Isnin, 5 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Alhamdulillah, sorang lagi artis ikut berubah...

Posted: 05 Mar 2012 11:00 AM PST

Alhamdulillah....
Artis terkenal negara suatu masa dulu dengan lagu Janji Manismu diawal tahun 1990an, Aishah kini telah berubah... Manis dan sopan bertudung...

WAJIB BACA: Kisah Najib perbaiki labu... kahkahkah...

Posted: 05 Mar 2012 08:00 AM PST

Makhluk perosak tidak boleh memperbaiki kerosakan. Bagaimana hendak memaafkan mereka?

Kali ini saya menulis lagi tentang PM Najib kerana apa yang beliau perkatakan di Kedah itu amat pelik dan membuat saya begitu berminat untuk memberikan pandangan. Najib memohon maaf diatas kesilapan yang dilakukan oleh BN sehinggakan BN telah kalah dibanyak kawasan dan hilang sokongan 2/3 di Dewan Parlimen. Najib mengakui yang BN telah membuat banyak kesilapan terhadap rakyat sehinggakan rakyat hampir mendamparkan BN dalam pilihanraya yang lalu.

Dengan permohonan maaf itu ianya bermakna apa yang dikatakan oleh rakyat termasuk parti pembangkang selama ini yang BN itu adalah parti yang tidak senonoh adalah benar belaka. Sekarang UMNO sudah mengakui kesalahan mereka maka adalah wajar parti itu sedar dan insaf dan janganlah menyalahkan parti-parti pembangkang bermula dari sekarang. Kita tidak tahu samada permohonan maaf itu adalah satu kesilapan 'political language' bagi UMNO, tetapi yang jelas UMNO mangaku yang mereka merupakan pihak yang bersalah di dalam kemungkaran politik dan ekonomi yang dihadapi oleh negara kini.

Bagi saya memohon maaf ini tidak ada salahnya dan memang patut BN memohon maaf kepada rakyat kerana telah 'menipu' rakyat sebegitu lama. Rakyat hanya dididik untuk menjadi masyarakat yang materialistik dan segala-galanya berkisar kepada wang ringgit. Baru dua hari yang lepas Najib telah melakukan kesalahan lagi dengan menjanjikan rakyat Kelantan yang segala masalah mereka akan selesai jika mengundi BN.

Dimana letaknya kesalahan itu? Letaknya ialah diatas kemampuan BN untuk menunaikan janji-janjinya dan telah terbukti BN hanya berjanji semasa menghampiri pilihanraya dan begitulah sejak 3 dekad yang lalu. Saya sebut dalam posting saya yang lepas yang BN telah membuatkan negeri Kelantan yang dianggap Najib sebagai miskin. Najib memperolok-olokkan rakyat Kelantan kerana dimana-mana Najib bercakap beliau mempermainkan cerita rakyat Kelantan miskin dan memandang rendah terhadap rakyat negeri itu.

Saya terlupa dimana insiden ini berlaku. Dalam ucapannya dihadapan ramai hadirin Najib telah bertanya dengan sindiran kepada hadirin, "negeri mana miskin????". Beliau bertanya berulang kali dan setiap kali beliau bertanya hadirin pula menjawab, "negeri Kelantan!!!" Ini dilakukan beliau berulang kali sambil semyum dan ketawa melihat rakyat Kelantan miskin dan isu itu dijadikan isu dimana-mana beliau berucap. Sesungguhnya Najib seorang Perdana Menteri yang takbur dan seolah-olah seperti orang yang kufur nikmat.

Najib begitu sombong dengan membawa orang dari negeri lain untuk mentertawakan orang Kelantan kerana kononnya rakyat Kelantan ini miskin. Najib bangga dengan kekayaan negeri atau keluarganya dan beliau bangga melihat negeri Kelantan itu miskin kononnya. Beliau berbangga yang pemimpin persekutuan telah merampas hak royalti minyak rakyat Kelantan yang berbillion-billion itu yang menyebabkan negeri Kelantan mendapat pendapatan yang rendah berbanding dengan banyak negeri yang lain.

Setelah mencuri wang rakyat Kelantan, beliau ke Kelantan dan meminta rakyat Kelantan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya nanti dan menjanjikan rakyat Kelantan yang semuanya masalah akan selesai jika mengundi BN.

Persoalan saya, adakah ini sikap seorang Perdana Menteri yang mengaku bijak dan pandai yang boleh membawa segala transformasi kepada negara. Ini kah sikap baik seorang PM sebuah negara merdeka? Siapa yang membuatkan kerajaan negeri Kelantan miskin kalau tidak Pimpinan Persekutuan? Najib mesti bayar tunggakan royalti minyak sebanyak RM7.4 billion itu dan mari kita tengok negeri mana yang kaya dan mana yang miskin?

Di Kedah Najib bercakap dengan nada yang lain pula. Kali ini Najib membawa watak sedih pula sambil meminta maaf. Najib boleh membawa apa watak sekali pun tetapi janjinya untuk memperbaiki keadaan tidak mungkin dapat dilakukannya. Semasa beliau meminta maaf Najib masih melakukan apa yang dilakukan oleh BN dalam 2008 dan sebelumnya.

Rasuah bercambah-cambah, salahguna kuasa semakin menjadi-jadi, dan berbagai-bagai jenayah sedang bertambah dinegara kita. Jika Najib benar-benar mahukan perbaikpulih keyakinan rakyat, semua RM250 juta kes NFC mesti kembali kepada Perbendaharaan Negara. Dana Modal mesti kembalikan wang rakyat sebanyak RM50 billion yang dipinjamkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada Dana Harta. Najib mesti memberikan penerangan kepada rakyat siapakah yang mengambil alih syarikat-syarikat yang ada dalam Dana Harta itu sekarang.

Kalau Najib hendak memberikan keyakinan, rakyat mesti melihat wang yang hampir RM2 billion yang diambil oleh anak seorang bekas PM yang termasyur didunia untuk menyelesaikan perniagaan anaknya. Najib jangan sekali-kali meneruskan penyenaraian Felda kerana ia membawa maut kepada generasi Felda dalam jangkamasa yang tidak lama lagi, walaupun sebahagian dari hasil penyenaraian itu akan diberikan kepada peneroka sebagai durian runtuh.

Najib mesti beritahu berapa billion ringgitkah yang dijanjikan akan mengalir kepada Jabatan di bawah Najib jika penyenaraian itu dilakukan juga dan berapa billion pula yang akan sampai kepada Felda.

Adakah perkara-perkara yang sebahagian saya sebut ini usaha Najib untuk memperbaiki keadaan? Kalau inilah dia program membaikpulihan Najib, maka ia benar-benar satu kejadian yang dinamakan 'tikus memperbaiki labu'.

Sebenarnya rakyat ramai tidak pernah membuat masalah kepada negara. Yang membuat masalah ialah pemimpin negara, bukan rakyat. Selagi pemimpin-pemimpin negara mempunyai air liur yang cair, selagi itulah masalah tidak akan dapat diselesaikan. Air liur itu sentiasa meleleh apabila melihat wang ringgit kepunyaan rakyat, dan tidak berdaya untuk menahan nafsu untuk mencurinya melalui berbagai cara tindakan rasuah. Itulah sebenarnya yang berlaku dalam isu penyenaraian Felda yang akan saya tulis tidak berapa lama lagi.

Oh ya, satu lagi perkara yang sangat 'urgent' untuk diselesaikan oleh Najib ialah untuk memberikan kursus sivik kepada penyokong-penyokong UMNO supaya memberhentikan budaya samseng yang sedang bercambah didalam UMNO sekarang ini. Katakan kepada penyokong-penyokong UMNO itu bahawa menggunakan samseng dalam politik itu adalah satu tindakan yang tidak bertamaddun.

Kalau Najib tidak boleh lakukan saya percaya UMNO semakin hari semakin tidak relevan lagi. Bagaimana hendak menjadi relevan kerana parti itu sudah menjadi mahkluk perosak kepada rakyat yang inginkan kaedah berpolitik yang aman dan damai.

Bagaimana kita hendak memaafkan makhluk perosak kerana habis jahanam tanaman-tanaman kita sejak dua tiga dekad dahulu. Habis hasil mahsul kita oleh kerana makhluk-makhluk perosak ini.

Bagaimanakah makhluk perosak boleh memperbetulkan keadaan? Itu adalah perkara yang tidak menesabah. Ia terpaksa di perbaiki oleh pihak lain, bukannya oleh mereka yang telah merosakan segala-galanya.

Jika yang merosakan diharapkan untuk memperbaiki keadaan maka saya ulangi, ia adalah seperti 'tikus memperbaiki labu'.

Aspan Alias
http://aspanaliasnet.blogspot.com

Hang nak lari mana Najib oii... haha...

Posted: 05 Mar 2012 07:00 AM PST

Kajian: Pengundi muda mahu debat Najib-Anwar

Harakahdaily,

BANGI, 5 Mac: Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan pengundi muda negara ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, agensi kaji selidik itu mendapati 54 peratus daripada mereka menyokong debat itu diadakan.

Kajian tersebut dibuat terhadap 1022 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.

Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.

Mereka masing-masing mahu melihat kedua-dua tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing-masing kepada rakyat.

Hasil kajian yang dibuat dari 10 Februari hingga 21 Februari itu juga mendapati, topik pilihan paling tinggi untuk diperdebatkan oleh kedua-dua pemimpin itu adalah berkaitan isu ekonomi negara iaitu sebanyak 17 peratus.

Isu semasa negara pula menduduki tempat kedua dengan 9 peratus, kebajikan rakyat dan pembangunan masing-masing (7%) dan memerangi rasuah (5%).

Najib sedia

Dalam perkembangan berkaitan, Najib dalam entri terbarunya di blog www.1malaysia.com.my berkata, beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Beliau berkata, sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya tanpa merujuk secara spesifik kepada sesiapa.

Sebelum ini Anwar mencabar Najib berdebat berhubung isu ekonomi negara. Cabaran itu juga turut diulangi beberapa kali dalam siri ceramahnya. Selain isu ekonomi, Anwar juga turut mencabar Najib berdebat berhubung isu Israel-Palestin.

KEDAH: Demam dah kebah...

Posted: 05 Mar 2012 04:27 AM PST

Kemelut Kedah selesai, dua exco terima lantikan

Pergolakan kepemimpinan di negeri Kedah berakhir hari ini dengan pengumuman dua exco kerajaan negeri - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula jawatan mereka selepas berpuas hati dengan penubuhan jawatankuasa bagi mengawal selia pentadbiran negeri berkenaan.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco," kata Phahrolrazi.

Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa itu, sekurang-kurangnya kuasa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tidak dominan sehingga tidak boleh dipersoal.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Pada sidang media di Alor Setar hari ini, mereka juga berharap, Azizan akan mematuhi hala tuju yang ditetapkan daripada PAS di peringkat Pusat.

Jawatankuasa berkaitan juga sudah berjalan di Kelantan bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ditanya sama ada keputusan itu dianggap tamparan kepada Azizan, Phahrolrazi berkata perkara itu terpulang kepada interpretasi pemberita.

Sementara itu, Ismail yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini.

"Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya.

Portal rasmi PAS itu juga melaporkan beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS bagi menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah.

"Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," katanya.

*** Bawak-bawak bersabaq, rakyat bawahan ni bertungkuih lumuih nak menangkan Kedah tapi la ni kerana sikap dua tiga kerat hampa kat ataih sana silap-silap boleh perilingkup habih harapan rakyat terbanyak nih... Bawak bertenang, lepaih pilihanraya nanti bincang balik elok-elok...

Berat dah hampa ni UMNO oiii....

Posted: 05 Mar 2012 04:00 AM PST

Jangan Menyokong Meraka Yang Menghina Allah & RasulNya.

Oleh: khaizmi

Apa yang pernah berlaku adalah sejarah yang boleh dijadikan panduan untuk masa kini.

Sejarah Membuktikan UMNO Menyokong Mereka Yang Menghina Allah, Rasul & Hukum Islam

Tun Mahathir pernah menghina Allah & RasulNya namun UMNO tetap menyokong dan memanjangkan kekuasaaan beliau.

Maka sesiapa yang menyokong adalah BERSUBAHAT KEPADA MUNGKAR DAN mereka TERGOLONG DI DALAMNYA..

Baiklah bertaubat sebelum terlambat.

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.


Koleksi penuh boleh dilihat di sini:-
http://zikir88.blogspot.com/2009/10/koleksi-kenyataanucapan-yang-menghina.html

Hukum Meraka Yang Menghina Kerana Ingkar & Berpenyakit Hati (Bukan Kerana Jahil)

Firman Allah SWT:-
"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik".
(al-Maidaah: 47)

Mencela, mengolok-olok, mencaci-maki ataupun merendahkan Rasulullah SAW dalam terminologi fiqih Islam dikenali dengan istilah sabba ar-Rasul atau syatama ar-Rasul. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kata-kata atau kalimat-kalimat seperti apa yang dikategorikan sabba ar-Rasul maka perlulah kita meneliti deskripsi berkenaan sabba ar-Rasul. Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul 'ala Syatimi ar-Rasul menerangkan tentang batasan orang-orang yang menghina Nabi SAW, iaitu "kata-kata (lafaz) yang bertujuan untuk menyalahkan, merendahkan martabatnya, melaknat, menjelek-jelekkan, menuduh Rasulullah SAW tidak adil, meremehkan serta mengolok-olok Rasulullah SAW" 

[Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul 'ala Syatimi ar-Rasul hlm 528].

Di dalam kitab tersebut juga beliau menukilkan pendapat Qadhi Iyadh tentang pelbagai bentuk penghinaan terhadap Nabi SAW. Di jelaskan demikian: Orang-orang yang menghina Rasulullah SAW adalah mereka yang mencela, mencari-cari kesalahan, menganggap pada diri Rasulullah SAW ada kekurangan, mencela nasab (keturunan) dan perlaksanaan agamanya, menjelek-jelekkan salah satu sifatnya yang mulia, menentang atau menyamakan beliau dengan orang lain dengan niat untuk mencela, menghina, mengecilkan, menjelek-jelek dan mencari-cari kesalahannya. Pelaku tersebut adalah orang yang telah menghina Rasulullah SAW. Apakah hukum Islam ke atas orang-orang yang menghina Nabi SAW? Di dalam kitab Nayl al-Authar terdapat bab yang berjudul, "Membunuh orang yang menghina Nabi SAW dengan kata-kata yang nyata."
[Lihat asy-Syaukani, Nayl al-Authar jilid VII hlm 213-215].

Di dalamnya terdapat dua hadis sebagai berikut:
(1) "Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya".
[Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud].


(2). "(Abdullah bin Abbas berkata) bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi SAW mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda:

"Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri". Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah SAW ia duduk dan berkata , "Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Ku lakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, mamun ia tetap melakukannya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya". Mendengar penjelasan ini, Rasulullah SAW bersabda, "Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal"
[HR Abu Dawud dan an-Nasa'i].

Nas-nas hadis tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi SAW adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah SAW adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah SAW secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qath'i) dan tidak berubah.

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan".
( Hud: 113)

Semoga kita semua termasuk UMNO bukanlah dalam golongan yang ingkar kepada Allah & RasulNya setelah datang keterangan yang nyata. Amin..

Wallahu'alam..

Oleh zikir88.blogspot.com

Tolong dok 10 batu jauh dari Mamak nih...

Posted: 05 Mar 2012 02:45 AM PST

10 kesilapan Tun Mahathir

Berikut senarai 10 kesilapan yang telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri kita Tun Mahathir sebagaimana yang ditulis oleh Nawawi Mohamad dan Wong Chun Mei dalam Malaysia Chronicle

Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Menurut bekas Menteri Kewangan Malaysia dan rakan karib Tun M, Tun Razaleigh Hamzah, DEB dirangka untuk meningkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam aktiviti ekonomi tetapi telah diterbalikkan oleh Tun M untuk melahirkan segolongan kapitalis Melayu yang menjadi usahawan istimewa dengan disumbat berbagai peluang mewah dari kerajaan sehingga pecah perut.

Mengutamakan kroni sedangkan rakyat terbesar tak dapat apa-apa
- Tun Mahathir telah mengumpulkan semua kekayaan negara ke dalam tangan segelintir orang yang amat bernasib baik seperti Vincent tan, Robert Kwok dan Ananda Krishnan. Mereka selain itu hanya menikmati kuah saja sedangkan habis isi telah dibelasah oleh kumpulan pilihan. Akibatnya orang Melayu menjadi sebahagian daripada 96% mereka yang miskin dan 40% daripada mereka berada dalam golongan yang amat rendah pendapatan.

Menaruh kepercayaan pada orang yang salah
- Mereka seperti Tajudin Ramli, Halim Saad, Rashid Hussein, Mohd Noor Mutalib dan Abdul Rahman Maidin menggambarkan keadaan ini.

Menjadikan negara kaki hutang
- Hutang negara membuncit sehingga melebihi RM450 billion. Selama 22 tahun memerintah satu senpun tidak disimpan oleh negara untuk hari hujan.

Lemah pengetahuan mengenai ekonomi
- Mahathir hanyalah seorang doktor perubatan dan beliau bukanlah seorang pakar ekonomi yang baik. kelemahan tersebut membuatkan segala tindakannya tidak mempunyai asas yang betul dan kukuh.

Menghidapi sindrom Diktator
- Salah satu contohnya adalah beliau mengubah perlembagaan untuk mengurangkan kuasa Agong dan para Sultan. Beliau juga menjadikan sistem kehakiman menurut segala kehendaknya sepertimana tindakannya memecat Tun Salleh Abbas. Akibatnya rakyat sampai sekarang masih syak wasangkan dengan keletusan sistem kehakiman.

Polisi perkauman
- Beliau meyakinkan rakyat Melayu bahawa apa yang dilakukannya adalah demi kepentingan orang Melayu. Badan seperti BTN seumpamanya digunakan untuk menyebarkan dakyah agar menaruh curiga pada bukan Melayu

Rasuah - Beliau bukannya melawan rasuah sebaliknya menyuburkannya lagi sehingga negara menjadi sepertimana yang ada sekarang ini.

Campurtangan dalam pengurusan negara
- Selepas 55 tahun memerintah Melayu masih lagi ketinggalan dan susah hasil daripada jagaan khas pemerintahan Umno/BN dan ini membuatkan orang Melayu mula kecewa dan mula beralih pada pembangkang. Melihat itu beliau lalu menyerahkan kuasa pada Pak lah dengan harapan boleh menguruskan negara secara kawalan jauh. Malangnya beliau tak dapat kawal Pak lah lalu melancarkan gerakan menjatuhkannya bagi menggantikan Najib. Kini Najib juga mengalami perkara yang sama. Mahathir sampai sekarang masih nak kacau pengurusan serta pemerintahan negara.

Mengkacau bilaukan Umno dan menolak naik Mukhriz
- Beliau dengan terang sentiasa menyokong anaknya untuk naik ke atas tanpa memperdulikan apa nak jadi dengan Umno. Lagipun bukankah dia juga yang membiarkan Umno diharamkan lalu menubuhkan Umno yang baru. Apa dia peduli...

KANTOI: Perkasa ngan Mamak tak leh masuk daun...

Posted: 05 Mar 2012 12:00 AM PST

Cukuplah lakonan Perkasa

Pihak Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) melahirkan rasa kecewa yang amat sangat terhadap perbuatan biadap oleh budak hingusan yang kononnya "WIRA PERKASA PULAU PINANG". Insiden yang menunjukkan kasut kepada Ketua Menteri baru-baru ini amatlah tidak bertamadun sebagai seorang Melayu yang beragama Islam. Beginikah caranya PERKASA menyelesaikan masalah orang-orang Melayu di negeri ini? Dari mula lagi memang majoriti melayu di sini tidak bersetuju langsung dengan cara pihak PERKASA membantu permasalahan orang-orang melayu Pulau Pinang. Dengan mempraktikkan revolusi fizikal bagi tujuan memaksa Kerajaan Negeri melayan kehendak mereka bukanlah jalan yang terbaik. Kalau hendak menjadi gangster jalanan bukanlah di negeri ini.

Pihak PERKASA perlu cermin diri mereka terlebih dahulu tindak-tanduk yang bermula dengan cara agresif dan kemudiannya menggertak Kerajaan Negeri supaya tunduk kepada kemahuan mereka sudah tidak terpakai. Pihak KMPP sendiri begitu lantang bersuara tetapi tidak pernah memberontak, justeru tiada masalah kepada kami untuk menyampaikan terus memorandum kepada Ketua Menteri biar kurang publisiti asalkan kita diterima baik seadanya.

Pihak saya percaya walaupun Ketua Menteri bukan orang Melayu namun beliau ada caranya untuk sedaya upaya membantu orang-orang Melayu di negeri ini. Beliau lebih sedar tanpa sokongan orang-orang Melayu pentadbiran Kerajaan Negeri akan menjadi kucar kacir. Beliau lebih arif tentang geo-politik di negeri ini, "Bertepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi". Hentikanlah sandiriwara wahai pihak PERKASA. Jangan mengambil terlalu banyak kesempatan untuk menjadi hero orang-orang Melayu. Cukuplah lakonan anda.

Adalah dikhuatiri orang-orang melayu dinegeri ini akan terus terpinggir dan berada di dalam kerugian akibat permainan politik serta tindakan ganas seperti itu. Berilah peluang kepada orang-orang melayu yang seramai hampir 640,000 dinegeri ini memulihkan maruah mereka serta menarik nafas lega sementara menanti kedatangan PRU-13 nanti. Tindak - tanduk pihak PERKASA berkenaan semestinya bakal menguntungkan sokongan terhadap pihak lain. KMPP berpandangan tidak perlulah pihak Kerajaan Negeri membuang masa melayan karenah yang berunsur keganasan seperti ini. Pihak saya hairan kenapa pemimpin-pemimpin politik melayu di negeri ini khususnya hanya membisu dalam soal ini? Mengapa tidak berani menyuarakan pandangan bagi memperbetulkan akhlak anak-anak muda ini dari terus berkelakuan biadap atau mungkin juga pemimpin berkenaan bersekongkol dengan isu tersebut.

Pada masa yang akan datang adalah disarankan agar pihak Kerajaan yang diterajui oleh Parti DAP tidak memandang ringan ke atas isu-isu yang melibatkan soal ekonomi orang-orang Melayu di negeri ini. Kita faham perlaksanaanya tidak mudah seperti yang diungkapkan. Namum pelan transformasi bagi tujuan penambahbaikkan perlu diterjemahkan supaya tidak timbul persoalan kedudukan Melayu di negeri ini dianaktirikan.

Itulah sebabnya pihak KMPP telah mengemukakan cadangan agar pihak Kerajaan Negeri dapat menubuhkan MAJLIS RUNDINGAN EKONOMI MELAYU PULAU PINANG (MREMPP) supaya semua permasalahan ekonomi serta kebajikan orang-orang melayu di negeri ini dapat disalurkan terus kepada Majlis Rundingan berkenaan. Ini disebabkan tiada seorang Exco Melayu pun dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang yang berkaliber serta berkebolehan dapat menyelesaikan masalah-masalah orang-orang melayu dinegeri ini. Situasi demonstrasi dan tindakan biadap seperti itu berkemungkinan dapat diredakan. Pihak KMPP memohon supaya cadangan tersebut dikaji secara serius dari sudut positif setidak-tidaknya satu impak yang berkesan dari segi sokongan moral kemanusiaan dapat diterjemahkan demi keselesaan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Pihak KMPP tidak berhasrat menyebelahi mana-mana pihak namun atas nama maruah orang-orang Melayu di negeri ini maka pihak kami mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut yang secara tidak langsung menjatuhkan maruah orang Melayu di sini. Jika beginilah perbuatan mereka maka sudah pasti orang Melayu di negeri ini akan terus terpinggir tanpa pembelaan.

Mohd Noor Mohd Abdul Kader,
Setiausaha KMPP

Depa pakat-pakat tibai Anwar...

Posted: 04 Mar 2012 10:00 PM PST

Gerakan Bersepadu Untuk Jatuhkan Reputasi Anwar

KEBELAKANGAN ini satu demi satu perkara dibangkitkan yang bertujuan menjatuhkan lagi reputasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyemarakkan sentimen yang beliau adalah seorang penyokong negara Israel dan kekejamannya ke atas rakyat Palestin.

Terbaru, TV3 aka media belaan UMNO semalam menyiarkan petikan temuramah sidang video dengan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook yang menafikan ada hubungan dengan kenyataan Anwar bahawa kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel yang disiarkan di dalam The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari lepas ada kaitan dengan pertubuhan tersebut.

Klip berita tersebut boleh dirujuk disini.

Beberapa hari sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menyiarkan surat-surat antara mantan Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad dengan 3 bekas Perdana Menteri Israel, sebuah akhbar Israel Haaretzpula disini menyiarkan kenyataan Ehud Barak (kini Menteri Pertahanan Israel) yang dipetik sebagai berkata:-

Mahathir wrote in response that he hoped that the Israeli leadership would have the courage to take the corresponding steps in order to achieve peace with the Palestinians. The content of the letters was general and there was nothing there that could embarrass Mahathir

(Kenyataan terakhir yang penulis hitamkan itu jelas menunjukkan ia sengaja ditulis sedemikian rupa untuk melindungi kepentingan Mahathir dan UMNO).

Laman ini berpendapat, semua ini adalah usaha terancang UMNO diperingkat antarabangsa, dengan bantuan-firma-firma perunding antarabangsanya seperti APCO Worldwide, untuk merosakkan reputasi Anwar sebagai pemimpin Islam terkemuka yang berpandangan sederhana.

Justifikasi penulis, hanya firma-firma ini sahaja yang boleh mempengaruhi akhbar Israel seperti Haaretzuntuk menulis artikel yang memihak kepada kepentingan UMNO.

Dalam soal pendirian Hamas berhubung 'melindungi keselamatan Israel' yang dijadikan isu oleh UMNO, kelihatannya ada pertentangan pendapat antara 2 pemimpin Hamas iaitu Khalid Mish'al dan Dr. Mousa Abu Marzook.

Dalam pertemuan di Doha beberapa minggu lepas, Khalid dilaporkan menegaskan semula komitmen untuk mempertahankan konsep Two States Solution yang dipersetujui pihak-pihak bertelagah dan semua negara Arab yang antara lain turut menyatakan keperluan melindungi keselamatan Israel.

Justeru tidak wajarlah Anwar dipersalahkan kalau pertentangan pendapat ini berlaku.

Penulis menggesa agar pejabat Anwar mendedahkan butir pertemuan beliau dengan Khalid Mish'al bagi mematahkan hujah bahawa Anwar menipu Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataan medianya selepas pertemuan kedua mereka (lanjutan dari tindakan PAS mengeluarkan surat penjelasan kepada Anwar) berlangsung, bahawa perkara tersebut (melindungi keselamatan Israel) adalah selari dengan pendirian Hamas dan Fatah.

Ini perlu dilakukan segera, jika tidak ia akan memberi kesan kepada semua pihak dalam Pakatan Rakyat kerana kelihatannya UMNO all out dalam soal ini, termasuk mengadakan hubungan dengan media Israel (melalui agensi perundingnya) untuk menulis artikel yang memihak kepada mereka.- SPR

Patut depa tak dak teloq, depa baling habih kat Pakatan... kahkahkah...

Posted: 04 Mar 2012 08:00 PM PST

Samseng Umno baling telur, jerit kata lucah

(Oleh: Masdar Wahid)

MELAKA 2 Mac: Umno-Barisan Nasional kian terdesak dalam usahanya mempertahankan kuasa, apabila terus membiarkan penyokongnya berkelakuan ganas dan samseng, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau mengulas tindakan terbaru sekumpulan ahli Umno membaling telur dan menjerit perkataan lucah dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Kampung Kerubung, Melaka- salah satu kubu kuat Umno di negeri itu- malam tadi.

"Samseng umno melakukan provokasi termasuk mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap penceramah Pakatan Rakyat.

"Malah, semasa S Kesavan (Adun KEADILAN Perak) berucap, secara tiba-tiba dua dari samseng Umno itu membaling telur dan mengenai penduduk kampung yang hadir.

"Salah seorang dari samseng Umno itu dikenalpasti sebagai pemimpin cawangan Umno yang turut menjerit-jerit terhadap kita semasa ceramah berlangsung," kata Shamsul kepada keadilandaily.

Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, penduduk kampung sendiri malu dan meluat dengan gelagat tersebut, namun hanya mampu meminta supaya penceramah Pakatan Rakyat bersabar.

Ekoran kekecohan itu katanya, sebuah van dan empat kereta peronda datang bagi mengawal keadaan.

Beliau dalam pada itu merasa kesal kerana penceramah yang hadir pada malam itu hanya mahu memberi penerangan mengenai perbezaan dasar negeri Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional di Melaka.

"Kita menerangkan dasar ini pada rakyat kerana mereka berhak tahu apa yang kita tawarkan jika diberi mandat sebagai kerajaan baru.

"Lagipun, media Umno langsung tidak memberi kita peluang menerangkan dasar ini walaupun sekadar setengah jam di media rasmi kerajaan," tegasnya.

Kejadian keganasan penyokong Umno itu merupakan rentetan dari siri keganasan yang berlaku di Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Sebelum ini, penyokong Umno bertindak ganas apabila menyerang ceramah yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor dan turut merosakkan kereta milik ketua Umum KEADILAN itu.

Di Pahang pula, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar hampir dicederakan penyokong Umno dalam satu majlis ceramah di Felda Lapar Hilir 1 di Gambang.

Manakala di Pulau Pinang pula, penyokong Umno bertindak ganas menyerang Himpunan Anti Lynas, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng- menyaksikan dua wartawan cedera.

Camana Mahathir tak dak dalam senarai nih...

Posted: 04 Mar 2012 06:00 PM PST

Senarai Terkini Individu Terkaya Malaysia.

SINGAPURA - Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai AS$64.4 bilion, meningkat AS$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini Forbes.Kebanyakan mereka tidak banyak berubah berbanding tahun sebelumnya.

1. Robert Kuok
-mengekalkan gelarannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.4 bilion, turun sedikit daripada AS$12.5 bilion pada tahun sebelumnya. Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya, dengan empayar gulanya yang luas, minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

2. Ananda Krishnan,
-73, yang menyaksikan nilai meningkat daripada AS$400 juta kepada AS$9.9 bilion. Beliau membeli dalam portfolio kuasa di Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai AS$2 bilion. Syarikat beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon bimbit terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.
3. Lee Kim Hua,
-aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion. Keluarga di belakang empayar perjudian Genting kini mendapat perhatian media dengan usaha untuk mengembangkan operasi di Amerika Syarikat. Anak Lee, Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada AS$605 juta.
4. Lee Shin Cheng,
-membina IOI Group kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, mengekalkan kedudukan beliau di tempat keempat dengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas.

Malaysia kini mempunyai 11 bilionair, naik daripada 10 pada tahun lepas, setelah adik-beradik Lee Oi Han dan Lee Hau Hian, yang menguasai syarikat sawit dan kimia Batu Kawan, menyaksikan nilai bersih mereka meningkat. Harta mereka melonjak 22 peratus setelah saham dalam Batu Kawan meningkat dengan harga minyak sawit yang lebih tinggi. Tiga pendatang baru dalam senarai iaitu Ninian Mogan Lourdenadin, doktor yang beralih menjadi hartawan runcit, disenaraikan pada No. 22 dengan nilai AS$500 juta. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBF Holdings dan menjalankan empayar perniagaan harta, runcit, riadah dan perubatan yang meliputi Malaysia hingga ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Seorang lagi pendatang baru ke dalam senarai ialah Gooi Seong Lim yang mengetuai Crescendo, syarikat pembangunan hartanah dan pembinaan. Beliau berada di kedudukan No.34 dengan nilai AS$220 juta. Ng Joo Siang, juga memasuki senarai untuk kali pertama di No. 37 dengan nilai AS$185 juta. Beliau yang berusia 52 tahun mengambil alih Pacific Andes International Holdings, perniagaan keluarga daripada bapanya. Tambahan kepada tiga penyertaan baru, dua kembali ke senarai: Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif syarikat insurans auto Kumia Asia dengan nilai bersih US$160 juta; dan Khoo Kay Peng, Pengerusi Malayan United Industries, dengan nilai bersih AS$155 juta.

Secara keseluruhan, 21 jutawan dalam senarai itu menyaksikan peningkatan kekayaan mereka manakala 12 mengalami kejatuhan dan dua kekal sama. Tahun ini, nilai bersih minimum sebanyak AS$155 juta diperlukan untuk layak dalam senarai, meningkat daripada AS$125 juta tahun lepas. Berbeza dengan kedudukan bilionair, senarai Malaysia termasuk harta yang dikongsi di kalangan keluarga yang besar. Senarai telah disusun menggunakan pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Nilai bersih berdasarkan harga saham dan tukaran asing sehingga pada 14 Februari 2012. - Bernama@SH

1.Robert Kuok 12,400 ($mil)
2.Ananda Krishnan 9,900
3.Lee Kim Hua & family 6,500
4.Lee Shin Cheng 5,200
5.Teh Hong Piow 5,000
6.Quek Leng Chan 4,200
7.Syed Mokhtar AlBukhary 3,300
8.Yeoh Tiong Lay 2,600
9.Tiong Hiew King 1,500
10.Vincent Tan 1,200

FAKTA: Ni la demokrasi ala UMNO...

Posted: 04 Mar 2012 04:00 PM PST

Takut debat, kering hujah, maka sepak terajang pilihan UMNO

Oleh Fairuz Azhan

Semakin hari semakin terserlah sikap pemimpin dan penyokong Barisan Nasional, khususnya UMNO dan pecacai mereka, yang menyerang serta menimbulkan kekacauan di majlis-majlis majlis anjuran masyarakat madani dan rakyat prihatin.

Antara peristiwa yang menonjolkan sifat ganas para pecacai UMNO adalah:

* Kekacauan yang ditaja oleh Perkasa dan UMNO pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta sehingga adanya letupan yang mencederakan orang awam;

* Kekacauan program Hindraf dan NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) oleh samseng-samseng pro-UMNO di Dewan Orang Ramai Jalan Kebun, Klang;

* Kekacauan semasa ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan dalam kawasan Parlimen yang diwakili oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Johor sehinggakan kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kerosakan teruk;

* Keganasan samseng pro-UMNO di Sudut Pidato Pulau Pinang sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turun padang untuk menyatakan sokongan beliau terhadap gerakan anti-Lynas, di mana beberapa peserta perhimpunan aman cedera manakala Guan Eng diserang dan dirosakkan para pengacau;

* Percubaan untuk mencederakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Pahang; dan

* Perbuatan membakar rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad.

Kesederhanaan Najib?

Adakah semua perbuatan ganas ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri sebagai "kesederhanaan yang berpotensi menjamin keamanan dan keharmonian"? Apakah jaminan Datuk Seri Najib Razak tentang budaya demokrasi dan politik matang yang diwarwarkannya hanya sekadar omongan kosong?

Bukan sahaja Najib berdiam tidak mengutuk trend ganas oleh kumpulan-kumpulan penyokong dan pecacai UMNO, malah gerak dan gayanya bagaikan menghalalkan segala yang berlaku.

Budaya baling batu dan sembunyi tangan sememangnya bukanlah budaya baru, lebih-lebih lagi daripada pihak yang ekstrem dalam UMNO dan BN. Kita akui masih ramai ahli UMNO-BN tidak suka kepada keganasan tetapi jika mereka berdiam diri dengan budaya keji yang sedang berlaku sekarang, ia seolah-olah mencerminkan UMNO-BN menyokong perbuatan ganas ini.

Mengapakah tidak kelihatan sebarang usaha daripada kerajaan Najib untuk mengutuk kegiatan samseng tersebut yang ditujukan, bukan sahaja kepada para pemimpin Pakatan Rakyat tetapi juga terhadap rakyat prihatin yang tidak menyertai mana-mana parti seperti ribuan orang yang menentang projek sisa toksik Lynas?

Jika keganasan berleluasa, bagaimana Najib mahu perkenalkan demokrasi matang?

Bagaimanakah Malaysia boleh mengorak langkah ke arah sebuah demokrasi yang matang jika kejadian-kejadian ini boleh terus dibiarkan oleh kerajaan?

Jika seorang pemimpin pembangkang boleh dibakar kereta dan rumahnya, bahkan kereta seorang Ketua Menteri boleh diserang dan dirosakkan, apakah jaminan keselamatan yang boleh diberikan kepada rakyat biasa?

Jelas keganasan seperti ini menunjukkan betapa rendahnya tahap kematangan dan daya intelektual parti pemerintah. Malah, para pemimpin kerajaan UMNO-BN menyatakan bahawa berdebat itu budaya barat.

Kita tanya pula, samseng dan keganasan itu budaya siapa? Jelas sekali kerajaan UMNO-BN yang semakin terdesak hanya mengharapkan sokongan fanatik dan pelampau perkauman sebagai tunjang politik mereka.

Di mana perginya intelek? Di mana perginya budi pekerti? Di mana perginya rasa hormat? Entah ke mana. Hanya tinggal papan tanda usang yang tercatat kata-kata "sopan santun budaya kita".

Kasihan sungguh mereka yang berada di penghujung usia kuasa. Mereka ketandusan idea, kekuranga pimpinan berwibawa dan merendahkan akhlak sendiri dengan perbuatan ganas yang kurang cerdik.

Jalan keluar untuk UMNO-BN sebenarnya tidak sukar. Tunaikanlah segera janji-janji transformasi politik dan kerajaan. Bersihkan negara dari rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Utamakan rakyat dengan mengurangkan beban ekonomi seperti tol, cukai dan pelbagai bayaran yang tidak perlu dibayar oleh rakyat.

Jika UMNO-BN masih degil, maka pilihannya tentulah Pakatan Rakyat. – Roketkini.com

KESIAN: Di layan lebih dari Haiwan...

Posted: 04 Mar 2012 02:00 PM PST


Nasib 'lelaki buih'

HYDERABAD- Seorang lelaki berusia 62 tahun yang digelar 'lelaki buih' kerana badannya yang dilitupi ketumbuhan mendedahkan bagaimana dia dilayan lebih buruk daripada haiwan terbiar oleh orang ramai.

Tubuh Mohammad Umar mula mengalami ketumbuhan pada tangannya ketika dia berusia 14 tahun dan sejak itu tumor tidak berbahaya berkenaan merebak secara perlahan-lahan ke seluruh anggota tubuhnya.

"Saya lelaki baik. Dan saya boleh bekerja keras. Tetapi paras rupa saya menjadi masalah kepada orang ramai. Tidak ada orang yang suka melihat saya atau mendekati saya. Ia memusnahkan kehidupan saya," kata Mohammad.

Mohammad yang berasal dari Hyderabad, India, dilahirkan sihat. Ibunya mempunyai ketumbuhan pada tangannya tetapi tidak di tempat lain. Tanpa disedari, wanita itu menurunkan penyakit yang lebih agresif kepada anaknya. Ibu Mohammad meninggal dunia pada 2001.

"Saya dilahirkan dengan kulit yang lembut dan licin. Saya tidak tahu apa yang tumbuh pada tubuh saya ketika berusia 14 tahun. Tetapi ibu saya menyedari ia sama dengan yang ada pada tangannya dan membawa saya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Tetapi, lama kelamaan, keadaan Mohammad bertambah teruk. Ketika berusia 20 tahun, tumor tumbuh secara rambang di beberapa bahagian badannya.

"Saya tahu ia akan bertambah teruk. Saya sedar ia akan menjadi mimpi buruk bagi saya," katanya.

Doktor memberitahu dia boleh menurunkan penyakit itu kepada anaknya jika dia berkahwin.

"Doktor tidak memberi jaminan tetapi ia mungkin berlaku. Ia menghantui kehidupan saya selama beberapa tahun. Saya tidak pasti sama ada saya akan berkahwin," katanya.

Tetapi akhirnya, dia berkenalan dengan Farhat-un-Nisa, 45. Mereka bercinta dan berkahwin, Farhat tidak pedulikan penyakit suaminya ketika itu.

"Mohammad lelaki yang baik dan pemurah. Keluarga saya memberi amaran mengenai masa depan saya yang akan menjadi rumit jika penyakitnya bertambah teruk. Mereka mendapatkan nasihat doktor bagi pihak saya. Tetapi saya tidak mempedulikannya," kata Farhat.

Pasangan itu dikurniakan dua anak dan kedua-duanya membesar tanpa mewarisi penyakit Mohammad. Bagaimanapun, lama-kelamaan, Farhat hanya boleh melihat seluruh tubuh suaminya dilitupi tumor besar yang gatal. "Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Doktor berkata penyakitnya tidak boleh diubati. Ia mengubah sikap suami saya. "Dulu dia begitu bahagia tetapi selepas itu dia menjadi begitu takut. Kami berusaha keras untuk hidup dan membesarkan anak kami," kata Farhat.

Dalam pada itu, Mohammad dipecat daripada jawatan sebagai pembantu bagasi di sebuah stesen kereta api tempatan. Dan sejak itu, tidak ada orang yang bersedia untuk mengambilnya bekerja. - DM

Tak Mustahil UFO tu ada...

Posted: 04 Mar 2012 12:00 PM PST

Ni yang istimewanya ngan Ust Azhar Idrus nih...
Hampa tanya la apa pun, semua dia ada jawapannya...
Sampai lenguh... haha...

Tiada ulasan: