Jumaat, 16 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Bapa Nurul Nadhirah di usir pulang...

Posted: 16 Mar 2012 11:00 AM PDT

Bapa Dirang tak terlibat, diusir ke negara asal

Bapa kandung Nurul Nadhirah Abdullah, 5, yang sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anak perempuannya itu, didapati tidak terbabit dengan kes itu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan bagaimanapun mendapati lelaki berusia 30-an yang merupakan warganegara Filipina itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini.

"Kita telahpun kemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP) dan arahan telah dikeluarkan supaya dia diusir ke negara asal secepat mungkin," katanya dalam sidang media di Johor Bahru hari ini.

Beliau sekali lagi menegaskan individu yang terlibat dalam kes pembunuhan Dirang kini telahpun berada dalam tahanan polis dan tindakan pendakwaan akan dilakukan secepat mungkin.

Katanya polis kini masih menunggu beberapa laporan daripada Jabatan Kimia untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada TPP untuk tindakan lanjut.

Katanya tiga suspek berkenaan yang berumur lingkungan 30-an termasuk seorang wanita, yang kesemuanya penagih dadah juga akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan lanjutan perintah tahanan reman.

Nurul Nadhirah ataupun dikenali sebagai Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac lalu.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit di kawasan flat kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Berikutan kehilangan mangsa, polis menahan tiga orang jiran mangsa yang merupakan penagih dadah dan bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.

- Bernama

Kisah sekoq budak hitam... kahkahkah...

Posted: 16 Mar 2012 09:00 AM PDT

Khairy, Hero Yang Bertukar Penjilat

SATU ketika dulu, dizaman kanak-kanak kita selalu didendangkan dengan lagu 10 budak hitam. Setiap seorang budak hitam dengan kisah masing-masing yang menyebabkan seorang demi seorang hilang, dipenghujung itu tinggallah seorang.

Percaya atau tidak, lagu rakyat yang popular itu akhirnya menjadi kenyataan di abad ke 21 ini.

Di zaman Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, golongan budak hitam ini begitu bermaharajalela. Mereka ditempatkan di satu tingkat khas di bangunan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya iaitu di tingkat 4. Secara tidak rasmi, inilah pasukan penasihat sebenar Tun Abdullah yang membawa kepada kehilangan majoriti 2/3 BN pada 2008 dan 4 negeri (tambahan kepada Kelantan) ditangan Pakatan Rakyat.

Dari ramai-ramai budak hitam yang mendiami Tingkat 4 satu ketika dahulu, kini hanya satu yang masih menonjol iaitu Khairy Jamaludin, itupun kerana dia sempat memaut jawatan Ketua Pemuda UMNO, tinggal beberapa hari sebelum bapa mertuanya melepaskan jawatan kepada Najib Razak.

Yang lain, antaranya anak Rahim dan Naina Merican mencungap untuk survive dalam politik dengan menyelit disana sini di antara persekitaran politik yang kelam kabut untuk meneruskan hayat politik masing-masing. Anak Rahim umpamanya, mengorbankan nyawa seorang wartawan di Somalia untuk mengekalkan populariti dan Kelab Putera 1Malaysianya.

Khairy sedar, dia adalah persona non grata dalam UMNO melihat dari kegagalannya dilantik sebarang jawatan dalam kabinet Najib dibanding rakan sejawatan lain dari sayap Puteri dan Wanita. Semua ini adalah lanjutan dari keterlangsungannya menggunakan kedudukan Tun Abdullah untuk mendaki tangga kepimpinan UMNO dengan cepat, meninggalkan para veteran yang lebih layak, jauh tertinggal di belakang.

Maka itu Khairy perlu mencuba sesuatu yang ada 'WOW factor' untuk melonjakkan namanya dalam politik UMNO di era pentadbiran Najib ini atau dia juga akhirnya akan menjadi sesuatu yang cuma layak dikenang.

Biadapnya pula, dalam usaha itu, dia menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai subjek percubaan,mengambil kesempatan dari bermulanya persidangan Dewan Rakyat penggal pertama tahun ini dengan kecaman bertubi-tubi berhubung kenyataan Anwar untuk melindungi keselamatan Israel.

Tindakan Khairy di Parlimen pada Selasa diakui ramai sebagai tindakan biadap dan tidak beretika, datang dari seorang yang kononnya terpelajar. Nasib baik sahaja perbuatan itu dilakukannya di dalam Parlimen, dimana dia dilindungi imuniti dewan, kalau tidak penulis pasti tidak cukup tanah Khairy dikejar para peguam Anwar untuk menyampaikan saman.

Awal-awal dulu penulis cukup kagum dengan Khairy kerana dialah orangnya yang bersusah payah menghantarkan pasport antarabangsa Anwar ke rumah beliau di Damansara untuk membolehkannya terbang ke Munich mendapatkan rawatan tulang belakang.

Tapi benarlah kata orang, kuasa mengubah segala-galanya. Pengunduran Abdullah, ibarat hilang tempat bergantung, maka itu Khairy berpaling kepada taktik biasa untuk orang semalang nasibnya, mengampu dan menjilat pemimpin yang sedang berkuasa.

Kita tidak kisahlah kalau dia nak menjilat, tapi kenapa membabitkan pemimpin seperti Datuk Seri Anwar?

Bangsa UMNO dilarang BACA, takut kencing tak lawas... kahkahkah...

Posted: 16 Mar 2012 08:17 AM PDT

KENAPA DAN MENGAPA KAMI BENCI UMNO/BN ?????

Kata sesetengah orang lebih baik berkawan dengan ular daripada berkawan dengan Umno/BN. Dan kalau ditakdirkan kami berjumpa antara ular dan Umno/BN kami akan ketuk Umno/BN dulu. Sebabnya UMNO/BN tak pernah nak berubah. Apa yang berubah hanyalah pemimpin dan slogannya sahaja. Sikap dan Sifatnya tetap sama....Dari dulu, kini dan selamanya.

Kami membenci Umno/BN kerana kelakuan Umno/BN itu sendiri. Sebab itulah, bukan kami yang menentukan sama ada kami membenci Umno/BN atau tidak. Umno/BN sendirilah yang menentukannya. Kalau setakat cakap "Umno boleh berubah"...."berubah atau rebah", tetapi perangai makin hari makin BEDEBAH, lagi kuat kami berdoa supaya Allah s.w.t. melak'natkan Umno/BN ni. Setakat hari ni, kelakuan Umno/BN bukan sahaja bertambah jijik, malah kami langsung tak nampak lagi sebarang harapan kelakuan jijik boleh jadi elok.

Kalau nak kata kami benci Umno/BN kerana pembangkang, pembangkang pun kami benci juga kalau kelakuan dia jahat macam Umno/BN atau boleh dibeli dengan gula-gula oleh Umno/BN. Yang kata boleh dibeli dengan gula-gula oleh Umno/BN ialah jenis bodoh dan boleh ditipu hidup-hidup oleh Umno/BN. Dah la dia ditipu Umno/BN, dia tipu pulak orang lain untuk menutup kebodohannya yang boleh dibeli oleh Umno. Jenis ni lagi la tak boleh pakai. Lebih bahaya dari Umno/BN. Ini bukan PEJUANG tapi PEJUWANG....

Dan kalau benarlah ada pihak dalam pembangkang yang disiasat tuduhan ke atasnya oleh pihak berkuasa dok berbaik-baik dengan Umno/BN supaya dirinya atau ahli keluarganya boleh terlepas dari tindakan, jenis tu lah yang paling jahat sekali. Asal diri sendiri atau ahli keluarga yang dipertahankannya selamat, jenis tu sanggup jadi agen Umno/BN sekalipun terpaksa mencacai. Mereka sanggup buat apa saja, termasuk menjatuhkan Kerajaan yang sah. Pendekkata lantaklah apa yang nak terjadi janji aku selamat. Lupa agaknya amanah yang diberikan oleh pengundi. Siapa yang mengangkat dia menjadi pemimpin..?

Dan kalau ada pemimpin pembangkang yang dibiayai oleh syarikat-syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Umno/BN atau polis, jenis tu juga yang paling bahaya sekali. Jenis-jenis tu akan sentiasa tabur paku di atas laluan rakyat untuk menghambat Umno/BN. Kalaulah ada golongan seperti itu, Allah tolonglah tangani puak-puak tu! Sebab lebih mudah menghadapi musuh yang nampak daripada musuh dalam selimut.

Inilah antara sebab kenapa kami membenci dan melawan Umno/BN. Lantaklah kalau orang Umno tak setuju dengan kami sebabnya orang Umno/BN sendiri pun tahu apa kebenaran yang kami katakan ni. Suka ke tak suka TERPULANG. KERAjaan Umno/Be End memang kuat........kuat kencing .....kuat habiskan duit rakyat.....pendek kata kuat la tapi pergi jahanamlah dengan Umno/BN....apa yang paling penting PAKATAN RAKYAT dah cukup kuat untuk kuburkan Umno/Be ENd..........

Kini setelah 4 tahun berlalu selepas PRU12 dan setelah melihat segala kemelut, tekanan dan pencapaian yang sudah, sedang atau yang akan dilaksanakan disamping meneliti dan membandingkan tahap prestasi keseluruhan antara yang ditunjukkan samaada oleh Pakatan Rakyat atau pun Umno/BN secara jujurnya kami tetap akan memberikan undi kami kepada Pakatan Rakyat. Mungkin sesetengah orang akan berkata....."alah kamu memang orang PR sebab tu kamu akan tetap sokong PR". Betul kami akui itu kebenarannya tetapi kami tidak akan menyokong secara membuta tuli. Peluang PR memerintah beberapa negeri telah membuktikan bahawasenya PR adalah alternatif yang lebih baik untuk memerintah Malaysia berbanding Umno/BN.

Kisah negeri Perak yang mencetuskan konflik yang boleh dianggap menjadi satu episod sejarah hitam untuk demokrasi di Malaysia bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan MB pilihan rakyat dijatuhkan oleh makhamah. Berbagai-bagai pemanipulasian fakta dikeluarkan oleh pengampu-pengampu Umno/BN untuk menghalalkan perbuatan merampas kerajaan Perak tetapi satu aje contoh perbandingan yang kami nak berikan dan kami bukanlah pakar perlembagaan tetapi kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku sultan terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan. Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini cukup masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak.

APAKAH PERLEMBAGAAN @ UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK SUDAH BERUBAH SEHINGGAKAN DULU TAK BOLEH KINI DAH BOLEH...? ...Hu Hu Hu....APA PUN X BOLEH......

TERHOT!! Najib sedang menunaikan janjinya... kahkahkah...

Posted: 16 Mar 2012 07:15 AM PDT


Baru ini saya ke Pekan, Pahang, berceramah bersama Tuan Haji Mohamad Sabu dan Dato Ariff Sabri di sebuah rumah di Sungai Miang, kalau tak salah saya. Kehadiran yang menunggu kami sangat menggalakkan dan saya agak terkejut juga melihat kedatangan begitu ramaiyang kesemuanya terdiri dari orang tempatan. Saya bergembira kerana bersebab.

Pertamanya kami ditunggu oleh begitu ramai rakyat tempatan dan saya tidak menyangka sambutannya begitu baik dan menggalakkan, kerana kawasan itu adalah kawasan Parlimen Perdana Menteri Najib Tun Razak. Yang hadir itu adalah dari setiap lapisan penduduk di Pekan dan mereka semuanya fokus mendengar apa yang kita perkatakan.

Keduanya inilah pertama kali saya sampai berceramah di Pekan sejak hampir 30 tahun dan seperti di kawasan-kawasan lain, Pekan juga mempunyai rakyat yang prihatin terhadap apa yang berlaku dalam sekitar politik negara. 'Response' yang menggalakkan itu menunjukkan yang perkembangan terkini politik negara juga dirasai oleh penduduk bandar di Raja ini.

Tetapi seperkara yang saya tidak enak yang kami alami semasa ceramah tersebut, pihak yang berwajib tidak mengambil tindakan yang seadilnya terhadap pihak yang diganggu oleh pihak pimpinan UMNO bahagian Pekan. UMNO Pekan telah mengadakan pula satu ceramah yang dihadiri oleh 70 orang dikampung disempadan pagar bersebelahan tempat kami berceramah dengan menghadapkan corong pembesar suara mereka betul-betul terhadap kami.

Pembesar suara itu dipasang dengan sekuat-kuatnya untuk mengganggu ceramah kami tetapi mereka yang hadir itu tetap juga mendengar apa yang diperkatakan oleh pihak kami dengan tekun. Saya merasakan sangat budaya mengganggu kegiatan pihak PR itu sememangnya memberikan lebihan kepada kami dan sesiapa yang hadir semalam diceramah kami telah menzahirkan perasaan marah mereka kerana pihak UMNO berusaha keras untuk memberi peluang orang ramai tempatan mendengar pandangan dari pihak kami.

Tindakan mereka itu pastinya telah memberikan simpati dan menambahkan sokongan dari orang ramai. UMNO tidak mampu lagi berbahas dengan hujah yang meyakinkan, maka mereka sekarang mengganggu kerja pihak lain. Dalam kes semalam ini, pihak penganjur majlis telah menaikkan poster beberapa hari yang lalu tentang kedatangan kami.

Maka bergegas lah cawangan UMNO ditempat kami bakal memberikan ceramah itu membuat program mereka di sebelah tempat majlis kami semata-mata untuk mengganggu perjalanan majlis kami yang telah di atur berbulan sebelum ini. Mereka tidak segan dan silu untuk mengganggu kami dan perangai serta sikap mereka itu amat tidak wajar dalam sistem demokrasi yang negara kononnya amalkan.

Tetapi saya yang hadir didalam majlis itu amat merasakan bahawa UMNO kini sudah hampir ke penghujung hayatnya. Kita bukannya pandai untuk menelaah apa yang akan berlaku kepada UMNO tetapi tingkah dan lakunya sendiri yang menunjukkan mereka yang parti yang mereka pertahankan itu sudah tidak bermaya untuk menghujah sesuatu isu itu dan mereka mengambil langkah terakhir, iaitu dengan menggunakan cara samseng dan menggangu majlis orang lain.

Ini merupakan kali kedua dalam tempuh seminggu saya mengalami gangguan seperti ini. Pada 10hb yang baru lalu ini, kami telah diganggu oleh kumpulan 20 orang di Seri Menanti NS dan semalam saya mengalaminya buat kali kedua di Pekan Pahang. Selepas ini tidak tahu apa cara dan bila pula akan mengalami gangguan seperti itu lagi.

Kalau kita uruti sejarah yang lampau jika sesuatu pihak yang berkuasa itu bersifat dan berkelakuan seperti ini, tindakan kumpulan seperti selalunya merupakan dalil jelas yang mereka akan kehilangan kuasa yang selama ini mereka perolehi sejak berdekad-dekad dahulu.

Sekuat mana pun kumpulan yang berkuasa, melakukan tindakan yang jenayah seperti ini merupakan dalil jelas yang mereka akan kehilangan kuasa dan akan dipandang sepi oleh rakyat. Bacalah sejarah mana sekali pun 'consequence' yang terakhir yang akan dialami oleh kumpulan samseng seperti ini ialah kekalahan dan kerugian yang mereka akan alami.

Tindakan mereka ini hanya memberikan keyakinan rakyat yang UMNO serta BN itu sudah tidak ada cara dan jalan lain untuk mempertahankan kedudukan mereka selain dari melakukan kerja-kerja hina seperti ini.

Saya teringat kepada kata-kata Ketua Bahagian Pekan ini suatu ketika dahulu, "Kita akan pertahankan Putrajaya dengan cara apa sekali pun". Mungkin cara mereka lakukan terhadap kami semalam adalah salah satu dari cara yang dimaksudkan oleh Ketua Bahagian Pekan ini.

Janjinya yang ini nampaknya akan ditunaikannya. Janji ini nampaknya akan menjanji agenda utamanya.. Salah seorang yang hadzir semalam berkata kepada saya, "biarkan bro. Janji lain sudah lah selalu 'flip-flop' biarlah janji yang ini yang ditunaikannya Nak tunaikan janji lain belum tahu lagi kemampuannya untuk menunaikannya" katanya sambil menyindir.

Bagi saya UMNO sudah hilang identiti asalnya serta sahsiah kepimpinan yang tidak mungkin lagi dapat dikembalikan ke dalam UMNO sampai bila-bila.

FAKTA: Jahatnya macam HARAM...

Posted: 16 Mar 2012 03:00 AM PDT

Kejahatan SPR Makin Menjadi-Jadi
Pemimpin Pakatan Perlu Kemaskini Nama Masing-Masing

Pemindahan tempat mengundi MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim dari Petaling Jaya ke Lembah Pantai mengesahkan kerja jahat dan tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan amanah dan amanah rakyat.

Perpindahan nama Khalid tanpa pengetahuan itu adalah perbuatan paling jahat dan tidak bertanggungjawab. Tindakan itu membenarkan dakwaan Bersih dan pembangkang selama ini yang SPR adalah komponen ke 14 atau 15 Barisan Nasional.

Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf akan membuat seribu dalih termasuk soal teknikal berhubung perpindahan nama Khlid itu. Adalah dipercaya perpindahan haram itu untuk sebotaj PKR dan sekaligus menghalang Khlid bertanding di mana-mana kerusi di Selangor.

Niat lebih busuk dari itu ialah untuk menafikan hak Khalid dilantik menjadi MB Selangor sekiranya PKR menguasai Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Kejadian seperti itu bukan baru dan hanya berlaku ke atas Khalid Ibrahim tetapi menimpa ramai lagi pengundi. Saya dan isteri juga ada pengalaman tersendiri di dalam hal ini. Pada tahun 1993 nama saya dipindah ke kawasan lain tetapi nasib baik saya sempat membuat bantahan. Manakala dalam tahun 1999 nama isteri saya dihantar ke lokasi lain menyebabkan dia terpaksa mengundi jauh dari kawasan asal kami.

Perpindahan saya dan isteri diluar pengetahuan kami dan seingat kami tidak pernah memohon untuk membuat perpindahan ke mana-mana kawasan. Adalah dipercayai kerja pindah memindah secara haram ini dilakukan oleh egen Umno kerana pada masa itu ada pegawai dari ibu pejabat Umno berdekatan kediaman kami datang ke rumah meminta no kad pengenalan atas alasan untuk bancian penduduk.

SPR tidak boleh lari dari tanggungjawab ini dan wajar menerima cacian dan sumpah seranah dari rakyat terutamanya mereka yang terlibat dengan pertukaran itu. Mungkin borang permohonan tukar kawasan mengundi dikemukakan, tetapi SPR seharusnya terlebih dahulu kena mengesahkan apakah ia palsu atau benar.

Mungkin setiap kesalahan seperti ini hukuman sewajarnya perlu dikenakan ke atas pegawai terlibat kerana ia membabitkan hak asasi seseorang dan kerja jahat biadap ini satu pencerobohan hak asasi dan sekaligus merudumkan integriti kepada badan bebas itu.

Sehubungan ini para pemimpin perlu mengemaskini nama masing-masing dalam pendaftaran bagi memastikan nama tidak dilempar ke kawasan lain oleh SPR. Tektik menukar kawasan mengundi ini adalah tektik terbaru SPR dalam membantu UBN bagi menghalang pemimpin bertanding di kawasan asal.

MSO.

Memang layak dikahakkan muka si Shahrizat... kahkahkah...

Posted: 16 Mar 2012 01:00 AM PDT

Nurin Jazlin, Sharlinie, Nurul Nadirah dan Kita

Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun. Sungguh, kita ini milik ALLAH dan sungguh kita ini kepadaNYA pasti akan kembali. Seorang anak gadis kecil bernama Nurul Nadirah telah kembali bertemu dengan TUHANnya dan mudah-mudahan beliau mendapat kasih sayang yang melimpah-limpah daripada TUHANnya yakni ALLAH, amin…Apa yang berlaku kepada adik Nurul Nadirah betul-betul membingungkan kita semua. Beliau meninggal dunia dalam keadaan yang tragis.

Hal ini meningatkan saya akan artikel lama dan beberapa nama lain yang turut hilang seperti Nurin Jazlin dan Sharlinie. Baca di sini: http://muzir.wordpress.com/2008/06/14/sampai-bilaaa/

Dalam tulisan di atas, saya telah memuatkan satu video yang sangat baik untuk dijadikan peringatan dan pengajaran buat kita semua.

Sekuat mana pun kita menjerit bagi melahirkan kekesalan, jika tanpa tindakan, itu semua agak kurang bermakna. Ini bukan kali pertama atau kedua atau ketiga, tetapi entah kali ke berapa dilaporkan media. Mungkinkah ia tidak terjadi lagi pada masa akan datang? Kita tak tahu. Mudah-mudahan kita semua dilindungi dari musibah ini, amin

Saya tertarik dengan respon saudara Ali Abu di dalam Facebooknya apabila beliau menyentuh isu yang menyedihkan ini. Saya harap kita semua dapat mengambil manfaat hasil daripada ketukan beliau kepada kita semua. Berikut respon beliau:

-------

"Simpati kpd Nurul Nadirah shj tidak cukup & Amber Alert

Nasib yg menimpa kpd famili adik Nurul Nadirah amat malang. Hilang dan kemudian dibunuh dgn kejam. Sapo pun tak tertanggung beban yg amat dahsyat tu geng. Tetapi peristiwa ini adolah episod ulangan kpd kehilangan adik Nurin Jazlin, Sharlinie dan kanak-kanak yg lain. Persoalannya mengapo episod malang ini sering berulang?

1] Prevent is better than cure. Kebanyakan kanak-kanak hilang dan diculik kerana ketiadaan ibubapo/penjago bersamo mereka. Nurin Jazlin hilang di pasar malam, adik Sharlinie hilang di padang permainan dan terkini adik Nurul Nadirah diculik semaso poie momboli megi kek kodai. Cubo kalau bebudak ni poie dgn bapak ey, agak-agak korang sapo yg teringin nak culik budak tu? Pecayo lah ckp den xdo sapo pun yg berani.

2] Sebagai langkah pencegahan, jago lah anak memasing. Biar bebudak tu sentiaso kek dopan mato. Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Zaman sekarang orang jahat makin bijak dan makin gilo. Diorg dapek pendedahan drpd internet dan astro. Bijak krn pandai hapus bukti2 kejahatan pado si mangso. Sampai sekarang pembunuh Nurin Jazlin masih bebas di luar sano. Dulu ado 'lelaki kucing' yg dikaitkan dgn adik Sharlinie. Mano lelaki kucing tersebut? Gilo sobab gilo seks. Gilo seks krn dipengaruhi dvd, vcd lucah dan laman2 web pornographi. Kebanyakan yg hilang dan diculik ialah budak perempuan. Lihat apo jadi pado arwah Nurin Jazlin.

3] Zaman dulu pun bahayo. Itu sobab den maso kokocik dulu kono ikat kek omak den. Maso kocik dulu den ni doge dan tak makan nasihat. Pantang lepa je den dah mengembara jauh drpd rumah. Last-last omak den ikat kaki den kek ruang tamu. Sampai jiran-jiran rumah simpati dgn den marah omak den. Omak den sound balik, "Kalau anak den hilang sapo nak ganti?!". Takkan la omak den suko-suko hati tambat den. Tontu ado sobab ey. Mungkin zaman tu dah ramai org jahat. Den kono ikat pado waktu pagi time omak den komeh rumah dan waktu potang. Den takdo pun memori kono ikat tu sobab den kono ikat pado umur 4-5 tahun. Yang crito ni pun omak saudara den. Dio sendiri cakap, "Payah nak menjago kau, kau ni lasak bona".

4] Tidak lah den mencadangkan kpd para ibu bapo utk ikat kaki anak memasing. Tetapi umur 4-5 tahun bebudak adolah umur aktif diorg utk meneroka dunio dipersekitaran mereka. Menjadikan mereka jauh drpd penjago dan amat mudah hilang atau diculik. Kito tak bulih nak control para penjahat kek luar sano tapi kito bulih ubah diri sendiri dgn menjago anak memasing. Jago sampai jgn terleka. Dan sebelum itu ajar anak kito menggunokan telefon. Biar anak kito hafal alamat rumah dan nombor telefon kito.

5] Jago punyo jago tetibo kito terleka dan anak kito hilang. Ini takdir tuhan. Kito dah tak bulih nak elak. Apo lagi poie la report Polis dgn segera! Ramai je yg cakap Malaysia ni maju tetapi sistem kito usang. Sistem semboyan kito lombab. Anak hilang pukul 1.00 tongah hari dan infonya kluar Buletin Utama tv3 pukul 8.00 malam. Seminggu kemudian muko budak itu dicetak dan ditampal di stesyen komuter dan bas. Lewat dah tu. Kajian menunjukkan kalau 3 jam pertamo xdo lead atau pembayang, mako budak itu akan hilang terus.

6] Cubo budak yg hilang tu cucu Tun mahathir? Habis seluruh kontijen Bukit Aman dikerahkan join misi menyelamat cucu bekas PM. No wonder lah kalau cucu Mahathir jumpo balik tak sampai 24 jam. Bayangkan cucu Presiden Seumur Hidup FAM hilang pulak? Dgn askar-askar dikerah utk misi mencari dan menyelamat. Kono trimo hakikat la yg anak kito tidak berdarah Sultan dan Mahathir. Terpakso la kito sesamo hadapi sistem pundek ni geng.

7] Skrng bilo anak hilang kek Msia, kito payah nak jumpo krn red tape. Jadi skrng kito ubah. Kito tiru Amber Alert. Amber Alert ialah America's Missing: Broadcasting Emergency Response. Mmg bondo ni drpd Amerika. Apo salah ey meniru bondo yg baik. Sistem ini terbukti mengembalikan bebudak yg hilang di Amerika. Tidak lah 100% berjayo tetapi terbukti berkesan dan ditiru oleh byk negara lain.

8] Amber Alert ini mudah. Buang red tape dan menganggap semuo anak orang adolah anak kito jugak. Contoh :

a. Seorang budak hilang di dopan pintu sekolah pd pukul 2.00 tgh
b. Disedari oleh bapanya dan trus buek report Polis
c. Polis minta gambar dan pakaian terakhir anak
d. Polis MMS gambar pd seluruh jabatan Polis. Tidak lupo jugo kpd stesyen tv, radio, celcom, maxis dan PLUS.
e. Pada pukul 2.17 tgh, rancangan telenovela tv3 tergendala utk memberi laluan kpd berita terkini pasal budak hilang.
f. Pukul 2.19 tgh, berita kecil Astro Awani menyiarkan gmbr dan info2 budak hilang tadi. Ia disiarkan seharian dgn kaler merah berkelip menunjukkan kecemasan sdg berlaku.
g. Nashita bukak Awani pd pukul 2.56 tgh dan perasan bhw budak yg hilang tadi adolah rakan anaknya. Dio perasan time dio amik anaknya di sekolah, budak tu dilihat menaikki van toyota kaler putih. Nashita trus hubungi nombor yg tertera di skrin.
h. Pukul 3.00 tgh Awani update info bhw budak yg hilang tadi kali terakhir dilihat menaikki van kaler putih. 3.05 tgh tv3 menghentikan siaran dan update berita terkini ttg budak tadi.
i. 3.15 tgh Polis dihujani ratusan panggilan bhw pemanggil ternampak van toyota kaler putih di pelbagai tempat. Polis trus isu 17 roadblock jalan di Kuala Lumpur.
j. Pukul 8.00 malam Buletin Utama menyiarkan kejayaan PDRM menemui kembali budak yg dilaporkan hilang pd pukul 5.13 ptg serta menangkap 2 lelaki yg didakwa telah menculiknya di sekatan Jalan Kuching, KL.

9] Ringkasnya Amber Alert adolah kepantasan menyalurkan maklumat kpd publik dan publik tadi menjadi mato-mato kpd pihak berkuaso. Tak guno jugak pakai Amber Alert kalau masyarakat tidak peka, sensitif dan empati. Lihat shj peristiwa yg menimpa kpd seorang budak di China. Kono langgar 2 kali kek dalam pasar. Ado 17 org yg lalu lalang nmpk budak tu tapi buek dek je. Mujur lah seorg wanita tuo alih an budak tu ketopi. Dlm ramai-ramai tu xdo sorang pun kol hospital atau polis. Selepas berjam-jam takdo sapo pun yg peduli dgn budak tu geng. Last2 mak budak tu jugak perasan dan hantar ke hospital. Komunis mmg LANCAU!

10] Peristiwa Nurin Jazlin amat menyayat hati. Dan ia berlaku 3-4 bulan sblm pru-12 2008. Den ingat lagi geng2 blogger yg ado namo gunokan isu ini utk diskredit Pak Lah. Slogannya 'Pak Lah tido dan para penjenayah berkeliaran'. Itu sobab semuo kerusi parlimen KL jatuh ke tangan pembangkang krn isu keselamatan. Kawasan kejiranan tidak selamat krn Polis tido. Polis tido sobab Pak Lah tido. Bilo Pak Lah tido, penjenayah bermaharajalela dan rakyat menjadi mangso. Malang siot jadi rakyat Msia.

11] Infact, maso kes Nurin Jazlin lah para blogger melancarkan Nurin Alert yg cubo meniru Amber Alert. Nurin Alert adolah singkatan kpd Nationwide Urgent Response Information Network Alert. Kalau tak salah den ia dipelopori oleh blogger Nuraina A. Samad. Utk kes Nurin Jazlin, Nurin Alert sudah terlewat dilancarkan. But better late than never. Tetapi utk kes-kes budak hilang slps itu seperti Sharlinie Nurin Alert langsung tak berkesan.

12] Nurin Alert tak berkesan salah satu faktornya ialah krn info-info terkini budak hilang hanyo bergantung melalui internet iaitu blog, fb, twitter dan email. Itu pun dapek info melalui paper esok pagi dan berita tv malam tadi. Sudah 24 jam lewat. Dan tak semuo org di Malaysia ni baco blog dan berfacebook. Tetapi semuo org tgk tv dan dgr radio.

13] Sharizat Jalil tahu pasal Nurin Alert tetapi tidak membawanya setanding seperti Amber Alert. Mungkin bz tolong suami bolo lombu agak ey. Sepatutnya Sharizat bawa Nurin Alert ke parlimen dan gubal akta khas dalam dewan rakyat supaya mewajibkan stesyen penyiaran tv dan radio bekerjasamo dgn pihak polis utk menyiarkan info-info terkini budak hilang. Amber Alert pula bukan akta parlimen tetapi kerjasamo sukarela antara pihak polis dgn badan-badan penyiaran. Itu yg den respek dgn rakyat Amerika krn semangat kekitaan mereka tinggi. Di Malaysia kono dijadikan akta yg diluluskan di parlimen utk memakso stesen tv dan radio utk implimen Amber Alert. Kalau tidak tunggu lah sampai babi bulih terbang bai.

14] Utk kes Nurul Nadirah, Sharizat drpd kementerian berkaitan tidak prihatin dgn famili si mangso. Sudah lah Nurin Alert dipandang sepi, kebajikan famili mangso diabaikan begitu shj. Member bulih relax toman suami poie mahkamah. Bangsat punyo betino. Mmg layak lah si Sharizat ni dikahakkan muko ey. Kau berhenti 8 April bai. Itu pasal mano-mano Montori yg korup, terus dilucutkan jawatan dan diganti dgn yg lain. Kalau tidak kepalo otak ey hanyo fikir mcm mano nak lopehkan diri drpd tuduhan dan bukan lagi memikirkan masalah2 rakyat dan memajukan mereka. Najib Tun Razak mmg PUNDEK!

15] Penggal baru sidang dewan rakyat di parlimen sdg bermulo. Kpd ahli-ahli parlimen, plis jgn jadikan dewan rkyt sbg gelanggang sarkis atau pasar borong. Kalau setakat nak tunjuk jobo, parlimen bukan tempatnya. Sila berambus kpd yg tak paham bhs. Jadikan dewan rakyat sbg tmpt utk selesaikan masalah rakyat. Apa yg rakyat Malaysia mahu kan sekarang ialah anak-anak mereka selamat di luar rumah!"

-------

Saya setuju 100% semua pandangan yang diutarakan. Bukan sahaja pandangan beliau saya setuju, malah perasaan yang dilontarkan melalui tulisan di atas turut dikongsi saya. Harap-harap saudara Ali Abu terus menulis dan menulis tentang isu-isu rakyat macam ini supaya kami semua dapat menyokong dan mencontohi keprihatinan yang ada dlm diri beliau.

Beberapa tindakan yang akan saya buat setelah membaca tulisan di atas ialah:

Sentiasa berwaspada dengan keselamatan anak. Think for the worst case scenario, always..!
Melaksanakan Nurin Alert (Nationwide Urgent Response Information Network Alert) apabila kes ini berlaku lagi. Semoga ALLAH lindungi kita semua agar tidak berlaku lagi kes sebegini, amin…
Menyokong dan mengundi pemimpin-pemimpin yang layak dan lebih prihatin terhadap masalah rakyat. Barisan Nasional sangat kurang pemimpin-pemimpin sebegini. Pakatan Rakyat nampaknya ramai pemimpin-pemimpin yang prihatin dalam isu-isu rakyat.
Sampai bila lagi kita hendak sedar??!

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
14 Mac 2012

MENARIK: Surat-surat dari Rasulullah s.a.w...

Posted: 15 Mar 2012 11:00 PM PDT

Surat Peringatan Rasulullah SAW buat Para Pemerintah yang Memiliki Kekuasaan

Ketika mengurusi politik luar negara, Rasulullah SAW telah mengirimkan surat-surat diplomatik, melalui utusan diplomatik baginda yang mana kandungannya mengajak pemimpin dan rakyat negara lainnya untuk memeluk agama Islam.

Sebagai ketua Negara, Rasulullah SAW adalah Amirul Jihad (ketua/pemimpin perang) dalam pelbagai pertempuran dan mengangkat beberapa orang sahabat baginda sebagai Komandan di dalam beberapa peperangan.

Baginda mengutus Hamzah bin Abdul Muthalib dan sahabat lainnya dalam pasukan perang menyerang Quraisy, mengutus antara lain Zaid bin Haritsah menyerang Rom, Khalid bin Walid menyerang Dumatul Jandal dan banyak lagi.

Kesemua hal ini hanya boleh/layak dilakukan oleh seorang Ketua Negara dan semua fakta ini merupakan hakikat yang tidak boleh dibantah bahawa Madinah adalah sebuah Negara Islam dengan Ketua Negaranya adalah Rasulullah SAW.

Bermula dari hijrah Rasulullah SAW yang keluar dari Negara Kufur menuju tegaknya Negara Islam, agama Islam yang sebelum itu hanya menjadi anutan pengikutnya sahaja kemudian telah bertukar menjadi agama yang memerintah negara dan memerintah dunia.

Agama suci ini telah zahir di atas agama-agama yang lain dengan peranan Negara (pemimpin) yang menerap dan mendakwahkannya ke seluruh pelosok dunia. Namun malangnya, sejak kejatuhan Negara Islam lebih kurang 88 tahun Hijrah yang lalu (28 Rajab 1342H), agama Islam sudah tidak lagi memimpin dunia kerana tidak ada lagi Negara (pemimpin) yang menerap dan mendakwahkannya.

Umat Islam pula sering dipalingkan dari makna hijrah yang sebenar oleh para pemimpin dan oleh ulama su' (buruk) sehingga sudah tidak ada kesedaran dari sebahagian besar umat Islam bahawa hijrah Rasulullah adalah sesungguhnya bermaksud keluar dari Negara Kufur menuju Negara Islam, dan ini merupakan sebuah kewajipan.

Adapun kewajipan mendirikan Negara Islam (Khilafah) adalah merupakan konsekuensi dari kewajipan menerapkan seluruh syariah Islam sebagai bukti keimanan seorang Muslim kepada Allah SWT. Keberadaan negara (kekuasaan) adalah hal yang mutlak untuk itu.

Kewajipan menegakkan syariah Islam dalam pemerintahan seperti menerapkan hudud Allah, qisas, ta'zir, menetapkan mata wang berdasarkan dinar (emas) dan dirham (perak), mengadili pihak yang bersengketa, menjatuhkan hukuman terhadap pelaku jenayah, mengirim pasukan perang, menjamin pendistribusian harta di tengah-tengah masyarakat, menjamin keperluan pokok (basic needs) rakyat, mengambil jizyah, kharaj, ghanimah, jihad dan banyak lagi adalah termasuk dalam bidangkuasa (authority) negara, bukannya bidang kuasa mana-mana kelompok atau individu.

Negara Islam (Khilafah) wajib mengembang dakwah Islam ke seluruh dunia dengan metode yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW, iaitu jihad fi sabilillaah. Sebelum melakukan perang (jihad fi sabilillah), Negara Islam (Khilafah) terlebih dulu menawarkan beberapa tawaran alternatif:

(1) memeluk Islam;
(2) bergabung dan tunduk terhadap Daulah Islamiyah serta bagi ahl adz-dzimmah diberi kebebasan untuk menganut agamanya masing-masing dengan membayar jizyah;
(3) jika dua pilihan tersebut ditolak, secara syar'î Daulah Islamiyah berhak memerangi mereka dengan jihad fi sabilillah.

Berikut Surat-Surat Rasulullah SAW yang diutus dengan cop rasminya.

1. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Heraclius: Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi R.A. diutuskan kepada Qaisar (Maharaja Rom).

Terjemahan :-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Daripada Rasulullah kepada Hiraqal, Maharaja Rom,

Sejahteralah bagi orang yang mengikuti Al-Huda(petunjuk), amma ba`du,

Maka sesungguhnya aku menyeru engkau dengan seruan Islam,

Masuklah Islam nescaya engkau akan selamat dan Allah akan memberikan kepada engkau pahala sebanyak dua kali, maka jika engkau berpaling maka sesungguhnya ke atas engkau dosa kaum Al-Arisiyyin( kaum Nasrani ) dan :

"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:

"Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah. [ Surah Ali-Imran : 64 ]

2. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Raja Kisra: `Abdullah bin Huzaafah As-Sahmi R.A. diutuskan kepada Kisra (Maharaja Parsi).

Terjemahan:-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Daripada Muhammad Rasulullah kepada Kisra Maharaja Parsi,

Sejahteralah kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk dan beriman kepada Allah dan RasulNya dan menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang satu tidak ada sekutu bagiNya, dan bahawasanya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya,dan aku menyeru engkau dengan seruan Allah sesungguhnya aku ialah Rasulullah kepada manusia keseluruhannya, agar aku memberi peringatan bagi sesiap yang hidup dan membenarkan perkataan ke atas orang-orang kafir, maka masuklah kamu ke dalam Islam nescaya engkau akan selamat, maka jika engkau enggan maka sesungguhnya ke atas engkau dosa majusi.

3. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Muqaiqis : Utusan baginda kepada Muqaiqis Maharaja Qibti Mesir


Terjemahan :-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
daripada Muhammad hamba Allah dan RasulNya kepada Al-Muqauqis pembesar Al-Qibt(Mesir),

sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, dan Amma ba`du, maka sesungguhnya aku menyerumu dengan seruan Allah dan agar kita tidak mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun dan tidak menjadikan sebahagian kita dengan sebahagian lain sebagai tuhan-tuhan yang disembah melainkan Allah, maka jika kamu berpaling maka ke atasmu dosa Al-Qibti, dan wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:

"Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah. [ Surah Ali-Imran : 64 ])".

4. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Najasyi : `Amru bin Umayyah Ad-Dhamri R.A diutuskan kepada Najasyi (Maharaja Habsyah).

Terjemahan Melayu:-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Daripada Muhammad Rasulullah kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah, sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, amma ba`du, maka sesungguhnya aku memuji kepadaMu Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya Dialah Al-Malik, Al-Quddus, As-Salaam, Al-Mukmin, Al-Muhaimin,

Aku bersaksi bahawasanya `Isa bin Maryam ialah roh Allah dan KalimahNya yang diletakkannya kepada Maryam Al-Batul At-Taiyyibah Al-Hasinah (yang terpelihara dari sebarang tuduhan) lalu dia mengandungkan `Isa daripada rohNya dan tiupanNya sebagaimana Dia menciptakan Adam dengan tanganNya, dan sesungguhnya aku menyerumu kepada Allah yang satu tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, dan agar saling berwala` atas ketaatan kepadaNya dan jika engkau mengikutiku dan beriman dengan apa yang telah datang kepadaku kerana sesungguhnya aku ialah Rasulullah dan aku menyerumu dan tentera-tenteramu kepada Allah `Azza wa Jalla, dan sesungguhnya aku telah sampaikan dan aku telah beri nasihat maka terimalah nasihatku, dan sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk.

Wahai para pemerintah yang memegang tampuk kekuasaan ketika ini!

Kalian telah di izinkan Allah Azza Wa Jalla untuk memegang kuasa selama yang Allah kehendaki, maka ambillah Al Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk dalam pemerintahan. Nescaya malapetaka umat ketika ini akan terpadam dan sinar kemuliaan akan datang.

Jika kalian meninggalkan Al Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk dalam pemerintahan, maka umat bersaksi atas kalian ketika mana pemerintahan kalian diangkat. Seisi langit dan bumi tidak memandang kalian kecuali dengan penuh kehinaan seperti keadaan Hosni Mubarak,Ben Ali,Muammar Gaddafi,Ali Abdullah Salleh,yang menyoroti titik akhir kejatuhan, Bashar Assad dan sekalian pemimpin yang akan diangkat kekuasannya kelak.

Janganlah sekali-kali kalian menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agama Allah!Janganlah sekali-kali kalian menjadi penghalang kepada usaha menegakkan Khilafah. Sesungguhnya dosa dan azab yang pedih dari Allah Azza Wa Jalla akan menimpa sesiapa sahaja yang menjadi penghalang tegaknya agama Allah.

Allah benar-benar berkuasa ke atas kalian wahai para pemerintah!"

BERGAMBAR: Kekayaan Kelantan...

Posted: 15 Mar 2012 09:00 PM PDT

Kelantan kekayaan akhirat serta subuh digeruni

Oleh: rajaibrahimpetra96

"Ulama, Menteri Besar dan Imam.



Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh 'biasa-biasa' di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur.

Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat 'rare' di negeri-negeri lain. Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam.

Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh 'orang tua ini' supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam. Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat.

Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki 'syurga'. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.

Jemaah melimpah ke bibir masjid.

Subhanallah!

Islam di Kelantan.

Usai Solat Subuh, Tuan Guru memimpin bacaan Mathurat bersama-sama jemaah.

Majlis tahniq akan diadakan selepas solat Subuh setiap Jumaat sekiranya Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan kesihatan yang mengizinkan.

Percuma! Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.

Setiap kali majlis berlangsung, hampir 40 orang bayi akan ditahniq sendiri oleh beliau.

Berkat Seorang Ulama.

Penat dan lelah, beliau tidak pernah menolak permintaan untuk ditahniq.

Seorang tukang urut sentiasa berada di belakang beliau, dan jika beliau terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika untuk solat sunat 2 rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!

Jemaah yang sedang menunggu giliran diluar.

Walaupun mereka berada disekitar Kota Bharu, dan walaupun keadaan yang sempit untuk parkir kenderaan, ramai jemaah hadir dengan kenderaan masing2. Orang Kelantan memang miskin!

Kita tidak semiskin seperti yang digembar-gemburkan mereka. Bahkan kita kaya ! Kaya akhirat.

TERHOT!! Dr Asri pulak yang kena tibai... haha...

Posted: 15 Mar 2012 07:00 PM PDT

Dr Asri Zainul Abidin ulama parasit tertinggi di Malaysia

Beberapa kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin yang diucapkan dalam Majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan penulis maya kebangsaan pada 18 Februari 2012 sangat mengelirukan sehingga boleh menyesatkan orang awam.
Kenyataan pertama: "Agama sebagai senjata politik yang penggunaannya oleh pemimpin politik dilihat merendahkan marabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai".

Saya keliru dan saya tidak faham akan maksud "agama sebagai senjata politik". Saya juga keliru dan tidak faham bagaimana agama boleh digunakan sebagai senjata politik oleh pemimpin politik? Kenyataannya secara semberono sahaja, yakni kenyataan kosong tanpa beliau menyertakan bukti atau contoh yang konkrit.

Pada fahaman saya, "agama sebagai senjata politik" itu sama maksudnya dengan "agama sebagai alat politik". Kalau andaian saya itu benar, tidakkah kenyataan Dr Asri itu bermakna "politik mengatasi agama"? (Na'uzubillahi minzalik).

Pada pendapat saya, dalam apa sahaja urusan orang beriman, pendekatan agama wajib digunakan. Pendekatan agama merupakan pendekatan benar yang menyelamatkan kita daripada fahsya dan mungkar. Ingin saya bertanya kepada Dr Asri, siapakah atau sistem apakah atau kaedah apakah yang mampu merenda-rendahkan martabat Islam? Bukankah martabat Islam itu senantiasa terletak tinggi di mercu kemuncaknya di dalam pemeliharaan Allah SWT ? Kalau manusia Islam yang melakukan kejahatan, maka manusia itulah yang celaka.Celakanya manusia itui tidak sedikit pun menjejaskan martabat Islam!

Kenyataan kedua: "Sesetengah pemimpin politik semakin mengeksploitasikan agama sebagai satu landasan untuk meraih simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing".

Jelas, kenyataan ini memberi makna bahawa agama boleh sahaja dieksploitasi oleh pemimpin politik. Pada saya, kenyataan ini kenyataan sesat serta berniat jahat. Lagipun, bolehkah agama dieksploitasi sedangkan agama itu kebenaran mutlak? Mengapa tidak diberikan contoh kes bagaimana pengeksploitasian agama boleh berlaku?

Bagaimanakah agama menjadi "landasan" untuk pemimpin politik meraih simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing? Alangkah buruknya prasangka! Apa makna "agama sebagai landasan"? Tidakkah frasa ini memperlihatkan kejengkelan Dr Asri terhadap agama bahawa agama itu sekadar menjadi landasan kejahatan pemimpin politik; padahal agama Islam itu "landasan" kebenaran berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Kenyataan ketiga: "Memisahkan agama daripada politik mungkin dianggap negatif, tetapi kalau agama sering digunakan untuk tujuan politik yang menjurus kepada penyalahgunaan itu, ia lebih buruk".

Kenyataan ini melulu sahaja tanpa bukti dan contoh kes bagaimana agama digunakan untuk tujuan politik. Tanpa perlu dianalisis secara terperinci pun, nampak cukup jelas bahawa Dr Asri memang memisahkan agama daripada politik.

Kenyataan keempat: Bahaya, menggunakan agama Islam sebagai senjata untuk politik, untuk menegakkan yang salah dan untuk kepentingan kuasa semata-mata".

Saya ingin tanya Dr Asri, adakah beliau membuat kenyataan ini dengan penuh kesedaran? Kenyataan ini benar-benar memperlihatkan kejahatan fahamnya bahawa pemimpin politik boleh menggunakan agama Islam untuk "menegakkan yang salah". Astaghfirullahalazim!!! Betapa zalimnya agama Islam pada faham Dr Asri sehingga tergamak menegakkan yang salah, menghalalkan yang haram, mengharuskan yang batil dan seumpamanya!

Kenyataan kelima: " ......menjadikan agama sebagai mainan politik ......"

Hina sungguh taraf agama; sekadar menjadi mainan politik sahaja. Mengapa tidak dibuktikan?

Kenyataan keenam: " ...... fatwa politik sangat bahaya, agama perlu dibebaskan daripada mainan politik."

Pada fahaman saya daripada kenyataan di atas, agama tidak boleh sama sekali dicampur-adukkan atau dihubungkaitakan dengan politik, tetapi agama Islam itu mesti diasingkan daripada politik. Dengan kata lain, bagi Dr Asri: AGAMA SUKU, POLITIK SUKU.

(Bau dah macam UMNO daaaa.... Admin)

Saya berpendapat, setiap gerak-geri kita dikira dosa pahalanya oleh Allah SWT. Inikan pula aktiviti keterlibatan kita dalam politik. Sangatlah mustahil untuk sesiapa memisahkan agama daripada politik kerana aspek politik pemerintahan dan urus tadbir negara merupakan satu aspek terbesar dalam Islam yang kita sebagai khalifah Allah di muka bumi-Nya ini diamanahi untuk memakmurkannya supaya mencapai matlamat "baldatun toyyibatun warabbun ghofur".

Dr Asri, tolong maafkan saya kalau saya menamakan anda 'ulama parasit terbesar Malaysia' hingga ketika anda telah insaf akan kejahilan anda serta bertaubat. Wassalam.

Bila UMNO gelabah biawak... kahkahkah...

Posted: 15 Mar 2012 05:00 PM PDT

Taktik kotor Umno tidak menjadi

Oleh SAFAR JUMAAT

UMNO-BN merasakan sudah hilang segala taring mereka apabila Selangor, negeri termaju di Malaysia kini diperintah Pakatan Rakyat, sedangkan di Selangor terdapat KLIA, ada Pelabuhan Klang dan ada macam-macam lagi, termasuk Lapangan Terbang Sultan Salahuddin di Subang yang cukup terkenal.

Itulah sebabnya, kehilangan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, tidak begitu memalukan bagi Umno-BN, jika dibandingkan dengan kekalahan Umno-BN di Selangor.

Hari ini, mereka perkenalkan "Jelajah Selamatkan Selangor" yang mahu mereka gambarkan bahawa Selangor akan menjadi teruk dan miskin jika tidak diselamatkan. Padahal, mereka tahu Selangor sebenarnya lebih selamat di bawah Pakatan daripada di bawah Umno-BN selama ini. Bukan sedikit kawasan bukit-bukau yang mereka tarah hingga menyebabkan beberapa tempat di Selangor, termasuk TTDI Jaya, banjir. Mereka menggunakan khidmat seorang bekas Exco yang dipecat daripada PAS untuk mencaci kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas mentadbir negeri secara telus. Mereka bawa cerita kononnya PAS kini menjadi kuda tunggangan dan ada parasit di dalam parti itu.

Bekas Exco itu menafikan dia digunakan oleh Umno-BN. Namun, setiap perkataan yang dikeluarkan dari mulutnya, memastikan undi tidak diberikan kepada mereka yang melawan Umno-BN. Maknanya, dia sendiri memberitahu dia bekerja untuk siapa dan parti mana.

Sebenarnya rakyat Selangor tidak tergugat dengan ugutan, tunjuk perasaan dari beberapa orang yang mendakwa mereka mewakili NGO dan Perkasa, namun Umno-BN masih gagal menarik sokongan rakyat di atas pagar supaya bersama-sama mereka menentang kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diberi peluang bersuara mengatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mampu untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Sepatutnya, Daim yang juga bekas Bendahari Umno seronok jikalau Anwar gagal dan mengapa perlu dia risau dengan kegagalan Anwar tersebut. Orang Umno, seperti Daim seharusnya berbangga dengan kegagalan mereka daripada Pakatan Rakyat kerana dengan itu, Umno-BN akan merasakan mereka adalah lebih baik dari Pakatan Rakyat.

Untuk apa timbul kerisauan pada bekas Bendahari Umno ini? Ada cerita kepala babi di pintu masjid. Rakyat tenang mendengar berita ini kerana mereka sudah cukup matang ke atas setiap provokasi. Mereka tahu, tersilap langkah, mereka akan masuk perangkap Umno-BN.

Mereka gunakan blogger yang lari dari tanahair bercakap isu pasir. Blogger itu melarikan diri kerana ada pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Tetapi kini, blogger ini sudah menjadi orang penting kepada Umno-BN.

Sebenarnya, isu pasir, rakyat sudah tahu siapa yang sudah kenyang sebelum Pakatan memerintah. Rakyat bukan bodoh dan bukan boleh diperbodohkan lagi.

Mereka tahu siapa yang kayaraya dengan hasil pasir selama ini. Mereka juga tahu, orangorang tertentu sahaja yang dapat hasil pasir ini.

Begitu juga dengan projek angkut sampah, pembersihan dan billboard. Selama ini, mereka jadikan ini sumber pendapatan bagi memperkuatkan parti dan ketua-ketua Umno bahagian. Mereka tidak pernah ambil tahu bahawa, masih ada rakyat hidup di dalam timbunan sampah dan tidur di bawah jambatan.

Mereka mainkan isu murtad. Kononnya di zaman pemerintahan Pakatan, ramai yang murtad. Tapi, dalam masa yang sama, mereka tidak mahu mendedahkan di zaman mereka memerintah berapa ramai yang sudah murtad.

Bila ada cerita khalwat, mereka akan bersorak gembira kononnya yang melakukan kes seumpama ini adalah mereka daripada kalangan Pakatan tetapi, dalam masa yang sama, mereka lupa untuk menceritakan kisah ketua bahagian yang didakwa mengamalkan rasuah ketika menjadi Ahli Majlis PBT di beberapa kawasan.
Umno di Selangor tidak pernah mahu belajar, beberapa orang pemimpin besar mereka jatuh dalam keadaan terhina.

Ada yang kena tangkap kerana bawa terlalu banyak wang. Ada yang dikatakan mempunyai anak tak sah taraf. Ada juga kerana "isu projek mewah" dan paling dahsyat, ada yang pernah dikaitkan dengan dakwaan rasuah walaupun akhirnya mendapat pengampunan.

Khabarnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sudah menegur kepimpinan bahagian-bahagian di Selangor supaya jangan terlalu bergantung kepada populariti Perdana Menteri. Masing-masig perlu turun ke bawah, mengenali masalah yang dihadapi oleh rakyat di bawah.

Sebenarnya Umno-BN Selangor terasa kehilangan pemimpin. Hari ini mereka tidak pasti siapakah bakal mengepalai jentera BN di peringkat negeri kerana bekas MB terdahulu semuanya sudah terkulai layu.
Bagi Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, mungkin beliau mempunyai calonnya sendiri untuk dicadangkan sebagai MB Selangor tetapi kehendak rakyat Selangor mungkin juga berbeza dengan kehendak Najib.

Jika ini berlaku, Najib akan dikecewakan lagi sekali oleh rakyat Selangor. Mereka rela makan pasir daripada dibohongi dengan cerita khalwat, edaran foto separuh bogel dan isu pertukaran potfolio Agama Islam kepada Menteri Besar Selangor, gagal menarik sokongan rakyat.
Najib kecewa. Muhyiddin juga kecewa. Najib tahu Umno bahagian-bahagian di Selangor masih bergolak. Muhyiddin juga tahu semua ini.

Malahan, apa yang dikatakan oleh Muhyiddin kepada kepimpinan Umno di Selangor baru-baru ini, tepat iaitu "jangan hanya bergantung kepada pengaruh Najib".

Maklumlah, Najib kini adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno. Maka, rata-rata mereka yang berjawatan dalam Umno dan BN di Selangor menyifatkan mereka tidak perlu bekerja keras kerana pengaruh Najib sebenarnya sudah mampu menarik sokongan rakyat. Itu yang mereka fikirkan.
Kali ini, mereka akan hampa sekali lagi kerana rakyat tidak akan terpedaya dengan pelbagai slogan, melainkan mereka mahu pelaksanaan. Janji dari BN sudah tidak berkesan lagi. Era ini adalah era perlaksanaan.

Mereka tidak peduli provokasi. Mereka sudah jemu dengan pelbagai karenah. Mereka nampak, bila ada projek yang berkaitan dengan perumahan rakyat, mesti terbengkalai di Selangor.

Bila bercakap soal geran kepada penduduk yang sudah meneroka kawasan-kawasan tertentu, mereka simpan hingga 20 tahun.

Semua ini, termasuk di Kampung Bendahara, Sungai Tua, kini sudah diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Bukit Botak juga sudah selesai pembinaan sedangkan dalam era pemerintahan BN, penduduk di situ dibiarkan hidup dalam kawasan setinggan dengan serba kekurangan. Lihat sahaja apa sudah jadi dengan "kawasan transit" yang terletak di sekitar Bukit Botak, dibina di zaman BN memerintah, kini menjadi kawasan tertinggal yang cukup mengganggu penduduk sekitar kawasan tersebut.

Cukuplah! Rakyat kini sudah menikmati subsidi terus dari kerajaan negeri dengan pemotongan RM10 bil air setiap bulan. Terima kasih Pakatan Rakyat.

Kesian kat TUPAI... kahkahkah...

Posted: 15 Mar 2012 03:00 PM PDT

kesian 'TUPAI'!

Oleh Bancuh



petikan berita :
Dalam kenyataannya , Nik Aziz juga secara sinis berkata, beliau bersimpati terhadap "tupai-tupai" yang melompat keseronokan ketika kemelut itu berputik kerana menjangka dapat "menikmati buahnya".

"Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan," katanya lagi tanpa menamakan dengan jelas pihak terbabit.

berita : Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah - TGNA
sumber : malaysiakini.com

Tok Guru Nik Aziz apabila melontarkan ayatnya, pasti akan dijadikan buah bicara. Terkadang terlalu amat dalam maksudnya sehingga perlu menggunakan segala ilmu di dada bagi mencari penafsiran yg sesuai dan tepat dgn suasana....itulah salah satu kelebihan yang ada padanya yg terkadang pula dijadikan isu oleh puak2 umno utk menyelewengkan fakta....sedangkan yg depa (puak2 umno) tak sedar, depa telah membantu mempopularkan apa yg dikatakan oleh TGNA sehingga masing2 mencari jawapan melalui kitab2 ilmiah, makalah dan sebagainya....dan apa yg aku boleh pastikan, kebanyakan orang yg mencari jawapan akan bertemu dgn jawapan yg selari seperti apa yg diperkatakan oleh TGNA...... menariknya juga apabila bahasa-bahasa kiasan TGNA tepat mengenai sasaran walaupun bahasa yg dipakai adalah sesuatu yg 'common' pada pendengaran kita spt gambaran 'tupai' yg disebutkan di atas

TGNA terus terang menujukan simpati beliau kepada 'tupai-tupai' yg jatuh kehampaan kerana putik buah tak sempat nk masak......hahahaha....sungguh indah dan tajam bahasa kiasan ini.....dan bila sebut tupai ni, aku teringat lagu 'anak tupa (tupai)' < klik SINI utk dengar>..... yg dinyanyikan oleh Halim Yazid melalui genre dikir barat Kelantan.... sebenarnya itu jugak lagu kegemaran aku hinggakan aku ulang dengar dalam kereta sepanjang perjalanan aku balik dari KL ke Alor Setar bersama beberapa sahabat selepas menghadiri 'demo anti Israel' pada tahun 2006 iaitu ketika perang Hizbullah-Israel

ok...berbalik kpd kisah 'tupai' di Kedah....sebenarnya TGNA tak tujukan secara khusus siapa yg dimaksudkan sebagai tupai tersebut.....cuma di sini, aku nk buat andaian penyesuaian berdasarkan situasi dan keadaan. dgn andaian tu, barulah kita boleh agak....siapa itu 'tupai'.....hahahahaha

tupai ni memang terkenal dengan 'kejahatannya' tebuk buah.... ungkapan yg ditujukan kpd 'anak dara' yg sudah 'terpakai' secara tidak sah juga dikiaskan dgn kata 'sudah ditebuk tupai'....selain dari itu, tupai juga dikiaskan dgn orang2 yg dok suka buat kerja jahat dgn kata 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'....kesemua maksud 'tupai' dalam semua ayat tersebut menjuruskan utk mengkiaskan kepada segolongan manusia yg 'jahat perbuatannya'....

apa kerjaan tupai ni??? tupai ni tak ada kerja lain....tugasan utamanya iaitu merosakkan buah...walaupun sebenarnya tujuan si tupai bukan utk merosakkan sbb dah memang sunnatullah Allah jadikan cara cari makannya begitu...tetapi perbuatannya itu dianggap sebagai merosakkan pada sisi manusia....sbb apa merosakkan??? sbb kadang kala buah hanya ditebuk dan dibiarkannya hingga menjadi rosak...lepas ditebuk, si tupai akan beralih ke buah lain pula.... buah2 yg ditebuk si tupai sudah tidak lagi bernilai dan kadangkala langsung tak boleh dimakan kerana sudah rosak keseluruhan..... begitu juga kerja jahat si tupai ni adalah merosakkan bunga dan putik buah..... dan pentingnya juga kita tau perangai si tupai ni, dia boleh tebuk pelbagai jenis buah tak kira samada berduri mcm durian atau putik buah manggis yg belum ada isi.....kerja dia tebuk saja...lepas tu tinggal....dia tak kira buah tu elok atau tak elok....janji boleh tebuk sudah jadi kepuasan..... dan disebabkan itulah juga, tupai dijadikan sebagai sejenis musuh kepada tuan tanah, tuan dusun buah2an dan tuan tanaman hinggakan para tuan ini sanggup melancarkan 'perang' dgn bergolok berparang, malah bersenapang semata2 utk menjaga tanaman supaya tidak dirosakkan tupai yg berkejaran......

kalau dalam Disney World, si tupai memang jadi pujaan melalui watak 'Alvin and the Chipmunks' yg konon pandai menyanyikan lagu.....kalau dalam dunia sebenar, tupai memang jadi musuh manusia.....

berbalik kpd isu dalam negeri.....agak2 hangpa, puak2 manakah yg boleh digandingkan dengan kiasan 'tupai' tu??? hangpa sendiri jawablah..... cuma yg aku nk bagitau....buah tak pernah kacau tupai, tapi tupai yg dok kacau buah....walaupun buah tu berduri mcm buah durian, isinya tetap sedap dan jadi keutamaan....walaupun ada yg terluka tangan nk koyak buah durian, masih lagi dia nak makan.....tapi kalau tupai, dia bukannya nk makan sangat pun, cuma perangai dan perbuatannya yg menjahanamkan....dan paling aku harapkan semoga si tupai-tupai dan gerombolannya itu segera ditembak supaya tidak beranak pinak dan lebih menjahanamkan.....

catatan aku hari ini disebabkan oleh ada sorang kawan aku msg minta aku bancuh skit pasai tupai ni....kalau tidak, tunggu sehari dua lah sbb kelmarin (jumaat), bapak mertua aku dijemput pulang bertemu Khaliqnya.... semoga sidang pembaca dapat bersedekah pahala bacaan surah al Fatihah kepada bapa mertua aku bernama Haji Abdul Aziz yg menghembuskan nafas akhir pada lebih kurang jam 11.50 pagi Jumaat 9/3/2012 @ 16 Rabiulakhir 1433H.....(sengaja aku catatkan lengkap supaya menjadi kenangan dan ingatan)

Cawangan UMNO yang paling BEDEBAH...

Posted: 15 Mar 2012 01:00 PM PDT

SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul...pembohongan bersiri..!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.

Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.

"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya

Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.

Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya.

Tiada ulasan: