shalehudin |
- TERBAIK: Mat Sabu tibai UMNIO lagi... kahkahkah...
- TERHOT!! Sapa orang misteri tuh... kahkahkah...
- SALAH KA? PAS memang tak pernah bunuh orang Cina...
- WAJIB BACA: Senarai jasa UMNO membela Melayu... kahkahkah...
- Najib oii, Bangang tu simpan la kat Rosmah sama... kahkahkah...
- BONGKAR!! Dari sumber dalaman UMNO...
- HOT!! HOT!! Lelaki ketiga dah nak terbongkar... kahkahkah...
- Dari Pejabat Anwar Ibrahim...
- Lelaki Bosnia jalan kaki ke Mekah...
- Si Kadiaq dah naik hangin... hehe...
TERBAIK: Mat Sabu tibai UMNIO lagi... kahkahkah... Posted: 20 Mar 2012 11:00 AM PDT Umno yang bertanggungjawab menjual hak-hak bumiputra... Umno lah pengkhianat bangsa Melayu... Ayuh!!! ABU... Asal Bukan Umno... |
TERHOT!! Sapa orang misteri tuh... kahkahkah... Posted: 20 Mar 2012 10:24 AM PDT Pembunuhan Altantuya: siapa orang misteri yang paling kuat motif? Sekarang keputusan mengenai pembunuhan Altantuya Shariibuu telah pun keluar, rakyat Malaysia dan juga dunia daripada semua lapisan masyarakat melepaskan kegeraman mereka di pelbagai tempat termasuk dunia cyber, gerai mamak dan warong-warong. Mereka mahukan jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda mereka: siapa yang memberi arahan kepada dua yang tertuduh yang sekarang telahpun didapati bersalah meletupkan Altantuya dengan bom C4 dikawasan hutan di Selangor. Satu teori adalah bahawa kedua-dua mereka itu mungkin juga tidak bertanggungjawab dalam pembunuhan Altantuya tetapi Cuma kambing hitam untuk melindungi mereka yang sebenarnya bertanggungjawab ataupun mereka mungkin akan membongkar rahsia. Seseorang atau sekumpulan orang mungkin telahpun memutuskan bahawa kedua-dua mereka ini bersalah atas pembunuhan yang sama yang mungkin mereka telah membangga-banggakan dan sudah tiba masanya untuk menghapuskan mereka. Atau mungkin lebih mudah untuk mereka nanti mengelak hukuman dengan membuat rayuan. Kedua-dua mereka tidak mempunyai alibi dan kenyataan mereka saling kontradiksi antara satu sama lain. Pembelaan mereka adalah mereka hanya menyangkal tuduhan dan tiada motif pembunuhan. Mereka didapati bersalah hanya kerana bukti yang mengaitkan mereka dengan pembunuhan itu dan samaada ia memadai atau tidak masih boleh dibahaskan. Hakim pula menegaskan bahawa motif pembunuhan tidak penting. Politik atau keadilan? Walaubagaimanapun, politik yang membayangi kes itu menunjukkan orang lain yang bersalah walaupun tiada di tempat kejadian. Pendek kata, mungkin politik yang memain peranan di sini. Mahkamah rayuan mungkin akan mendapati bahawa hakim telah membuat kesilapan di sini apabila mengatakan bahawa motif adalah tidak penting. Sememangnya peluang, motif, senjata dan mayat adalah sama penting dalam kes pembunuhan. Ada juga teori yang mengatakan mereka berdua tidak akan digantung. Dan jika ini benar, mereka akan keluatr dengan identity baru. Jika adapun yang dihukum di tali gantung, ia mungkin orang lain yang boleh saja menggantikan mereka kerana mereka juga dijatuhi hukuman yang sama. Tiada siapa dapat menduga siapakan orang malang yang akan menggantikan mereka. Kenapa Razak Baginda juga dilepaskan? Rakyat juga mahu tahu tentang perkara ini dan mengapa beliau dilepaskan tanpa diminta membela diri? Affidavit Razak untuk diikat jamin telah diterima oleh hakim sebagai pembelaan beliau dan seolah-olah sesuatu yang tergesa-gesa walaupun pada awalnya ikat jamin beliau ditolak. Kenapa pula boss Razak Baginda iaitu Najib Razak yang sekarang ini Perdana menteri tidak disoal siasat juga? Bukankah beliau juga ada peranan dalam kes ini? Rakyat percaya beliau juga bersalah dan ini sangat malang kerana beliau akan membayarnya dengan satu harga yang sangat tinggi dalam kerjaya politiknya. Ini akan menyebabkan beliau dibuang dari pentas politik dan musnahlah kerjaya politik beliau. Najib masih berbau Altantuya Apapun, seperti yang diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada media tidak lama dahulu, "Najib beliau lepas daripada Altantuya". Ia sangat benar. Ini kerana Altantuya masih lagi menghantui hidup Najib. Tidak dapat disangkal bahawa Najib bertanggungjawab menimbulan permasalahan Altantuya sama ada secara sengaja atau tidak. Bukankah dia juga menteri pertahanan pada masa itu? Adakah ia penting? Apa yang penting adalah tidak lama lagi, beliau juga akan dipertanggungjawabkan atas kes itu, jika bukan untuk yang lain, ia adalah kerana kebodohan politiknya! Situasi yang telah hilang kawalan Kes Altantuya Sharriibuu tidak sepatutnya berlaku. Dia seharusnya hilang dari muka bumi ini tanpa meninggalkan kesan. Rekod pihak imigresen mengenai kemasukkan beliau ke Malaysia telah dipadamkan. Kita tidak mungkin akan mengetahui siapakah yang melakukan jenayah ini yang jelas adalah suatu pembelotan kecualilah pihak imigresen sendiri yang menjelaskan perkara ini. Ini juga tidak mungkin berlaku. Kenyataannya, pemadaman rekod imigresen ini telah memberitahu kita bahawa orang yang disebalik kes ini adalah mereka yang paling berkuasa di Malaysia. Sama juga dengan mereka yang disebalik penyerapan warga asing di Sabah sebagai pedaftar undi atau mereka yang menyingkirkan penyiasat insurans Australia atas kematian Donald Mohd Fuad Stephens dalam satu nahas kapal terbang. Inilah yang akan menjadi penghalang kepada Pakatan Rakyat untuk menyingkirkan Umno dari Putrajaya. Ia juga mungkin mencetuskan tunjuk perasaan jalanan dan mengisytiharkan darurat demi mengekalkan UMNO untuk terus berkuasa. Tetapi berita baik untuk Pakatan Rakyat dan pemimpin pembangkang adalah taktik ini tidak lagi berkesan. Pemerintah berkuasa seperti Mubarak di Mesir dan Gaddafi di Libya juga telah belajar akan perkara ini dengan cara yang susah. Keupayaan bukan lagi jaminan kepada yang betul di dunia ini sekarang. Semua kekejaman akan memberi lebih banyak sebab kepada Pakatan untuk memburu dan memenjarakan mereka yang berusaha gigih apabila sudah sampai masanya mereka disingkirkan. Baginda- kerosakkan besar? Tidak mungkin pemadaman rekod Altantuya daripada jabatan imigresen ada kaitan dengan Razak Baginda atau untuk melindungi beliau. Razak bukannya sesiapa pun dalam arena politik. Beliau hanyalah seorang penganalisis politik dan boleh dikorbankan bila-bila masa. Beliau boleh mendatangkan kerosakkan yang tidak terhingga. Mereka mengatakan bahawa Altantuya telah cuba meminta komisyen RM 5 juta beliau- ada juga yang mengatakan ia berjumlah RM 45 juta- untuk sebuah perjanjian pembelian kapal selam bebillion ringgit yang tidak sampai ke mana. Jumlah yang rendah tadi bukanlah alasan yang kukuh untuk membunuh beliau tetapi jumlah yang lebih besar itu mungkin adalah akibat ketidaksefahaman antara penyangak ini. Mungkin apa yang berlaku akhirnya adalah situasi sudah tidak dapat dikawal oleh Razak Baginda. Orang misteri mungkin mengambil keputusan menghapuskan Altantuya. Wanita itu kecoh untuk sebab-sebab tertentu dan semakin kecoh dari hari ke hari dan ini mungkin mendapat perhatian pihak media. Ini tidak mungkin berlaku kerana Najib pada masa itu sedang menantikan jawatan Perdana Menteri. Siapakah mereka yang misteri itu? Isteri Razak Baginda telah menjerit kepada pihak media semasa suaminya ditahan: "Bukan suami saya yang nak jadi Perdana Menteri!" Nah, Umno mungkin sudah goyah ketika itu! Jika bukan kerana seorang pengail yang terdengar bunyi letupan C4 dan melaporkannya kepada pihak polis, Altantuya mungkin sudah lenyap tanpa sebarang bukti. Jadi, siapakah ,mereka yang misteri ini? Special Branch? Siapa pula dalam Special Branch yang boleh mengarahkan perkara sedemikian? Dan jika benar, orang ini bertindak atas arahan siapa? Siapa pula yang memberi arahan? Bagi Umno pula, siapa dalam Majlis Tertinggi yang peduli jika Najib dimalukan dan siapa pula lebih berkuasa daripada presiden parti? Jika benar pembunuhan dan cara penyiasatan juga pengadilan adalah salah, siapakah mereka ini yang tidak rela ditangkap dan telah mewujudkan pelan-pelan untuk membiarkan diri mereka terus lepas bebas? Tidak kisahlah semua ini tapi, akhirnya, mereka yang nampak mempunyai motifpaling kuat adalah mereka yang berada dalam kumpulan Najib. Rationalnya adalah seperti yang dijeritkan oleh isteri Razak Baginda. Kita berharap agar sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa nanti, ia boleh mewujudkan satu suruhanjaya penyiasat untuk mendapatkan kebenaran. Pembunuhan Altantuya seorang wantia yang menjadi perempuan simpanan adalah sesuatu yang sangat panas dan bayangkan sahaja bagaimana ia boleh memburukkan nama negara jika Hollywood membuat filem mengenainya? Jika kerosakkan telah pun berlaku, sekurang-kurangnya Malaysia berusaha untuk mendapatkan keadilan dalam kes ini dan tidak melindungi ahli politik yang mungkin terlibat dalamnya. Malaysia Chronicle |
SALAH KA? PAS memang tak pernah bunuh orang Cina... Posted: 20 Mar 2012 03:45 AM PDT PAS tak pernah bunuh orang Cina, tiada siapa yang kata, tak macam Umno! Amat sedih jika difikirkan kebanyakkan ahli yang tinggal didalam MCA berlagak seperti badut. Allan Liew adalah yang terbaru mengikut jejak langkah ahli yang lain dalam usaha menjatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan membuat laporan polis terhadapnya. Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor dan Pulau Pinang, semua orang telah cuba untuk menjatuhkan Guan Eng, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MB Selangor Khalid Ibrahim. Pemimpin BN kelihatan begitu paranoid terhadap pembangkang dan tidak yakin pada diri mereka, begitu juga semua menteri-menteri, ahli politik hinggalah kepada orang biasa. Baru-baru ini, NgYen Yen, Menteri Pelancongan seperti yang lain, membuat kekecohan besar dengan mempersoalkan keupayaan kerajaan Pulau Pinang untuk mentadbir berdasarkan masalah tempat letak kereta sahaja. Sementara itu, Jessie Ooi yang cuba menyerang telah memakan dirinya hanya kerana tempat letak kereta dan trak tunda. Begitu hebat kesan yang ditinggalkan akibat insiden itu yang masih terngiang-ngiang hingga ke hari ini. Sangat merbahaya, namun PAS tidak pernah membunuh orang Cina Bagi Allan Liew pula, tiada siapa yang tahu sehingga dia membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng yang telah berkata bahawa, "PAS tidak pernah membunuh orang Cina". Apa yang berlaku ialah semasa perdebatan yang diadakan awal bulan ini, Presiden MCA, Chua Soi Lek telah memberi amaran bahawa orang Cina patut takut kepada PAS kerana mereka sangat berbahaya dan mahu melaksanakan hukum hudud. Guan Eng menyangkal hujah dengan berkata bahawa "PAS tidak pernah membunuh seorang Cina". Umno rasa bersalah kerana ahli-ahlinya pernah mencincang beberapa orang Cina semasa rusuhan 13 Mei, 1969, mungkin inilah sebabnya mereka cuba mempengaruhi ahli MCA seperti Allan Liew dengan membuat laporan polis terhadap sesuatu yang dikatakan bersifat perkauman! Sebaliknya, MCA kelihatan seperti menjadi keterlaluan dalam melindungi Umno. Tetapi seperti biasa, ia hanya memakan diri sendiri. Dengan menunjukkan sikap tunduk dan pengecut kepada Umno, tuduhan terbaru terhadap MCA ialah ia berkemungkinan besar sanggup mengkhianati masyarakat Cina hanya untuk meraih kuasa politik. Lihatlah laporan polis terhadap Guan Eng - yang merupakan pemimpin Cina juga. Mereka begitu hipokrit dan berpura-pura sensitif ke atas perkataan 'membunuh'. Jika dalam perjalanan ke tempat kerja, ekzos kereta saya tiba-tiba bocor, dan membuat bunyi yang bising di tempat letak kereta yang memaksa saya untuk 'mematikan' enjin, adakah pengendali tempat letak kereta akan mengatakan saya melakukan pembunuhan? Setiap pagi, saya bangun mendengar kokokan ayam jantan 'membunuh' kesunyian subuh. Perlukah saya membuat laporan terhadap ayam jantan itu kerana mengganggu tidur saya? Bodoh tak sedar diri Sejak kebelakangan ini, BN sering membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng seolah-olah kedua-dua mereka adalah penjenayah terbesar di negara ini. Kita tahu bahawa Anwar dan Guan Eng bukanlah malaikat, tetapi, oleh kerana terlalu banyak cubaan tidak masuk akal untuk menjatuhkan mereka, imej mereka bertambah baik dimata rakyat. Entah kenapa, kedua-dua pemimpin ini seolah-olah sentiasa sahaja menjadi saingan politik mereka dengki, menjadikan mereka tidak terkawal, setiap masa dan bila ada saja peluang, akan bergegas ke balai untuk membuat laporan polis terhadap mereka. Adakah mereka berharap dalam banyak-banyak percubaan ini, satu akan menjadi kenyataan dimana polis akhirnya akan memenjarakan kedua-dua 'malaikat' ini. Ya, lebih banyak BN buat, lebih ramai yang mempertahankan mereka. Adakah, MCA tidak tahu pihak polis mempunyai banyak kerja yang penting untuk dilakukan daripada melayan orang bodoh seperti Allan Liew? Yang pasti ini bukanlah laporan polis yang terakhir terhadap Guan Eng dan Anwar. Sehingga BN memperoleh majoriti dua pertiga, pasangan itu akan terus menjadi sasaran. Percubaan untuk membunuh karier politik mereka sudah dilakukan! Oops! Tersilap cakap pula! Ia sepatutnya "membungkus" atau menamatkan karier politik mereka. Modus operandi BN adalah membunuh dua ekor burung dengan satu batu ... Alamak, silap lagi! ... sudah terbiasa sehinggakan kita terfikir adakah BN sudah kehabisan idea. BN telah kehabisan idea yang bagus dan tidak mampu berfikir lagi! Pusat urut dan ang-pow putih Tidak hairanlah, yang dikasihi, bekas PM Mahathir Mohamad yang sudah berusia 86 tahun masih mempunyai kelebihan berbanding mereka. Sebagai penaung Perkasa dan mempunyai hubungan yang baik dengan Jati dan Mufti Perak, kebenaran untuk menggunakan 'Unsur Kristian' untuk menggagalkan pilihanraya yang akan datang adalah sekurang-kurangnya idea yang lebih segar. Tetapi ia sama sahaja, tetap keji! Sementara itu, hujah-hujah bodoh Chua Soi Lek, dalam perdebatan baru-baru ini antara DAP-MCA begitu kelakar, manakala anaknya Tee Yong seolah-olah berfikir bahawa perkembangan pusat urut dan industri seks lain yang berkaitan adalah disebabkan oleh sikap yang acuh tak acuh kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Seseorang perlu memberitahu Tee Yong untuk bertanya kepada ayahnya - benarkah jika manusia mahu menjadi 'kelakar', mereka akan lakukan apa sahaja untuk memenuhi naluri mereka dan tiada siapa pun boleh menghalang mereka, tidak juga satu atau dua kamera DVD tersembunyi! Kemudian, ada pengerusi cawangan MCA Collin Tiew, yang meletak jawatan dengan tiba-tiba selepas dia telah dipersalahkan kerana membantu Ibrahim Ali untuk mengedarkan ang-pow putih. Anehnya si angkuh Ibrahim, yang telah mempergunakan 13 Mei semasa perhimpunan Bersih pada 9 Julai, tidak merasa keperluan untuk meletak jawatan atau meminta maaf, tapi, MCA pula yang beriya-iya memaksa Collin meletak jawatan. Mempergunakan kelemahan komunit- benarkah? Bagi Chew Mei Fun pula - masih ingat padanya? - Baru-baru ini, dia telah memberi amaran kepada pengundi Cina, "jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam Barisan Nasional, ia adalah merbahaya, masyarakat Cina tidak mampu untuk menanggung lagi satu peristiwa 13 Mei" bukankah ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab? Ini menunjukkan Mei Fun sebenarnya menyokong ancaman 13 Mei yang begitu kerap dibuat oleh orang-orang seperti Perkasa dan Umno. Jika MCA kalah dalam pilihan raya akan datang, orang Melayu akan membawa parang mereka dan keluar membunuh ... oops! ... orang Cina memang pelik. Terlalu terdesakkah mereka sehingga sanggup berkata sesuatu seperti itu? Ada diantara kita telah mendengar bahawa strategi 13 Mei ini sebenarnya telah disyorkan oleh MCA kerana mereka tahu kelemahan masyarakat mereka sendiri. Sebelum ini kita tidak percaya MCA boleh mengkhianat sebegitu rupa - sekarang, kita tidak pasti lagi bukan? Apa pun, dengan begitu ramai orang politik yang gila sekarang, MCA telah membunuh diri sendiri. Tiada 'oops' sekarang kerana ia memang padanlah dengan pihak yang suka menggunakan muslihat itu. MCA perlu sedar majoriti orang Cina enggan memandang mereka dengan serius kerana terlalu banyak badut yang tidak berprinsip menjadi ahlinya. MCA adalah seperti sarkas yang besar, semua sedang berusaha mencuri perhatian dengan berpura-pura menjadi ahli politik yang waras. Ia telah mencapai tahap di mana rata-rata orang Cina mengelakkan diri dari MCA bagaikan wabak dan tidak peduli untuk memberikan apa-apa sebab sekali pun. Malaysia Chronicle |
WAJIB BACA: Senarai jasa UMNO membela Melayu... kahkahkah... Posted: 20 Mar 2012 01:00 AM PDT Adakah Umno membela nasib orang Melayu selama ini? Sudah lebih 54 tahun Umno memerintah negara kita ini, dan dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing dan kuasa ekonomi orang-orang Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Jadi kenapa pula Umno dan Perkasa sering melaung-laungkan yang orang-orang Melayu sering dipinggirkan. Siapakah yang sebenarnya telah meminggirkan orang-orang Melayu selama ini? Dan kenapa pula sudah lebih 54 tahun Umno memerintah dengan DEB untuk membantu masyarakat Melayu, namum sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu pada kebanyakan masih hidup di dalam keadaan miskin dan daif? Kenapa sehingga ke hari ini, di kebanyakan perkampungan masyarakat Melayu masih tidak mempunyai kemudahan air, jalan dan elektrik di kawasan-kawasan tempat tinggal mereka? Kenapa pula dengan adanya Umno yang mendakwa dirinya jaguh Melayu, masih terdapat orang-orang Melayu yang buta huruf, tidak dapat menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi, ekuiti pemilikan orang-orang Melayu di dalam sektor ekonomi masih jauh ketingggalan walaupun terdapat sistem kuota yang melindungi mereka? Selain daripada itu, ramai pula muda-mudi Melayu yang terjebak di dalam kancah jenayah seperti lumba haram, gejala mat rempit, penagihan dadah, ragut dan sebagainya. Di dalam bidang politik pula, kenapa pula timbul beberapa parti politik Melayu yang bukan Umno sedangkan Umno sering mendakwa diri mereka pembela Melayu yang tulen? Jadi, adakah Umno ini benar-benar jaguh Melayu dan sejauh manakah keberkesanan Umno ini sebagai jaguh Melayu seperti yang didakwanya selama ini? Skandal dan penyelewengan yang merugikan Kita telah melihat, menyaksikan dan membaca pelbagai jenis skandal dan penyelewengan yang telah banyak merugikan orang-orang Melayu. Wang-wang dan peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk membangun dan memajukan ekonomi masyarakat Melayu sering digunapakai oleh Umno dan kroni-kroni mereka yang berkepentingan diri. Akibat daripada itu, terjadilah bermacam-macam masalah, skandal dan penyelewengan bukan setakat ratusan Ringgit tetapi menjangkau kepada berbilion Ringgit jumlahnya. Di sini kita paparkan beberapa jenis skandal dan penyelewengan yang sememangnya telah banyak merugikan orang-orang Melayu selama ini: 1)Skandal Bank Bumiputra Malaysia Bhd yang menyebabkan kematian, 2)Penyelewengan saham di dalam Renong Bhd, 3)Penyelewengan saham dan kerugian di dalam Sime Darby Bhd, 4)Dana Felda yang hampir kosong dan boleh dikatakan telah muflis kalau bukannya suntikan dana baru oleh kementerian kewangan, 5)Pemberian permit import kenderaan mewah kepada kroni-kroni Umno, 6)Skandal komisen pembelian kapal selam Scorpene yang berakhir dengan kematian, 7)Skandal dalam PSC-Naval Dockyard yang melihat kos pembinaan kapal-kapal perang meningkat secara mendadak, 8)Kos pembinaan lapangan terbang KLIA 2 yang semakin meningkat dengan mendadak, 9)Skandal upahan kepada FBC Media bagi mempromosi imej Najib dan Rosmah dengan pujian-pujian buatan sendiri, 10)Kerugian berturut-turut Penerbangan Malaysia (MAS), 11)Kerugian berturut-turut Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), 12)Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang mencatatkan kehilangan berbilion Ringgit, 13)Kerugian pelaburan dalam Tabung Haji, 14)Skandal kondo-lembu dalam National Feedlot Corporation Bhd (NFC), 15)Pemberian pinjaman KWSP tanpa faedah kepada pembeli-pembeli rumah yang tidak layak mendapatkan pinjaman perumahan, 16)Pemansuhan pembayaran balik pinjaman kepada KWSP oleh kementerian kewangan. Dan jika dijumlahkan kerugian-kerugian yang dialami hasil daripada skandal dan pelbagai bentuk penyelewengan di senarai ini, bukan sahaja berbilion Ringgit, malah, jumlah yang bilangan angka yang lebih daripada berbilion Ringgit. Jika sekiranya jumlah wang tersebut digunakan dengan cara yang telus, cekap dan jujur, sudah tentu jumlah tersebut akan mencukupi bagi membantu dan memanfaatkan masyarakat Melayu pada keseluruhannya dalam apa jua bentuk, tidak mengira, pendidikan, ekonomi ataupun sosial. Kontrak bumiputra dimonopoli Umno Mengikut polisi-polisi yang ditetapkan di dalam DEB, kontrak-kontrak kerajaan hendaklah diberikan kepada kontraktor-kontraktor bumiputra yang berkebolehan dan berkelayakan mengikut kelas-kelas yang akan ditetapkan. Akan tetapi, orang-orang Melayu biasa selama ini tidak pernah diberikan kontrak-kontrak sepertimana yang ditawarkan mengikut perlaksanaan DEB, kerana hampir kesemua jenis kontrak yang ditawarkan telah dan sedang dimonopoli oleh kroni-kroni Umno yang kebanyakan terdiri daripada kalangan ketua-ketua bahagianUmno, ketua cawangan Umno, ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan Umno, ahli-ahli majlis perbandaran, ahli-ahli JKKK, ahli-ahli parlimen serta ahli-ahli dewan undangan negeri Umno. Oleh itu, adakah orang-orang Melayu biasa dapat menerima kontrak-kontrak kerajaan yang selama ini dimonopoli secara terus oleh para pemimpin Umno ini? Sudah tentunya tidak. Dan jikalau mereka-mereka ini inginkan kontrak daripada kerajaan, mereka dikehendaki mengisi borang untuk menjadi ahli Umno terlebih dahulu, dan kemudiannya bertanding merebut jawatan dalam parti. Kalau menang boleh mendapat habuan, tetapi kalau kalah, apa pun tak dapat. Sementara di kalangan ketua-ketua bahagianUmno, ketua cawangan Umno, ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan Umno, ahli-ahli majlis perbandaran, ahli-ahli JKKK, ahli-ahli parlimen serta ahli-ahli dewan undangan negeri Umno ini menjadi kaya raya, maka gelaran "bumiputra" digunakan dalam umum yang kononnya ada banyak orang-orang Melayu yang telah berjaya di dalam bidang ekonomi tetapi sebenarnya hanya kroni-kroni Umno sahaja yang berjaya menjadi kaya-raya sementara orang-orang Melayu biasa masih miskin, tidak maju dan terpinggir. Siapakah meminggirkan siapa? Persoalan yang masih hangat didengar pada hari ini, adalah menurut Umno dan Perkasa, orang-orang Melayu sering dipinggirkan, terutamanya di negeri Pulau Pinang yang dahulunya diperintah oleh Parti Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN), di mana bekas ketua menteri Dr Koh Tsu Koon seringkali dituduh meminggirkan masyarakat Melayu, dan apabila Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP mula memerintah Pulau Pinang, ketua menteri sekarang, Lim Guan Eng pula dituduh meminggirkan masyarakat Melayu dengan pemerintahan "kejam"nya. Kerajaan negeri Pulau Pinang dilabel oleh Umno dan Perkasa sebagai kerajaan Cina Pulau Pinang, sementara kerajaan negeri Perak (sebelum Februari 2009) dilabelkan sebagai kerajaan boneka Cina Perak, manakala kerajaan negeri Selangor sering dicapkan sebagai kerajaan pengkhianat bangsa Melayu dan bermacam-macam lagi gelaran yang berunsurkan perkauman. Soalannya adalah siapakah yang sebenarnya meminggirkan masyarakat Melayu selama ini? Parti Gerakan yang telah memerintah Pulau Pinang bersama dengan Umno sejak dari 1969 sehingga 2008, orang-orang Melayu masih terpinggir, Umno yang memerintah negeri Perak dan Selangor sejak dari tahun 1957 hinggalah 2008, masyarakat Melayu juga masih terpinggir, Umno yang telah menjadi tunggak utama di dalam kerajaan persekutuan BN sejak daripada 1957 sehingga sekarang dan punyai kuasa yang amat meluas untuk melaksanakan pelbagai jenis pembangunan didokong penuh pula dengan DEB, tetapi orang-orang Melayu masih dipinggirkan menurut Umno dan Perkasa. Siapakah yang memerintah negara ini dan beberapa buah negeri selama ini, sebelum wujudnya Pakatan Rakyat? PKR dan DAP yang baru sahaja mengambil-alih tampuk pemerintahan beberapa buah negeri pada tahun 2008 telahpun dituduh mengkhianati dan meminggirkan orang-orang Melayu, Umno telah memerintah lebih daripada 54 tahun, lebih lama daripada mana-mana parti di negara ini dan masyarakat Melayu masih juga terpinggir, hidup dalam keadaan daif, tercirir dalam arus pendidikan dan pembangunan. Ya, yang telah menjadi kaya-raya, mendapat jumlah wang dan harta yang banyak hanyalah orang-orang Umno sahaja, bukannya orang-orang Melayu. Orang-orang Umnolah yang selama ini telah meminggir dan merosakkan kredibiliti masyarakat Melayu pada keseluruhannya. Malaysia Chronicle |
Najib oii, Bangang tu simpan la kat Rosmah sama... kahkahkah... Posted: 19 Mar 2012 11:00 PM PDT Najib hanya pandai cakap idea orang KUALA LUMPUR- Tidak masuk akal sama sekali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membawa Malaysia ke tahap negara maju jika isu pembantu rumah pun dia tidak tahu selesaikan. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu tersebut tetap tidak tahu diselesaikan oleh pentadbiran Najib walaupun telah berlarutan sekian lama. "Kegagalan Najib menyelesaikan isu pembantu rumah merupakan satu lagi bukti jelas bahawa dia hanya pandai bercakap dengan idea dan fikiran orang lain sahaja. "Itu sahaja kebolehan Najib termasuk mengulang sebut pelbagai singkatan atau akronim yang orang lain reka sedangkan dia sendiri tidak boleh diharapkan hatta untuk menyelesaikan isu pembantu rumah sekalipun," katanya. Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, sebelum ini, telah berkali-kali didakwa kononnya isu itu sudah selesai. "Setiap kali Perdana Menteri makan angin ke Indonesia, digembar-gemburkan kononnya isu itu akan diselesaikan oleh beliau. Mana penyelesaiannya? "Sama seperti isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Felda, MAS serta terlalu banyak isu lain, Najib berkali-kali membuktikan dengan jelas kepada rakyat bahawa beliau tidak tahu dan langsung tidak mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan hampir semua masalah," kata Mahfuz. Menurut Mahfuz, masalah pembantu rumah ini memerlukan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. "Dalam perbahasan di Parlimen selepas ini, saya akan nyatakan kegagalan kerajaan melaksanakan penyelesaian jangka panjang yang telah berkali-kali dicadangkan oleh pelbagai pihak dan betapa wang negara RM250 juta yang seolah-olah dikendurikan kepada keluarga Ketua Wanita Umno boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan penyelesaian yang berulang kali dicadangkan itu," kata beliau. Mahfuz meminta rakyat menilai betapa tidak berkebolehannya pentadbiran Najib menyelesaikan masalah rakyat itu. "Ia juga membuktikan bahawa masalah yang dihadapi oleh rakyat, tidak kiralah masalah pembantu rumah, kenaikan harga barang atau apa sahaja masalah rakyat, tidak diberi keutamaan oleh pentadbiran Najib. "Yang tidak habis-habis beliau lakukan ialah bercakap berdegar-degar kononnya dia pandai sangat untuk mengatasi pelbagai masalah negara ini. "Sedangkan, keriuhan beliau mengenai pelbagai perkara termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) misalnya terbukti menjadi bahan persendaan orang-orang Umno sendiri. Nyata sekali Najib tak mampu," kata beliau. Krisis pembantu rumah semakin meruncing apabila Indonesia baru-baru ini menetapkan polisi "satu amah, satu tugas" dengan gaji minimum RM700. Polisi itu bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain dan gaji minimumnya adalah RM700. Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka. Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah. -harakahdaily |
BONGKAR!! Dari sumber dalaman UMNO... Posted: 19 Mar 2012 09:00 PM PDT PKR dakwa PM campur tangan saman kes Felda Kerajaan BN didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda, dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution. Katanya, dakwaannya itu berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu. Beliau juga menunjukkan kepada wartawan, satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu. "Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate 'OER'), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. "Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya." Menurut Saifuddin, kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu. "Membabitkan hakim adalah jelas menunjukkan kes manipulasi mahkamah," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Campur tangan secara jelas Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara. Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan. Felda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan OER. Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang. Selain berdepan dengan saman OER, Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Turut hadir ialah ahli parlimen Subang R Sivarasa yang mewakili peneroka dari Serting Hilir dan dan penempatan Felda Raja Alias dalam tuntutan mereka. "Beri taklimat kepada peguam tidak menjadi masalah, tetapi terpulang kepada hakim untuk mendengar hujah daripada peguam, bukan untuk mengikut arahan daripada Perdana Menteri," kata Sivarasa. Beliau bimbang perkembangan terbabru yang didedahkan itu akan menjejaskan peluang peneroka Felda yang turut menyaman kerajaan. |
HOT!! HOT!! Lelaki ketiga dah nak terbongkar... kahkahkah... Posted: 19 Mar 2012 07:00 PM PDT SIAPA UPAH SIRUL DAN SIAPA UPAH AZILAH KOMENTAR ini kes paling baik untuk rakyat malaysia sebelum pilihanraya rakyat malaysia akan tahu siapa sebenarnya najib razak ini semua pembaca tukar tiub akan gumbiraaaa kah kah kah untuk sekian lama siapa bunuh altantuya ditutup kini kes ini terbongeng di kota paris NOTA: patutlah razak baginda tak keluar negara lagi patutlaha najib razak hanya beranai jumpa doktor di perth kah kah kah SIAPA DIA JANTAN KETIGA? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...AKHIRNYA TERBONGGENG.... kah kah kah.. kah kah kah..SEMUA AKAN DI KETAHUI... kah kah kah.. kah kah kah... SIAPA JANTAN KE TIGA YANG TERBANG BERSAMA ALTANTUYA.... kah kah kah KOMENTAR akhirnya undang undang negara kapir yang membantu negara islam akhirnya hakim yang makan babi yang buka kan kes pembunuhan ini akhirnya hakim yang minum arak yang buka kan kes rasuah ini hakim di negara islam hanya tunggng tunggit sampai hitam dahi gaha ke simim tapi tak berani sissat kes bunuh dan rasuah SUARAM AKAN DIBERI AKSES KERTAS SIASATN SCORPENE - mkini Kumpulan hak asasi manusia Suaram, yang memfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia, akan diberi akses kepada kertas siasatan pendakwaraya dalam dua minggu lagi. Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata meskipun NGO itu tidak menaruh banyak harapan, namun akhirnya selepas "menunggu dengan penuh debaran" selama dua tahun sistem kehakiman di Perancis akan mendengar kes itu. "Kami saksikan dengan tidak percaya, bagaimana pejabat pendakwa mula membongkar maklumat lanjut mengenai komisen yang dibayar itu, invois perjalanan dan bayaran lain yang dibuat," katanya pada sidang akhbar semalam.- Bro TT |
Posted: 19 Mar 2012 05:00 PM PDT Wikileaks: Pejabat Anwar nafi paksa keluarkan RPK Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan keputusan tidak memasukkan penulis blog Raj Petra Kamarudin dalam forum Wikileaks dibuat penerbitnya sendiri dan pihaknya tidak pernah memaksa perkara itu. Ketua staf di pejabat itu Ibrahim Yaacob berkata, permohonan asalnya untuk wawancara Pengarah Wikileaks Julian Assange dengan Anwar dan nama Raja Petra sebagai "penumpang" hanya diberitahu kemudian. "Makanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange," kata Ibrahim. "Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya." Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilapor menyifatkan Anwar sebagai tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan Raja Petra dalam program di England itu. Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu dilapor berjalan dengan mempertemukan Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype. Najib kelmarin dilapor berkata, keputusan Anwar itu tidak konsisten dengan amalan demokrasi dan sifat terbuka yang dilaungkan apabila tidak seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta "mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka". Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, beliau kesal dengan "tohmahan" itu kerana ia tidak berdasarkan fakta sebenar kerana tidak timbul soal debat kerana persetujuan hanyalah wawancara Anwar dengan Assange secara satu sama satu. Ibrahim sebaliknya berkata, Najib sebaliknya yang patut berdebat dengan Anwar berkaitan isu nasional kerana ia pasti memberi manfaat banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. |
Lelaki Bosnia jalan kaki ke Mekah... Posted: 19 Mar 2012 03:00 PM PDT Lelaki Bosnia ini sanggup berjalan kaki ke Mekkah untuk menunaikan Haji Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada Khamis Mac 15 yang lalu. "Jujur saja sebelum saya memulakan perjalanan ini semua orang bimbang terhadap saya menanyakan bagaimana saya, sebagai seorang Muslim boleh memulakan perjalanan meskipun melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan Bulgaria" kata Senad Hadzic 47 tahun. Bercita-cita untuk melakukan haji iaitu pada akhir Oktober nanti Hadzic akan berangkat untuk melakukan perjalanan panjangnya dari kampung halamannya di utara Bosnia pada Disember 2011. Jaraknya kira-kira 3600 batu dari Bosnia ke Mekah dan ia akn menempuh di antara 12 hingga 20 batu setiap hari. Dalam beg di belakangnya ia membawa mushaf Al-Qur'an dibungkus dalam plastik untuk melindunginya dari cuaca yang tak menentu. Dia juga membawa peta dan bendera dari enam negara yang akan diseberanginya. Dia telah berjalan sejuah 600 batu setakat ini dan tentunya menghadapi bermacam-macam masalah. Di Istanbul contohnya dia terkandas selama 20 hari dan berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk berjalan menyeberangi Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Eropah ke Asia yang terbuka hanya untuk kenderaan. Pada akhirnya berjaya ia memutuskan untuk meneruskan perjalanan menuju Makkah walaupun tanah Syria sedang bergolak. "Saya akan memberitahu anda bahawa perjalanan ini telah mempunyai berjuta-juta masalah" kata Hadzic. "Saya akan menjelaskannya kepada anda seperti ini: Insya Allah, saya akan masuk Asia hari ini, dan kemudian Syria. Dan saya tidak takut tank atau peluru, hanya Allah. Dan apabila saya boleh sampai ke Makkah dan saya akan berdoa untuk kita semua." Jutaan Muslim dari seluruh dunia berkumpul di Mekah setiap tahun untuk menunaikan haji, salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap Muslim dewasa yang berbadan sihat dan yang secara kewangan mampu membayar perjalanan haji wajib melakukan tuntutan ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Setelah berjalan melalui pelbagai negara, Hadzic mendapat banyak pengalaman dan menerima banyak kebaikkan daripada banyak orang. "Ada seorang tua bijaksana Turki muncul dan ketika ia tahu bahawa saya datang dari Bosnia ke Istanbul dengan berjalan kaki maka ingin memberika saya duit supaya saya naik di dalam pesawat dan terus ke Makkah untuk haji" kata Hadzic. "Tapi saya saya menolaknya." Musafir dengan bekalan duit yang sedikit, Hadzic mengatakan dia sangat menghargai pada kebaikan orang asing dalam perjalanan panjangnya. "Di Serbia orang keluar di jalan dan memberi saya topi atau kaus kaki" kata Hadzic. "Dalam satu cerita seorang profesor di Serbia mengundang saya untuk tinggal di rumahnya. Ini profesor Serbia yang beragama Kristian mengatakan kepada saya bahawa saya adalah muslim pertama yang melangkah di rumahnya dalam hidupnya. Ini adalah kehormatan besar bagi saya." Hadzic mengatakan ia harus melakukan perjalanan dengan berjalan kaki kerana Allah membantunya dalam mimpi melihat perjalanan ini sebagai manfaat untuk dirinya sendiri dan semua orang yang ditemuinya. "Dengan Langkah ini saya membuktikan bahawa semua yang saya lakukan adalah kerana kasih saya kepada Allah" kata Hadzic. "Demi apapun yang ada di dunia saya tidak akan menghentikan apa yang saya lakukan." Meskipun belum setengan jalan namun banyak hal yang telah Hadzic pelajari. "Pengalaman yang paling beharga yang saya dapat ialah, belajar erti 'berterima kasih' dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang-orang miskin yang tinggal di luar bandar mencintai Allah dan menyokong saya dengan kemurahan hati" kata Hadzic. |
Si Kadiaq dah naik hangin... hehe... Posted: 19 Mar 2012 01:00 PM PDT Kadir Sheikh Fadzir isytihar keluar Umno KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengisytiharkan keluar Umno hari ini. "Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya. "Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri. "Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam Umno yang saya menjawat," ujarnya. Tindakan beliau mengkritik kepimpinan Umno dan kerajaan hari ini telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin utama parti itu. Kritikan beliau selaku Timbalan Presiden Amanah terhadap Umno termasuk mendedahkan pembelian undi semasa pilihan raya umum jelas menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin utama Umno. -Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan