shalehudin |
- Pe hal Pak Lah pi jadi kambing hitam plak... kahkahkah...
- Shahrizat nak dedah bukan dia ja bermasaalah... kahkahkah...
- Sedap betoi artikel nih... hehe...
- Bengap tahap gaban betoi pemimpin PAS nih...
- Pejuang Agama, Bangsa dan Negara konon... kahkahkah...
- Lagi cerita fitnah terhadap AG ngan IGP... kahkahkah...
- Tahniah Azizan, tahniah Phahrolrazi... andalah perlingkup imej PAS...
- Ulasan paling tepat dari Ezam... kahkahkah... ptuihh...
- Ramainya badut-badut... kahkahkah...
- MasyaAllah, Polis Sahkan Rangka Manusia Rentung Itu Nurul Nadirah [updated]
- [Video] Rakaman Ribut Matahari - Keindahan Yang Mendebarkan
- 8 Airport Paling bahaya di dunia
Pe hal Pak Lah pi jadi kambing hitam plak... kahkahkah... Posted: 13 Mar 2012 11:00 AM PDT Najib jadikan Abdullah 'kambing hitam?' RAMAI yang mungkin terpegun dengan sandiwara minggu ini yang dilakonkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam mem buat permohonan maaf kepada rakyat atas kegagalan kerajaan semasa pilihan raya umum yang lalu. Mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat adalah bagi mendoktrin rakyat bahawa beliau seorang yang sangat 'sederhana' dan 'merendah diri' dalam meng uruskan negara, tidak seperti kerajaan yang sebelumnya. Dua kali Najib memohon maaf kepada rakyat dalam masa dua minggu dan ia dilaporkan sepenuhnya oleh media-media arus perdana sambil beberapa pemimpin mengulasnya sebagai suatu yang besar. Malangnya, jika diamat i ianya hanya memberi gambaran bahawa Najib seolah- olah tidak mengakui ke salahannya sebagai PM selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebaliknya, permohon an maaf itu hanya kerana kesilapan kerajaan pimpin an Abdullah (sekitar 2004 hingga 2008) yang menyebabkan masalah pada PRU12. Seperti mana kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, kenyataan Najib ini sekali gus menempelak kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah. Secara sedar, mungkin rakyat melihat ia satu kenyataan dan kesediaan Najib mengubah 'sikap' pentadbiran kerajaan yang menyebabkan tsunami 2008 berlaku. Namun, sebaliknya jika diamati kenyataan itu menjadikan pentadbiran Abdullah sebagai 'kambing hitam' untuk menutup kesalahan Najib semata-mata. Sedangkan, sejak mengambil alih kerajaan dari ta ngan Abdullah, Najib me neruskan dasar yang ada (dasar korupsi dan kronisme) yang menebal dalam Umno mahupun kerajaan. Malah, dalam beberapa kes termasuk kes skandal Pusat Feedlot Negara (NFC) bernilai RM250 juta, kesed iaan Najib untuk menyelesaikan secara berani mengenai isu itu tidak kelihatan. Sebaliknya, Najib dikatakan takut menghadapi warlord-warlord Umno yang sangat berkuasa setelah di pancing dengan projekprojek tertentu untuk mendiamkan rahsia-rahsia besar Najib dalam parti dan kerajaan. Masakan Najib mampu menghadapi kemelut dalam Umno yang jauh lebih parah ditambah dengan kelemahan beliau mengatasi pengaruh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup obvious dan menjadi perkara yang cukup tidak menyenangkan kepada pemimpin Umno yang lain. |
Shahrizat nak dedah bukan dia ja bermasaalah... kahkahkah... Posted: 13 Mar 2012 10:25 AM PDT Shahrizat boleh dedah 'bukan dia saja bermasalah' KUALA LUMPUR- PAS menggesa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahu berundur dari jawatan menteri April ini, tampil membuat pendedahan siapa lagi yang bermasalah dalam parti itu. Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekarang ini adalah masa dan peluang terbaik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berbuat demikian. "Kita minta Shahrizat tampil ke hadapan, dedahkan siapa lagi pemimpin Umno yang dia pernah kata 'bukan dia seorang sahaja bermasalah' sebelum ini. "Inilah masa terbaik untuk dia dedahkan siapa mereka yang lain demi menyelamatkan negara," katanya kepada Harakahdaily. Shahrizat yang turut terpalit dengan skandal RM250 juta Perbadananan Feedlot Kebangsaan (NFC) sebelum ini pernah berkata "beritahu saya, pemimpin Umno yang mana tiada masalah" ketika beliau diasak dengan desakan meletakkan jawatan. Bagaimanapun kelmarin, Shahrizat mengumumkan mahu berundur sebagai menteri Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat, itupun selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan April ini. Ekoran itu, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyeru Shahrizat yang didakwa dijadikan 'mangsa' oleh Umno dalam skandal NFC, agar tampil mendedahkan siapa lagi pemimpin Umno yang turut bermasalah. Adalah tidak adil jika segala masalah dalam Umno itu hanya dibebankan seluruhnya kepada Shahrizat sedangkan ramai lagi yang sepatutnya menanggung akibatnya, kata Mahfuz. -Harakahdaily |
Sedap betoi artikel nih... hehe... Posted: 13 Mar 2012 07:40 AM PDT Hasut, guling kerajaan Minggu lalu saya telah menjadi saksi di mahkamah tinggi dekat Jalan Duta. Ini kes enam reformis menyaman ketua polis negara sebelum ini Norian Mai. Saya salah seorang dari enam reformis yang menyaman Norian Mai atas dakwaan memfitnah dan membuat onar terhadap para reformis. Pada 10 April 2001, ketika Norian Mai berkuasa sebagai ketua polis negara, dia telah menangkap 10 orang reformis. Para reformis telah ditangkap dengan tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan. Keesokan hari, pada 11 April 2001, Norian Mai telah membuat sidang akhbar. Pada 12 April 2001, semua akhbar telah membuat laporan tentang sidang akhbar ketua polis negara ini. Para reformis telah dituduh memiliki grenade launcher, ball bearing dan bom molotov. Tetapi bukan tentang ini yang ingin saya tulis. Apa yang saya lakarkan ialah politik di belakang penangkapan ini. Dan apa dia pencerahan realpolitik terhadap kes ini. Untuk memulakan pencerahan, saya ingin memberitahu pembaca terutama anak-anak muda harus sedar dan faham bahawa bukan satu kesalahan untuk menggulingkan kerajaan. Jangan kita ditakut-takutkan apabila mendengar perkataan "ingin menggulingkan kerajaan". Parti politik DAP, PKR atau PAS semua bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menggulingkan kerajaan BN. Mahfuz Omar ingin menggulingkan kerajaan. Dr Dzulkefy Ahmad ingin menggulingkan kerajaan. Tian Chua ingin menggulingkan kerajaan. Tony Pua ingin menggulingkan kerajaan. Nurul Izzah Anwar ingin menggulingkan kerajaan. Malah setiap malam mereka ke hulu ke hilir berceramah dan menghasut orang ramai dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan. Politik jalan raya Nik Aziz Nik Mat telah berjaya menggulingkan kerajaan BN di Kelantan. Lim Guan Eng telah berjaya menggulingkan kerajaan di Pulau Pinang. Khalid Ibrahim telah berjaya menggulingkan kerajaan di Selangor. Nizar Jamaluddin telah berjaya menggulingkan kerajaan di Perak, tetapi dirampas kembali. Ini adalah bukti bahawa menggulingkan kerajaan bukan satu kesalahan. Sekali lagi saya ingatkan, jangan sesekali kita ditakut-takutkan dengan perkataan 'menghasut'. Ceramah-ceramah yang disusun oleh Pakatan Rakyat bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai. Maklumat yang diberi itu bertujuan untuk menyedarkan orang ramai agar mereka menolak kerajaan United Malays National Organisation dan menggantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Ini bermakna ceramah itu bertujuan untuk menghasut orang ramai agar bangun menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation. Jika kurang faham biar saya cerahkan lagi makna menghasut. Utusan Malaysia - akhbar milik United Malays National Organisation - setiap hari kerjanya menghasut. TV3 juga milik gerombolan United Malays National Organisation kerjanya setiap saat menghasut. Iklan kasut baru dan iklan coli ketat minah cun yang terpampang di tepi jalan di belakang Mid Valley itu juga bertujuan menghasut. Utusan Malaysia dan TV3 menghasut rakyat untuk membenci dan menolak kerajaan Pakatan. Utusan dan TV3 menghasut rakyat untuk menyokong kezaliman yang dijalankan oleh United Malays National Organisation. Begitu juga dengan iklan kasut dan coli minah cun. Iklan-iklan ini juga bertujuan menghasut orang ramai untuk menjadi pembeli. Justeru menghasut bukan juga satu kesalahan. Malah menghasut rakyat untuk bangun menggulingkan kerajaan adalah tugas suci setiap warga Malaysia yang memiliki akal dan fikiran. Ketika saya ditangkap bawah ISA pada 10 April 2001 dahulu, alasan tuduhan ialah: saya menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya. Atau dalam bahasa cool, saya berceramah untuk menghasut rakyat turun berdemo. Saya tidak pernah menafikan ini. Malah bukan sahaja dalam ceramah saya menghasut rakyat agar turun berdemo, saya juga membuat teater untuk menghasut orang ramai untuk membenci Mahathir Mohamad dan United Malays National Organisation. Saya juga telah berkali-kali menulis untuk menerangkan kepada orang ramai tentang politik jalan raya. Tulisan saya telah melakar kembali persejarahan politik Filipina dan Jakarta di mana ditaktor Marcos dan ditaktor Haji Muhamad Suharto telah digulingkan oleh ombak rakyat turun ke jalan raya. 'Saya menghasut maka saya wujud' Malah saya juga - ketika itu di Pakistan - terlibat sama berdemo untuk menjatuhkan kerajaan zalim Shah Reza Pahlavi di Tehran pada tahun 1978. Untuk saya, semua ini bukan kesalahan. Untuk saya ini satu tugas suci yang wajib saya lakukan sebagai manusia yang memiliki akal, fikrah dan keintelektualan. Ahli falsafah Perancis yang bernama René Descartes (1596-1650) berkata: "Saya wujud kerana saya berfikir." Justeru saya pula berkata: "Saya menghasut maka saya wujud." Menghasut untuk menggulingkan kerajaan yang zalim adalah wujudiah saya. Saya wujud dan amat bangga kerana saya menghasut orang ramai untuk bangun menentang gerombolan United Malays National Organisation. Untuk kerajaan dan rejim yang zalim, orang ramai turun ke jalan raya dilihat sebagai satu kesalahan. Di sini ingin saya jelaskan kepada warga Malaysia yang mungkin tidak sedar bahawa turun berkumpul ke jalan raya adalah hak kita sebagai warga negara ini. Hak ini ada tercatit dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Justeru berkumpul dan berdemo adalah hak asasi kita. Mari kita lihat sejarah tunjuk perasaan yang membawa hasil kebaikan. Pada tahun 1998 dahulu satu gerakan ampuh ke jalan raya telah dimulakan oleh Gerakan Reformasi. Gerakan Reformasi ini ingin menghalau Mahathir dari terus menjadi perdana menteri. Tanpa tunjuk perasaan yang menghasut orang ramai untuk mengutuk dan memburukkan Mahathir pasti hari ini perdana Menteri malaysia masih lagi Mahathir Mohamad. Sahih demonstrasi yang dikatakan bukan budaya kita oleh Mahathir telah menumbangkan Mahathir Mohamad sendiri. Bukti-bukti sahih di mana demonstrasi membawa hasil positif terus terkumpul sebagai ilmu pengetahuan. Ingati kembali para peguam yang turun berdemo di Putrajaya pada 27 September 2007. Ini dikuti dengan demo BERSIH yang pertama pada 10 November 2007. Beberapa minggu kemudian pada 25 November, Hindraf pula turun ke jalan raya. Hasil mutlak dari semua tunjuk perasaan ini ialah kemenangan Pakatan dalam pilihan raya 8 Mac 2008. Tunjuk perasaan di jalan raya ialah tanda kemarahan rakyat. Apabila orang ramai turun ke jalan raya, para demonstran ini telah memperkasa diri mereka. Memperkasa diri ini akhirnya diterjemahkan sebagai undi untuk Pakatan. Sesiapa yang berani menolak hakikat bahawa demo jalan raya akan membawa kemenangan di peti undi wajib diperiksa keupayaan otak mereka. Santau radioaktif Contoh terbaru di mana politik jalan raya telah membawa hasil positif ialah apabila 20,000 penunjuk perasaan keluar di Kuantan pada pagi 26 Febuari 2012 yang lalu. Para demonstran telah menentang kewujudan kilang nadi bumi Lynas. Orang ramai telah diberi pencerahan tentang bahaya santau radioaktif yang akan dikeluarkan oleh kilang ini. Orang ramai juga telah dihasut oleh Himpunan Hijau untuk turun ke jalan raya. Hasilnya, pada petang yang sama Najib Razak telah membuat kenyataan bahawa sisa-sisa santau radioaktif ini tidak akan disimpan di Gebeng. Kenyataan putar belit Najib ini bercanggah dengan kenyataan awal yang mengatakan bahawa sisa santau radio aktif ini selamat. Justeru - terbukti - jika orang ramai tidak turun ke jalan raya pasti Najib tidak akan bersuara. Tanpa demo penentangan pasti warga di Gebeng akan disantau oleh radioaktif. Justeru, pencerahan yang ingin saya sebarkan ialah demonstrasi, tunjuk perasaan dan politik jalan raya menjamin akan membawa hasil yang positif. Berdemo adalah berbaloi. Apa yang saya ajukan ini bukan lagi teori. Ini bukan angan-angan. Ini adalah satu garis politik yang tepat. Ini pendekatan politik yang akan menghasilkan kemenangan untuk orang ramai. Pada ketika setiap hari kerajaan Pakatan diserang. Pemimpin Pakatan diserang. Hanya politik jalan raya sahaja yang akan memastikan kerajaan Pakatan selamat. Politik jalan raya juga akan memastikan Pakatan berjaya merangkul kemenangan baru. Saya mengajukan politik jalan raya ini kerana saya memiliki bukti yang sahih. Ketika saya disoal siasat selama 60 hari di 'bilik sulit' hingga ke Kamunting, pekara yang ditimbulkan berkali-kali oleh United Malays National Organisation ialah pandangan saya tentang demonstrasi. Untuk saya cukup senang, jika musuh saya tidak suka perkara yang saya lakukan, maka ini bermakna apa yang saya lakukan itu adalah tepat. Jika musuh saya tidak marah dan tidak menyerang saya maka ini bermakna saya dan musuh telah sebati. Hukum politik ini tidak akan berubah-ubah hingga hari kiamat. Demonstrasi telah membawa banyak hasil yang positif. Ini telah dibuktikan dengan betapa gentarnya Mahathir bila berhadapan dengan rakyat yang bangun menunjuk perasaan. Najib Razak juga tahu dan sedar akan keupayaan politik jalan raya membawa perubahan. Justeru Najib dengan tergesa-gesa telah membuat akta baru sesudah tunjuk perasaan BERSIH 2.0. Akta baru ini adalah percubaan Najib untuk meneruskan kuasa United Malays National Organisation yang zalim. Kalau dahulu saya menulis buku bertajuk: Pilihanraya atau Pilihan Jalan Raya, Kali ini saya mengajukan slogan "ke jalan raya sebelum ke pilihan raya". TT |
Bengap tahap gaban betoi pemimpin PAS nih... Posted: 13 Mar 2012 05:40 AM PDT Perebutan Kerusi: PAS Yang Patut Ukur Baju Badan Sendiri AMAT memalukan bila PAS dan PKR Terengganu masing-masing secara terbuka berbalah mengenai pembahagian kerusi dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Dalam hal ini penulis merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Azman Shapawi dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang mempertikaikan tindakan PKR negeri menuntut 3 kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN. Penulis tidak ada masalah kalau rasa tidak puas hati ini disampaikan secara berhemah seperti mana adatnya berkomponen, masalahnya ialah bila Azman menyindir PKR negeri dengan meminta parti tersebut "mengukur baju di badan sendiri". Dari gaya bercakap, seolah-olahnya PAS negeri Terengganu yakin akan merampas semula negeri tersebut dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang tanpa bantuan sesiapa. Penulis rasa tidak ada keperluan untuk kedua parti komponen sambil menyindir antara satu sama lain. Isu ini patut dirujuk ke pengetahuan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang diwakili ketua parti masing-masing. Tapi secara peribadi penulis melihat, PKR patut menerima lebih kerusi kerana dari banyak kajiian yang telah dibuat, PKR lebih jauh mendahului PAS dalam persaingan merebut undi orang Melayu/Islam. Selain ketandusan isu, PAS juga terlalu bergantung kepada pendedahan-pendedahan dan isu yang diusahakan oleh pemimpin PKR, antaranya isu Lynas dan NFC. Sedangkan dari PAS sendiri masih tidak ada sebarang isu yang benar-benar boleh menggugat kerajaan BN melainkan isu Felda yang ibarat suam-suam kuku itu. Tambah memburukkan keadaan, beberapa pilihanraya kecil terakhir sejak Bagan Pinang menyaksikan PAS tewas kesemua kerusi yang ditandinginya, termasuk pilihanraya negeri Sarawak, juga menyaksikan PAS kalah. Ini semua adalah fakta dan bukti kenapa pembahagian kerusi untuk PAS di Terengganu, malah di negeri-negeri lain juga dikurangkan. Justeru amat wajarlah peluang Pakatan Rakyat untuk menawan negeri Terengganu tidak dirosakkan dengan meletakkan calon PAS, bila mana peluang lebih cerah jika calon PKR yang bertanding. Dalam bahasa mudahnya, PAS, bukan PKR yang harus cerminkan diri.- SPR |
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara konon... kahkahkah... Posted: 13 Mar 2012 01:00 AM PDT Agama, bangsa dan negara: Tapi keluarga Shahrizat membawa wang rakyat keluar negara! Situasi nampak kritikal untuk Pusat Feedlot Negara yang dihujani kontroversi sejak beberapa bulan yang lepas. Dengan keengganan PM Najib Razak mengambil apa-apa tindakan, pinjaman RM250 juta kerajaan itu mungkin akan hilang terus sekiranya aset luar negara para pengarah NFC tidak dibekukan, tegas pemimpin DAP Tony Pua. Tambahan pula, bukan sahaja persoalan rasuah yang dibahaskan sekarang tetapi juga pemimpin parti Umno yang dengan bersahaja menganugerahkan projek ternakan daging lembu itu kepada keluarga Ketua Wanitanya, Shahrizat Jalil. "Agama, bangsa dan negara' – ini yang dilaungkan oleh UMNO, parti pemerintah apabila Tony, Ahli parlimen PJ Utara menuduh bahawa salah seorang anak Shahrizat yang ditugaskan untuk mengurus projek kebangsaan itu telah membawa wang yang berasal daripada pinjaman RM250 juta kerajaan Malaysia ke Singapura Projek tersebut bertujuan untuk membekalkan 40% daripada bekalan daging lembu Malaysia dan membolehkan ia dijual pada harga yang lebih murah. Projek ini telah dianugerahkan kepada keluarga Shahrizat pada tahun 2006. Pengubahan Wang Haram Menurut Tony, anak lelaki Shahrizat yang juga salah seorang pengarah NFC; Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh telah menjual sebuah syarikat makanan dan minuman yang diasaskan di Singapura menggunakan wang daripada projek ternakan lembu itu. Tindakan Izran itu adalah seperti pengubahan wang haram, Tony memberi amaran seraya menyeru pihak polis untuk membekukan aset milik NFC diluar negera sementara siasatan dijalankan dan demi memastikan dana rakyat diselamatkan. "Ini menunjukkan pengarah NFCorp sedang melupuskan aset milik mereka di Singapura atau menyembunyikannya. Kami menyeru pihak polis untuk menyiasat pelupusan aset tersebut di Singapura tetapi kami pula telah mendapat tahu berapa banyak dana telah dipindahkan ke sana sebelum ia dijual kepada pihak lain dengan jumlah yang tidak diketahui," Tony memberitahu sidang media pada Jumaat lepas. Najib yang tercemar sudah tersepit Sungguhpun bukti terhadap keluarga Shahrizat sudah menggunung, mereka terus menerus menyangkal penyalahgunaan kuasa. Dan sungguhpun pihak polis mengesyorkan agar suami Shahrizat, Salleh Ismail didakwa kerana pecah amanah- Najib terus berdiam diri. Najib sendiri berhadapan dengan kemungkinan dibongkarkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Beliau mungkin juga telah menggunakan wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi. Sebuah lagi parti pembangkang, PKR dijangka akan membongkarkan salahlaku beliau dalam sebuah sidang media pada petang ini. Pemerhati mengatakan bahawa sebab mengapa Najib cuba mempertahankan Shahrizat adalah kerana beliau telah memberi amaran bahawa pemimpin Umno lain juga mempunyai masalah. Kenyataan ini menunjukkan bahawa beliau mungkin tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan salah laku mereka, termasuk Najib jika keluarga beliau didakwa. Sementara itu, menurut Tony, syarikat di Singapura yang diasaskan keluarga Shahrizat, Straits Beverages Pte Ltd pada bulam Mac 2010 dengan Izran sebagai pemegang saham sepenuhnya telah dijual kepada British Virgin Island company, Gold Index International Ltd, selepas beliau meletak jawatan sebagai pengarah pada 2 Disember 2011. Izran, dua adik beradiknya dan ayahnya adalah pengarah NFCorp, sebuah syarikat keluarga yang menguruskan projek NFC. Menurut Accounting and Corporate Regulatory Authority, Singapura, dua orang warga negara itu, Alphonsus Wee dan Amir Mulyani Mohamed Solay telah dilantik sebagai pengarah Starits Beverages. Menyimpan wang dalam Deposit Tetap Selain daripada penjualan firma ini, keluarga Shahrizat juga dituduh menggunakan wang pinjaman tersebut untuk memasukkannya dalam deposit tetap di dua buah bank besar untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membeli kondominium mewah dan juga mewujudkan sebuah kedai runcit mahal di Singapura. "Mereka tidak menggunakan RM250 juta itu untuk membangunkan NFC tetapi memasukkannya dalam deposit tetap. Dengan ini, deposit tetap itu dapat juga digunakan untuk mendapatkan pinjaman lain. Jika ini yang berlaku, ia adalah baik untuk keluarga Shahrizat tetapi bukan untuk NFC," ujar pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kepada Malaysia Chronicle. Sememangnya Ketua Audit Negara telah mendedahkan dalam laporan 2010 bahawa NFC mempunyai kelemahan dalam pengurusan dan ia juga jauh ketinggalan dalam target pengeluaran produk daging lembunya. Kes klasik bagaimana pihak elit membawa wang keluar dari negara Kes NFC dilihat sebagai kes klasik tentang bagaimana wang negara dialirkan keluar dari Malaysia oleh pemerintah kita yang tidak beretika. Sejak tahun 2000, sejumlah RM 1 trillion telah alirkan secara haram ke luar negara. Ini telah dilaporkan oleh Global Financial Integrity, sebuah badan ketelusan di New York. Walaupun pihak GFI menawarkan untuk membantu pentadbiran Najib mengesan pengeluaran wang secara haram itu, Najib enggan menerimanya. Ini memberi kita bayangan betapa rosaknya negara ini dek aktiviti rasuah dan haram yang dilakukan oleh Umno. Malaysia Chronicle |
Lagi cerita fitnah terhadap AG ngan IGP... kahkahkah... Posted: 12 Mar 2012 11:00 PM PDT AG, bekas IGP terbabit dengan ketua kongsi gelap KUALA LUMPUR 12 Mac: Laman portal berita, Malaysiakini mendedahkan dakwaan jenayah membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu. Malaysiakini mengakui memiliki dokumen yang mendedahkan maklumat oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ketua kongsi gelap Johor, Goh Cheng Poh atau dikenali Tengku Goh pada 2007. Pemberi maklumat itu mendedahkan mereka membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipaksa menukar maklumat asal oleh Badan Pencegah Rasuah yang kemudiannya ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebaliknya, enam pegawai polis yang dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011. Kes itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.) Johari kemudian mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak. Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan. Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor – telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah "sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh. Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad. Bagaimanapun, menerut Malaysiakini, kes semakin pelik dengan pembabitan peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Gani didakwa campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu. Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan. Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis. Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR. Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh. BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menyoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.- KD |
Tahniah Azizan, tahniah Phahrolrazi... andalah perlingkup imej PAS... Posted: 12 Mar 2012 09:00 PM PDT Pas tidak seriang dulu Temujanji dengan beberapa pemimpin tertinggi Pas minggu lepas tidak jadi sebab krisis politik dalaman kerajaan Pas Kedah. Saya mafhum. Semoga akan berlaku dalam masa terdekat - sekembali saya dari Hong Kong atau masa sesi Parlimen bulan ini.Pandangan rakyat terhadap Pas sebelum kemelut rebutan kuasa di Kedah tinggi. Pas dianggap - kena pada tempatnya - satu organisasi yang hampir monolitik walaupun besar. Kehadirannya menyeluruh. Hanya Umno sahaja mengatasinya. Pada amnya - bukan satu legenda - ahli dan pemimpin Pas apa yang digelar sebagai Islamis Melayu berdisiplin, patuh dan taat kepada perjuangan matlamat ummah Melayu dan Islam. Kepentingan puak dan individualisme walau apa berlaku pun umumnya tidak timbul dalam Pas seperti cendawan yang lumrah berlaku dalam parti sekular. Keributan pertikaian antara Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak dan Amiruddin Hamzah dengan dua orang kuat Pas Negeri iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh - walau nampaknya selesai sebenarnya tidak, terus wujud tuduh menuduh; terus berbalah - telah mematikan mitos Pas kebal, bertertib, parti dan jihad mendahului segala-galanya. Api permusuhan nampaknya masih merebak. Sesungguhnya ALLAH SWT mengasihi orang yang berjihad untuk agama Islam, dalam jemaah yang teratur, berdisiplin seolah-olah mereka bagai kota yang kukuh. Sejarah kebangkitan perjuangan Islam semenjak 1951 (apabila Pas ditubuhkan, serpihan daripada Umno yang direstui) membanggakan. Dedikasi Islamis Melayu walaupun tersungkur beberapa kali - bangun, jatuh dan bangun lagi - di Kelantan dan Terengganu khasnya adalah contoh yang harus jadi ikutan ummah Melayu Islam dalam segala perjalanan hidup. Pas Kedah baru mulai mengalami pahit maung apabila tuntutan yang nampaknya berkisar kepada individu mengenakan desakan; bila persaudaraan dan matlamat bersama tidak lagi di mercu perjuangan. Umno Kelantan tidak putus harapan merampas kerajaan Pas dalam Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13). Umno Kedah nampaknya kalau kena letak calon lebih cerah berpeluang menumpaskan kerajaan Pas Kedah yang baru satu penggal tetapi telah dilanda krisis amat memalukan ummah Islam Melayu. Pas Kelantan sudah pun lebih dua dekad di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz mentadbir negeri Kelantan tanpa interupsi atau kacau-bilau menjadikan Kelantan bagai wadi yang damai. Saya ingat Pas Kedah sebelum sengketa ini kuat dan kukuh. Kalau tidak pun masakan tidak dapat bertahan (tidak berlaga) sehingga selesa PRU13? Jika Umno Kedah gagal mengambil kesempatan kemelut yang tiba-tiba jatuh di atas riba mereka masa depan Umno Kedah saya tidak terperanjat akan serupa dengan Umno Kelantan. Tanggungjawab Azizan dan pentadbirannya harusnya berakar umbi pada realpolitik yang wujud dalam wilayahnya. Kedah sungguhpun majoriti Melayu Islam tidak boleh disamakan dengan Kelantan. Majoriti Melayu Islam di Kelantan lebih besar dan tinggi daripada di Kedah. Kelantan tidak ada pulau Langkawi, pusat pelancongan antarabangsa, tidak ada Kulim - Bandar Baru, Sungai Petani, Jitra. Saya percaya pentadbiran Azizan cuba melakukan perancangan dan pembangunan seperti juga Perdana Menteri Najib Razak dengan niat mengutamakan kehendak rakyat dan kesempurnaan rukun hidup mereka. Terpenting Azizan sedar Pas dan parti Pakatan Rakyat di Kedah hanya ada enam orang sahaja majoriti dalam Dewan Negeri Kedah. Pas Kelantan mentadbir negeri Kelantan secara mutlak kerana mempunyai lebih daripada dua pertiga undi. Jadi tidak wajar, tidak bijak bagi Azizan - walaupun itulah hasratnya - mahu menjalankan pentadbirannya ala-Kelantan seperti dituntut penentang-penentangnya. Pas Kedah ada DAP dan PKR bersekongkol dengannya. Pas Kelantan 100 peratus Melayu Islam. Apa pun, siapa salah, siapa benar antara kem Azizan dan geng Phahrolrazi sudah jadi soalan kedua; sudah jadi akademik. Kedua-dua tokoh itu patut menyesal kerana telah merosakkan imej Pas yang sebelum itu baik walaupun tak baik. Tindakan mereka menguntungkan Umno Kedah sebab dalam sekelip mata sahaja tradisi lama Pas iaitu permuafakatan, ijtimak, bertukar kepada politik polarisasi dan konfrontasi; satu warisan yang hodoh, satu tauladan yang jelik. Pas kan parti Islam! Kesimpulan saya yang sementara adalah seperti dibisikkan ke telinga saya oleh Speaking: "It is the beginning of the end of the Pas State Government..." Maksudnya kejatuhan kerajaan Pas sudah bermula. Benarkah hari menanti tumbangnya kerajaan Pas Kedah? Sama-samalah kita menunggu benar atau tidak, tidak lama lagi. |
Ulasan paling tepat dari Ezam... kahkahkah... ptuihh... Posted: 12 Mar 2012 07:00 PM PDT Tindakan letak jawatan tepat - Ezam KUALA LUMPUR- Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah tindakan tepat dan jauh berbeza dengan segelintir pemimpin pembangkang. Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, biarpun belum terbukti bersalah, Shahrizat sanggup melepaskan jawatan dan tidak mengheret masalah peribadi menjadi beban kepada parti dan kerajaan. Katanya, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga memperlihatkan sikap dan jiwa besar seorang pemimpin UMNO yang mementingkan parti dan perjuangan. "Semoga tindakan beliau ini menjadi permulaan kepada sikap berjiwa besar pemimpin politik lain untuk meletakkan keutamaan kepada perjuangan parti berbanding jawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-Utusan |
Ramainya badut-badut... kahkahkah... Posted: 12 Mar 2012 05:00 PM PDT Badut-badut politik MAKIN lama politik negara makin kelihatan 'lucu'. Dan kelucuan itu dapat dilihat semakin ketara bila tarikh pilihan raya umum semakin hampir. Banyak sebab memungkinkan kelucuan itu memuncak. Antara yang paling menonjol adalah keghairahan untuk menjadi calon ataupun meraih keuntungan politik daripada 'tuan-tuan politik'. Oleh kerana itulah hampir saban hari kita membaca dan mendengar komen-komen bodoh dilakukan secara rambang oleh ahli-ahli politik. Lebih malang lagi jika komen picisan tanpa sebarang fakta logik itu disiarkan pula oleh akhbar atau media massa bertujuan untuk membodohkan pembaca atau audiens pula. Salah satu komen bodoh yang disiarkan media adalah kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang melahirkan kegusaran bahawa pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS di Kedah akan berubah menjadi pentadbiran ulama seperti di Afghanistan dan Iran. Menurut Tan, di Afghanistan dan Iran, 'majlis ulama' lebih berkuasa daripada kerajaan dan mempunyai kata putus dalam semua perkara. Tambah Tan, PAS mengambil kesempatan daripada pembentukan 'jawatankuasa pemandu' bagi dijadikan alasan untuk membolehkan majlis ulama mengambil alih kuasa pentadbiran Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Razak. Jawatankuasa pemandu itu dibentuk ekoran krisis dalaman yang berlaku di negeri tersebut setelah dua anggota Exco daripada PAS enggan dilantik semula menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN). Pembentukan jawatankuasa pemandu ini juga bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia pernah wujud ketika PAS mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan pada 1990. Tan memanglah seorang peguam. Tetapi nampaknya beliau terlalu naif untuk memahami fungsi sebenar jawatankuasa pemandu yang dicadangkan PAS Pusat. Seperti dijelaskan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, jawatankuasa tersebut hanya berfungsi menasihati dan memberi pandangan berhubung perkaara-perkara yang difikirkan perlu kepada kerajaan negeri. Ia tidak sama sekali bertujuan melangkaui kuasa Menteri Besar mahupun MKKN. Menteri Besar dan MKKN boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pandangan jawatankuasa pemandu itu sepertimana kerajaan pusat yang boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan pelbagai suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan persekutuan. Mendakwa kononnya jawatankuasa pemandu itu akan berperanan seperti 'majlis ulama' juga jauh menyimpang daripada hakikat sebenar kerana ahli jawatankuasa tersebut tidak semuanya terdiri daripada ulama. Jelas kenyataan dangkal itu sengaja dibuat Tan bertujuan menakut-nakutkan pengundi bukan Islam terhadap kerajaan negeri. Ia juga bertujuan mempalitkan imej 'radikal Islam' terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS yang semakin diterima masyarakat bukan Islam. Satu lagi kenyataan bodoh dan merapu dikeluarkan bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari kepada Utusan Online yang mendakwa kononnya terdapat pihak tertentu dalam PAS yang cuba membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga untuk diangkat menjadi naib presiden parti itu. Kata Anuar Shaari, 'desas-desus itu' semakin kencang selepas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi. Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana Ambiga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta kumpulan 'Anwarinas' yang kini menguasai lebih 70 peratus parti PAS. Selepas puas melemparkan tuduhan tidak berasas kepada bekas bos dan parti yang pernah disertainya - KeADILan, Anuar cuba pula melebarkan lingkaran fitnahnya kepada PAS. Bagaimanapun tindakan itu tidak mampu mengangkat martabat beliau sebagai 'pencacai politik' kerana segala tohmahan yang dilemparkan itu jauh daripada fakta dan kebenaran. Ambiga sendiri pernah menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai selera dalam politik (don't have a stomach in politic) kerana perjuangan beliau dalam BERSIH hanyalah bertujuan untuk memperjuangkan hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi berparlimen. Beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita politik dan tidak mahu menyertai mana-mana parti politik. Kenyataan Dr Dzulkefly dalam program Wacana Sinar anjuran Kumpulan Karangkraf di Shah Alam baru-baru ini pula hanyalah padangan peribadi beliau berdasarkan perkembangan politik yang berlaku di Mesir dan Timur Tengah. Menurutnya, jika kini PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai ahli bukan Islam, berkemungkinan ketua dewan tersebut akan diberikan kerusi naib presiden seperti mana kedudukan ketua-ketua Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat dalam PAS kini. Namun itu bergantung kepada keputusan parti dan sudah tentu perlu mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama. Menggambarkan lebih 70 peratus pemimpin PAS kini dikuasai kumpulan 'Anwarinas' juga melucukan apatah lagi jika angka tersebut hanya disandarkan kepada kiraan yang dibuat desperado politik, Dato' Dr Hasan Ali yang dipecat PAS. Badut-badut politik nampaknya semakin ramai memeriahkan pentas politik negara. Ia juga sesekali boleh menghiburkan di saat politik negara kini semakin dicemari unsur-unsur bohong, fitnah, rasuah, samseng dan ugut. Itupun ada pemimpin BN yang masih mendabik dada kononnya kita menjadi contoh bagi negara-negara dunia ketiga. Hakikatnya dari segi amalan dan kematangan politik, kita sudah semakin jauh ketinggalan berbanding lain-lain negara dunia termasuk jiran kita Indonesia dan Thailand. Lawaknya! |
MasyaAllah, Polis Sahkan Rangka Manusia Rentung Itu Nurul Nadirah [updated] Posted: 12 Mar 2012 03:00 PM PDT Pasir Gudang: Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan. "Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi. Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac. Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya. Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam. Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu. Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa. Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu. Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang. Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan. Ibu Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang, Roselyn Alan, 25, bekas suaminya yang menetap di Klang, Selangor, masih direman sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan polis. Walau bagaimanapun menurut Roselyn, dia dan bekas suaminya yang berusia 30-an itu berpisah pada 2008 secara baik tanpa sebarang persengketaan. "Sejak berpisah, kami sentiasa berhubung dan tidak wujud langsung pertikaian berkaitan penjagaan anak. "Malah, dia sering bertanya khabar melalui telefon dan menemui anak jika mempunyai masa lapang," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan suami baru pada 2010 sebelum melahirkan Ainul Suhada yang kini berusia dua bulan. Menurut Roselyn, sejak kehilangan Dirang, bekas suaminya datang ke Johor bagi membantu mengesan anak kedua mereka. "Dia juga memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan, saya yakin bekas suami tidak terbabit," katanya yang ditemui selepas menerima kunjungan isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofia di kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, semalam. Mengulas kehadiran Raja Zarith Sofia, Roselyn mengakui terkejut dan dalam masa sama gembira. "Saya berasa amat terharu dan berterima kasih di atas keprihatinan Raja Zarith Sofia yang memberi semangat kepada kami sekeluarga untuk terus tabah," katanya. Ulasan GB Al-fatihah untuk arwah adik Nurul Nadhirah dan takziah buat keluarganya terutama kepada ibunya, Roselyn, semuga dikurniakan Allah kekuatan dan ketabahan menumpuh ujian.... |
[Video] Rakaman Ribut Matahari - Keindahan Yang Mendebarkan Posted: 12 Mar 2012 01:00 PM PDT Washington - Minggu ini sekali lagi matahari dilanda ribut dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merakamkan beberapa foto perubahan planet itu yang dianggap begitu menakjubkan. Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut. Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi. "Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat," kata peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam. Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam. Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia. Lamam web pusat cuaca angkasa lepas memberitahu, kuasa ribut matahari mampu mengganggu sistem voltan dan mencetuskan amaran palsu pada alat-alat perlindungan, meningkatkan kelewatan satelit dan menjejejaskan orientasinya. Minggu ini, ribut berkenaan tidak menunjukkan kesan nyata terhadap sistem elektronik atau teknologi utama tetapi wujud keadaan di mana komunikasi radio berfrekuansi telah terputus selama dua jam melibatkan pengoperasian radio amatur khasnya dari timur Afrika ke timur Australia.- GB |
8 Airport Paling bahaya di dunia Posted: 12 Mar 2012 12:00 PM PDT Dalam kehidupan seharian yang serba canggih sekarang ini, lapangan terbang boleh jadi tempat yang paling sibuk di dunia.Setiap minit pesawat berlepas dan mendarat di lapangan terbang yang berbeza di seluruh dunia. Ada banyak lapangan terbang dimana para-para juruterbang merasa selamat saat sampai di sana. Namun, tidak semua lapangan terbang menjadi tujuan yang menyenangkan bagi juruterbang, berikut ada beberapa banda yang merupakan mimpi buruk bagi mereka. 1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai Tahun Dibina: 1994 Lapangan terbang antarabangsa Kansai dibina di atas sebuah pulau buatan dengan panjang 2.5 batu dan lebar 1,6 batu. Daerah ini cukup besar sehingga dapat dilihat dari angkasa. Pelancong dari lapangan terbang boleh pergi ke bandar utama dengan kereta, atau feri dengan kelajuan tinggi. Stewart Schreckengast yang adalah seorang profesor teknologi penerbangan di Purdue University dan bekas perunding penerbangan MITRE, mengatakan bahawa lapangan terbang ini mungkin akan berada di bawah air dalam 50 tahun atau lebih kerana perubahan iklim dan kenaikan paras air laut akibat pemanasan global. 2. Lapangan Terbang Madeira Lokasi: Santa Cruz, Portugal Tahun Dibina: 1964 Madeira Airport adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa. Lapangan terbang ini pernah terkenal dengan landasan pacu pendek yang dikelilingi oleh pergunungan tinggi dan laut yang membuat pendaratan sukar hanya untuk juruterbang berpengalaman. Landasan yang asli hanya 1,400 meter, namun kemudian dilanjutkan 400 meter. Panjang landasan diperbaharui dua kali pada tahun 2003 hingga di atas lautan. Kerana dibina menggunakan sampah, panjangnya dibina di atas 180 tiang yang tingginya dalam 70m. 3. Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin Lokasi: Saba, Belanda Tahun Dibina: 1963 Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin adalah satu-satunya lapangan terbang di pulau Caribbean, Saba, di Antiles Belanda. Lapangan terbang ini mencangkupi seluruh lokasi di pulau kecil ini. Terlepas dari kenyataan bahawa belum ada tragedi besar yang pernah berlaku di sini. Beberapa ahli masi menganggap bahawa ini adalah salah satu lapangan terbang yang paling berbahaya di dunia. Yang membuat lapangan terbang ini berbahaya adalah bahawa kedua-dua hujung landasan pacu tersebut ditahan oleh tebing yang akhirnya terus ke laut sementara satu sisinya ditutupi dengan bukit-bukit tinggi. Ini berkemungkinan pesawat yang terbang untuk overshoot berakhir di tebing laut. 4. Landasan Terbang Es Lokasi: Pulau Ross, Antartika Tahun Dibina: Tak dapat dikesan Landasan terbang ES adalah salah satu daripada tiga landasan utama yang digunakan untuk mengangkut barang ke antartika. Tidak ada landasan berturap di sini. Semua pesawat harus mendarat di sepanjang ais dan salji. Pendaratan harus dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Salah satu cabaran yang juruterbang akan hadapi adalah untuk mengarahkan pesawat ke bahagian tanah agar pesawat tidak terjebak ke dalam salji. 5. Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana Lokasi: Saint Maarten, Caribbean Timur Tahun Dibina: 1942 Lapangan Terbang Princess Juliana adalah lapangan terbang tersibuk kedua di Caribbean Timur. Lapangan terbang ini dinamakan Juliana dari Belanda, seorang putri mahkota yang telah mendarat di sini tahun 1944. Lapangan terbang ini memiliki landasan yang sangat pendek, kira-kira 2.180 meter yang membuatkannya ia menjadi sangat terkenal. Kerana pendeknya landasan ini, pesawat terpaksa menghampiri pulau dengan membuat penerbangan yang sangat rendah. Pelbagai gambar-gambar kapal terbang yang terbang di atas 10-20 meter atau 30-60 kaki di atas pulau ini difikirkan ia adalah palsu tetapi ia adalah benar sama sekali. 6. Lapangan Terbang Courchevel Chourchevel adalah nama daerah salji terbesar di Perancis. Daerah ini mempunyai lapangan terbang dengan landasan pacu yang sangat pendek sehingga juruterbang perlu mendarat di sebuah strip pelambat dan lepas landas di jalur penolak untuk mendapatkan kelajuan yang cukup. Hanya pesawat peribadi atau charter dan helikopter dibenarkan mendarat. 7. Lapangan Terbang Antarabangsa Barra Lokasi: Barra, Scotland Tahun Dibina: 1975 Lapangan Terbang Barra adalah satu-satunya lapangan terbang di dunia di mana pesawat perlu mendarat di pantai. Lapangan terbang ini terletak di pantai di Pulau Barra, Scotland yang sangat luas. 8. Lapangan Terbang Lukla Lokasi: Nepal Tahun berdiri: Tida dapar dikesan Lapangan Terbang Lukla adalah lapangan terbang terkecil di Kota Lukla di Nepal Timur. Lapangan terbang ini terletak pada ketinggian 2.900 meter dan cukup popular kerana mempunyai gunung yang sangat besar di satu sisinya dan 1000 meter turunan di sisi lain. Pada tahun 2008, nama lapangan terbang ini diubah demi menghormati Sir Edmund Hillary yang merupakan orang pertama yang mencapai puncak Gunung Everest. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan