Rabu, 21 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


FAKTA: 3.7 juta rakyat tolak UMNO...

Posted: 21 Mar 2012 11:00 AM PDT

Umno Sombong Dan Angkuh; 3.7 juta Rakyat Malaysia Telah Tolak Umno

KEMAMAN – Ahli-ahli dan penyokong Umno d negeri Terengganu dan seluruh negara, tidak perlu bimbang dan takut untuk menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang kerana seramai 3.7 juta rakyat Malaysia telah menolak parti Umno dan BN.

Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan Pahang, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut adalah termasuk lebih 1 juta ahli Umno sendiri, berdasarkan statistik pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.

Katanya, rakyat menolak Umno dan BN kerana keangkuhan pemimpin parti tersebut yang disifatkannya, kini tidak lagi memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan Negara.

"saya nak beritahu tuan, perjuangan Umno dulu memang betul Alif, Ba, Ta….. perjuangan agama, bangsa dan tanah air, tetapi hari ini terutama selepas Dr Mahathir mengambil alih dan mencipta satu parti baru, Umno baru, perjuangan sudah menyimpang jauh,

"sekarang Umno tidak memperjuangkan apa-apa perjuangan, nak mewakili orang Melayu pun tidak boleh (kerana) dalam tahun 2008 semasa pilihanraya jumlah orang Melayu keluar mengundi adalah ialah 5.7 juta, calon-calon umno hanya mendapat 2 juta (undi),

"bermakna 3.7 juta orang Melayu menolak Umno (kerana) menyampah dengan tabiat pemimpin, menyampah dengan kesombongan mereka,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis ceramah isu-isu semasa di Kampung Semayor, Kemasik, dekat sini, pada Selasa 20 Mac.

Turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, YB Dr. Alias Razak yang juga wakil rakyat DUN Bukit Tunggal Kuala Nerus serta Ustaz Alias Abdul hamid, Setiausaha PAS Kawasan Kemaman merangkap Pengerusi Majlis Tindakan DUN Kemasik.

Dato' Ariff atau dikenali melalui penulisan yang bersandarkan fakta yang tepat dan jitu dalam blognya 'Sakmongkol AK47' menjadi Ketua Penerangan Pekan, Bahagian Umno yang diterajui Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak, pada tahun 2000 hingga 2004.

Beliau juga dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis Pahang, pada pilihanraya ke-11 tahun 2004.

Beliau secara rasminya keluar Umno dan menyertai DAP pada 8 Januari lalu, bersama seorang lagi tokoh veteran Umno Negeri Sembilan, Aspan Alias.- Buletin Online

Bangsa UMNO mesti kata cerita ni FITNAH... kahkahkah...

Posted: 21 Mar 2012 09:57 AM PDT

Penyelia KEMAS; Rumah RM1 juta, kereta baru RM140,000 dan SUV RM140,000

Seorang Peyelia KEMAS Daerah Kemaman, merangkap setiausaha UMNO Bahagian Kemaman diberitakan dan menjadi bualan penduduk Bandar Chukai, Kemaman dikatakan memiliki sebuah rumah berharga hampir RM1 JUTA, memiliki kereta mewah baru berjenama "camary dan wish". Untuk rekod gaji seorang penyelia KEMAS sekitar RM1500 hingga RM2000. Untuk rekod juga Dato Seri Ahmad Said menteri besar Terengganu merangkap Ketua Bahagian UMNO Kemaman dan Ketua perhubungan UMNO Terengganu.

(sila layari Buletin Online untuk berita lanjut).

Maklumat diatastelah didedahkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Bin Mat sempurana lawatan Ketua Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Wahid Endut di DUN Chukai.

Terbukti UMNO dan pemimpinnya hanya bercakap kosong tentang isu rasuah. Namun rasuah dan salahguna kuasa telah menjadikan amalan yang wajib. *****uh terbaik sekali ialah Perdana menterinya Datuk Ha Najib Razakyterlibat dengan rasuah puluhan juta sehingga membawa kematian gadis Monggolia .

Kes Najib dengan pembelian kapal selam akan dibicara di Perancis seperti yang didedahkan dalam berita maya. Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu juga dikhabarkan juga terlibat dengan salahguna kuasa dan rasuah. Namun sukat dibuktikan dengan jelas. Namun rakyat Terengganu dapat menghidu gerakkerja Ahmad Said. Orang Kemaman sudah tahu cerita dan kegiatan Ahmad Said menggunakan bangsa China Kemaman sebagai proksinya.

Dalam isu penyelia Kemas Kemaman dan seorang setiausaha UMNO Bahagian Kemaman (ketua bahagian UMNO Kemaman Ahmad Said) perlu disiasat oleh pehak berkuasa seperti SPRM agar tidak menjadi fitnah. Jika benar ianya memiliki rumah RM1 Juta, dua kereta mewah dengan gaji bulanan RM2000 sebagai Penyelia Kemas adalah tidak lojik.

Tidak hairanlah Najib Razak dalam majlis bertunag anaknya mencecah RM400,000.. Dimana Najib ambil wang yang banyak. Mungkin Najib Razak simpan wang semenjak Najib bergelar YB semasa usia muda.

Kesimpulannya UMNO hidup dengan rasuah dan wang. Salahguna kuasa menjadi amalannya Itulah UMNO dulu kini dan selamanya. Kami ucapkan ribuan terimakseh kepada pemimpin PAS Terengganu terutama Penolong Setiausaha Pas Terengganu Haji Hanafiah Mat dalam menyembarkan kejahatan UMNO.

WAJIB Baca: Jeng... jeng... jeng...

Posted: 21 Mar 2012 03:00 AM PDT

French case draws closer to Malaysian Officials.. jeng..jeng..jeng...

Baca dan fahamkan apa yang tertera pada kontrak yang ketiga dari empat pecahan kontrak yang terdapat dalam penyata kewangan kes yang didedahkan oleh Asia Sentinel ini..

In accordance with the French legal system, the Malaysia case has first been the subject of a preliminary survey from the financial division of the legal police. So the appointment of the two investigating judges, Serge Tournaire and Roger Le Loire, follows more than two years of investigation. The two are known for previous investigations on national and international corruption matters. They have broader powers to investigate independently and can call witnesses and conduct international surveys.

According to financial statements, the cost of the program was divided into four contracts:

•The contrat Scorpene, about €670 million, for two Scorpene submarines, built in France and Spain, and delivered in July 2009 and July 2010 ;

•The contrat Formation, signed in 2003, to train 156 submariners over four years.

The contrat Ouessant for the rehabilitation of an Agosta-type submarine which has never seen service and is now a museum in Malaysia. The two together amount to 313 million euros/

•The contrat Malsout, provided logistics for the installation of Malaysian navy personnel, over 200 people located in Brest and Cherbourg, from December 2002.


*******************************************

French case draws closer to Malaysian officials

Two magistrates have been nominated in Paris to investigate the politically explosive 2002 purchase of Scorpene submarines by the Malaysian Ministry of Defense when Najib Tun Razak was Defense Minister.

The case focuses on a 1.2 billion euro contract called a "programme soumalais" with the state-owned French defense giant DCNS, formerly known as DCN. The contract was later transferred to Armaris, a joint venture between DCNS and the French company Thales. In questioning in the Dewan Rakyat, the Malaysian Parliament, it transpired that a €114 million (US$150 million at current exchange rates) commission had been paid to a newly-minted company called Perimekar Sdn Bhd, nominally owned by the wife of one of Najib's best friends, Abdul Razak Baginda, then the head of a Malaysian think-tank.

It is likely to take several years before the case comes to fruition. In the meantime Najib, now Malaysia's prime minister and head of the United Malays National Organization, the country's biggest political party, is preparing for snap elections, possibly in May or June, according to political observers in Kuala Lumpur.

At the heart of the story are allegations of a massive scandal involving not only Malaysian officials but top French politicians and arms purchases in Pakistan, Taiwan, India, Chile, Argentina, Saudi Arabia and other countries as DCNS geared up to sell naval equipment across the planet. The allegations include blackmail, kickbacks, a string of murders in Pakistan, Taiwan and Malaysia and involvement of such top figures as former French Prime Minister Edouard Balladur and others.

Other magistrates are handling different aspects of the affair. One, called "l'affaire Karachi," has raised suspicions of the involvement of the current French President Nicholas Sarkozy, who faces a difficult re-election campaign. Sarkozy has angrily denied any involvement. In that case, the deaths of 11 French engineers who were blown up in Karachi was first laid to a bomb set by Al Qaeda. However the bomb was later believed to have been set off by Pakistani military officials angered because the French had reneged on bribes promised by Balladur but cancelled by Jacques Chirac after he defeated Balladur for the presidency.

Judges investigating the affair have been probing whether Balladur received "retro commissions" or kickbacks for the contract. Balladur has given no credible explanation for 10 million French francs (€1.5 million) which found their way into his campaign coffers. Sarkozy was his campaign finance minister at the time.

In accordance with the French legal system, the Malaysia case has first been the subject of a preliminary survey from the financial division of the legal police. So the appointment of the two investigating judges, Serge Tournaire and Roger Le Loire, follows more than two years of investigation. The two are known for previous investigations on national and international corruption matters. They have broader powers to investigate independently and can call witnesses and conduct international surveys.

According to financial statements, the cost of the program was divided into four contracts:

•The contrat Scorpene, about €670 million, for two Scorpene submarines, built in France and Spain, and delivered in July 2009 and July 2010 ;
•The contrat Formation, signed in 2003, to train 156 submariners over four years.
•The contrat Ouessant for the rehabilitation of an Agosta-type submarine which has never seen service and is now a museum in Malaysia. The two together amount to 313 million euros/
•The contrat Malsout, provided logistics for the installation of Malaysian navy personnel, over 200 people located in Brest and Cherbourg, from December 2002.
The payment of bribes -- called commissions in this case – to foreign public officials as part of international contracts has been illegal in France since the ratification of the Organization for Economic Cooperation and Development Convention on bribery of September 2000.

Since the beginning of the probe, bribes amounting to €32.5 million have been investigated, authorities say.

In other cases involving DCNS, particlarly the Karachi one, Nicholas Bazire, 54, the best man at Sarkozy's wedding to supermodel Carla Bruni, was arrested and charged with misuse of public funds in Balladur's 1995 presidential campaign. Another friend, Thierry Gaubert, Sarkozy's cabinet chief when he was budget and communication minister, was arrested earlier.

Sarkozy is seeking avoid the appointment of an instruction judge in other aspects of the DCN case.. But the political knives may be out, especially if Sarkozy loses the presidential election.Having been named in the press in the Karachi case, observers in Paris say he could use the Malaysian case as a weapon against the Socialists. Currently his Socialist opponent, Francois* Hollande, leads him by 10 percentage points. The first round of voting is to be held in May.

The case also holds obvious political implications for Najib. A former DCN financial director, questioned in another case, alleged that the Malaysian case violated the OECD bribery convention. The Malaysian end of the episode has received widespread publicity, not just because of the €114 million commission paid to Razak Baginda's company, but because of the gruesome murder of Altantuya Shaariibuu, a Mongolian translator and party girl, who was killed in 2006 by two of Najib's bodyguards and whose body was blown up with military explosives in a patch of jungle outside Shah Alam.

Razak Baginda's jilted lover, Altantuya was believed to have served as a translator in at least some of the negotiations over the submarines and is believed to have accompanied Razak Baginda and Najib to France. In a note found after her death, she said she was attempting to blackmail Razak Baginda for US$500,000. Najib has sworn on the Quran that he never met the woman.

The two bodyguards were found guilty of murder and sentenced to hang. Although Razak Baginda was arrested along with the two, he was freed without having to put on a defense and immediately left the country for England. The appeal of the two bodyguards has droned on for more than two years and has been delayed again until August, after expected elections.

The French judges face many difficulties. During a police search of the DCNS offices few files were allowed to be opened. Most remain closed on the pretext that they contain military secrets.

Moreover, no DCNS cases have yet been completed. Unlike in the United States, no plea bargaining is allowed. The judges are almost certain to face industry opposition, particularly in this case, which made Malaysia DCNS's first export customer.

Please continue yours reading HERE

BERITA BAIK: Rosmah tok sah bimbang, Najib takkan dipanggil punya... kahkahkah...

Posted: 21 Mar 2012 01:00 AM PDT

Scorpene: Razak Baginda, keluarga Altantuya akan dipanggil

KUALA LUMPUR 20 Mac: Rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Razak Baginda adalah saksi penting untuk membantu perbicaraan terbuka skandal rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata beliau percaya Razak Baginda akan dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah Perancis memulakan siasatan ke atas skandal Scorpene kelak.

"Razak adalah saksi yang sangat penting kerana terlibat langsung dalam urusan pembelian," kata Cynthia ketika dihubungi KeadilanDaily, 19 Mac lalu.

Nama Razak Baginda dibangkitkan di Parlimen pada 2002 berhubung rundingan pembelian Scorpene dalam satu perjanjian bernilai USD 800 juta.

Urus niaga dibuat melalui Perimekar untuk membeli dua Scorpene dan satu kapal selam terpakai, Agosta hasil usahasama kerajaan Perancis-Sepanyol.

Perimekar memiliki subsidiari iaitu Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda.

Bercakap lanjut, Cynthia juga percaya keluarga Altantuya dipanggil ke mahkamah Perancis untuk memberi keterangan.

"Keluarga Altantuya akan dipanggil kerana mendiang adalah penterjemah urus niaga itu," katanya.

Sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa pernah tampil di Mahkamah Shah Alam dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bermula 4 Jun 2007 dan berakhir 9 April 2009.

Nah!!! Amek kau... kahkahkah...

Posted: 20 Mar 2012 11:00 PM PDT

Anwar Biseksual? Nalla dan Utusan disaman RM100 Juta.. amek kau!!

Kerana menyiarkan kenyatan fitnah si Nallakaruppan yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, Lidah Rasmi UMNO kini berhadapan saman RM100 Juta pula..

Sebelum ini Lidah Rasmi UMNO ini telah disaman sebanyak RM150 Juta oleh Anwar kerana menyiarkan laporan berbentuk fitnah yang mendakwa Anwar Ibrahim mahu menghalalkan homosek.

Saman yang pertama berjumlah RM150 Juta itu belum bermula lagi prosidingnya tapi Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd penerbit akhbar Utusan Malayisa, Kosmos dan beberapa buah majalah dilaporkan sudah menjual peralatan mencetaknya (baca di SINI)

Akhirnya apa yang tinggal dalam Lidah Rasmi UMNO ni agaknya..

Yang disiarkan fitnah si Nallakarupan tu buat apa?? Takkan lah Editor Lidah Rasmi UMNO itu tak tahu bagi Nallakarupan tu tak ada dosa dan pahala..

Bloger Pro UMNO yang turut menyebarkan fitnah kononya Anwar Biseksual ni.. buat masa sekarang tak perlu risau, pasal aku tak dengar sebarang tindakan akan diambil Anwar terhadap mereka..

Nak saman buat apa.. buang masa saja sebabnya depa tu bukan ada berjuta-juta RM macam Utusan tu..


***********************************************

Biseksual: Anwar tuntut ganti rugi RM100j dari Nalla

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada senator Datuk S Nallakarupan kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, dalam notis yang turut dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu.

"Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran berkata, dakwaan yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan yang menjijikkan".

Ini kenyataan Media dari Surendran..

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan S. Nallakarupan

Saya merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang. Dakwaan yang dikeluarkan oleh S Nallakaruppan ini jelas bersifat dusta dan bermotif politik dan mencerminkan kewartawanan akhbar Utusan yang menjijikkan.

Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Najib Razak perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan jahat yang dilakukan oleh akhbar milik UMNO terhadap Anwar Ibrahim. Manakala beliau berdolak-dalih dalam menerima tawaran berdebat dengan Anwar berkaitan isu dasar dan ekonomi, Najib mengambil kaedah keji dengan melakukan serangan peribadi menerusi Utusan Malaysia.

Kejelekan laporan Utusan Malaysia ini menzahirkan wajah sebenar UMNO dan Najib serta melekehkan retorik Najib terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan. Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN.

Walaubagaimanapun, tindakan UMNO yang berterusan menabur fitnah, pembohongan dan memainkan sentimen perkauman tidak dapat dinafikan lagi sepanjang sejarah kewartawanan Malaysia.

Dalam isu ini, Anwar Ibrahim telah mengarahkan tindakan perundangan diambil. Menerusi pasukan guamannya, beliau telah mengemukakan notis kepada Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. yang memiliki akhbar Utusan Malaysia serta editor akhbar tersebut supaya menarik balik laporan dan dakwaan yang dilemparkan serta mengemukakan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM 100 juta. Notis sama turut dikemukakan kepada S Nallakaruppan. Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur.

N. SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

TERHOT!! Bisul Najib mula meletup... kahkahkah...

Posted: 20 Mar 2012 09:00 PM PDT

Skandal Najib meletup dekat PRU13?

Melihat gaya agresif Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, nampak sangat Pengerusi BN itu dalam keadaan cukup tertekan. Gelagatnya dalam sidang Parlimen, terutama ketika menjawab isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), menjelaskan kekalutannya.

Daripada corak pendekatan kempen itu, saya kira, strategis Umno meletakkan harapan tinggi kepada imej personal Najib, melebihi faktor-faktor lain, bagi mengutip kembali sokongan BN yang telah hilang.

Tergambar seolah-olah Najib akan bertanding jawatan presiden, yang dipilih oleh seluruh rakyat, walhal beliau hanya mencuba nasib di Pekan, dan keupayaannya mengekalkan posisi perdana menteri ditentukan oleh kemenangan calon-calon BN yang lain.

Satu sisi, popularitinya semacam meningkat, dibantu pelbagai kempen penjenamaan program kerajaan (yang juga mengelirukan sebenarnya), namun imej BN langsung tidak dapat dipulihkan, terutama dari kacamata masyarakat Tionghua.

Bagaimanapun, hakikatnya, semakin Najib ditonjolkan -- sehingga menenggelamkan terus pemimpin BN yang lain -- sandaran parti itu bakal berdepan situasi lebih sulit.

Jika personaliti beliau dicalarkan dengan teruk, kedudukan BN yang amat bergantung kepadanya itu akan turut merudum. Tanpa perlu mengada-adakan cerita atau menokok-tambah paparan negatif tentang Najib, persepsi rakyat terhadapnya mudah dibentuk.

Perwatakan Najib, seperti diakui rakan baiknya, bekas Adun Pulau Manis, Pekan, Ariff Sabri Abdul Aziz, bukan sahaja ghairah memburu populariti murahan, tetapi begitu lemah daripada segi kepemimpinan.

Beliau hanya bergantung kepada pelbagai bentuk "sogokan" bagi meraih undi dan merebut sokongan. Namun, pengundi tidak semudah itu untuk "dibeli" atau "diugut", terutama generasi muda yang buat pertama kali akan mengundi.

Pastinya Najib tidak mahu diingati sebagai perdana menteri terakhir daripada Umno. Beliau juga tentunya tidak bersedia berundur lebih awal dan berusaha mengelak daripada berdepan asakan anggota partinya sendiri.

Mungkin pandangan veteran Umno, Daim Zainuddin turut menganggu fikirannya.

Bekas Menteri Kewangan, yang pernah membuat ramalan mengejutkan tentang pencapaian BN empat tahun lalu itu, berkata, Umno akan menyingkirkan Najib jika gagal memperbaiki pencapaian BN pada PRU13.

Sekiranya Najib tidak mampu menunjukkan prestasi lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi, apatah lagi jika kehilangan lebih banyak kerusi, Daim berkata, "Umno akan menggulingkannya ... ini politik."

Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, Daim menjelaskan bahawa amalan menyingkirkan pemimpin yang gagal menang pada pilihan raya adalah trend global, dan bukan hanya terhad kepada Umno.

Justeru, misi getir Najib adalah, sekurang-kurangnya, mengembalikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menawan kembali negeri termaju Selangor. Sedangkan, menurut sumber, Daim turut bimbang BN boleh kecundang di Negeri Sembilan dan Perlis, manakala Pakatan Rakyat akan mendapat lebih banyak kerusi Parlimen daripada Sabah dan Sarawak.

Isu SBPA dan Pusat Fidlot Nasional (NFC) -- yang dianggap menjadi duri dalam daging buat BN dan mesti ditangani secara tuntas sebelum Parlimen dibubarkan -- tidak mungkin selesai hanya dengan penegasan Najib untuk melakukan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan juga pengunduran "Makcik Bollywood", Shahrizat Jalil.

"Mungkin musuh-musuh Najib dalam Umno, tidak terkecuali timbalannya sendiri, mengimpikan prestasi BN tidak lebih baik berbanding PRU12 bagi memudahkan mereka mengasak beliau meletakkan jawatan, seperti dilakukan Najib kepada Pak Lah dahulu," pandangan seorang pemerhati politik dipetik.

Secara peribadi saya tidak gemar dan memilih untuk mengelak daripada mengungkit kisah peribadi berkaitan kehidupan Najib, termasuk masa silamnya, apatah lagi membabitkan isterinya sekarang (tidak terkecuali kisah bekas isterinya!).

Bagaimanapun, saya percaya, semasa kempen PRU13 nanti, cerita-cerita itu pasti terbongkar, mungkin dengan "bukti-bukti" yang lebih memeranjatkan.

Apabila membaca laporan mengenai perbelanjaan mewah hampir setengah juta ringgit majlis pertunangan anak perempuannya (belum kenduri kahwin lagi) dan disusuli pendedahan mengenai sambutan hari jadinya melibatkan RM79,053 yang dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri, saya kira Najib dalam keadaan bahaya.

Agakan saya, Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli, menyimpan banyak lagi cerita sensasi mengenai kes salahguna kuasa dan penyelewengan pemimpin BN.

Sumber yang dekat dengan serambi kuasa, dan muak melihat kerakusan-ketamakan tanpa had elit penguasa dan para kroninya tentu melihat Rafizi sebagai tokoh yang boleh disalurkan maklumat.

Ia mengingatkan saya semasa giat mendedahkan amalan korupsi bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, sepuluh tahun lalu. Selepas membuat aduan ke Ibu Pejabat BPR (sekarang SPRM) di Putrajaya dan mendapat tumpuan media, secara bertali arus saya dibekalkan info, daripada sumber yang kebanyakannya tidak dikenali.

Rupanya, seteru (dan yang berpotensi untuk menjadi musuh) kepada orang no. 1 adalah mereka yang berada di sekelilingnya atau kadang-kadang tokoh no. 2 sendiri! Kalau tak percaya, tanyalah Khir ....

Dalam masa sama, pentadbiran Najib cuba mengeksploitasi isu-isu agama, terutama bagi mengekalkan saki-baki sokongan masyarakat Melayu kepada Umno. Beberapa pertubuhan perkauman Melayu, seperti Perkasa dan Pekida, ditonjolkan ke hadapan.

Selain isu Israel yang gegak-gempita hebohnya mutakhir ini, Najib lebih awal lagi mempopularkan ungkapan wasatiyah atau kesederhanaan. Tanpa perlu menghuraikan lebih lanjut prinsip itu, saya yakin banyak pihak boleh menilai sama ada Najib, apatah lagi isterinya, Rosmah Mansor mengamalkan wasatiyah.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam perbahasan di Parlimen turut menyinggung hal ini. Malah, dalam khutbah Jumaatnya, pada 16 Mac lalu, beliau menyelar golongan yang memperalatkan istilah wasatiyah dan menyifatkannya sebagai penipu.

Katanya, kalimah itu disebut dalam al-Quran tetapi golongan penipu mengambil kesempatan dari penggunaan istilah tersebut bagi mengelirukan umat Islam untuk kepentingan tertentu.

"Mereka yang menipu ini, mereka menafsirkan wasato (pertengahan), wasatiyyah (kesederhanaan), yang diucap seolah-olah tidak mengira halal dan haram," kandungan khutbahnya dipetik.

Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali pula, dalam ucapannya di Parlimen, 4 Mac lalu, mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mencetuskan gagasan wasatiyah, seawal 7 Disember 1975, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar ABIM ke-4, bertemakan 'Jelas Wadah, Perbaru Tekad'.

Anwar turut mengupas prinsip wasatiyah pada 1978 dalam kertas kerjanya, 'Islam dan Masyarakat Majmuk' di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang turut dihadiri Lim Kit Siang.

"Wasatiyyah tidak boleh sekadar menjadi ungkapan dan retorika yang dicandukan kepada masyarakat untuk menjustifikasikan amalan boros, rasuah dan penyelewengan. Wasatiyyah menolak pendekatan yang keras dan zalim serta menawarkan pendekatan santun, ramah dan persuasif," kata Azmin.

"Apakah ia menepati prinsip wasatiyyah apabila Umno membudayakan politik fitnah dan budaya samseng," tegas Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, strategis Umno yakin isu agama, khususnya kenyataan Anwar mengenai Israel, bukan saja dapat menarik sokongan pengundi Islam kepadanya, tetapi juga mampu meretakkan PAS daripada dalam.

"Malah tukang propaganda Umno percaya isu Israel ini boleh menyebabkan PAS berpisah daripada Anwar atau keluar Pakatan Rakyat," kata sumber, yang turut menambah bahawa Umno akan memperalatkan bekas pemimpin PAS, Dr Hasan Ali untuk tujuan itu.

Saya sekadar tersenyum mendengar "pendedahan" itu, tambahan pula selepas mengetahui Hasan mahu dijadikan senjata utama untuk menarik undi orang Melayu daripada PAS atau Pakatan Rakyat.

"Patutlah akhbar kerap sangat melaporkan ceramah Hasan dan mendakwa ia mendapat sambutan hangat," kata seorang rakan. "Tapi kita tahu isi ceramah Hasan ini, kali pertama mungkin agak ramai sebab orang nak dengar sendiri apa kisahnya, tetapi sekali dengar, mereka takkan datang lagi," tambahnya.

Jumaat lalu saya menghubungi sahabat di Baling selepas membaca laporan akhbar bahawa ceramah Hasan di sana mendapat sambutan lebih 5,000 orang. Beliau, yang turut hadir di pertengahan ceramah Hasan, berkata: "Tak sampai seribu pun, dan ramai juga yang balik sebelum ceramah habis. Bukan anta tak tahu ceramah Hasan Ali, dok pusing kot tu juga."

GEMPAQ: Akan ada lagi kejutan buat Najib...

Posted: 20 Mar 2012 07:00 PM PDT

Kadir keluar, sahkan UMNO semakin berpecah: Ramai lagi bakal menyertai Pakatan


Tanda-tanda bahawa ramai lagi pemimpin UMNO yang akan membuat keputusan yang sama, pemimpin PKR mengecam tindakan parti pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang memaksa mantan Menteri Penerangan Abdul kadir Sheikh Fadzir meletak jawatan dari parti dimana beliau telah menjadi ahli selama 56 tahun.

"UMNO semakin pecah belah.Kami telah di beri amaran tentang hal ini sejak beberapa ketika dan sekarang ia benar –benar berlaku. Ramai pemimpin mereka sudah hilang kepercayaan kepada parti dan rasa tidak puas hati makin berleluasa.Mereka percaya lebih baik mereka keluar sebelum parti itu musnah sepenuhnya." Kata naib presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Kadir memberitahu pemberita pada hari Isnin yang beliau telah menghantar surat perletakan jawatan nya kepada setiausaha agung UMNO,Tengku Adnan setelah kesetiaan beliau dipersoalkan kerana membangkitkan isu rasuah dalam UMNO.

"Kenapa beliau tidak letak jawatan awal awal lagi jika beliau rasa UMNO tidak betul," kata Adnan dalam satu sidang akhbar pada hujung minggu lepas.

Kad merah/Jalan keluar untuk mereka yang bangkitkan isu rasuah


Hajat Adnan tertunai hari ini.Setiausaha Agung Umno itu juga menyebut Jawatankuasa disiplin sedang mengumpul maklumat dan bukti terhadap dakwaan Kadir terhadap pari.Tindakan lanjut akan di ambil oleh jawatankuasa agung UMNO,tegas Adnan.

Kadir dilapurkan sebagai mendakawa BN membayar antara RM200 ke RM1000 untuk membeli undi dalam pilhanraya umum yang lepas.

Kadir ialah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, sebuah platform reformis yang di asaskan oleh Seorang lagi pemimpin Umno,ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Salah seorang ahli Amanah yang terkenal ialah MP Pandan Ong Tee Keat.

Kumpulan ini mengejutkan ramai dengan agenda perubahannya, mengecam rasuah yang dianggap barah yang memusnahkan kredibiliti Umno-BN.

"Perletakan jawatan Kadir buktikan Umno tidak akan berubah.Ia tidak mengakui perlunya refrom atau rasuah itu perlu dibanteras.Sesiapa yang berani bersuara akan di tunjuk jalan keluar. Siapa yang tetrangkap tapi rapat dengan Presiden Umno akan terlepas dengan hukuman ringan," kata Tian.

Berpecah apabila Parlimen dibubarkan

Sejak beberapa bulan yang lepas, terdapat beberapa perletakan jawatan penting dalam Umno dan BN, dan menyertai Pakatan Rakyat.Lebih ramai dijangka membuat keputusan sedemikian bila Parlimen dibubarkan dan berakhirnya perlantikan mereka sebagai wakil rakyat BN.

Spekulasi yang berleluasa sekarang berkenaan bilakah akan berlangsungnya pilihanraya umum ke 13. Mantan menteri kewangan Daim Zainuddin meramalkan Parlimen akan dibubarkan dalam bulan Mei dan rakyat akan mengundi dalam bulan Jun.

Bagaimanapun,ada yang percaya Najib-yang dijangka melawat negara China bulan hadapan- bila stiba nya tarikh tersebut, sekali lagi akan ketakutan dan hanya akan mengistiharkan pengundian dalam bulan November.

Malaysia Chronicle

TERKINI: Berpeluh-peluh dahi dia... kahkahkah...

Posted: 20 Mar 2012 05:00 PM PDT

Bekas SU politik Nor Mohamed Yakcop hadapi 28 tuduhan

SHAH ALAM - Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 28 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke dalam akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya.

Hasbie, 39, yang memakai sut kelabu membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa bank dan Tabung Haji di tiga lokasi iaitu di Salak Tinggi, Sepang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya antara 4 Dis 2008 dan 18 Jun 2009.

Hasbie didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Hazril Harun mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dan memohon kesemua 28 pertuduhan itu dibicarakan bersama.

Pihak pendakwaan turut memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang di mana tertuduh mempunyai satu lagi pertuduhan di bawah akta yang sama.

Permohonan di bawah Seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah itu dibuat atas alasan kesemua 28 pertuduhan tersebut melibatkan seksyen yang sama dan kebanyakan saksi adalah saksi yang sama dalam kes di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Pada 10 Feb tahun lepas, Hasbie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan memiliki wang daripada hasil aktiviti haram berjumlah RM2,134,656 dan dia dibebaskan dengan jaminan RM60,000 serta dua orang penjamin.

Peguam Y. Sheelan Samuagam yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM30,000 atas alasan jumlah yang ditawarkan pihak pendakwaan terlalu tinggi memandangkan anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM90,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kesemua 28 pertuduhan dibicarakan bersama tetapi menolak permohonan mereka untuk memindahkan kesemua kes itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth. - Bernama

TERKINI: Kalau ada kes, awat tak di dakwa...

Posted: 20 Mar 2012 03:00 PM PDT

Wanita dikait kes khalwat Badrolamin tuntut fasakh

Sebelum itu.. faham betul-betul ayat nih.. "sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut."

Pemimpin PKR yang dituduh khalwat tu.. oleh kebanyakkan Blogger Pro UMNO.. berbagai cereka fitnah mereka sebarkan..

Tapi yang menghairankan kenapa hingga sekarang tiada tuduhan dikenakan terhadap mereka berdua?

Kalau ada kes.. hmmm.. awal-awal lagi Ustaz Badrolamin dan Zati Iwani didakwa..

Takkan Anwar dah bagi arahan kepada Jabatan Agama Islam Pahang supaya mengugurkan tuduhan kot.... Sebarlah fitnah lagi wahai pencacai UMNO..

Malang buat Ustaz Badrolamin disamping pencacai UMNO yang menyebarkan fitnah bagi menjatuhkan beliau ada juga barua-barua dalam PKR yang gembira dengan fitnah yang disebar itu..

Malah kalau boleh biar Ustaz tu tersungkur kerana fitnah itu, untuk mempertahan beliau jauh sekali dan ada juga yang minta agar tidak ditangkis fitnah dari Blogger UMNO itu..

Bolehkah manusia begini dipanggil 'Teman seperjuangan'??

Teman seperjuangan kepala hotak hang!!! - ASD


********************************

Wanita dikait kes khalwat Badrolamin tuntut fasakh

ROMPIN - Wanita dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, di sini, semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9 pagi berseorangan­ ke mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Bagaimanapun, alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan. Malah, suami wanita terbabit guru berusia 32 tahun juga tidak hadir pada prosiding itu. Sementara itu, wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan Fasakh di Mahkamah Tinggi Kuantan.

"Saya menarik balik tuntutan kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh," katanya.

Wanita itu sebelum ini, memfailkan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama dijalankan pada 27 Februari lalu.

Badrolamin sebelum ini, memaklumkan beliau mengenali wanita yang bekerja di sebuah institusi kemahiran di Rompin itu, sejak kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut.

Sinar Harian

Mangsa culik dikawal ketat...

Posted: 20 Mar 2012 01:00 PM PDT

Polis kawal ketat mangsa culik

KUALA LUMPUR: Remaja yang dilaporkan hilang di Shah Alam dan ditemui semula pada 11 Mac lalu di Bangkok kini menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dengan dikawal ketat anggota polis berpakaian preman.

Dalam tinjauannya ke PPUM, difahamkan remaja dimasukkan ke wad kecemasan dan trauma.
Menurut sumber hospital, pihaknya terpaksa merahsiakan keadaan mangsa atas faktor keselamatan dan pihak media tidak dibenarkan membuat sebarang liputan mengenai mangsa.

Media sebelum ini melaporkan remaja perempuan itu yang berumur 15 tahun ditemui dalam kepenatan di Stesen Kereta Api Hua Lampong selepas berjaya melarikan diri daripada sindiket pelacuran antarabangsa yang menculiknya. - BERNAMA

Tiada ulasan: