shalehudin |
- PENTING: Jangan dok syok sendiri...
- Anak Nazri ingat ini negeri bapak dia!
- HOT: Artikel yang Rosmah tak ingin baca... kahkahkah...
- Sapa dia 6 Jahanam tue... kahkahkah...
- Guan Eng ni puji lebih-lebih apa hal? Hehe...
- TERKINI: Apa kata pakar ekonomi PAS...
- PENTING: Ingatan buat puak-puak Pakatan...
- WAJIB BACA: Berbulu telinga UMNO... kahkahkah...
- TERBONGKAR: Tunggu sampai keraih... kahkahkah...
- Rakyat sendiri jugak yang kena kencing... kahkahkah...
- Doktor: ‘Muamba tidak bernyawa selama 78 minit’
PENTING: Jangan dok syok sendiri... Posted: 23 Mar 2012 11:00 AM PDT Pakatan Rakyat "jangan syok sendiri".. Memang seronok membaca telahan bekas Menteri Kewangan dan veteran Umno, Daim Zainuddin. Jika menjelang Pilihan Raya Umum 2008 beliau meramalkan BN kalah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, kali ini beliau hanya menjangka Johor, Melaka dan Pahang dapat memberi kemenangan mudah buat gabungan parti yang memerintah sejak merdeka itu. Beliau juga melihat Negeri Sembilan dan Perlis sukar dipertahankan BN, difaktorkan oleh perpecahan dalaman Umno yang teruk. Tidak pasti pula bagaimana tanggapannya terhadap Terengganu, negeri yang masih dianggap kubu kuat PAS dan turut menyaksikan pergolakan kepemimpinan Umno. Yang jelas, Daim tidak menyenaraikan Terengganu bersama tiga negeri selamat di selatan itu. Apa pun, BN dilihat memang tidak berpeluang di Kelantan dan Pulau Pinang tetapi masih ada ruang di Kedah dan Selangor, dengan syarat menampilkan kepimpinan sesuai -- sesuatu yang paling sukar dilakukan Umno. Sebut saja nama Ahmad Bashah Md Hanipah di Kedah dan Noh Omar di Selangor, saya yakin, persepsi pengundi kepada Umno sukar diubah. Untuk mengekalkan Perak (yang direbut BN melalui rampasan kuasa) akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, kata Daim. Menurut pemerhati politik, Umno negeri itu juga hebat bergolak dan kedudukan Dr Zambry Abd Kadir dilihat goyah. Pengalaman setahun di bawah Menteri Besar Nizar Jamaluddin pula memikat hati pengundi. Tentulah lega para aktivis dan penyokong Pakatan Rakyat mendengar pandangan Daim, ketika ditemubual akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau, yang disiar pada 20 Mac itu. Ditambah dengan analisis politik bekas Adun Pulau Manis, Pekan, Ariff Sabri Abd Aziz, bahawa Sabah dan Sarawak -- selama ini dianggap deposit tetap BN -- bakal menghadiahkan hampir 20 kerusi Parlimen kepada Pakatan. Manakala Johor yang dianggap Daim sebagai selamat buat BN, sebenarnya menimbulkan kerisauan amat sangat kepada Muhyiddin Yassin dan Ghani Othman. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Ming rasanya mempunyai cerita menarik tentang perkembangan terkini di sana. Kepada pembaca yang sering mengikuti tulisan saya, tentu dapat mengagak bagaimana saya cuba menafsirkan situasi seumpama ini. Agak kerap saya melontarkan pelbagai persoalan dan tanda tanya sehingga boleh memancung rasa lega dan seronok aktivis Pakatan itu. Ya, saya lebih suka melihat realiti politik dalam konteks "situasi terburuk yang mungkin berlaku", dan dengan itu masih berupaya untuk merancang dan melakukan penambahbaikan atau "mengetatkan skru yang longgar". Dalam bahasa mudah, saya cuba mengingatkan, "jangan syok sendiri" atau membunyikan "loceng amaran" lebih awal agar tidak mudah leka dengan ramalan (malah tinjauan di lapangan) yang sebenarnya bergantung rapat dengan bermacam-macam faktor, dan dalam politik ia boleh berubah dengan drastik sekali. Rakyat kini berpeluang melihat, merasai serta menghakimi pemerintahan dan prestasi Pakatan, sepertimana mereka lakukan selama ini kepada BN. Kalau pada 2008, pengundi membuat pilihan mungkin didorong oleh faktor amarah kepada BN, tidak puas hati dengan Abdullah Ahmad Badawi atau memprotes wakil rakyat setempat, sekarang prestasi Pakatan (kerajaan, GLC, ahli majlis dan wakil rakyat) turut dinilai, juga dengan kacamata kritis, malah mungkin secara lebih kritikal, dengan merujuk janji-janji atau manifesto yang dibuat. Justeru, apabila mendengar keluhan penduduk yang terbabit dengan banjir kilat di Lembah Jaya Utara, Ampang dan sekitar Dusun Tua, Hulu Langat (tidak terkecuali rungutan aktivis parti yang membantu mangsa), dua minggu lalu, yang tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan negeri, saya menganggapnya sebagai hal serius dan tidak boleh dipandang ringan. Mangsa bah mungkin terharu dengan tindakan proaktif sukarelawan yang pantas membersihkan rumah mereka dan kawasan sekitar, serta menawarkan makanan dan pakaian percuma, namun penduduk mengharapkan lebih daripada itu, khususnya daripada sebuah kerajaan berkebajikan dan paling kaya! Mereka mahu "jaminan keselamatan", misalnya dari segi sistem saliran dan sungai yang efisyen, agar tidak lagi fobia dengan hujan lebat yang bakal menenggelamkan, selain bantuan one-off di atas kerosakan harta benda yang begitu besar, dan menyegerakan proses pemulihan kemudahan infrastruktur, termasuk jambatan yang hilang dibawa arus deras. Untuk 10 hari pertama, rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap kerajaan negeri agak meluas. Kebetulan saya sering mengunjungi lokasi terbabit memandangkan jarak rumah saya tidak sampai 2km dari tempat kejadian. "Jangan sampai peluang Pakatan untuk pertahan Selangor terjejas hanya kerana dasar terlalu berjimat cermat kita sehingga mangsa banjir berasa diabaikan. Takkan duit berbilion kerajaan negeri nak diwariskan kepada BN untuk difaraid sesama mereka?" tegur seorang aktivis PAS, seminggu selepas banjir kilat. "Jangan jadikan isu yang mudah itu payah untuk diselesaikan," kata seorang profesor sains politik kepada saya, merujuk kejadian bah di daerah Hulu Langat. "Rakyat kalau marah, apatah lagi dekat dengan PRU13, parah jawabnya. Isu-isu kebajikan, berkaitan kos sara hidup dan keselamatan, cukup mempengaruhi undi mereka," tekannya lagi. Alhamdulillah, Menteri Besar Khalid Ibrahim, pada Isnin lalu, membuat pengumuman yang melegakan. Daripada bantuan awal sebanyak RM300,000, Khalid, selepas majlis pembukaan sidang Dun Selangor, pada 19 Mac, menegaskan dua perkara penting. Saya menyedarinya daripada posting anggota Exco Kerajaan Negeri, Iskandar A Samad dalam Facebook. Pertama, kerajaan negeri akan menanggung kos membaik-pulih infrastruktur yang musnah akibat banjir, termasuk pembinaan sebuah jambatan yang runtuh di Lembah Jaya Utara. Peruntukan adalah daripada geran Selangorku. Anak-anak syarikat kerajaan negeri, seperti PKNS, akan turut membantu. Kedua, bantuan bagi setiap keluarga yang terlibat dinaikkan kepada RM1,000. Pimpinan utama Pakatan yang kini menerajui empat negeri, termasuk dua negeri terkaya, tentunya menyedari, kuasa yang tidak dikendalikan secara penuh amanah dan tanggungjawab, mudah terseret dengan pelbagai salahlaku. Dakwaan bahawa anggota pentadbiran kerajaan negeri Pakatan turut terbabit dengan penyalahgunaan kuasa, korupsi dan amalan pilih kasih tidak boleh diremehkan begitu saja. Tidak semestinya apabila tiada laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka segalanya dianggap beres dan bersih. Soal integriti mesti dibudayakan dan menjadi prinsip penting. Sesungguhnya banyak amalan yang "salah daripada segi moral dan akhlak" boleh terlepas dengan mudah jika diteropong melalui kacamata undang-undang. Dalam zaman langit terbuka ini, rakyat mampu membuat penilaian sendiri terhadap setiap dakwaan, sama ada kepada BN mahupun Pakatan. Prestasi Adun dan ahli Parlimen serta sikap sesetengah daripadanya yang mengabaikan kepentingan rakyat, yang turut dipersoalkan pengundi, juga perlu ditangani dengan serius. Kolumnis Amin Iskandar merumuskan dalam satu tulisannya: "Jika khianat rakyat, tsunami yang melanda BN pada Mac 2008 tidak mustahil akan berbalik kepada Pakatan. Yang pasti, rakyat bukan lagi bodoh dan mudah untuk diperkotak-katikkan." Sekadar beberapa tinjauan rambang di negeri-negeri tertentu, terutama selepas bercakap dengan pemimpin Pakatan akar umbi, khususnya penggerak PAS peringkat kawasan, saya dapati banyak perkara yang dilihat indah dari atas rupanya masih "berserabut" di bawah. Sesetengah aktivis ini terkepung dengan masalah yang tidak mampu diselesaikan sendirian. Mereka mengharapkan bimbingan pemimpin atasan, terutama melalui lawatan kerja dan program bersama rakyat. "Ada pemimpin yang memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri seperti tidak mengambil berat soal aktiviti parti. Saya membayangkan jika mereka, yang lebih dikenali rakyat itu, dapat turun ke kawasan-kawasan yang bakal ditandingi PAS. Jadilah seperti Tok Guru Nik Aziz, yang tetap menjelajah ke seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun semua orang tahu Tok Guru kerap uzur," luahan hati seorang Yang Dipertua PAS Kawasan kepada saya. "Semasa ramai ghairah mengimpikan penguasaan Putrajaya, saya nak ingatkan bahawa kubu kuat kita sendiri, Kelantan, jika tidak diberi perhatian serius, pun boleh terlepas, atau mengulangi situasi genting seperti selepas pilihan raya 2004," seorang pemimpin peringkat pertengahan PAS memberi amaran. "Saya setuju pandangan Lutfi, apa pun keadaannya, PAS mesti mempertahankan negeri tradisi kita, khususnya Kelantan, dan juga Kedah. Kalau boleh, kita dapat ambil alih Terengganu semula. Ya, jangan pandang ringan cabaran Umno Kelantan," tegasnya kepada saya, sambil menekankan kerisauannya selama ini, agar PAS tidak dilihat ditolak oleh pengundi Melayu-Islam. Tidak syak lagi, pertarungan dan perdebatan mengenai isu kontroversial mudah untuk diungguli Pakatan, tetapi bagaimana dengan persiapan dan tipu muslihat "di padang permainan" sebenar? "Tapi, janganlah semua orang nak bercakap benda yang sama," tegur seorang pengkaji politik. "Misalnya, bila heboh isu NFC semua nak jadi macam Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli ... semua nak ceramah isu lembu. Patutnya, ada penceramah yang hadam masalah tempatan, dan timbulkan problem seharian audien, yang perlu ditangani segera," ujarnya. Apabila Pengerusi Umno Negeri, Najib Razak kerap melafazkan keyakinannya untuk menawan kembali Selangor-- terbaru di Puchong Perdana, 18 Mac lalu -- mungkin ramai di antara kita melihatnya sebagai satu propaganda BN semata-mata. Saya tidak begitu! Saya cuba membacanya secara tersirat. Difahamkan, timbalannya, Noh Omar dalam beberapa pertemuan dengan pihak media dan golongan akademik turut meluahkan keyakinan yang sama. Umno yakin Selangor dapat ditawan semula. "Adakah kerana kerajaan Pakatan sendiri yang bermasalah, wakil rakyat tidak dekati rakyat, faktor Dr Hasan Ali ataupun senarai daftar pemilih?" tanya saya kepada sumber yang dekat dengan Noh. "Daftar pemilih," jawabnya ringkas. "BN akan lakukan apa saja untuk rebut Selangor. Agensi strategik seperti SPR, JPN dan Majlis Keselamatan Negara sendiri akan digunakan," tambahnya. "Anggota Kabinet pun yakin, selepas mendengar taklimat, bahawa Pakatan boleh dikalahkan di Selangor," sambungnya. "Tarikh PRU13 tidak akan ditentukan selagi Najib tidak yakin BN dapat menang di Selangor," demikian posting seorang rakan Facebook saya. Saya kira Harakah dan kolum ini sendiri sering menimbulkan rancangan dan tindakan jahat Umno-BN ini; cuba menyelongkar dan membongkarnya. Namun ia tidak pernah menghalang mereka daripada meneruskan misi yang dirancang rapi itu. Ya, saya hanya sekadar mengulangi peringatan ... dan melihat daripada perspektif "situasi terburuk" agar seluruh aktivis Pakatan memberikan sepenuh komitmen dan kebijaksanaan bagi menghalang tipu daya BN itu. |
Anak Nazri ingat ini negeri bapak dia! Posted: 23 Mar 2012 09:00 AM PDT Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat. "Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu. Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis. Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV. Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka. Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatannya yang memandu sebuah MPV mewah. Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan. Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku. - Malaysia Kini Catatan: Bila nak masuk ke rumah orang, hormatilah tuan rumah... negara ini ada undang-undang dan peraturan. Ini BUKAN negeri atau negara milik bapak kamu yang buat undang-undang ikut suka hati dia. Bapak mangkuk, anak hayun! |
HOT: Artikel yang Rosmah tak ingin baca... kahkahkah... Posted: 23 Mar 2012 08:35 AM PDT Apakah kesalahan-kesalahan UMNO-BN yang Najib mohon dimaafkan? "Sementara kita meminta penjelasan daripada Najib mengenai apakah kesilapan-kesilapan lampau BN…biarlah beliau meminta maaf terhadap kesilapan-kesilapan beliau sendiri dahulu, khasnya yang beliau lakukan dalam tempoh 35 bulan sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. KUALA LUMPUR, 22 MAC: Gimik politik Datuk Seri Najib Razak yang memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas "kesalahan-kesalahan" lampau UMNO dan Barisan Nasional masih kabur kerana tidak pernah diakui secara khusus kesilapan-kesilapan kerajaan. Justeru, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengambil langkah untuk membantu Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO serta Pengerusi BN dengan memperjelaskan kesalahan serta kesilapan Najib terhadap rakyat Malaysia. "Sementara kita meminta penjelasan daripada Najib mengenai apakah kesilapan-kesilapan lampau BN…biarlah beliau meminta maaf terhadap kesilapan-kesilapan beliau sendiri dahulu, khasnya yang beliau lakukan dalam tempoh 35 bulan sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menyenaraikan beberapa kesalahan dan kesilapan Najib: 1. Merampas kuasa pemerintahan secara haram dari kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang bertentangan dengan Perlembagaan yang Najib sendiri telah merancang dan melaksanakannya. 2. Kegagalan Najib mempertahankan dasar 1Malaysia timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian. 3. Politik hipokrisi di mana Najib berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa tetapi mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh pecacai UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. 4. Ucapan Najib di Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang berjanji 'walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", demi mempertahankan Putrajaya sebagai tampuk kuasa UMNO. 5. Bertambahnya kejadian-kejadian keganasan terhadap ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli Perkasa serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang peserta perhimpunan aman anti-Lynas di Sudut Pidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak polis berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka. 6. Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan Malaysia di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri. 7. Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap orang yang terlibat dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, dan juga V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kamatian semasa dalam penahanan pihak berkuasa. 8. Munculnya kembali politik Mahathirisme walau pun generasi Malaysia masa kini masih terbelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha "menyelamatkan" bekas pengerusi MAS Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi penyelesaian luar mahkamah dengan Danaharta dan beberapa GLC. 9. Politk rasuah, kronisme dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd dengan konsesi selama 60 tahun. 10. Keengganan kerajaan UMNO-BN menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri. 11. Salah urus perhimpunan Bersih pada Julai tahun lalu yang bertujuan menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil, dengan kerajaan UMNO-BN memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong Bersih, sementara kumpulan pelampau dan ekstrem dibiarkan menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama. 12. Kegagalan Najib untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme institusi-institusi utama negara, termasuk kehakiman, polis, pejabat Peguam Negara, SPRM, SPPR, dan sebagainya. Menurut Kit Siang, banyak lagi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh Najib sendiri dalam tempoh 35 bulan ini yang perlu beliau minta maaf. "Dan kita belum lagi menceritakan kesalahan-kesalahan lampau yang dilakukan oleh BN yang mengakibatkan keputusan pilihan raya umum paling teruk baginya dalam tahun 2008. "Adakah Najib bersedia untuk meminta maaf dan menarik balik ugutan ini dengan mengumumkan bahawa selaras dengan tujuan beliau menjadikan Malaysia sebuah 'demokrasi paling baik di dunia', beliau dan para pemimpin UMNO akan secara aman dan tanpa syarat menerima keputusan PRU yang akan datang sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?" soal beliau.- Roketkini.com |
Sapa dia 6 Jahanam tue... kahkahkah... Posted: 23 Mar 2012 05:43 AM PDT Rampasan dadah meningkat, kempen 6 Jahanam gagal Jamilah Kamarudin "Dadah yang tak berjaya dirampas mungkin mencecah ratusan juta ringgit lagi," kata Anthony Loke. KUALA LUMPUR: Rampasan dadah yang berjaya dikutip Polis DiRaja Malaysia didapati meningkat tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2008 hingga 2010. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, rampasan dadah pada 2008 ialah RM260.87 juta meningkat kepada RM389.25 juta pada 2009. Jumlah itu terus meningkat kepada RM270.78 pada 2010, namun menurun kepada RM243.32 pada tahun 2011, katanya menjawab soalan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah). Mengulas mengenai statistik itu, Anthony berkata kes penyeludupan dadah di negara ini semakin serius walaupun kerajaan sejak dahulu memperkenalkan pelbagai langkah dan kempen memeranginya. "Dadah yang tak berjaya dirampas mungkin mencecah ratusan juta ringgit lagi. "Ini menunjukkan permintaan dadah semakin tinggi walaupun umum mengetahui hukuman seludup dadah adalah gantung sampai mati, namun masih ramai orang ambil risiko (menyeludup)," kata Ketua Pemuda DAP itu di lobi Parlimen di sini hari ini. Barang kes hilang Katanya, situasi ini turut membuktikan kempen membanteras dadah melalui pelbagai nama termasuk ketika pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memperkenalkan kempen anti-dadah '6 Janaham' didakwa tidak mampu mengurangkan jenayah ini. Sehubungan itu, beliau menyeru Hishammuddin mengadakan sistem pemantauan yang lebih telus dan canggih untuk melupuskan rampasan dadah kerana tidak mahu apa-apa penyelewengan semasa pengendalian terjadi. "Pernah berlaku barang kes hilang dibawah jagaan polis. Ini bahan berisiko dan sensitif, saya gesa menteri beri perhatian khusus supaya ada sistem pemantauan yang lebih baik supaya dadah dapat dilupuskan dengan cara yang lebih berkesan," katanya. Sementara itu, Hishammuddin dalam jawapannya turut menjelaskan pengendalian rampasan dadah semasa siasatan dijalankan, penyimpanan distor eksibit, pergerakan ke mahkamah dan pelupusan dadah tersebut tertakluk kepada Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan Arahan Pentadbiran Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. |
Guan Eng ni puji lebih-lebih apa hal? Hehe... Posted: 23 Mar 2012 01:00 AM PDT Kelantan paling selamat, Khalid MB terbaik - Guan Eng KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, negeri Pakatan yang paling selamat adalah Kelantan diikuti oleh Selangor dan selepas itu baru Pulau Pinang. Ini kerana Kelantan sudah 22 tahun berada di bawah pentadbiran PAS, kata Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider. Selepas ketiga-tiga negeri itu, beliau meramalkan Kedah kerana negeri itu dilanda krisis baru-baru ini. Bagi Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor adalah menteri besar yang terbaik. "(Tan Sri) Khalid (Ibrahim) adalah menteri besar dan ketua menteri yang paling smart di negara ini dan dia lebih kuat berbanding dengan apa yang kita lihat sebenarnya. "Ini sangat jelas kelihatan dalam sebarang mesyuarat dan saya fikir Selangor lebih kuat dari apa yang kita dilihat," kata Guan Eng. Beliau berkata demikian bagi menolak andaian sesetengah pihak bahawa Pulau Pinang yang beliau pimpin adalah deposit selamat untuk Pakatan Rakyat. Anggota Parlimen Bagan itu diserang hebat oleh ahli politik dan blog BN apabila dia dikatakan berkata Barisan Nasional boleh memakan 'telur' di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang. "Saya tidak kata mereka akan makan 'telur'. Saya kata, jika kita kerja kuat dan kita dapat 90 peratus undi bukan Melayu dan 40 peratus undi Melayu, barulah mereka 'makan telur'. Tetapi itu agak sukar," kata Lim Guan Eng. Beliau berkata, wartawan telah melaporkan kenyataannya itu di luar konteks kerana dia juga berkata kepada penyokongnya dalam majlis kutipan dana itu, "jangan ambil mudah yang kita akan menang kerana tiada jaminan dalam politik." "Saya bagi senario terbaik dan senario paling buruk. Untuk senario paling buruk kita akan kalah, untuk senario terbaik, kita akan menang semua. "Tetapi adakah anda fikir kita akan dapat yang terbaik atau terburuk. Saya rasa tidak. Kita akan dapat yang pertengahan antara kedua-duanya tetapi kerja kena buat untuk mencapai yang terbaik," jelasnya. Banyak pihak memuji pencapaian Pulau Pinang tetapi bagi Guan Eng, Selangor juga membuat pencapaian yang baik. Beliau juga menolak dakwaan Umno kononnya rakyat Kelantan sudah bosan dengan kekurangan pembangunan di Kelantan di bawah PAS. "Mereka lebih letih dengan rasuah," katanya dengan memberikan contoh kes ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya yang menyalahgunakan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk kepentingan keluarganya.- Harakahdaily |
TERKINI: Apa kata pakar ekonomi PAS... Posted: 22 Mar 2012 11:00 PM PDT Hutang: Negara nak bankrap masih kata 'tak apa' KUALA LUMPUR, 22 MAC: Kerajaan harus bertindak dari sekarang bagi mengurangkan hutang negara dan mengelakkan negara daripada bankrap. Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakob berkata, adalah tidak wajar kerajaan mengambil sikap 'tidak apa' walaupun hutang negara hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan. Malaysia mencatatkan 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu dua peratus sebelum mencecah had 55 peratus daripada KDNK. "Satu perkara yang tidak sihat apabila kerajaan menganggap kadar hutang negara belum berada pada tahap kritikal walaupun cuma kurang dua peratus daripada had yang ditetapkan. "Sedangkan Malaysia mengalami sejak 10 tahun yang lepas. Kalau perbelanjaan terus defisit, hutang negara akan terus bearada pada tahap bahaya," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin semalam bahawa Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan. Dr Rosli juga berkata, kerajaan harus menentukan piawaian yang selamat bagi hutang negara iaitu ia tidak harus melebihi 30 hingga 35 peratus dariapda KDNK. "Negara-negara maju yang berhemah dalam perbelanjaan tidak akan membenarkan hutang negara melebihi 30 hingga 35 peratus. "Contohnya negara Jerman, Norway, Sweeden, mereka mengamalkan urusan ekonomi yang bagus menyebabkan hutang negara tidak pernah melebihi paras ini," katanya yang juga bekas pegawai Bank Negara. Justeru, untuk memastikan hutang negara tidak terus meningkat, kerajaan harus mula mengawal perbelanjaan negara dan mengelakkan pemborosan. Ia katanya termasuk tidak meneruskan projek-projek mega dan projek gajah putih yang tidak memberi manfaat kepada negara. "Kerajaan juga harus melaksanakan tender terbuka dalam setiap projek yang dibangunkan bagi langkah penjimatan dan apa yang lebih mustahak, elakkan terus membuat pinjaman luar negeri," katanya.- Harakahdaily |
PENTING: Ingatan buat puak-puak Pakatan... Posted: 22 Mar 2012 09:57 PM PDT Masa tanding 1 kerusi saja Amin IskandarEmpat tahun sudah berlalu apabila buat pertama kalinya tsunami politik melanda negara. Pada 8 Mac 2008, rakyat semenanjung Malaysia membuat kejutan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12. Perdana menteri (PM) pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya tergamam tidak menyangka seteruk itu keputusan PRU. Kalau tak kerana terlalu mendengarkan menantunya dan budak tingkat empat merengek, sudah tentu Pak Lah masih PM Malaysia. Majoriti dua pertiga BN di parlimen dirampas oleh gabungan PKR, PAS dan DAP - kini bergelar Pakatan Rakyat. Negeri terkaya di Asia Tenggara, Selangor Darul Ehsan jatuh ke tangan PR. Perak, Kedah dan Pulau Pinang bertukar kepimpinan negeri. Kelantan kekal di bawah pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat walaupun menantu Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin ghairah dengan kempen "pade doh" yang kononnya mampu merampas Kelantan. Tidak hairanlah mengapa sehingga hari ini Khairy Jamaluddin terus dibenci oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno termasuklah mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tsunami politik menyebabkan jangka hayat Abdullah Badawi lebih pendek daripada sepatutnya. Ianya menjadi mimpi ngeri kepada Umno dan BN. Tsunami tidak mungkin akan dilupakan. Jika tidak kerana Sabah dan Sarawak, hari ini BN sudah tentu tidak lagi berkuasa. Selepas 8 Mac Tsunami dan "aftershock" demi "aftershock" yang berlaku selepas PRU ke-12 menyebabkan BN tidak senang duduk. Tamparan hebat diberikan apabila PR menang dalam banyak pilihan raya kecil (PRK). Sebelum 8 Mac 2008, boleh dikatakan BN menang hampir kesemua PRK. Ini adalah kerana seluruh jentera kerajaan dapat bertumpu di sesuatu kawasan PRK dan ini memberikan kelebihan kepada BN. Apatah lagi media arus perdana memihak kepada BN. BN kini sedar, rakyat mahukan perubahan. Sebaik sahaja Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kuasa, gagasan 1Malaysia dicanangkan. Program transformasi ekonomi, politik dan sosial diperkenalkan. Ini adalah kerana Najib sedar, rakyat Malaysia sudah menjadi semakin bijak serta mahukan perubahan. Selepas Tsunami, kerajaan tidak lagi boleh berbuat sesuka hati. Lihatlah bagaimana skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) terpaksa dibatalkan oleh kerana terdapat bantahan ramai. Dalam erti kata lain, suara rakyat menjadi semakin kuat apabila parti yang memerintah itu tidak mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen. Apabila negara mempunyai pembangkang yang kuat, kebajikan rakyat semakin terjamin. Dahulu di zaman BN menguasai majoriti dua pertiga di parlimen, kerajaan yang memerintah boleh berbuat sesuka hati sepertimana Pak Lah menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen dalam satu-satu masa. Janji tidak ditunaikan Tsunami politik tidaklah bermakna rakyat membiarkan Pakatan berbuat sesuka hati. Selain dari dipantau oleh Umno-BN, Pakatan juga dipantau oleh pengundi-pengundi mereka. Jika ada wakil rakyat tidak berkhidmat dengan baik, jangan haraplah akan terus mendapat sokongan orang ramai. Jika Pakatan berkeras untuk meletakkan calon seperti ini, mereka juga akan berhadapan dengan risiko kalah dalam pilihan raya. Rakyat Malaysia bernasib baik oleh kerana tsunami 8 Mac memberikan mereka peluang untuk melihat bagaimana Pakatan mentadbir negeri-negeri yang mereka kuasai seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kita dapat menyaksikan bagaimana menteri besar bagi negeri Kedah bermati-matian mempertahankan kolej di bawah kekuasaannya menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap lima orang mahasiswa. Selain itu, rakyat Malaysia juga menyaksikan bagaimana janji-janji untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan tidak ditunaikan. Orang-orang yang kononnya mahukan pilihan raya dilaksanakan kini lebih berusaha keras untuk mencari alasan agar tidak perlu melaksanakannya. Maklumlah, sistem yang sedia ada lebih "enak" dan memberikan hasil yang lumayan. Tidak dinafikan juga ada dasar-dasar yang baik dilaksanakan. Akan tetapi pemantauan yang kuat terhadap negeri-negeri Pakatan perlu diperhebatkan oleh rakyat agar perubahan yang dijanjikan dapat berlaku. Jangan dilihat gelojoh Tidak lama lagi, gendang pilihan raya akan dibunyikan. BN mahu terus berkuasa dan Pakatan mahu merampas kuasa. BN kita sudah boleh baca wataknya oleh kerana telah terlalu lama memerintah. Akan tetapi cabaran kini terletak kepada bahu Pakatan kerana mereka mahu menjadi alternatif kepada BN. Dalam PRU ke-13 ini, jika benar-benar ingin menguasai Malaysia, Pakatan harus menunjukkan imej sebuah gabungan parti politik yang benar-benar mampu untuk memimpin Malaysia. Amalan bertanding di kerusi DUN dan Parlimen sekali gus bagi seorang calon sudah sampai masanya dimansuhkan. Amalan ini sesuai bagi parti politik baru atau calon yang tidak mempunyai keyakinan untuk menang di sesuatu kerusi. Ini adalah taktik "play safe" untuk memastikan seseorang pemimpin itu menang sekurang-kurangnya di salah satu kerusi yang dipertandingkan. Pada 8 Mac 2008, rakyat masih boleh faham jika Lim Guan eng bertanding di kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen sekaligus. Ini kerana, Lim Guan Eng sendiri tidak begitu yakin untuk menang. Jika dalam PRU ke-13 ini Pakatan masih lagi meneruskan amalan ini, calon yang bertanding kedua-dua kawasan DUN dan Parlimen ini akan dilihat gelojoh. Orang-orang lain yang berpotensi juga tidak akan mendapat peluang untuk ditonjolkan sebagai pemimpin. Tsunami seharusnya memberikan pengajaran kepada semua pihak baik BN mahu pun PR. Jika khianat rakyat, Tsunami yang melanda BN tidak mustahil akan berbalik kepada Pakatan. Yang pasti, rakyat bukan lagi bodoh dan mudah untuk diperkotak-katikkan. |
WAJIB BACA: Berbulu telinga UMNO... kahkahkah... Posted: 22 Mar 2012 07:00 PM PDT Kelantan paling selamat, Khalid MB terbaik - Guan Eng KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, negeri Pakatan yang paling selamat adalah Kelantan diikuti oleh Selangor dan selepas itu baru Pulau Pinang. Ini kerana Kelantan sudah 22 tahun berada di bawah pentadbiran PAS, kata Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider. Selepas ketiga-tiga negeri itu, beliau meramalkan Kedah kerana negeri itu dilanda krisis baru-baru ini. Bagi Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor adalah menteri besar yang terbaik. "(Tan Sri) Khalid (Ibrahim) adalah menteri besar dan ketua menteri yang paling smart di negara ini dan dia lebih kuat berbanding dengan apa yang kita lihat sebenarnya. "Ini sangat jelas kelihatan dalam sebarang mesyuarat dan saya fikir Selangor lebih kuat dari apa yang kita dilihat," kata Guan Eng. Beliau berkata demikian bagi menolak andaian sesetengah pihak bahawa Pulau Pinang yang beliau pimpin adalah deposit selamat untuk Pakatan Rakyat. Anggota Parlimen Bagan itu diserang hebat oleh ahli politik dan blog BN apabila dia dikatakan berkata Barisan Nasional boleh memakan 'telur' di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang. "Saya tidak kata mereka akan makan 'telur'. Saya kata, jika kita kerja kuat dan kita dapat 90 peratus undi bukan Melayu dan 40 peratus undi Melayu, barulah mereka 'makan telur'. Tetapi itu agak sukar," kata Lim Guan Eng. Beliau berkata, wartawan telah melaporkan kenyataannya itu di luar konteks kerana dia juga berkata kepada penyokongnya dalam majlis kutipan dana itu, "jangan ambil mudah yang kita akan menang kerana tiada jaminan dalam politik." "Saya bagi senario terbaik dan senario paling buruk. Untuk senario paling buruk kita akan kalah, untuk senario terbaik, kita akan menang semua. "Tetapi adakah anda fikir kita akan dapat yang terbaik atau terburuk. Saya rasa tidak. Kita akan dapat yang pertengahan antara kedua-duanya tetapi kerja kena buat untuk mencapai yang terbaik," jelasnya. Banyak pihak memuji pencapaian Pulau Pinang tetapi bagi Guan Eng, Selangor juga membuat pencapaian yang baik. Beliau juga menolak dakwaan Umno kononnya rakyat Kelantan sudah bosan dengan kekurangan pembangunan di Kelantan di bawah PAS. "Mereka lebih letih dengan rasuah," katanya dengan memberikan contoh kes ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya yang menyalahgunakan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk kepentingan keluarganya.- Harakahdaily |
TERBONGKAR: Tunggu sampai keraih... kahkahkah... Posted: 22 Mar 2012 05:00 PM PDT Ibu tunggal menanti bantuan rumah PPRT sejak 2009 Kepis , Kuala Pilah - Sudah empat tahun seorang ibu tunggal, di sini menunggu permohonan bantuan rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohon sejak 2009 diluluskan, namun sehingga kini statusnya masih tidak diketahui. Maznah Mohamad, 47, berkata, kehidupannya kini terhimpit kerana perlu menanggung lima anak di mana dua daripadanya masih bersekolah. Menurutnya, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja menoreh getah di atas tanah orang. "Jika ada hasil, barulah dapat upah yang tidak seberapa. Jika sepanjang bulan itu cuaca panas, saya peroleh pendapatan RM200 hingga RM300 sebulan. "Kadang-kadang pernah tiada sumber pendapatan kerana musim tengkujuh. Walaupun menerima bantuan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan persekolahan dua anak saya, namun ia masih tidak mencukupi," katanya. Sebelum ini katanya, dia pernah menyewa di sebuah rumah usang di kampung tersebut, namun sudah diambil semula oleh tuan tanah dan menetap semula di rumah ibunya, Kamariah Nordin, 65, di Kampung Air Kuning, Kepis Tengah. "Saya terpaksa menumpang teduh di rumah ibu memandangkan tiada tempat tinggal dan berhimpit-himpit seramai 15 orang sekiranya adik-beradik lain pulang ke rumah. "Kerana itu saya mahu memohon bantuan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kepis Hulu untuk memiliki sebuah rumah PPRT tetapi tiada sebarang tindak balas diberikan," katanya. Maznah berkata, dia berasa sedih apabila permohonannya mendapatkan bantuan tidak dilayan sedangkan dia amat memerlukannya. "Pernah dahulu ada pihak JKKK memaklumkan permohonan saya diluluskan sehingga saya menyediakan tanah di belakang rumah ibu untuk didirikan rumah, tetapi hanya indah khabar dari rupa. "Saya sudah puas memohon bantuan dan sehingga kini masih menunggu, namun sampai bila?," katanya. Katanya, berharap pihak berkaitan dapat melihat dan prihatin dengan masalah yang dihadapinya. "Saya tahu senarai nama permohonan bantuan PPRT banyak, tetapi bagaimana ada orang yang baru sahaja memohon bantuan itu sudah diluluskan?. "Justeru itu, saya berharap pihak berkaitan dapat meneliti dan menyemak semula permohonan saya yang dibuat sejak 2009 serta memberi maklum balas segera," katanya. |
Rakyat sendiri jugak yang kena kencing... kahkahkah... Posted: 22 Mar 2012 03:00 PM PDT Indonesia: KL setuju satu tugas, gaji RM700 KUALA LUMPUR – Dasar seorang pembantu rumah satu tugas dengan bayaran gaji minimum RM700 sebulan telah dipersetujui oleh Malaysia pada mesyuarat Pasukan Petugas Bersama di Putrajaya awal Januari lalu, demikian dakwa pegawai Kedutaan Indonesia, hari ini. Sehubungan itu menurut Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja, tidak timbul soal pihaknya melaksanakan sesuatu di luar kandungan memorandum persefahaman (MoU) dan perkara yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia tahun lalu. Pasukan Petugas Bersama dibentuk bagi membincangkan perincian MoU yang ditandatangani pada 30 Mei 2011. Pada mesyuarat 10 Januari lalu, kata Suryana, pasukan tersebut telah mencapai persetujuan iaitu tugas pembantu rumah merangkumi empat jenis latihan yang ditawarkan iaitu pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak. "Di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas. "Jika majikan memerlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan, mereka perlu membuat perjanjian dan bersetuju dengan bayaran tambahan yang dipersetujui bersama (oleh majikan dan pembantu rumah)," kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan semalam. Mengulas mengenai reaksi pemimpin negara ini yang menegaskan, Malaysia tidak pernah bersetuju dengan peruntukan itu, Suryana berkata, beliau sendiri tidak faham dengan perkembangan. Katanya, kemungkinan wakil Malaysia dalam pasukan petugas itu tidak memaklumkan perkara yang dipersetujui kepada pemimpin mereka termasuk menteri. "Sedangkan pada mesyuarat Pasukan Petugas Khas itu terdapat wakil antara kedua-dua negara dan mereka juga maklum mengenai persetujuan itu," katanya. Minggu lalu, Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman berkata, gaji minimun RM700 akan dibayar kepada pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia. Reyna juga dilapor berkata, amah terbabit hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah. Reyna mengetuai Pasukan Petugas Khas di pihak Indonesia. Kenyataan beliau itu mencetuskan polemik dengan Malaysia mempertahankan bahawa akan berpegang pada kandungan MoU yang dipersetujui bersama tahun lalu. Malah, Malaysia menegaskan soal gaji minimum RM700 dan satu tugas tidak pernah dipersetujui, dan tidak timbul. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula melahirkan kemusykilan beliau terhadap tindakan Indonesia menetapkan peraturan baru, antara lain memperuntukkan mereka hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700. Kata Najib, peraturan baru yang diumumkan Reyna "tidak munasabah langsung." Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pula berkata, terpulang kepada Indonesia mahu menghormati atau tidak MoU berkenaan, Beliau menegaskan, kementeriannya tidak akan berbincang atau merangka semula MoU yang sudah dipersetujui oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia, tahun lalu. Menjelaskan isu ini, Suryana berkata, antara perkara lain yang dipersetujui ialah gaji minimun RM700 untuk satu pengkhususan tugas, pasport dipegang sendiri oleh pembantu rumah, satu hari kelepasan kerja (tidak kira hari, bergantung pada persetujuan bersama antara majikan dan pembantu rumah) serta majikan perlu membuka akaun bank untuk rekod pembayaran gaji. Menurut beliau lagi, langkah itu diambil memandangkan sebelum ini tugas sebenar pembantu rumah tidak mempunyai justifikasi yang jelas, sehingga timbul beberapa masalah termasuk penderaan terhadap pembantu rumah yang gagal memenuhi kehendak majikannya, dan kes lari rumah kerana mereka tidak tahan bebanan kerja yang banyak. "Sedangkan, tugas sebenar pembantu rumah ialah menguruskan kerja-kerja di rumah seperti mengemas, membasuh baju, menyapu, mengelap lantai dan mengosok pakaian. "Namun, tugas mengasuh anak ataupun warga tua ialah satu bidang tugas lain kerana kedua-duanya melibatkan nyawa manusia. "Adalah mustahil untuk mereka melakukan semua tugas itu dalam satu masa kerana tugas menguruskan manusia ini memerlukan kemahiran yang tinggi terutama mengasuh anak, khususnya bayi yang memerlukan kemahiran tertentu dan mereka bukan 'superwoman'. "Misalnya menjaga orang tua yang sakit memerlukan perhatian menyeluruh termasuk membersihkan diri warga tua dan memberi ubat ataupun suntikan… jika mereka dibebani dengan urusan tugas yang lain, boleh menimbulkan masalah di kemudian hari," jelas Suryana. Sehubungan itu, bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang dihantar ke Malaysia benar-benar berkemahiran dalam bidang pengkhususan ini, maka sebab itulah kerajaan Indonesia mewajibkan mereka untuk menjalani latihan selama 200 jam. Indonesia sebelum ini melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumahnya ke Malaysia berikutan beberapa kejadian penderaan. Pembekuan sementara itu ditarik balik pada 1 Disember lepas, susulan kesepakatan yang dicapai Najib dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali November lalu. Indonesia sepatutnya memulakan penghantaran pembantu rumah ke negara ini mulai bulan ini. Bagaimanapun dianjak ke bulan depan. Ditanya jika rakyat Malaysia menolak untuk mengambil khidmat pembantu rumah dari Indonesia, Suryana menegaskan, rakyat Indonesia sendiri jika mereka sudah mempunyai kemahiran yang tinggi, pasti tidak akan memilih negara ini untuk bekerja. "Mereka pastinya akan memilih untuk bekerja di negara lain seperti Hong Kong, Singapura ataupun Arab Saudi yang menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding di sini," katanya lagi. Sinar |
Doktor: ‘Muamba tidak bernyawa selama 78 minit’ Posted: 22 Mar 2012 01:00 PM PDT PEMAIN tengah Bolton, Fabrice Muamba 'tidak bernyawa' selama 78 minit selepas rebah di padang ketika perlawanan menentang Tottenham pada Sabtu lalu, dedah doktor kelab Bolton, Jonathan Tobin semalam. Sehubungan itu katanya, terlalu awal untuk mengandaikan bahawa Muamba akan terus bermain. Bagaimanapun Dr Tobin berkata, beliau sangat kagum dengan tahap pemulihan yang dipamerkan oleh pemain berusia 23 tahun itu. Dalam temu bual emosional disiarkan oleh BBC, Dr Tobin berkata: "Kami telah menjangkakan keadaan sangat buruk dan tidak menjangkakan bahawa kami akan melihat (dia) pulih sebagaimana kita lihat sekarang. Ia sungguh menakjubkan." Laporan lewat kelmarin menyebut Muamba sudah melepasi keadaan kritikal tetapi masih serius. Muamba berhadapan dengan serangan jantung ketika perlawanan suku akhir menentang Tottenham di White Hart Lane, Sabtu lalu. Dr Tobin memberitahu BBC Sport bahawa fisioterapis Bolton, Andy Mitchell adalah orang yang pertama menyedari insiden Muamba rebah di padang. Kata Dr Tobin: "Dia menjerit, agar datang ke kawasan padang. Sangat jelas ada sesuatu yang berlaku." Jantung pemain itu tidak berdenyut dan dia tidak boleh bernafas selama 78 minit. "(Dia tidak bernafas) selama 48 minit selepas dia pengsan dan tiba di hospital dan 30 minit lagi. "Dia, sebenarnya, sudah mati ketika itu," katanya lagi. Dr Tobin memberitahu, hanya selepas pegawai perubatan di London Chest Hospital mengambil alih, keadaan mula berubah. Katanya: "Saya pergi ke kawasan koridor dan menangis." "Ini Fabrice, bukan seseorang yang jatuh di jalan. Saya tahu dia, tahu keluarganya, bergurau dengan dia setiap hari," katanya lagi. Sinar |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan