shalehudin |
- BERGAMBAR: 3 Gadis Melayu Jadi Penari Peluk Tiang
- PANAS: Bideo pencacai UMNO tertangkap...
- PANAS: YB Umno kena cekup 2:40 pagi di Teratai Dangdut...
- WAJIB BACA: Takkan MSO nak kelentong kot...
- Tak pasai-pasai Najib jadi ejekan... kahkahkah...
- BERGAMBAR: Rambut Shahrizat dah tutup mata... kahkahkah...
- Remaja pengacau di Tahan...
- Anwar Jangan Dok Nganga Lama-Lama woii...
- Sebab-sebab Najib akan lebih botak lepaih ni... kahkahkah...
- Macam-macam ada... kahkahkah...
- Najib Mengencing di PORT DICKSON... kahkahkah...
BERGAMBAR: 3 Gadis Melayu Jadi Penari Peluk Tiang Posted: 26 Mar 2012 09:47 AM PDT Peluk tiang 2 kali seminggu NILAI: Berbekalkan wajah cantik dan tubuh menawan, tiga wanita tempatan memperoleh pendapatan lumayan dengan melakukan persembahan ghairah tarian tiang sambil berpakaian seksi selama 10 minit di sebuah pusat hiburan di daerah ini. Difahamkan, mereka yang berusia 23 hingga 25 tahun melakukan tarian itu dua kali seminggu di premis berkenaan dengan bayaran RM200 hingga RM250 seorang bagi sesi berasingan iaitu pada jam 1.20 pagi dan sejam berikutnya. Wanita berasal dari utara dan selatan tanah air itu dipercayai melakukan persembahan mengikut tema berbeza, antaranya tarian 'ballet' yang seksi termasuk hanya berbikini untuk tontonan pelanggan. Mereka termasuk seorang yang dikatakan menjadi ketua kumpulan itu yang menjadikan tarian tiang sebagai kerjaya, hanya menerima undangan daripada pemilik premis hiburan. Perkara itu dibongkar sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang menyerbu pusat hiburan berkenaan, jam 2 pagi kelmarin. -hm TRIO penari tiang seksi ghairah melakukan persembahan di sebuah pusat hiburan di Nilai. NILAI – Jika sebelum ini penari tiang warga asing yang dijadikan pelaris pusat-pusat hiburan, lain pula halnya sebuah pusat hiburan di sini yang mengupah tiga gadis Melayu menjadi penari tiang di pusat hiburan itu. Keseronokan pelanggan menyaksikan aksi ghairah daripada tiga penari tiang seksi itu terbongkar apabila premis itu diserbu polis pada pukul 2 pagi kelmarin. Ketika serbuan, tiga gadis penari tiang itu sedang ghairah beraksi dengan lincah memukau 93 pengunjung termasuk 17 pengunjung wanita. Sebahagian besar pengunjung pusat hiburan yang beroperasi seawal pukul 6 petang dan berakhir pukul 4 pagi itu semasa diperiksa berada dalam keadaan mabuk atau khayal. -kosmo |
PANAS: Bideo pencacai UMNO tertangkap... Posted: 26 Mar 2012 09:40 AM PDT Sekumpulan pemuda buat kecoh dengan membaling batu ke arah khemah peniaga... yang lain-lain dapat larikan diri tapi mamat sekoq ni kena tangkap pasai badan terlebih besaq... kahkahkah... |
PANAS: YB Umno kena cekup 2:40 pagi di Teratai Dangdut... Posted: 26 Mar 2012 09:00 AM PDT YB UMNO Diantara 27 Disoalsiat Dalam Serbuan Di Teratai Dangdut Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi kelmarin. Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi. Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit. Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian saringan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP). Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan. "Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003). Ulasan GB Maklumat yang tersebar luas di negeri tersebut menyatakan YB berkenaan ialah seorang ADUN UMNO BN dan sedang minum-minum diapit oleh betina-betina sundal di Teratai Dangdut ketika itu Beliau juga adalah Ketua Pemuda sebuah bahagian UMNO di negeri Melaka. Namun yang anehnya juga beliau baru dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Melaka. Apa mau jadi negeri yang diketuai Mohd Ali Rustam ini? |
WAJIB BACA: Takkan MSO nak kelentong kot... Posted: 26 Mar 2012 04:25 AM PDT Orang Kuat Taib Mahmud Hendak Sertai Pas? Orang kuat Taib Mahmud baru sekejap tadi memberi tahu perkembangan politik di Sarawak cukup membimbangkan. Katanya harapan untuk Pakatan Rakyat meraih lapan hingga 10 kerusi parlimen di negeri Bumi Kenyalang itu bukan menjadi angan kosong lagi. Perubahan suasana politik di Sarawak menurutnya begitu ketara lagi. Taib Mahmud yang tidak berapa selesa dengan Najib Razak kerana Najib pernah meminta Ketua Menteri itu bersara selepas pilihan raya negeri lalu, ada tanda-tanda akan bertukar selera politik. Menurutnya BN masih menguasai di Serawak tetapi tidak semestinya ia menyokong BN Kuala Lumpur. Kerja-kerja untuk menjalinkan persahabatan dengan PR sedang dilakukan oleh pihak tertentu sebagai mewakili Ketua Menteri. Dalam pada itu satu persefahaman telah dibuat di antara Taib Mahmud dengan seorang tokoh Umno di Semenanjung menjelang pilihan raya akan datang. Persefahaman ini khabarnya sudah sampai ke peringkat konkrit. Kata bekas orang bertanggungjawab membawa Taib pulang ke Sarawak tahun 1981, BN yang diungguli Parti Pesaka Bumiputera Sarawa (PBB) akan bersama Pakatan Rakyat. Selepas ini katanya PBB Sarawak khususnya akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN. Menurut beliau yang juga bekas pegawai kepada timbalan menteri antara faktor atau tarikan besar PBB untuk bersama Pakatan Rakyat ialah janji yang termaktub dalam Buku Jingga untuk memberi 20 peratus royali minyak yang mana ia tidak akan terlaksanakan oleh BN. Beberapa janji lain misalnya masalah tanah adat, pembangunan di Sarawak juga menjadi faktor. Sehubungan itu katanya beliau sendiri akan bertukar parti meninggalkan PBB dan menyertai Pas. Beliau berhajat untuk berjumpa Tok Guru Nik Aziz dalam masa terdekat. "Kalau boleh enta tolong ana untuk berjumpa Tok Guru," mintanya sambil berkata apa yang perlu saya bawa untuk jumpa Tok Guru. Jawab saya bawa iman dan keyakinan sahaja, lain-lain tidak ada apa-apa pekeras, balas saya bergurau. InysaAllah akan saya aturkan untuk memenuhi permintaannya itu. |
Tak pasai-pasai Najib jadi ejekan... kahkahkah... Posted: 26 Mar 2012 01:00 AM PDT Anwar: Najib takut pada Mahathir & Rosmah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menjadi bahawa ejekan dan ketawa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam programnya di Pulau pinang. Beliau membuat serangan langsung dengan mendakwa Najib sebagai pengecut apabila takut kepada Rosmah. Mengambil contoh, Anwar berkata ketua keluarga lebih patut ditakuti berbanding isteri dan ketua kampung patut lebih ditakuti daripada orang kampung. Tetapi ketua negara ini takut kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya sendiri, dakwa Anwar di Machang Bubok sambil disambut gelak ketawa orang ramai. Anwar juga berkata, isteri tidak patut ditakuti tetapi dicintai sebagai pasangan hidup.- M'kini |
BERGAMBAR: Rambut Shahrizat dah tutup mata... kahkahkah... Posted: 25 Mar 2012 11:05 PM PDT Bagai Lembu Dicucuk Hidung Bagai lembu dicucuk hidung peribahasa Melayu sinis dan menyinggung terasa sangat dan panas punggung melainkan mereka yang ego dan bodoh sombong Kebodohan lembu dijadikan perumpamaan. Makan rumput dan hanya ambil umpan Digemukkan dan diberi makan Akhirnya untuk menjadi makanan tuan Hidung dicucuk dengan tali supaya mudah ditarik ke sana ke mari Buat bendang, angkat barang tanpa peduli Sakit, penat badan tak kisah jadi kuli- Ada manusia buat projek lembu Dapat pinjaman mudah tapi akhirnya kena serbu Ada yang tak kena jadi haru biru kalau ada integriti dan amanah tak jadi begitu Si ketua nampak macam dah lemah mungkin tak tahan kes macam-macam kena dedah pergi umrah dan cari ketenangan di Mekah? tapi bercampurkah ibadah dan rasuah? Yang pengikut beria-ia pertahankan ketua konon sayang dan ingin bela walaupun tubuh ketua terpalit tahi dan lumpur merata-rata manusia ada otak tapi fanatik tak boleh kira seloka ini seloka ringkas buat mereka yang mahu baca dengan pantas tapi fahamilah simboliknya jangan terlepas Jangan ada pula yang melenting dan panas! |
Posted: 25 Mar 2012 08:05 PM PDT Hadirin cekup remaja cuba ganggu ceramah Pakatan |
Anwar Jangan Dok Nganga Lama-Lama woii... Posted: 25 Mar 2012 07:00 PM PDT Biseksual: Saman Ke Atas Nalla & Utusan Perlu Disegerakan PENULIS difahamkan tempoh 48 jam yang diberikan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, N. Surendran lanjutan dari penyiaran artikel dalam Utusan Malaysa yang menuduh Anwar sebagai seorang biseksual oleh Senator Datuk Nallakarupan, telah pun tamat sejak Khamis lepas. Jumaat pula berakhir tanpa sebarang saman difailkan oleh N. Surendran seperti terkandung dalam notis tuntutannya kepada Utusan dan Nalla. Hari ini pula, Mingguan Malaysia menyiarkan cabaran Nallakaruppan agar Anwar menyamannya dengan segara serta dakwaan panjang lebar yang mengatakan Anwar adalah seorang biseksual. Itu menjelaskan satu perkara bahawa, Utusan dan Nalla tidak akan berhenti menyerang peribadi Anwar walaupun ancaman tindakan undang-undang telah diberikan. Perkara ini menuntut tindakan segera daripada pasukan pembelaan Anwar supaya rakyat tidak dilalaikan dengan tuduhan berbaur seksual sedemikian. Kita perlu ingat, pembohongan yang dilakukan berulang kali akan akhirnya dianggap fakta oleh sesetengah pihak. Apatah lagi Mingguan Malaysia hari ini menggunakan penghakiman oleh hakim Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar pada 2004 mengenai 'bukti' penglibatan Anwar dalam kegiatan homoseksual. Penulis sudah menyebutkannya dahulu, kesilapan tidak mencabar penghakiman tahun 2004 ini boleh mendatangkan masalah kepada Anwar dan ianya terbukti sekarang apabila pihak musuh tidak ragu-ragu menggunakannya untuk mencemarkan lagi imej Anwar. Apa pun, lupakanlah perkara yang telah berlaku itu, yang penting ini ialah menghadapi masalah yang berlaku sekarang. Penulis dan penyokong Pakatan Rakyat yang lain mahu melihat saman malu dikemukakan ke atas Nalla dan Utusan pada Isnin ini juga. Tidak sepatutnya perkara ini terlepas tanpa tindakan atau ia akan melarat sehingga ke tahap mencemarkan imej Anwar dan Pakatan Rakyat. Ini tugas N. Surendren sebagai peguam utama Anwar. Kalau pun ada kegagalan mengemukakan saman dengan segera, penulis tidak nampak orang lain yang boleh dipertanggungjawabkan melainkan Surendren. Semua ini perlu disegerakan kerana penulis melihat di hadapan ini ada pelbagai isu berkaitan Anwar yang menunggu masa untuk didedahkan. Ummi Hafilda sendiri dalam kenyataannya kepada Utusan mengatakan hanya menunggu Perdana Menteri membubarkan parlimen dan mengisytiharkan pilihanraya sebelum mendedahkan 'bukti-bukti' untuk menjatuhkan lagi imej Anwar. Belum lagi memperkatakan tentang video seks kedua yang didakwa membabitkan Anwar yang penulis percaya akan diedarkan pada bila-bila masa dari sekarang. Dari apa yang penulis faham, sekumpulan orang yang dulu pernah bergiat aktif di dalam PKR tapi kini telah meninggalkan parti tersebut akan bergabung tenaga dan berganding bahu menyerang peribadi Anwar. Antara yang penulis lihat ialah Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari selain Nalla dan Ummi Hafilda sendiri Penulis juga dimaklumkan kumpulan ini akan menggunakan platform PERKASA untuk menyerang peribadi Anwar. Semua ini perlu diberi dan mendapat perhatian khusus strategis politik PKR bagi 'mematikan' ancaman setiap satu dari mereka ini dengan lebih awal. Penulis percaya setiap satu daripada mereka mempunyai masalah tersendiri yang boleh digunakan untuk mematahkan hujah masing-masing berkenaan Anwar. |
Sebab-sebab Najib akan lebih botak lepaih ni... kahkahkah... Posted: 25 Mar 2012 06:53 PM PDT 'Janji mansuh PTPTN mesti masuk Buku Jingga' Pakatan Rakyat digesa memasukkan janji untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Buku Jingga dan manifesto pilihan raya. "Kami berharap pemimpin Pakatan akan menunaikan janji yang dibuat oleh ketua pembangkang," demikian pendirian Pemuda Parti Sosialis (PSM) Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden dan dua lagi kumpulan anti-PTPTN. Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berdialog dengan mahasiswa di Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu berjanji akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti, sekali gus memansuhkan keperluan untuk PTPTN. Pemuda PSM kumpulan itu juga berkata, sebagai pihak yang mendokong agenda pendidikan percuma, mereka sedia bekerjasama dengan Pakatan bagi tujuan itu. Kumpulan itu juga menegaskan, pendidikan merupakan hak asasi manusia dan ia mesti bebas daripada bebanan dan diberikan secara percuma. "Kami berpendirian bahawa sistem sekarang dalam bentuk pinjaman PTPTN yang ditawarkan membebankan mahasiswa. "Ia menyebabkan mereka berhutang memberi kesan serius kepada kehidupan mereka selepas tamat universiti," kata kenyataan itu lagi. Anwar ulangi mansuh seta merta Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Anwar pada 23 Mac sekali lagi mengulangi janji itu dalam ceramah di Port Dickson. Malah, katanya, tindakan itu akan dilaksanakan serta merta selepas menawan Putrajaya. "Semasa saya menjadi timbalan perdana menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. "Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang. "Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Lukut, Negeri Sembilan pada 22 Mac.- M'kini |
Macam-macam ada... kahkahkah... Posted: 25 Mar 2012 03:00 PM PDT Menjelang Pilihan Raya Macam-Macam Ada Oleh A Kadir Jasin SEMAKIN kuat, hangat dan bersemangat cakap-cakap pilihan raya, semakin panas jugalah persekitaran politik satu Malaysia. Pendek kata, macam kata iklan ikonik Astro tidak lama dulu – "macam-macam ada." Antaranya:- 1. Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan oleh akhbar The Sun sebagai berkata, tarikh pilihan raya umum adalah "trademark" (tanda niaga) beliau. Maksud beliau, keputusan bila PRU akan diadakan adalah hak mutlak beliau. Beliau yakin orang India kini menyokong Barisan Nasional dan mahu kelebihan suara dua pertiga dikembalikan. 2. Namun begitu, di sebalik kecanggihan kempen blog, Facebook dan Twitter, aspek-aspek tahayul dalam pemikiran sesetengah orang politik terus kukuh. Maka, ramailah tukang tilik dan burung serinditnya, sami pelbagai agama, bomoh Siam dan Kiai Jawa yang dilawati untuk mendapatkan "petunjuk". 3. Khabarnya, ada tok sami yang meramalkan bulan Jun ini, bulan, bintang dan matahari akan berbaris harmonis di angkasa raya menandakan masa paling sesuai untuk mempertaruhkan nasib. Agaknya itulah sebab mengapa ada ramalan mengatakan PRU akan diadakan Mei atau Jun. 4. Namun begitu, hanya Mohd Najib akan menentukan sama ada segala ramalan mengenai tarikh PRU itu tepat. Itu tanda niaga yang didaftar atas nama beliau. 5. Selepas pergolakan Pas di Kedah, kini giliran DAP pula. Pengerusi Nasionalnya, Karpal Singh terus bertelingkah dengan Timbalan Setiausaha Agung merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy. Karpal tidak puas hati dengan keputusan Jawatan Kuasa Disiplin mengenai aduan salah laku terhadap Ramasamy lantas menghalakan serangan kepada pengerusi jawatankuasa itu, Tan Kok Wai, pula. Apa yang sedang berlaku dalam DAP sekarang adalah penerusan perebutan kuasa antara golongan lama dan baru dalam parti itu. Pergolakan dalam Pas dan DAP itu sudah tentunya tidak baik bagi Pakatan Rakyat. 6. Selain isu lembu dan kondo NFCorp yang menghambat Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil, keluar daripada Kabinet, Umno kehilangan seorang veteran apabila bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mengumumkan keluar parti selepas 56 tahun berkuat kuasa 19 Mac. Beliau berbuat demikian selepas dicabar oleh Setiausaha Agung Umno, Teuku (Tengku) Adnan Mansor agar keluar kalau tidak puas hati dengan parti. 7. Bukan Abdul Kadir saja keluar parti. Ramai lagi yang telah keluar Umno tapi nama mereka ada lagi dalam daftar kerana cawangan tidak mahu atau tidak berani kemukakan kepada ibu pejabat. 8. Ramai yang keluar parti masih komited kepada Umno, tetapi mereka berbuat demikian kerana tidak yakin lagi dengan kepemimpinan parti, khasnya mengenai mempertahankan hak orang Melayu. Pemimpin atasan Umno dilihat lebih mengutamakan Barisan Nasional daripada Umno. 9. Jawatankuasa Akaun Parlimen (PAC) mengesahkan yang National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga Shahrizat tidak membayar balik ansuran hutang mudah kepada Kerajaan pada bulan Januari dan Feb lalu berjumlah RM34 juta. 10. Dr Hassan Ali, bekas Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, yang baru dipecat daripada Pas kerana bergaduh dengan rakan kongsi DAP, berkata beliau gembira menghadiri sidang DUN sebagai wakil rakyat bebas. Cabaran terhadap Pas ialah membuktikan kepada orang Melayu/Islam yang ia bukan di bawah telunjuk DAP dan PKR. 11. Sebahagian peneroka Felda dan perwakilan mereka masih menentang IPO Felda Global Ventures. Masih banyak soalan mengenai modus operandi cadangan IPO itu yang belum terjawab. Seorang bekas menteri kanan bertanya mengenai "preference shares" yang akan memberikan keutamaan dividen kepada pihak-pihak tertentu dan membelakangkan peneroka. 12. Tidak kira di negeri perintah BN atau PR, keselesaan dan keselamatan harian rakyat jelata semakin terancam. Bandar raya, bandar dan pekan semakin kotor, jalan raya berlopak dan anjing (bertuan dan liar) berkeliaran menjadi ancaman kepada orang ramai. Di Bukit Mertajam, Seberang Prai baru-baru ini, seorang kanak-kanak tujuh tahun, Dhiya Qairina, diserang anjing jirannya ketika berbasikal. 13. Sekarang dalam satu Malaysia (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan) anjing, sama ada anjing bertuan atau anjing liar, serta babi hutan menjadi masalah besar. Dulu anjing yang tidak ada lesen tergantung di tengkuk akan ditangkap atau ditembak. Tapi sekarang tidak lagi. Tunggu sajalah sampai manusia dijangkiti penyakit anjing gila (rabies) barulah Kerajaan akan riuh-rendah, hiruk-pikuk buat ikrar dan janji. 14. Tidak cukup dengan anjing, babi hutan dan kera, kita juga kena main oleh pendatang (halal dan haram). Kerana para perunding antarabangsa dan diplomatik kita hambar dan half-past-six, maka negara kita kena buli kiri kanan oleh negara-negara jiran. Negara jiran yang sepatutnya jadi kawan sudah jadi lawan. Wallahualam. Kalau pembahas ada nak tambah, silalah tambah. http://kadirjasin.blogspot.com |
Najib Mengencing di PORT DICKSON... kahkahkah... Posted: 25 Mar 2012 01:00 PM PDT Najib: Anwar Not Qualified For PM Post PORT DICKSON: Opposition Leader Anwar Ibrahim is not qualified to helm the nation because he has lost his credibility even among his supporters, said Prime Minister Najib Tun Razak. Commenting on Anwar's aspirations to become prime minister, he said a founder of PKR, Dr Chandra Muzaffar, who had left Anwar, had even said that it would be disastrous for the country if the latter was to be the prime minister. "If we put up a billboard and paste the pictures of those who have left him, I think we are going to need a huge billboard because there are so many of them who have left him, from Chandra Muzaffar to his former private secretary Ezam Mohd Nor, to his press secretary Anuar Shaari and lawyer Zulkifli Nordin," Najib was quoted as saying by Bernama. The prime minister also said that with the general election looming, the opposition would resort to all kinds of tricks in trying to win the people's support. He said they would hurl all kinds of allegations against the government, twist facts and would even resort to fabricating issues in trying to draw support. "I see a lot of the issues raised by the opposition are not based on fact but are 'auta' (hot air). Unlike the Barisan Nasional government which is not in a popularity contest," he added. Najib said the opposition hurled accusations like the 1Malaysia People's Aid (BR1M) given to the people was "haram", that the government was borrowing money to make the BR1M payments and that it was politcal corruption but when the register of BR1M recipients was opened, it was opposition members who turned up in droves to claim the money, sometimes numbering more than BN supporters. "But if you want to accuse the money is haram, don't accept it…no shame! This why I say they are 'auta'…'auta' BRIM. The government is giving back money to the people because we have administered the country well. "As a caring government, we must do the best for the people. And in the parliamentary democracy system we are practising, it is incumbent of the government to gain the confidence of the people," he said. Najib said in the last three years, the people got to see changes after changes brought by the government, such as key policies like the GTP (Government Transformation Programme, ETP (Economic Transformation Programme), PTP (Political Transformation Programme), RTP (Rural Transformation Programme) and others. "Of the aid we have given directly to the people, the BR1M has been the most popular. It is my belief that by what the government has done through these major policy changes, projects to change the economic landscape locally and nationally and provision of direct aid to the people, the people's confidence in the BN government has increased manifold," he said. Opposition makes unrealistic promises Meanwhile, the prime minister also said that the BN government would not make any promise which cannot be delivered. He said that even without making any promises, however, the government had always strived for the betterment of the people. "To the opposition, selling promises are their weapons; but when we look at these promises carefully, we know that they cannot be delivered," he said. Najib said that if the opposition's promises were to be implemented, the country would end up bankrupt. "Imagine if the opposition forms the government and it wants to abolish tolls. Here we have the works minister and when I asked him to lower the toll charges, he said he needed to make an accurate calculation, and that if we can afford it, the charges can be lowered. "But the opposition said that if they win Putrajaya, they are going to abolish tolls. Can this be done? No, it can't be done; it's absurd," he said. "Then they said that the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loan would be abolished immediately. When I asked the higher education minister about this, he said that if the PTPTN was to be abolished, we would lose RM40 billion. And after that we could no longer give out loans in the future," he added. The prime minister said that the opposition parties were only good at making promises in terms of expenditure, like abolishing tolls and PTPTN loans, but made no consideration whatsoever about the source of income. "We don't need to have all the degrees to know this; if we work at a sundry shop, we should know about money coming in and going out. If there is no money coming in, soon the shop will have to be closed. They (opposition) are selling promises, things which cannot be fulfilled," he said. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan