Selasa, 6 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Tu diaa... RM50 la dah tak dak harga...

Posted: 06 Mar 2012 10:00 AM PST

RM50 hanya beli sekilo ikan, udang dan 3 sayur

Tinjauan barang-barang dapur sama ada di pasar tani, pasaraya dan pasar besar didapati harga ikan dan makanan laut yang lain naik begitu mendadak sekali yang kadangkala boleh membuatkan kita pening kepala mana satu hendak diutamakan kerana harganya melambung-lambung dari hari ke sehari.

Mana tidaknya harga ikan cencaru yang dahulu boleh kita dapat RM4 sekilogram tetapi kini mencecah RM10 dan begitu juga ikan kembung dahulu boleh dibeli dengan harga RM6 tetapi kini sudah mencecah RM20. Harga sotong basah kini RM24 dan udang juga RM24 dan ketam kini RM28 sekilogram.

Serai tidak ada lagi harga 20 sen tetapi kini RM1 seikat, harga cili merah hanyalah 3 atau 4 biji RM1 dan begitu juga dengan sayuran yang lain agak mahal harganya berbanding dengan harga 2 tahun yang lalu.

Nampaknya kita sudah kembali di zaman 60-an atau 70-an di mana walaupun harga ikan hanya di bawah RM1 sekilogram di masa itu tetapi masih tidak mampu membelinya sekati atau sekilogram dan hanya mampu membeli seekor atau 2 ekor ikan kembung untuk sarapan sekeluarga tengah hari dan malam.

Dengan membawa RM50 ke pasar hanyalah dapat membawa balik sekilo ikan kembong dan sekilo udang serta 2 atau 3 jenis sayur sahaja. Ada juga di antara pelanggan membeli ikan-ikan yang separuh busuk dijualkan di sana yang mana kadang kala kucing pun 'reject' untuk menjamahnya menjadi menu sekeluarga di rumah nanti.

Ini adalah realiti kehidupan sekeliling kita di mana tiada kaitannya sama ada yang hidup ataupun yang mati dan ianya adalah sebagai renungan sahaja.

Syed Abdullah Osman Jamalullail,
Seremban.

Siasat Sampai Mati... kahkahkah...

Posted: 06 Mar 2012 08:00 AM PST

BILA SPRM NAK SIASAT SAMPAI MATI?

HANYA SATU JAWAPAN: JALAN RAYA

RM500 JUTA LESAP DARI YAYASAN SELANGOR SEMASA BN - mkini

Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.

"Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.

"Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta."

Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai.

Ilham diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan Selangor mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan

KAH AKH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



woit...MANA DI HASAN ALI?.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA DIA SENATAK EZAM MAT NOR?.... kah kah kah..

kah kah kah..MANA DIA PEKASA?.... kah kah kah...

kah kah kah...MANA DIA NGO ISLAM MELAYU SELANGOR?..... kah kah kah...

woit...MANA DIA SPRM?.... kah kah kah..

woit..KENAPA SPRM TAK SIASAT SAMPAI MATI...MACAM TEO BENG HOCK..... kah kah kah..

kah kah kah...CAKAP ISLAM BERDEKAH DEKAH.... kah kah kah..

woit.. BILA ADA KES MACAM INI... SEMUA JADI TIKUS.... kah kah kah...
SELANGOR DULU DAN SEKARANG
Bro TT

Dr Asri macam malu-malu pun nak jentik Mahathir

Posted: 06 Mar 2012 07:14 AM PST

Masihkah Mereka Pejuang Negara Islam?

Ramai yang menghantar mesej kepada saya meminta saya mengulas tentang kenyataan terbaru Tun Mahathir berhubung dengan hudud. Juga ada yang menyatakan saya 'double-standard' apabila tiba kepada Tun Mahathir saya selalu mengelakkan untuk mengulas disebabkan saya ada hubungan baik dengan beliau.

Sebenarnya, ia disebabkan saya di UK dan baru sahaja tahu isu itu apabila dibangkit oleh rakan-rakan 'tweet' (not twit). Jika saya di Malaysia, mungkin saya akan hubungi Tun sendiri, tapi jarak jauh menghalang hasrat tersebut.

Asas hukum hudud disebut dalam al-Quran seperti hukum potong tangan pencuri dan sebat bagi yang menuduh orang lain berzina dan yang berzina. Kewujudan hukum tersebut dalam al-Quran memang qat'i iaitu pasti tanpa sebarang takwilan lagi, Ini disebut sebagai qat'iya thubut.

Namun perbahasan ataupun pendetilan hukum tersebut seperti syarat-syarat hukum itu dilaksanakan, konteks perlaksanaan hukum dan segala pendetilan yang lain kebanyakannya adalah ijtihad ulama fekah. Kebanyakan ijtihad itu berasaskan kefahaman mereka terhadap nas-nas yang zanni (speculative text l zanniyyat dilalah) iaitu nas-nas al-Quran atau hadis yang mempunyai pelbagai penafsiran ataupun takwilan. Ijtihad itu terdedah kepada penilaian semula dengan menggunakan ijtihad yang lain. Berbeza pandangan dalam perkara ijtihad, bukan satu kesalahan akidah pun.

Setelah saya tonton video Tun Mahathir tersebut, saya dapati ada kesilapan dalam menggunakan istilah. Tun Mahathir mungkin memahami hudud itu sebagai perbahasan fekah berkaitan hudud, maka beliau menyatakan hudud tiada dalam al-Quran. Namun dalam masa yang sama beliau menyebut hanya ada beberapa hukum yang disebut secara umum. Di sini kesilapan beliau dalam menggunakan perkataan hudud tiada dalam al-Quran, sedangkan asas hukum tersebut memang ada dalam al-Quran. Harap Tun Mahathir dapat membetulkan kenyataan tersebut. Namun kenyataan beliau bahawa yang penting hendaklah ditegakkan keadilan, memang sedang dipakai oleh ramai 'islamist' di masa kini.- MR

Samseng taik lembu, mana mau lari... kahkahkah...

Posted: 06 Mar 2012 04:20 AM PST

Samseng2 taik lembu sedang dipertontonkan... tapi sampai la tak dengaq kena cekup lagi...
Polis Pulau Pinang hari ini mengeluarkan 29 gambar saksi yang terlibat dalam kekecohan di perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang Ahad lalu.

Ia termasuk gambar Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Risuan Mohd Asudin dan beberapa orang yang memakai topi Umno.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata hari ini bahawa gambar-gambar tersebut dikumpul dari akhbar dan Internet.

Gan berkata pihak polis mahu para saksi membantu siasatan. Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut menunjukkan lebih daripada 29 orang saksi.

MALU: UMNO kena boh muka dalam poket...

Posted: 06 Mar 2012 12:00 AM PST

Sejak Chua Jui Meng berkawan dengan PAS

Chua Jui Meng, ketua PKR Johor telah membuat kenyataan yang menarik semasa menjadi panelis dalam wacana Sinar Harian baru-baru ini.

Dia menyebut tentang perjuangan berlandaskan al-Quran dan Hadis oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat dan menerima pandangan pemimpin-pemimpin PAS tentang dosa bagi mereka yang terlibat dengan rasuah.

Mulai ramai pemimpin politik Cina yang bercakap nilai dan pandangan Islam terutama pemimpin muda DAP. Pandangan yang dibuat oleh Chua Jui Meng itu adalah senada dengan apa yang pernah dibuat oleh Lim Guan Eng dan beberapa Waibi muda DAP.

Tanpa memikir apa politik di sebalik pandangan Jui Meng itu, cakapnya boleh menyenangkan hati saya sebagai orang yang mendengarnya. Dia bercakap tentang apa yang saya suka.

Pertamanya cakapnya itu adalah menghormati pegangan orang PAS yang bersamanya dalam Pakatan Rakyat. Ia juga yang disenangi oleh orang Islam yang berada bersamanya dalam PKR. Apakah tidak ia juga menghormati kemahuan dan kepercayaan seluruh umat Islam? Tiga puloh tahun Jui Meng bergelumang dengan pemimpin dan orang Umno, berbelas-belas tahun dia menjadi menteri di bawah beberapa orang Perdana Menteri. Dia lebih awal dari Dr Chua Soi Lek menjadi pemimpin nasional MCA. Tidak pernah didengar dia ada bercakap tentang kebaikan Islam.

Apa yang disuarakan oleh Jui Meng itu belum pernah kita dengar dari mulut pemimpin-pemimpin MCA. Jika Soi Lek menyentuh tentang Islam dia seolah-olah mahu menjauhkan orang-orang Cina dengan Islam. Tidak salah kalau saya katakan dia cuba mengingatkan Cina tentang Islam seperti hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Jui Meng tidak pernah bercakap seperti itu semasa dalam MCA dulu. Baru berapa hari saja Jui Meng menyertai PKR? Baru hari saja Jui Meng berkawan dengan orang PAS?

Sejak dia berkenal dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Hadi Awang, dia mengeluarkan suara senang didengar oleh orang Islam.

Sebagai seorang Islam saya positif atas cakap-cakap Jui Meng itu. Pandangan dan sikap seorang pemimpin Cina yang demikian cukup baik bagi perpaduan bangsa Malaysia. Jika lebih ramai orang bukan Islam dapat berpandangan sepertinya, maka sebahagian dari masalah penyatuan kaum dapat diselesaikan.

Lima puloh tahun lebih kita merdeka, penyatuan kaum seolah-olah terbengkalai. Terkial-kial Perdana Menteri Najib bercakap tentang 1 Malaysia, belum banyak yang dapat dicapai, bahkan api perkauman bertambah tebal.

Suara Jui Meng itu boleh membawa kemajuan. Dia sudah berfikiran maju seperti Lim Guan Eng yang bercakap tentang nilai baik Khalifah Umar Abdul Aziz.

Perkembangan baru Jui Meng itu tentunya kesan dahwah PAS melalui politik khususnya sesama penyokong PKR. Sasaran PAS bukan sekadar politik, tetapi juga dakwah.

Sebelum PAS mendekati DAP reaksi Karpal Singh tentang perundangan Islam yang PAS cuba daulatkan ialah langkah mayatnya dulu. Sesudah berkawan dengan PAS, respons Karpal Singh ialah boleh dibincang. Dia tetap belum menenrimanya tetapi dia sudah boleh berbincang. Ia satu kejayaan dalam dakwah.

Dalam waktu yang terdekat ini saya tidak menduga Jui Meng, Guan Eng dan lain-lain akan masuk Islam walaupun itu yang saya harapkan. Tetapi perkembangan itu dapat membantu masyarakat bukan Islam berpandangan baik tentang Islam dan orang Islam.

Telah lama saya bercakap betapa eloknya jika seramai masyakat Malaysia berfikiran Islam. Bagi yang belum menerima hidayat, boleh tertus dengan kepercayaan masing-masing, tetapi kalau mereka dapat berfikiran Islam, maka banyak yang dapat diamankan sesama bangsa Malaysia.

Jui Meng masih kekal dengan agamanya, tetapi dengan nadanya yang terbaru itu, hati Jui Meng telah lebih dekat dengan hati orang Islam dibanding dengan semalam atau sebelumnya.

Enam puloh tahun MCA bersama Islam, mereka tidak kenal Islam, tetapi kurang dari dua tahun Jui Meng meninggalkan MCA dan berkenalan dengan PAS melalui PKR dan Pakatan Rakyat, dia sudah tahu sedikit sebanyak tentang nilai-nilai Islam. Di sinilah untungnya kalau PAS dapat menggantikan Umno.

--The Malaysian Insider

Bergambar: Cara Orang China Buat Kobis Palsu

Posted: 05 Mar 2012 10:00 PM PST

Sebelum ni kat Malaysia kita dikejutkan dengan kewujudan telur palsu atau tiruan, tu pun teknolojinya memang mai dari China. Tapi kali ni kat China jugak, depa dah berjaya menghasilkan kobis palsu pulak dah... Kita tak tau bahan apa yang mereka gunakan sehingga ia menjadi 'sebijik' seperti bunga kobis yang asli. Beware!

Lagi kembang la rambut Rosmah... kahkahkah...

Posted: 05 Mar 2012 08:00 PM PST

Apa akan berlaku jika BN menang dua pertiga majoriti dalam Parlimen

Lagi kembang la rambut Rosmah... kahkahkah...
Lupakan sentimen peribadi, undilah mana-mana calon BN untuk memastikan kemenangan- Tun Dr Mahathir Mohamad

Bekas perdana menteri itu mengingatkan kepada hadirin bahawa tanpa majoriti dua pertiga, negara akan gagal berfungsi. Hanya BN yang dapat melaksanakan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat. Dukacitanya, mungkin juga dua pertiga daripada pengundi di negara ini akan terpengaruh dengan kata-katanya ini.

Ia sememangnya tragis jika BN kembali memenangi majoriti dua pertiga. Kita tidak boleh bayangkan implikasi besar dan menakutkan seperti itu...

CAT akan menjadi perkataan yang kotor, Pakatan Rakyat akan musnah sama sekali

Mulanya, pentadbiran CAT akan berakhir (Cekap, Akauntabiliti dan Ketelusan) yang kini dilaksanakan di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. CAT akan menjadi satu perkataan yang kotor.

Lebih teruk lagi, BN akan memastikan pihak pembangkang benar-benar lumpuh, tidak mampu untuk menjadi kuat seperti dulu lagi. Yang pasti, ia akan menjadi penamat kepada Pakatan Rakyat. Ya, jika BN mendapatkan dua pertiga lagi, inilah apa yang akan berlaku.

BN dengan serta-merta akan bergerak untuk mengukuhkan kedudukannya, membuat rombakan utama kepada semua yang jawatan tertinggi dalam Pentadbiran Negara ini - Kementerian, Angkatan Tentera, Kehakiman, SPRM, Perkhidmatan Awam dan Unit beruniform, untuk memastikan pentadbir tertinggi adalah-mesra BNdan bertanggungjawab hanya kepada elit pemerintah dan bukan rakyat. Kebanyakan yang cekap dan jujur (jika ada masih tinggal) akan dipaksa bersara.

Menapis Internet, pemerkosaan dan rompakan ke atas dana negara

Ini akan diikuti dengan penapisan ke atas Internet, menyekat weblog, blog yang mesra pembangkang mesra serta media elektronik manakala Akta Maklumat ketat akan dilaksanakan bagi memastikan aliran maklumat adalah terhad dan terkawal. Internet juga mungkin disetakat terus, pelayar internet akan menghadapi kesukaran untuk terus mengakses laman web.

Rompakan dengan tanpa belas kasihan ke atas semua tabung Kerajaan dan Negeri juga akan dilakukan dengan serta merta, diikuti oleh pemerkosaan yang tiada henti ke atas sumber asli dan penerokaan hutan yang meluas. Lebih banyak wang akan meninggalkan negara Malaysia yang akan diisi di Bank Swiss dan kawasan bebas cukai diluar negara. Rasuah akan mencapai rekod terbaru sehingga menjadikan skandal PKFZ kelihatan seperti mainan kanak-kanak.

MSM untuk skandal rasuah akan diberhentikan secara terus, manakala peniup wisel akan dijadikan sasaran, bukan diberi ganjaran. Ini sebenarnya sudah berlaku bukan? Seperti dalam kes Shamsubahrin Ismail dan Datuk Fix-it dalam skandal NFC.

Korupsi yang tinggi, pengaruh Umnoisma akan meluas

MCA dan MIC tidak akan ada kuasa untuk menghentikan UMNO, dan hanya akan mengundur ke sudut sahaja, untuk membenarkan UMNOisma untuk menyebarkan pengaruhnya dan meresap ke setiap sudut dan pelusuk negara.

Konflik perkauman tidak akan berakhir seperti telah diramalkan (kebanyakannya BN penyokong), tetapi akan lebih buruk lagi kerana kaum majoriti yang cemburu dan marah pada kejayaan kaum minoriti. Retorik bangsa dan agama akan terus dibakar oleh The Three Musketeers - Ibrahim Ali, Hasan Ali dan Harussani Zakaria - untuk mengapi sentimen perkaum majoriti terhadap minoriti supaya jurang antara kaum tidak mungkin diperbaiki lagi. Salah faham akan terus menjadi barah, menyebabkan perkelahian yang mungkin juga bertukar ganas.

Kaum yang lain akan terus menyepi, akibat ketakutan, kebencian, hasad dengki dan dendam terhadap satu sama lain, idea yang sentiasa dihasut oleh tiga orang gila yang disokong oleh Umno. Kebebasan beragama akan terhakis kerana fanatik agama tidak menggalakkan minoriti dari beribadat secara terbuka di khalayak ramai. Polemik seumpama ini akan diteruskan untuk menjauhkan rakyat antara satu sama lain seperti dua magnet gergasi yang terletak di hujung yang bertentangan antara satu sama lain.

Dekri agama akan diperketatkan untuk memastikan bahawa orang Melayu tidak melangkah keluar dari garisan lagi. Orang Cina dan India akan dimasukkan ke dalam tempat mereka dengan kemunculan ekstremisme agama. Imam Muslim akan terlebih sensitif, orang bukan Melayu akan terpaksa menjadi bisu, pekak dan buta hanya untuk mengelak daripada menyinggung perasaan umat Islam. Bukan Melayu akan disekat, tidak boleh bernafas kerana kebebasan individu dilucutkan atas nama agama dan keselamatan negara.

Pekerja asing, gaji yang statik dan hartanah merundum jatuh

Lebih ramai warga asing akan dibenarkan masuk ke negara ini kerana levi yang lumayan daripada buruh asing terus menggemukkan tabung kerajaan. Di samping itu ia dapat memastikan bank undi yang berkekalan pada masa yang sukar. Pengambilan itu akan memberi kesan pada pekerja kolar biru Malaysia yang akan terpaksa bersaing dengan warga asing akibat kekurangan peluang pekerjaan dari hari ke hari. Gaji akan statik sahaja, dan rakyat Malaysia akan terpaksa menyesuaikan diri dengan gaji yang lebih rendah atau kekal menganggur.

Barisan Nasional yang agak terbatas disebabkan pihak pembangkang yang kuat sebelum itu, akan melepaskan kemarahan dengan kemerdekaan yang baru didapati untuk menjadikan kehidupan sengsara untuk semua. Polis dan lain-lain unit beruniform akan digalakkan untuk menggunakan kuasa mereka untuk menghalang orang ramai daripada cuba mengamalkan sesuatu yang demokratik seperti berhimpun secara aman. Rela akan diperkuatkan lagi dengan kempen keahlian untuk memastikan pertahanan ketiga yang boleh dipercayai untuk BN.

BTN, 3 Musketeers dan Anarki

BTN juga akan mempunyai kebebasan untuk terus mempengaruhi minda generasi muda dan Perkhidmatan Awam; menanamkan doktrin ketuanan Melayu yang mirip kepada doktrin Nazisma. BTN mungkin dinaik taraf dan diberikan Kementerian eksklusifnya tersendiri.

Kita mungkin melihat bermulanya anarki elit pemerintah yang bercorak pemerintahan diktator untuk memastikan rakyat patuh. Cukai seperti VAT akan dilaksanakan di seluruh lembaga pada peratusan yang lebih tinggi, disamping peningkatan dalam kadar cukai individu. Potongan KWSP juga boleh dinaikkan untuk membebankan pekerja dan majikan, oleh itu, lebih banyak wang boleh di ambil dari lembaga KWSP yang patuh pada Umno.

Kos sara hidup akan naik mendadak, dengan harga makanan naik dua kali ganda, manakala petrol akan kehilangan subsidi dan harganya naik lagi, tetapi harga hartanah akan jatuh menjunam kerana sebahagian besar ekonomi telah menjadi lembap dan kurangannya permintaan daripada rakyat kerana ramai yang mahu berhijrah. Kerajaan akan menutup mata akan fenomena itu, di samping menyibukkan diri mereka dengan tabung kerajaan yang diisi semula oleh pemotongan subsidi dan kenaikan cukai.

Rakyat Malaysia dari semua kaum yang terdesak tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meminta-minta kepada kerajaan untuk meringankan penderitaan mereka dan merayu kepada kerajaan untuk bantuan. Tetapi bukankah ini sudah berlaku?

Kebiadaban juga akan menjadi-jadi dan 'samseng' (yang suka bergaduh, membuli) akan menjadi kebiasaan.

Pendidikan akan terus diabaikan, Kerajaan memberi tumpuan kepada isu-isu lain yang tidak penting. Orang bukan Melayu akan terus berebut untuk tempat terhad yang disediakan universiti, manakala graduan baru akan mendapati ianya hampir mustahil untuk mendapatkan pekerjaan.

Pada tahap mikro

Pada tahap mikro, perkara-perkara berikut akan berlaku:

Pulau Pinang akan kehilangan Ketua Menteri bukan Melayunya

Polis moral akan wujud.

Polis berkuat kuasa di seluruh negara dengan sekatan jalan di seluruh negeri dan sempadan dengan pasukan gerakan henti dan periksa.

Pusat hiburan akan dikawal dan disekat di bawah tekanan ektrimis agama.

Loji Nadir Bumi Lynas akhirnya akan beroperasi

Meritokrasi akan dipersendakan sahaja.

Tender terbuka akan tertutup

Kedaulatan undang-undang akan hilang.

Perkhidmatan Awam akan terus menjadi barah, dana akan mengalir keluar dengan banyaknya daripada sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan.

Patriotisme pupus apabila impian Malaysia berakhir

Perasaan patriotik akan menurun dengan drastik, apabila rakyat Malaysia mula berhijrah ke negara lain untuk mencari rezeki yang lebih baik. Arus penghijrahan akan meningkat kerana kemerosotan hak asasi manusia yang terus berleluasa.

Perniagaan di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama yang lain akan tutup satu persatu, akibat kuasa beli ringgit yang mengecil, dan satu demi satu lampu akan tertutup.

Ia akan menjadi penghujung bagi impian rakyat Malaysia dan mereka akan mula berhenti daripada berharap.

Tetapi dengan senario yang menyedihkan, mengapa rakyat Malaysia terus memberi undi ke dalam kotak yang salah? Senang sahaja - sistem pendidikan kita atau yang sebenarnya sistem propaganda telah berakar umbi sehinggakan kita tidak dapat berfikir dengan betul lagi.

Namun, kurang 5% daripada perkara berbangkit telah dibincangkan, dan terdapat banyak isu-isu utama lain yang boleh berlaku jika BN kembali memerintah - begitu banyak, sehinggakan hakikatnya, ia boleh mengisi sebuah buku. Buat masa sekarang, senario di atas adalah hanya satu hidangan pembuka selera, atau sesuatu permulaan untuk kita bayangkan.

Seperti amaran naib presiden PKR N Surendran, "Selagi parti politik BN tidak menghormati kedaulatan undang-undang, institusi perkhidmatan awam kita akan terus tidak berkesan, lemah semangat dan sentiasa tunduk pada karenah politik parti pemerintah."

Malaysia Chronicle

Betoi ka ni surat Mahathir mintak duit kat Israel?

Posted: 05 Mar 2012 06:00 PM PST

BONGKAR!: Inikah surat Mahathir kepada Israel? MINTA BANTUAN KEWANGAN UTK UMNO?

Bongkar!!! apa isikandung surat Dr M kepada Israel???

Surat yang kita dapat dari sumbangan kakitangan JPM yg menyampah dengan SANDIWARA Dr Madey kutty!!!

-King Jason (Nizar)

Pasai apa Salahudin menangis nih...

Posted: 05 Mar 2012 04:00 PM PST

Kedah: Salahudin menangis kegembiraan

Harakahdaily,

(Salahudin...orang paling gembira di sebalik penyelesaian isu Kedah) 
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Naib Presiden PAS,. Salahudin Ayub adalah orang yang paling gembira sekali mendengar penerimaan dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah terhadap keputusan PAS pusat.

Beliau yang mewakili PAS Pusat ke sana ke mari bagi menyelesaikan isu ini teresak-esak menangis kegembiraan ketika menelefon Harakahdaily.

"Benar ke berita Harakahdaily tu?" tanya Salahudin kepada Harakahdaily merujuk kepada berita bertajuk 'Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat'.

Beliau terus menelefon Harakahdaily sebaik saja membaca berita yang sangat mengembirakan beliau itu.

Harakahdaily telah mengubungi kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu bertanya reaksi mereka terhadap keputusan PAS Pusat yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan exco Kedah.

PAS Pusat mengarahkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh kembali semula sebagai anggota exco negeri.

Arahan itu dibuat serentak dengan keputusan Datuk Seri Azizan Razak akan kekal sebagai MB manakala PAS Pusat membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Phalrolrazi dan Dr Ismail memaklumkan, mereka berdua menerima keputusan PAS Pusat itu.

Sebaik sahaja mereka membuat sidang media di rumah Datuk Ir Phalrolrazi Zawawi jam 5 petang, Harakahdaily menyiarkan keputusan yang terlebih dahulu dimaklumkan kepada Harakahdaily itu.

"Saya mengeluarkan air mata gembira membaca berita ini," kata Salahudin teresak-esak ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menyelesaikan kemelut ini terutama sekali pimpinan PAS Kedah dan Pusat.

"Saya berbangga dengan anda semua terutama semangat sayangkan jamaah," kata Salahudin yang turut melakukan sujud syukur bagi menyatakan terima kasih kepada Allah SWT berikutan selesainya kemelut ini.

*** Alhamdulillah, segalanya kembali bertaut dengan semangat berjemaah. Biarlah kemelut ini hanya bagai biduk berlalu yang bakal menguatkan lagi semangat juang kita. Jangan hampakan harapan rakyat kebanyakan yang ingin melihat Kedah Maju dibawah naungan parti berteraskan Islam nih...

10 golongan yang diusir dari Padang Mahsyar

Posted: 05 Mar 2012 02:00 PM PST

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Tiada ulasan: