shalehudin |
- HEBAT!! Dia buat apa yang UMNO tak boleh buat...
- TERHOT!! Bapok-bapok bersandiwara...
- FAKTA: Orang BN dah tak dak teloq... kahkahkah...
- Ewwahh!! KJ jalan ngan sapa tu...
- Pelakon Popular Di Tahan Polis...
- Tun Daim dah pecah lobang daa... kahkahkah...
- TERHOT!! Giliran Zahid Hamidi pulak.. kahkahkah...
- Subhanallah! Kuasa Allah Yang Sangat Hebat
- Annuar bakal dikenakan tinakan...
HEBAT!! Dia buat apa yang UMNO tak boleh buat... Posted: 17 Mar 2012 10:27 AM PDT Hakim Amerika Pertahan Islam Di Mahkamah Mungkin agak ganjil mendengar tajuk di atas . Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika,Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam. Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama .Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah AlQuran sejurus berlakunya tragedi 911. Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk ""People Want to Know, so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan " kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia." Kes terbaru yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik minat saya untuk menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w . Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut. Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut. Kes tersebut telah dibicarakan dihadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut :- "Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan." Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :- " Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka . Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ) . Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah . Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kenan berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan 'Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu. Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata " Jika Allah mengkehendaki" ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan.. Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai 'ugly Americans" ( Amerika yang hodoh ) . Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain." Di dalam satu kes yang lain yang melibatkan seorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi alasan seorang Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti berikut " Jika Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam- iaitu Adam dilarang memakan buah yang dilarang- sebelum beliau diperintah keluar dari syurga , siapakah kamu ( majikan ) yang dengan sewenang-wenangnya memecat pekerja kamu tanpa memberi alasan." |
TERHOT!! Bapok-bapok bersandiwara... Posted: 17 Mar 2012 08:50 AM PDT Anggota polis tawar beri keterangan pada tribunal Beberapa anggota polis yang masih berkhidmat, telah memaklumkan kepada Malaysiakini mengenai kesediaan mereka tampil secara sukarela memberi keterangan kepada tribunal berhubung dakwaan salahlaku terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Keterangan tersebut, tegas mereka, akan melampaui dakwaan wujudnya pakatan sulit antara kedua-duanya dengan penjenayah. Malaysiakini telah menyiarkan satu siri laporan sejak seminggu lalu mengenai dakwaan bahawa pasukan polis bersekongkol dengan penjenayah. Ia dipercayai telah mendorong anggota polis berkenaan yang masih berkhidmat itu, untuk tampil memberi keterangan. Mereka - yang enggan mendedahkan nama melainkan sebuah tribunal ditubuhkan - berkata ketika pasukan itu bertambah baik di bawah kepimpinan Tan sri Ismail Omar sekarang, namun pengaruh Peguam Negara Abdul Gani masih menimbulkan rasa takut di kalangan banyak pihak. Ini, kata mereka, akan berterusan melainkan sebuah tribunal bebas ditubuhkan. Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) meminta bukti terhadap dakwaan salahlaku tersebut. Ini ekoran laporan Malaysiakinimengenai ucapan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Ramli Yusuff, yang mendakwa Gani bersama dengan Musa dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, telah menganiayainya dan orang-orangnya. Tuduhan itu berasal daripada siasatan mereka terhadap Goh Cheng Poh atau Tengku Goh, seorang penjenayah dari Johor yang didakwa mendapat sokongan Musa. Tengku Goh ditangkap oleh Ramli pada 1 Ogos 2007 tetapi dibebaskan empat bulan kemudian. Ketika dakwaan semakin menggunung, Musa kemudiannya disiasat dan dibersihkan oleh Abdul Gani dan BPR, manakala kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung sehingga persaraannya pada 2010. Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini persoalan mengenai dakwaan pembabitan kedua-duanya itu, masih berterusan. |
FAKTA: Orang BN dah tak dak teloq... kahkahkah... Posted: 17 Mar 2012 06:00 AM PDT Pemimpin BN baling telur kepada Pakatan Rakyat Kebenaran sentiasa sakit... Kecewa dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meramalkan BN mungkin akan berakhir makan "telur" atau mendapatkan 'sifar' kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada Mei atau Jun, pemimpin BN menuduh Lim Guan Eng sebagai angkuh dan bersikap buruk. "Ini adalah tanda pemerintahan diktator. Kenyataan Lim Guan Eng ini adalah tidak demokratik kerana mahu merebut semua kuasa dan langsung tidak meninggalkan ruang untuk suara yang bertentangan", keluh pemimpin Gerakan, Baljit Singh yang dilaporkan berkata sebagai tindak balas kepada kenyataan Guan Eng. "Lim tidak seharusnya terlalu angkuh dan sombong untuk berharap bahawa Pulau Pinang, terutamanya golongan profesional, dari semua kaum, akan terus menyokong PR dengan majoriti dua pertiga, kerana terdapat kekeliruan terlalu banyak dalam hal-hal pembangunan di sini. Ia adalah jelas bahawa Lim adalah seorang jaguh kampung semata-mata kerana dia telah berjaya ditipu penduduk kampung, terutama masyarakat Cina, dengan bermain sentimen perkauman", kata Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin. Tetapi kritikan pemimpin Bn itu tidak goyah bagi Guan Eng, kerana beliau menyatakan perkara tersebut dengan fakta, kerana sesungguhnya peluang Bn dibinasakan dalam PRU13 adalah tinggi. Malah kenyataan mereka hanya mendedahkan ketakutan Bn yang hakikatnya akan memperolehi kerusi 'sifar' pada PRU13 nanti. Salahkan diri kamu sendiri, bukan Pakatan Rakyat Sebagaimana ketegasan pemimpin Pakatan Rakyat nyatakan, bukannya Lim Guan Eng yang harus dipersalahkan, malah BN harus menyalahkan dirinya sendiri. Mereka bukannya bekerja secara serius untuk mencabar kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat dengan melakukan sesuatu yang masuk akal dan diterima oleh Rakyat, tetapi mereka telah menunjukkan segala macam aksi yang memualkan untuk mengeruhkan pentadbiran negeri. Walaubagaimanapun, Lim Guan Eng dan pasukannya berjaya menarik pelaburan yang cukup tinggi untuk Pulau Pinang dan menjadikan mereka negeri ke-2 terbaik bagi urus tadbir di kalangan 13 negeri-negeri dalam negara ini. Dimana negeri yang mendapat tempat pertama adalah Selangor, satu lagi negeri Pakatan Rakyat. "Untuk 3 tahun yang telah berlalu, kita masih di kedudukan yang ke-2 teratas dalam prestasi ekonomi dan pelaburan. Lihatlah 'bom' yang mereka campakkan kepada kami, dari isu 'azan' khutbah Jumaat, orang Kristian menjadi perdana menteri dan sebagainya... tetapi Rakyat sudah bijak menilai", kata ADUN PKR Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin. Rakyat Derita Sama ada Bn akan mendapat telur atau tidak akan bergantung kepada tindakan mereka terutama aksi-aksi mereka yang tidak bertamadun yang dilakukan oleh puak-puak Bn semasa ceramah dan semasa perhimpunan dengan perlindungan polis. Rakyat juga memerhatikan kelakuan pemimpin-pemimpin mereka yang jelas mengkhianati rakyat sebagaimana kelakuan Perdana Menteri Najib Razak yang dilimpahi dengan kemewahan dan dalam masa yang sama membiarkan Rakyat menderita... |
Ewwahh!! KJ jalan ngan sapa tu... Posted: 17 Mar 2012 05:38 AM PDT Khairy, Hero Yang Bertukar Penjilat SATU ketika dulu, dizaman kanak-kanak kita selalu didendangkan dengan lagu 10 budak hitam. Setiap seorang budak hitam dengan kisah masing-masing yang menyebabkan seorang demi seorang hilang, dipenghujung itu tinggallah seorang. Percaya atau tidak, lagu rakyat yang popular itu akhirnya menjadi kenyataan di abad ke 21 ini. Di zaman Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, golongan budak hitam ini begitu bermaharajalela. Mereka ditempatkan di satu tingkat khas di bangunan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya iaitu di tingkat 4. Secara tidak rasmi, inilah pasukan penasihat sebenar Tun Abdullah yang membawa kepada kehilangan majoriti 2/3 BN pada 2008 dan 4 negeri (tambahan kepada Kelantan) ditangan Pakatan Rakyat. Dari ramai-ramai budak hitam yang mendiami Tingkat 4 satu ketika dahulu, kini hanya satu yang masih menonjol iaitu Khairy Jamaludin, itupun kerana dia sempat memaut jawatan Ketua Pemuda UMNO, tinggal beberapa hari sebelum bapa mertuanya melepaskan jawatan kepada Najib Razak. Yang lain, antaranya anak Rahim dan Naina Merican mencungap untuk survive dalam politik dengan menyelit disana sini di antara persekitaran politik yang kelam kabut untuk meneruskan hayat politik masing-masing. Anak Rahim umpamanya, mengorbankan nyawa seorang wartawan di Somalia untuk mengekalkan populariti dan Kelab Putera 1Malaysianya. Khairy sedar, dia adalah persona non grata dalam UMNO melihat dari kegagalannya dilantik sebarang jawatan dalam kabinet Najib dibanding rakan sejawatan lain dari sayap Puteri dan Wanita. Semua ini adalah lanjutan dari keterlangsungannya menggunakan kedudukan Tun Abdullah untuk mendaki tangga kepimpinan UMNO dengan cepat, meninggalkan para veteran yang lebih layak, jauh tertinggal di belakang. Maka itu Khairy perlu mencuba sesuatu yang ada 'WOW factor' untuk melonjakkan namanya dalam politik UMNO di era pentadbiran Najib ini atau dia juga akhirnya akan menjadi sesuatu yang cuma layak dikenang. Biadapnya pula, dalam usaha itu, dia menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai subjek percubaan,mengambil kesempatan dari bermulanya persidangan Dewan Rakyat penggal pertama tahun ini dengan kecaman bertubi-tubi berhubung kenyataan Anwar untuk melindungi keselamatan Israel. Tindakan Khairy di Parlimen pada Selasa diakui ramai sebagai tindakan biadap dan tidak beretika, datang dari seorang yang kononnya terpelajar. Nasib baik sahaja perbuatan itu dilakukannya di dalam Parlimen, dimana dia dilindungi imuniti dewan, kalau tidak penulis pasti tidak cukup tanah Khairy dikejar para peguam Anwar untuk menyampaikan saman. Awal-awal dulu penulis cukup kagum dengan Khairy kerana dialah orangnya yang bersusah payah menghantarkan pasport antarabangsa Anwar ke rumah beliau di Damansara untuk membolehkannya terbang ke Munich mendapatkan rawatan tulang belakang. Tapi benarlah kata orang, kuasa mengubah segala-galanya. Pengunduran Abdullah, ibarat hilang tempat bergantung, maka itu Khairy berpaling kepada taktik biasa untuk orang semalang nasibnya, mengampu dan menjilat pemimpin yang sedang berkuasa. Kita tidak kisahlah kalau dia nak menjilat, tapi kenapa membabitkan pemimpin seperti Datuk Seri Anwar? |
Pelakon Popular Di Tahan Polis... Posted: 16 Mar 2012 11:44 PM PDT Pelakon yang menjadi pujaan ramai peminat. Lakonan berkesannya membuatkan kita terpesona dengan filem lakonannya. Itulah George Clooney. Dia juga menjadi aktivis memperjuangkan krisis kemanusiaan yang berlaku di Sudan dengan mengingatkan dunia tentang apa yang berlaku di Sudan. Dia menyertai demonstrasi di Washington dan telah ditahan.Bintang filem Hollywood, George Clooney ditahan atas kesalahan keingkaran sivil ketika mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan Sudan di sini, semalam. Pelakon itu mengambil bahagian dalam protes mengingatkan dunia mengenai krisis kemanusiaan di sempadan antara Sudan dan Sudan Selatan. Bapanya, Nick juga ditahan ketika demonstrasi itu. George Clooney, seorang aktivis, telah beberapa kali mengadakan kunjungan ke rantau itu. Dia bersama bapanya dan juga beberapa aktivis dibawa dari lokasi protes dengan tangan digari selepas mengingkari amaran polis agar meninggalkan kawasan kedutaan. Turut ditahan ialah Martin Luther King III, anak pemimpin hak asasi sivil; Ahli Kongres Jim McGovern dan Jim Moran, masing-masing dari Massachusetts dan Virginia. Penahanan pelakon itu dibuat sehari selepas dia mengadakan pertemuan dengan Presiden Barack Obama di White House untuk membincangkan situasi di Sudan. Agak-agaknya ada tak pelakon di negara kita yang rela ditahan sebegini kerana perjuangan mereka!! ~ekeleh |
Tun Daim dah pecah lobang daa... kahkahkah... Posted: 16 Mar 2012 10:45 PM PDT Kemaruk kuasa Oleh Adil Mat Selamat Sungguh pun Parlimen belum dibubarkan, UMNO yang dikepalai oleh Najib Razak semakin ligat berkempen di seluruh pelusuk tanah air. Nampaknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya melihat saja, mungkin kerana mereka tidak mampu membezakan setiap lawatan Perdana Menteri ini atas kapasiti ketua kerajaan atau kepala parti. Inilah amalan yang menimbulkan masalah apabila urusan negara itu telah disalah guna untuk urusan parti. Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air. Dalam konteks pepatah ini, biasanya kita memahaminya sebagai mengambil kesempatan atas sesuatu peluang. Ia adalah dalam maksud yang baik contohnya, seseorang wartawan akan mengambil kesempatan atas kebolehannya menulis berita dengan menulis novel cereka. Tetapi di sini, konotasi 'sambil menyelam minum air' itu diterjemahkan oleh amalan politik UMNO secara negatif bila mana perbelanjaan untuk urusan parti itu diambil dari kantung negara iaitu wang cukai rakyat dan hasil sumber negara. Ia bukan duit parti yang disalahgunakan untuk kepentingan parti. Apabila sudah kemaruk dengan kuasa, sudah tentu apa sahaja peluang yang ada, akan dimanfaatkan sebaik-baiknya hingga mereka langsung tidak segan kepada khalayak rakyat. Sehinggakan Felda yang sepatutnya menjadi hak peneroka dari semua genereasi telah diuruskan seolah-olah ia milik UMNO. Niat murni sebagai topeng Baru-baru ini, menurut laporan media, Putrajaya akan tetap meneruskan niatnya untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), dengan atau tanpa 51 peratus saham daripada Felda Holdings yang dimiliki oleh peneroka Felda. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO dilaporkan sebagai berkata, kerajaan tidak akan menangguhkan penyenaraian tersebut sehingga Jun kerana mahu mengambil kesempatan daripada harga minyak sawit mentah (CPO) yang tinggi. Dari laporan tersebut, mesej paling utama ialah, walau apa pun terjadi, UMNO akan tetap meneruskan hasratnya walau pun ia terus dibantah oleh peneroka Felda yakni rakyat yang sedar keuntungan hanya akan dimiliki elit pemerintah bersama para kroni mereka. Begitu juga keadaannya apabila kerajaan yang kerja hakikinya bukan untuk berniaga ini, telah menggunakan rasional 'keuntungan' jualan dari harga minyak sawit yang sedang mencanak-canak ini. Kerana itulah maka kerajaan sanggup membelakangkan rakyat demi 'keuntungan' tersebut. Ini saja sudah bertentangan dengan slogan Najib iaitu 'rakyat didahulukan'. Ada udang di sebalik batu Berita Felda ini disambut dengan satu kenyataan dari bekas menteri kewangan dan bekas Bendahari UMNO Tun Daim Zainuddin bahawa UMNO tidak perlu untuk mengumpul dana pilihan raya dari pasaran saham kerana ia mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Singnifikannya bukan sahaja kerana waktu ia dilaporkan, tetapi inti kepada kenyataan ini jelas menunjukan bahawa niat sebenar UMNO dalam kes penyenaraian FGVH ke bursa saham itu 'ada udang di sebalik batu'. Penyenaraian FGVH ke bursa saham, dipercayai boleh membawa keuntungan kewangan yang banyak dan segera kepada UMNO, ini amat-amat diperlukan bagi sebuah parti yang sudah kemaruk untuk berkuasa dan mempertahankan kuasanya ketika menjelang pilihanraya akan datang. Jangan kita lupa bahawa, pilihan raya kali ini amat-amat genting buat UMNO selepas momentum tsunami 2008 dilihat tidak kendur-kendur hingga kini. Bagi Najib pula, pilihan raya ini akan menjadi penentu masa depan politik beliau. Melihat kepada senario inilah maka kita yakin bahawa niat regim untuk menyenaraikan FGVH ke bursa saham adalah untuk kepentingan parti, bukan untuk peneroka Felda. Jadi siapa yang mengkhianati amanah kepada orang Melayu, yakni peneroka Felda yang rata-ratanya dari kalangan masyarakat Melayu? Pecah lobang Inilah strategi atau amalan politik UMNO BN selama ini. Mereka menggunakan aset rakyat untuk kepentingan politik mereka, hujah-hujah yang menjustifikasikan tindakan mereka itu hanyalah pembohongan. Tun Daim ini bukan sahaja seorang yang mahir dalam urusan kewangan, beliau juga lebih tahu dan berpengalaman dalam permainan politik sebegini. Justeru, ulasan beliau itu jelas memberi isyarat kepada kedua-dua belah pihak iaitu BN dan Pakatan Rakyat. Amaran kepada UMNO-BN amat jelas bahawa amalan sedemikian sangat merbahaya untuk masa depan parti. Dan isyarat buat PR juga sangat mudah iaitu, ia menjadi satu peluru yang kuat untuk kempen pilihan raya akan datang ini. Dalam kes ini, Tun Daim sudah pecah lobang. Jadi, bagi PR dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), mereka harus fokus berkempen untuk memastikan aset ini tidak disalahgunakan oleh elit-elit UMNO yang sudah semakin teruk untuk mempertahankan kuasanya. Malah, ia bukan sahaja kempen untuk PR dan ANAK tetapi juga semua masyarakat prihatin. Isu Felda bukan sahaja isu untuk orang Melayu, ia soal amanah kerajaan terhadap rakyat semua kaum dan agama. Jika kerajaan sudah tidak percaya dengan rakyat, maka rakyat perlu memperbetulkan keadaan ini. – Roketkini.com |
TERHOT!! Giliran Zahid Hamidi pulak.. kahkahkah... Posted: 16 Mar 2012 06:31 PM PDT Zahid Hamidi akan senasib dengan Shahrizat? Blog Sharpshooter Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman yang dibawa oleh seorang ahli perniagaan, yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri itu. Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan mengarahkan menteri itu untuk membayar RM5,000 sebagai kos. Ahli-ahli panel yang lain ialah Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali. Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari, 2006. Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar penghujahan peguam Shamsul Bahari Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid, dan memutuskan bahawa ia tidak perlu bagi peguam, Amir Bazli, Karpal Singh, untuk membuat penghujahan. APA SEBENARNYA BERLAKU Ini adalah percintaan antara Amir Bazli Abdullah, seorang duda dengan anak kepadaDatuk Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah seorang janda. Percintaan ini tidak direstui oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Bukti percintaan ini bukan susah untuk pihak polis temui dan mungkin amat mudah untuk pihak polis menerbitkan motif serangan terhadap Amir Bazli Abdullah. Percintaan ini berlaku pada awal tahun 2005. Kronologi bermulanya perkenalan antaraAmir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi telah diterangkan dalam Afidavit guaman Sivil No MT1-22-1151 Tahun 2007 setelah dinasihatkan oleh peguam agar tuntutan sivil di buat memandangkan sehingga ke waktu ini, Polis gagal bertindak terhadap laporan jenayah terhadap Dato Ahmad Zahid Hamidi. Kronologi pertemuan antara Amir Bazli Abdullah danNurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi. 1. Saya telah menyertai konvoi "Big Biker" pada sekitar bulan Ogos 2005 dengan menaiki sebuah motosikal kepunyaan adik saya; 2. Pada masa tersebut, saya tidak mengenali anak defendan bernama Nurul Hidayah tersebut ataupun anak kecilnya; 3. Saya hanya mula mengenali Nurulhidayah pada sekitar bulan September 2005 dan beliau telah pun memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah pun bercerai dengan suaminya di sebuah cafe bermana "saloma" di Kuala Lumpur. 4. Selepas itu saya dengan NurulHidayah telah menjalinkan satu perhubungan di mana Nurulhidayah telah pun memaklumkan bahawa beliau telah pun jatuh cinta dengan saya; 5. Nurulhidayah telah pun dengan sendiri bercadang ke Kota Bharu dengan saya secara rela pada bulan Disember 2005 bersama anak kecilnya tersebut; 6. Justeru itu, Nurulhidayah juga telah pun bercadang agar saya menyewa sebuah rumah pangsa di Kajang seperti yang dinayatakn di dalam perenggan 5 Afidavit tersebut dan saya telah pun berbuat demikian pada bulan November 2005 di mana Nurulhidayah dengan sendirinya telah menandatangani Perjanjian Sewa yang berkenaan tersebutsebagai seorang saksi yang dilampirkan bersama di sini sebagai aksibit "AB-1" 7. Saya juga menyatakan bahawa selepas saya menyewa rumah pangsa di Kajang tersebut, Nurulhidayah dengan sendirinya telah pun secara rela datang tinggal di sana dengan anaknya dan juga pembantu-pembantu rumahnya;Lampiran keseluruhan writ saman, afidavit pertama Dato' Zahid Hamidi dan Afidavit jawapan Amir Bazli Abdullah disertakan. Perlu diingat ini adalah tuntutan sivil Amir Bazli Abdullah atas nasihat peguam "Karpal Singh and Company" kerana kes laporan polis terhadap jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi masih belum diselesaikan oleh polis. Tuntutan dalam writ saman Amir Bazli Abdullah ada menyatakan dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku pada 16.01.2006. Berikut kami dedahkan writ saman Amir Bazli Abdullah dalam melihat apa sebenarnya berlaku. Berikut adalah kronologi insiden pemukulan Amir Bazli Ahmad dan pembabitan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. APA YANG BERRLAKU PADA 16.01.2006 1. Pada 16.01.2006, jam lebih kurang 10 malam, apabila plaintif (Amir Bazli Abdullah) sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangsi, agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut dan membawa plaintif dengan paksaan, ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang. 2. Apabila dibawa ke kelab rekreasi tersebut, plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah melihat Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bersama suami anaknya, Hisham dan seorang anaknya yang dikenali sebagai KK di sana. Bersama-sama mereka juga terdapat beberapa orang yang merupakan agen dan pekerja Defendan (Dato Ahmad Zahid Hamidi). 3. Plaintif plid (maklum) bahawa apabila beliau menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah menumbuk plaintiff dengan kuat di mukanya menyebabkan tulang hidungnya patah. 4. Plaintif juga plid (maklum) bahawa akibat daripada tumbukan daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) tersebut, mata kiri plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah menjadi bengkak sehingga beliau tidak lagi dapat membuka mata kirinya. 5. Setelah menerima tumbukan pertama daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) yang berada di sana telah mula memukul plaintif bersama-sama dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) 6. Plaintif memplid (maklum) bahawa Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan/atau agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mendatangkan kecederaan teruk kepada bahagian muka plaintif (Amir Bazli Abdullah) dengan sebuah objek keras. 7. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) berulang kali apabila berkata kepada plaintif (Amir Basli Abdullah) "kau akan ditanam" 8. Agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bernama Hisham di bawah arahan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) apabila berkata "aku dah ingatkan kau, aku sanggup mandi darah dengan kau" 9. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan atau agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengurung plaintif (Amir Bazli Abdullah) secara tidak sah di kediaman defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) di 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Height, 43000 Kajang, Selangorsehingga jam 2 pagi hari berikutannya iaitu 17.1.2006.Inilah sebenarnya berlaku. Malang sehingga ke hari ini masih tidak terdapat tanda-tanda bahawa Amir Bazli Abdullah akan mendapat pembelaan yang setimpal dan paling malang adalah anggapan yang boleh kita lihat mengenai sistem kepolisan kita yang nampak gagal berfungsi dengan sewajarnya. Sebelum kita pergi lebih lanjut untuk membuktikan bahawa semua urusan untuk mendapatkan pembelaan bagi Amir Bazli Abdullah gagal maka kita perlu melihat bentuk kecederaan yang dialami dan laporan Hospital yang membuktikan kesahihan kecacatan dan keadaan yang menimpa Amir Bazli Abdullah akibat di pukul. Berikut adalah kecederaan yang ditimpa oleh Amir Bazli Abdullah atas perbuatan Dato Ahmad Zahid Hamidi. Dalam writ saman Amir Bazli Abdullah, berikut adalah kecederaan yang di alami oleh beliau: 1. Plaintif telah mengalami DEPRESSED FACIAL BONE FRACTURE danNASAL BONE FRACTURE dengan DEVIATED NASAL SEPTUM 2. Plaintif telah mengalami MULTIPLE FACIAL BONE FRACTURES WITH LEFT SUPERIOR OBLIQUE AND SUPERIOR RECTUS MUSCLE INVOLVEMENT 3. Plaintif telah mengalami TRAUMATIC SUBCONJUNCTIONAL HEMORRHAGE di sebelah kiri mukanya dan DEPRESSED FRONTAL BONE FRACTURE 4. Plaintif telah mengalami kecederaan yang tetap di mana keadaan mukanya kini adalah dengan jelas cacat.Berikut adalah laporan perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia. Laporan ini diterima setelah mangsa berkali-kali memohon laporan tersebut untuk diserahkan kepada mangsa. Amir Bazli Abdullah telah meminta peguamnya Karpal Singh and Co untuk memohon laporan dan akhirnya laporan itu telah diterima. Laporan itu kami lampirkan untuk menunjukkan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan kenapa dengan kecederaan sebegitu hebat tidak ada pembelaan terhadap mangsa. Perbuatan jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini telah memberi kesan seumur hidupterhadap Amir Basli Abdullah. Beliau bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut. Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bertanggungjawab dan sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. Kita kita mahu ada "double standard" dalam sistem perundangan ini dan kita mahu orang seperti Amir Bazli Abdullah ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Lihatlah apa yang terjadi pada muka Amir Bazli Abdullah: Dengan kecederaan yang begini, apa yang mengharukan adalah ketidakprihatinan pihak polis mengenai kecederaan Amir Bazli Abdullah sungguhpun Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul. Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau telah dipukul. Anda nak tahu cerita lanjut tentang Zahid Hamidi? anda layari di sini. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Subhanallah! Kuasa Allah Yang Sangat Hebat Posted: 16 Mar 2012 06:02 PM PDT Tornado Angin Tornado adalah suatu angin pusaran yang sangat kuat. Skala di tengah-tengah adalah dari kumpulan arus kuat awan gelap yang merentang ke permukaan bumi. Apabila munculnya angin Tornado, kerap disertai dengan satu atau beberapa tiang awan berbentuk corong seperti "belalai gajah" dari dasar awan dan menjulur ke bawah, dengan disertai badai angin dan hujan, petir atau hujan air batu yang kuat. Jika Tornado melalui di permukaan air, ia boleh menarik air ke atas sehingga membentuk tiang air berdekatan dengan awan. Jika melalui daratan, Maka ia akan merobohkan rumah, menumbangkan tiang elektrik, malah boleh menarik manusia, ternakan atau benda-benda lain ke dalam pusarannya dan dibawa ke tempat lain. Angin Tornado selalunya akan terjadi pada waktu hujan petir di musim panas, dan sebahagian besar muncul pada petang hari hingga menjelang malam, skala terjangannya kecil. Tornado umumnya berkisar antara puluhan hingga ratusan meter. Waktu berlakunya Tornado ini biasanya hanya beberapa minit, paling lama juga tidak lebih dari beberapa jam. Terjangan anginnya sangat kuat, kelajuan angin di sekitar pusat dapat mencapai 100-200 meter / jam. Daya kemusnahannya sangat kuat, tempat yang dilalui angin Tornado itu akan membuatkan pokok-pokok yang dilaluinya tercabut dari akarnya, boleh menterbalikkan kereta dan menghancurkan bangunan dan sebagainya, kadang-kadang ia menarik manusia pergi jauh sehingga membawa maut. Thypoon (Taufan) Sistem siklon (pusaran angin) daerah tropika yang agak kuat yang berlaku di perairan laut selatan dan Lautan Pasifik barat, dikenali sebagai Thypoon. Pada 1989 yang lalu, World Meteorological Organization (WMO) menetapkan bahawa ukuran rata-rata kekuatan angin paling kuat di sekitar pusat pusaran adalah di daerah tropika. Pusaran yang sangat kuat ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu tekanan rendah tropika, badai angin tropika, badai angin tropika kuat dan taufan. Pusaran angin tropika dengan kekuatan angin di bawah 8 tingkat disebut tekanan rendah tropika, 8-9 tingkat disebut badai angin tropika, 10-11 peringkat disebut badai angin tropika kuat, 12 atau di atas 12 tingkat disebut Taufan. Pusaran angin tropika dengan kekuatan angin 12 tingkat atau di atas 12 tingkat di kebanyakkannya di negara Australia, samudera pasifik timur, samudera atlantik disebut Thypoon. Earthquake (Gempa Bumi) Gempa bumi adalah suatau getaran/gegaran cepat yang dipanggil dalam bahasa Inggeris ialah Redemption. Punca terjadinya gempa bumi ini adalah terbahagi kepada dua jenis: gempa bumi tektonik dan gempa bumi gunung berapi. Gempa bumi tektonik kesannya sangat kuat pada manusia. Terjadinya gempa bumi ini kerana voltan bahagian dalam bumi, sehingga menyebabkan perubahan struktur bumi. Lapisan batuan dalam kerak bumi, di mana di bawah kesan tegangan bumi dalam jangka yang panjang. Akan terjadi cerun dan lekukan, Ketika voltan bumi yang terkumpul melampaui batas maksimum yang dapat ditahan lapisan batuan, maka akan terjadi kesalahan letak dan retakan secara tiba-tiba di kawasan lapisan batuan yang lemah, sehingga tenaga yang terkumpul dalam jangka masa panjang tiba-tiba dilepaskan, dan menyebar ke 4 penjuru dalam bentuk gelombang gempa, sehingga terjadi getaran di permukaan bumi yang sangat kuat. 2. Tsunami Tsunami adalah suatu gelombang laut yang mempunyai daya perusak yang kuat. Aktiviti bumi seperti gempa bawah laut. Letusan gunung berapi atau tanah runtuh dan sebagainya kemungkinan juga akan mengakibatkan Tsunami. Ketika terjadi gempa, stratum (lapisan) di dasar laut mengalami keretakan, sebahagian stratum naik atau tenggelam secara tiba-tiba, dan inilah yang menyebabkan segenap lapisan dari dasar laut hingga ke permukaan mengalami "goncangan" keras. Goncangan ini tidak sama dengan gelombang yang biasa kita lihat. Gelombang laut umumnya hanya naik di sekitar permukaan bumi, tahap kedalamannya tidak besar. Sedang "goncangan" air laut yang disebabkan gempa adalah naik turun segala sistem air dari permukaan laut ke permukaan daratan, tenaga yang terkandung di dalamnya sangat mengejutkan. Vulcano (Letusan Gunung Berapi) Gunung berapi bukan bukan bermaksud gunung yang menyemburkan api, Yang disemburkannya adalah suatu zat kental bersuhu tinggi, dan zat ini disebut magma. Ketika gunung berapi meletus, pemandangannya akan tampak sangat menakjubkan. Kerana suhunya yang tinggi, dan mendapat tekanan kuat dari kerak bumi, sebab itulah jika bertemu dengan kawasan yang agak tipis dan bercelah, maka laharnya akan meluncur ke permukaan dengan deras. Terjadinya gunung berapi adalah di bawah permukaan bumi, kawasan yang semakin dalam, maka suhunya juga akan semakin tinggi, di kedalamannya kira-kira 20 batu, tingginya suhu cukup meleburkan sebahagian besar batu-batuan. Saat batu menjadi cair ia akan mengembang dan memerlukan ruang yang lebih luas. Ketika tekanan lahar lebih besar dari tekanan batuan di permukaannya, akan meletus dan membentuk sebuah gunung berapi.- HMO |
Annuar bakal dikenakan tinakan... Posted: 16 Mar 2012 01:00 PM PDT Annuar Musa bakal berdepan tindakan? Tan Sri Annuar Musa (Gambar) baru-baru ini membuat kenyataan yang mengkritik skuad kebangaan tetapi menafikan ia merujuk kepada individu tertentu. (Gambar arkib). KUALA LUMPUR, (Arena.my) – Tan Sri Annuar Musa bakal dihadapkan ke jawatankuasa disiplin FAM? Itulah desas-desus yang bertiup kencang dengan FAM dikatakan dalam proses untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tindakan disiplin yang mungkin dikenakan ke atas Annuar Musa adalah kerana kenyataan yang dikeluarkannya mengenai skuad kebangsaan yang mencetuskan kontroversi. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika di temui belum mahu mengesahkan hal itu tetapi menegaskan tiada pengecualian dalam sebarang tindakan melibatkan ahli majlis mahupun kejurulatihan yang gagal memenuhi peraturan yang di tetapkan dalam perlembagaan FAM. Sebelum ini FAM meminta salinan rakaman daripada pihak Astro Arena pada Rabu untuk meneliti kenyataan yang dibuat Annuar Musa selepas Majlis Penutup Bengkel Pemasaran dan Pembangunan Penyokong Kelab MSL pada Selasa. Annuar Musa pada Selasa membuat kenyataan yang mengkritik skuad kebangaan tetapi menafikan ia merujuk kepada individu tertentu. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan