seremban) Negeri Sembilan untuk mengambil tanggungjawab penuh memohon maaf secara terbuka seterusnya menamakan semua ahli dan pemimpin mereka yang terlibat termasuk yang dibawah umur. Umno juga harus mengambil tindakn disiplin terhadap mereka jika Umno tidak merestui tindakan tersebut jika tidak jelas Umno sendiri terlibat dan merestui jenayah ini.

Rakyat diseru menilai insiden ini sewajarnya dan menjadikan ini satu lagi alasan kukuh untuk menolak Umno khususnya di N.Sembilan. Jelas Umno menjadi pelindung kepada gangsterisme dan mendidik anak anak muda termasuk bawah umur untuk menjadi penjenayah keganasan.

Sekian.

che'Gubard
Parti Keadilan Rakyat Rembau

* kenyataan ini dibacakan dalam sidang media pada 28 Mac , 11.30 pagi di Rahang, Seremban. Sidang media dihadiri oleh che'GuBard (Ketua Cabang Rembau),Ust Norazman Ahmad (Ketua Penerangan PAS NS), Sani Md Shah (Ketua AMK Rembau), Sharul (AJK PKR Rembau), Zubir (Pengarah P.raya PKR Rembau)

edyesdotcom.blogspot.com

Sedap betoi artikel ni tibai UMNO... kahkahkah...

Posted: 30 Mar 2012 03:00 AM PDT

Kalau sudah 55 tahun memperjuangkan Melayu gagal, UMNO akan terus gagal

Oleh Aspan Alias

Sejak saya mengambil keputusan menyertai pihak alternatif melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) banyak rakan-rakan yang datang menemui saya untuk bertanya berbagai-bagai persoalan tentang tindakan saya itu. Rata-rata yang datang bertanya itu adalah dikalangan mereka yang telah berkawan dan bersahabat dengan saya sejak puluhan tahun dahulu.

Rakan-rakan yang jauh bertanya kepada saya melalui email dan talipon dan memahami saya setelah saya memberikan kefahaman yang sebetulnya.

Apa yang saya nampak mereka lebih bertanya kenapa saya memilih untuk tidak lagi bersama UMNO. Jarang-jarang mereka bertanya kenapa pilih DAP kerana mereka juga memahami yang DAP itu adalah sebuah parti yang berpengalaman dan telah berusia hampir 5 dekad lamanya. Mereka memahami yang DAP telah melalui semua ujian dan dugaan untuk 'survival' nya kerana tekanan dan momokan oleh pihak pemerintah terhadap parti itu tidak henti-henti dilakukan oleh pihak yang takut dengan perkembangan pengaruhnya, lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini.

Ramai mahukan saya memberikan mereka sebab kenapa tidak lagi mahu bersama UMNO. Ada setengahnya saya jawab sambil berjenaka dan ada kalanya saya menjawab dengan serius dan memberikan dalil-dalil yang UMNO akan berada dalan persada politik negara hanya sebentar sahaja lagi. Ramai diantara mereka telah pun memberikan sokongan moral kepada saya dan mereka tidak lagi menyimpan sebarang prejudis terhadap DAP lagi.

Tidak ada siapa yang melonggarkan sokongan ramai terhadap UMNO itu, sebaliknya semuanya disebabkan oleh 'conduct' UMNO itu sendiri. UMNO itu kian lemah bukan kerana pihak lain. Sebenarnya UMNO itu sendiri seolah-olah terminta-minta parti itu ditinggalkan oleh ahlinya, setidak-tidaknya kepada mereka yang berfikir secara mendalam.

Kenapa saya berkata UMNO itu sendiri terminta-minta untuk ditinggalkan?

Pertamanya UMNO telah menyalahgunakan mandat yang diberikan oleh rakyat sebegitu lama sehinggakan apa sahaja yang dilakukan UMNO sekarang menjadi persoalan kepada rakyat ramai. Oleh kerana terlalu lama memegang kuasa, UMNO sudah mengambil kelembutan orang Melayu dan rakyat 'for granted' kerana mereka berfikiran yang orang Melayu tidak akan pergi kemana dan akan terus menyokong UMNO walaupun UMNO telah membinasakan peluang orang Melayu untuk maju dalam dunia yang serba berubah dan moden ini

UMNO memandang rendah kepada ahli-ahlinya serta rakyat jelata yang mereka akan tetap berkuasa, waimma setelah memperkosa harta rakyat melalui budaya kronism yang telah begitu kental terbentuk dalam negara ini. Pendeknya UMNO telah mengambil kelembutan hati orang Melayu sebagai kelemahan yang boleh diperkosa dan dinoda tanpa reaksi negatif dari mereka.

Dimana letaknya kemunasabahan yang orang Melayu masih tercicir sedangkan negara ini diperintah oleh UMNO sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun yang lalu? Kenapa UMNO gagal untuk melaksanakan dasar-dasar yang terbentuk pre Dr Mahathir yang begitu kukuh dengan sokong setiap kaum dinegara ini? Kenapa UMNO tidak melakukan pelaksanaan kepada dasar memperkukuhkan orang Melayu dengan sempurna.

Apa lagi yang UMNO mahukan kepada orang Melayu sedangkan orang Melayu telah memberikan segala sokongan kepada UMNO sejak merdeka sehingga tahun 2008 dahulu apabila orang Melayu sudah mula merasakan yang UMNO tidak mungkin berjaya membela bangsanya lagi? Sekarang ahli-ahli UMNO menyalahkan bangsa lain dan parti lain pula diatas segala kegagalan mereka.

Segala-galanya, kuasa, sokongan dan kesabaran Melayu dan rakyat keseluruhannya itu diambil kesempatan untuk membina budaya kronism untuk kepentingan perut dan nafsu-nafsi pimpinan sahaja. Sekarang mundar mandir kembali Perdana Menteri menabur janji dan mengingatkan orang Melayu supaya memberikan sokongan kepada parti Melayu UMNO ini demi masa depan orang Melayu.

Bukankah semuanya itu telah diberikan oleh orang Melayu tetapi kenapa UMNO masih tidak berjaya melakukan sesuatu yang berkesan untuk Melayu yang ramai ini? Sebaliknya parti itu hanya memberikan keuntungan kepada segelintir yang berada dikeliling pimpinan atasan sahaja. Kalau diberikan lagi mandat ini, kita sudah pasti keadaan akan masih sama malah orang Melayu akan ketinggalan dari segi pemikiran dan persepsi terhadap kehidupan secara negatif.

Setengah abad adalah terlalu lama untuk membiarkan UMNO memerintah dan waktu untuk UMNO duduk dipetak pembangkang sudah sampai supaya UMNO tahu dan merasakan betapa pedihnya perasaan rakyat khususnya orang Melayu selama ini. Orang Melayu sudah bersabar begitu lama dan tahap kesabaran mereka sudah sampai kepenghujungnya.

Apa yang ramai orang Melayu sekarang berfikir ialah selagi UMNO masih memerintah selagi itulah pemikiran orang Melayu akan jumud terus menerus dan memerhatikan sahaja bangsa-bangsa lain maju kehadapan. Ketinggalan kita itu pula dimainkan untuk memberikan harapan palsu untuk UMNO mendapatkan sokongan dari orang Melayu, tetapi orang Melayu sudah tidak boleh dikotak-katikkan seperti yang selalu mereka alami.

Ramai diantara orang Melayu sudah mula memahami keadaan yang mereka tidak akan pergi kemana jika masih memberikan dukungan kepada UMNO kali ini. Orang Melayu sudah menyedari mereka tidak boleh lagi menagih ehsan dari pimpinan UMNO seperti menerima RM500 semasa pilihanraya mendatang kerana jiwa Melayu sekarang sudah mula bertambah kaya dan tidak mahu lagi dalam jiwa yang fakir dan jumud.

Ramai orang Melayu sedar bahawa mereka perlu memecahkan tembok yang menghalang mereka untuk berfikir dan bertindak semata-mata untuk generasi mereka yang akan datang. Melayu tidak boleh lagi bergantung kepada perasaan sentimen terhadap UMNO kerana UMNO yang sebenarnya pun sudah tidak wujud lagi. Orang Melayu sudah merasakan nikmat bersatu padu ini semasa era sebelum Mahathir dahulu.

Maka orang Melayu kini mahu bersatu padu dengan jitu diluar UMNO kerana Melayu sekarang sudah berjumpa dengan pilihan yang secara relatifnya lebih baik diluar UMNO itu.

Orang Melayu mahu melepaskan diri mereka dari dikongkong oleh perasaan sentimen terhadap parti yang kononnya berjuang untuk Melayu. Orang Melayu sudah sedar setelah lebih dari lima dekad diperhambakan oleh pemimpin-pemimpin parti mereka yang tidak berkemampuan untuk memimpin bangsanya selain dari pandai memerah harta benda rakyat untuk kepentingan ahli-ahli keluarga mereka semata-mata.

Kepada setengah yang menyertai UMNO itu kerana hendak menjadikan modal perniagaan dan bukannya untuk memperjuangkan nasib bangsa sendiri. Oleh kerana itu biarlah mereka sahaja yang bergiat dengan UMNO itu. Bagi sesiapa seperti saya yang 'having no business to be in business' ini meninggalkan parti itu.

"Akhirnya saya bertindak keluar dan menukar wadah saya. Saya bukannya bertukar akidah" kata saya kepada mereka.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Lawak Mustafa Ali buatkan Najib tak tidoq malam... kahkahkah...

Posted: 30 Mar 2012 01:00 AM PDT

Kita memang cadang nak tukar Ketua Pembangkang - Mustafa

KUALA TERENGGANU, 29 Mac: Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, ya.

"Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen olehimpeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.

Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.

"Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

"Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

"Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada," kata beliau di lobi parlimen.- Harakahdaily

Menari peluk tiang...

Posted: 29 Mar 2012 11:00 PM PDT

Menari 10 minit dapat RM250, denda cuma RM25

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Hukuman RM25 yang dikenakan kepada tiga pesalah wanita atas tuduhan melakukan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam di bawah akta Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Sehubungan itu, Persatuan Belia Islam National (Pembina) berasa kesal dengan hukuman yang tidak setimpal dikenakan kepada si pesalah memandangkan nilai hanya RM25 adalah nilai yang sangat sedikit sedangkan mereka boleh menerima bayaran sehingga RM250 dalam masa 10 minit.

"Hukuman yang benar-benar setimpal harus dikenakan terhadap perbuatan yang sangat keji ini, ditambah dengan persembahan yang menghhairahkan bahkan berpakaian sangat seksi," kata Naib Presiden II Pembina, Abdul Hakim Adzman.

Pembina juga, tegasnya mahu hukuman yang keras dan setimpal juga perlu dikenakan kepada pengusaha premis dan servis tarian, pengunjung yang beragama Islam yang mengunjungi premis tarian itu dan pihak-pihak yang mengeksploitasi wanita sebagai objek seks sama ada untuk mengaut keuntungan mahupun untuk memuaskan nafsu.

Beliau dalam satu kenyataan menegaskan, kesemua perbuatan itu dilarang keras oleh agama Islam.

"Dengan itu, diharapkan pihak berkuasa agar mengambil tindakan serius termasuk mengambil tindakan undang-undang kepada pengusaha premis seperti menarik balik lesen perniagaan dan hukuman yang setimpal dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada penari-penari tiang agar selepas ini mereka yang beragama Islam tidak lagi berani melakukan aksi ini lagi.

"Diharapkan dengan hukuman tersebut, mereka benar-benar insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada mereka yang benar-benar bertaubat," ujarnya.

Akhir sekali, kata beliau Pembina juga menyeru kepada golongan beliawanis supaya mengukuhkan pegangan agama dan jati diri serta memelihara maruah diri.

Beliau menambah, masyarakat juga harus mempertingkatkan usaha memberi kesedaran kepada anak-anak gadis agar tidak terjebak dengan gejala-gejala yang merosakkan diri demi hidup mewah.- Harakahdaily

Boleh ka Kelantan ikut cakap Anwar?

Posted: 29 Mar 2012 09:00 PM PDT

Anwar: Tak guna Pakatan ada pilihanraya serentak jika SPR terus membenarkan penipuan

Di tengah-tengah kebimbangan awam yang semakin meningkat pilihanraya umum ke-13 akan banyak menjurus kepada tipu helah dan penipuan secara terang-terangan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada Pakatan Rakyat beliau bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan kerajaan Perdana Menteri Najib Razak, jika Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang keras kepala gagal untuk melaksanakan pembaharuan pilihan raya yang bermakna.

"Kami mempunyai bukti yang menarik dan fakta untuk menyokong hujah kami bahawa proses pilihanraya adalah satu penipuan. Jadi itulah isunya dan ia akan mempengaruhi keputusan kami," Anwar memberitahu satu sidang akhbar di Parlimen pada Rabu.

Usaha tinggi hasil tiada

Najib dijangka untuk membubarkan Parlimen persekutuan dan mengadakan pilihanraya di seluruh negara sebelum akhir tahun ini. Selain daripada kerajaan persekutuan, pakatan Barisan Nasional Najib menguasai 9 negeri, manakala Pakatan mengawal Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

Jika Pakatan Rakyat berjaya mengalahkan BN seperti yang dikatakan, maka PU-13 Najib hanya akan melihat penyertaan daripada 9 negeri-negeri BN termasuk perebutan untuk 222 kerusi Parlimen persekutuan. Tempoh Pakatan dalam negeri yang ditadbirnya hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Setakat ini, usaha untuk merombak sistem terkenal rasuah pilihanraya di negara ini telah meningkat. Malah Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihanraya dimana Najib dengan tidak rela menubuhkannya selepas mercu tanda Julai 9, 2011 perhimpunan Bersih 2.0 untuk pilihanraya yang bebas dan adil telah dituduh berat sebelah dan enggan menerima cadangan pembangkang, 'NGO', kumpulan hak sivil serta badan-badan pemantau pilihan raya.

Hanya sehari yang lalu, SPA membuat kesimpulan mesyuarat akhir dengan kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN tidak dapat bersetuju mengenai terma cadangan yang dibua tkepada Parlimen. Malah, pengerusi Maximus Ongkili, yang merupakan seorang wakil BN, telah berkata SPA akan membentangkan usul pada hari Isnin walaupun terdapat "perbezaan pendapat".

Keputusan akhir di tangan kerajaan negeri

Aduan dari Bersih dan Pakatan bahawa majoriti saranan mereka telah ditolak, dan satu-satunya konsesi adalah penggunaan dakwat kekal.

Selain daripada itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menuduh SPR - yang disebabkan oleh pelaksanaan cadangan SPA – yang mengheret kakinya ke atas pembersihan daftar pemilih, yang diburukkan oleh nama-nama rekaan, duplikasi dan terdapat beribu-ribu contoh di mana umur pengundi berdaftar jauh melebihi 100.

"Kami masih harus menyatakan bantahan kami yang kukuh kerana sehingga kini, SPR tidak membersihkan daftar pemilih, terutamanya apabila pilihanraya adalah terlalu dekat," kata Anwar.

Ketua Pembangkang berusia 64-tahun itu juga berkata keputusan muktamad terletak pada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, dan para pemimpin masih mengkaji keberkesanan mengadakan pemilihan serentak. Takut pemanipulasian daftar pengundi boleh banyak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat, tekan Anwar.

"Saya fikir kita perlu duduk bersama mereka lagi. Tiada keputusan telah dicapai setakat ini. Kita mempunyai pilihan sama ada kita harus memegangnya semua bersama-sama tetapi ia masih terbuka," katanya.

Bermatlamat 2/3 dengan taktik kotor?

PU-13 Malaysia yang ditunggu-tunggu akan menjadi pilihanraya yang paling hangat dipertandingkan sejak kemerdekaan daripada pemerintahan British pada tahun 1957. Ia telah dianggap sebagai Ibu Segala Pilihanraya Kotor, dengan tiada sebrang tindakan diambil oleh pentadbiran Najib yang dijangka sepenuhnya menggunakan semua jentera kerajaan dan rasmi untuk menjamin kemenangan ke atas Pakatan Rakyat.

Najib baru-baru ini berkata dalam satu temu bual dengan agensi berita asing bahawa ia akan menjadi sukar bagi BN untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang ia kalah buat kali pertama dalam 5 dekad semasa pilihan raya umum 2008. Walaubagaimanapun, dalam bulatan politik, ia adalah diketahui bahawa beliau telah memberi jaminan kepada ketua-ketua partinya bahawa beliau akan menyampaikan dua pertiga dan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan semua cara dan kaedah yang ada.

"Ya, dia masih boleh merebut dua pertiga. Sistem pilihanraya sangat, sangat lemah dan mudah untuk dimanipulasi kerana dominasi politik BN lebih daripada 55 tahun yang lalu.Ini telah membenarkan mereka untuk berkelakuan sepertimana yang mereka mahu, meletakkan semua tanda henti dan cek untuk memastikan mereka menang. Inilah mengapa SPR melambatkan dan enggan untuk membuka gulung audit," beritahu naib presiden PKR Tian Chua, Ahli Parlimen Batu, kepada Malaysia Chronicle.

Malaysia Chronicle

Bangang tercipta memang untuk UMNO... kahkahkah...

Posted: 29 Mar 2012 07:30 PM PDT

Dr M akui: Umno kekurangan cerdik pandai Melayu

Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad akhirnya mendedahkan. Pimpinan tinggi Umno sengaja menahan golongan bijak pandai melayu sebagai rancangan untuk terus berkuasa antara sesama mereka, dan mengakibatkan keadaan sekarang bila parti kekurangan bakat baru terutama di peringkat tertinggi.

" Sejak berdekad yang lalu, Umno tidak membenarkan mereka yang bijak menganggotai parti. Sebab itu ramai doktor masuk PAS. Ini membuatkan susah untuk Umno mendapat calun sesuai untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya." Mahathir memberitahu Bernama rabu lepas.

Siapa patut dipersalahkan

Tapi Mahathir ialah bekas PM dan presiden Umno selama 22 tahun,dari 1981 hingga 2003, maka bertanggungjawab bagi sebahagian besar polisi yang membentuk Umno sehingga kini.

Samada kita suka atau tidak, Umno mempunyai reputasi buruk berdasarkan perkauman dan agama untuk memenangi kaum etnik terbesar dinegara ini-orang Melayu.

PM Najib Razak, khasnya, di cerca sebagai "jaguh talam dua muka" kerana menyokong tumbuhnya kumpulan NGO extremis hak ultra Melayu seperti Perkasa dan anti Kristian seperti Jati, sambil pada masa yang sama, menyebut2 polisi kesederhanaan kepada masyarakat antarabangsa.

Mahathir juga menggesa pemimpin Umno supaya meninggalkamm amalan hanya memilih ketua bahagian untuk bertanding. Komen ini timbul ketika Najib mula pusingan terkahir dalam memilih calun2 boleh menang untuk pilihanraya umum 13 yang dijangka tahun ini.

"Kita harus terima calun yang baik, samada mereka ahli Umno atau tidak.Kita mahu orang yang layak dan berbakat, kemudian baru kita boleh membentuk kerajaan yang berupaya," kata Mahathir.

Perselisihan dalaman

Pemimpin pembangkang tidak terkejut dengan komen Mahathir, dan merasa kan beliau cuba mempengaruhi keputusan Najib berkenaan calon2 , daripada mengubah Umno.

"Umno sedang mengalami perselisihan dalaman paling teruk.Dalam semua negeri yang mereka perintah, sekurang kurangnya ada 2 kumpulan yang berlumba lumba untuk kuasa. Semua mahu calun mereka dipilih. Dalam politk, jika tiada kerusi samada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, maka ibarat harimau tak bertaring. Mahathir ialah salah seorang dari panglima perang.Najib juga.Mereka ada kem mereka dan akan cuba memberi kan penyokong mereka sebahagian dari kerusi tersebut.

Malaysia Chronicle

WAJIB TAU: Anak muda jangan dok nganga...

Posted: 29 Mar 2012 06:54 PM PDT

Layak mengundi jika daftar pemilih sebelum Ahad ini

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPTST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun ke atas.

Pada masa yang sama, Abdul Aziz berkata, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) iaitu proses pendaftaran dijalankan setiap hari manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali.- Kosmo

PANAS: Annuar dihadap ke Jawatankuasa Disiplin

Posted: 29 Mar 2012 03:00 PM PDT

Annuar Musa dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM 4 April

KUANTAN- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bertitah, timbalannya, Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal di media.

Baginda bertitah Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar.

"Bila kita buat satu benda yang bodoh, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu," titahnya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini.

- BERNAMA

SERIUS: Tolong jangan gelak... kahkahkah...

Posted: 29 Mar 2012 01:00 PM PDT

SPRM: Kami siasat banyak, tapi tak didakwa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat peguam negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, ia berpunca kerana apabila sesuatu kes di bawa ke mahkamah, bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.

"Tujuan SPRM ditubuhkan adalah untuk ambil tindakan terhadap orang yang lakukan rasuah. Kita tak boleh tangkap berdasarkan sentimen.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti. Masyarakat kena faham.

"Tak timbul isu kita tak ambil tindakan terhadap 'ikan besar' atau tidak. Kita buat kerja siang malam. Kes rasuah rumit. Bukan mudah untuk dapat kerjasama orang ramai kerana tiada siapa yang nak bercakap," katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Mohd Shukri juga berkata, kes rasuah berbeza dengan jenayah lain kerana ia melibatkan kawan rapat, rakan parti dan ahli keluarga yang tidak akan 'buka mulut'.

"Mereka tak kan bercakap. Siapa yang nak datang bercakap bila kita tanya? Kita tak ada kuasa untuk dakwa orang," katanya.

Rafizi rela kerja separuh masa dengan SPRM

Sementara itu itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pula mencadangkan agar peguam negara ditukar bagi memudahkan siasatan dilakukan oleh SPRM.

Menurut Rafizi, negara memerlukan seorang peguam negara yang jujur serta bekerjasama dengan SPRM agar setiap kes boleh dihadapkan ke mahkamah.

"Kalau saya jadi perdana menteri... Tapi saya tak jadi lagi... Tanpa ubah perlembagaan, kita boleh tolong pegawai SPRM dengan (cara) menukar peguam negara. Peguam negara yang ada sekarang mempunyai rekod buruk, terkenal dengan menerapkan 20, 30 fail.

"Kita perlu cari peguam negara yang jujur yang akan bekerjasama dengan SPRM supaya, tidak kisah Pakatan Rakyat ke, BN atau pensyarah, kalau dia rasuah, akan dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Rafizi bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Mohd Shukri mengenai saksi yang sukar 'buka mulut' kerana masyarakat kini sudah berubah dan berani untuk membongkar sesuatu kes.

Merujuk kepada isu Pusat Fedlot Nasional, Rafizi berkata, hampir kesemua maklumat dan dokumen diberi oleh orang ramai.

"Masyarakat dah berubah. Sekarang ni kami sampai tak cukup tangan nak siasat. Maklumat, dokumen orang bagi tiap-tiap hari. Masyarakat kita telah ke depan kerana mereka yang rasa bahana dan jahanamnya gejala rasuah ini.

"Saya jika diberi peluang, rela kerja separuh masa dengan SPRM kalau diberi jaminan untuk menyiasat menteri yang berprofil tinggi ini," katanya.- Malaysiakini

Tiada ulasan: