Khamis, 29 Mac 2012

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Susu ROSAK disuapkan pada anak-anak (29/3/12)

Posted: 28 Mar 2012 11:02 PM PDT

Sekali lagi kita menerima laporan anak-anak sekolah mengalami sakit-sakit perut setelah meminum minuman bantuan percuma yang diberi melalui pihak sekolah. Kali ini di Bayan Lepas yang melibatkan 481 orang murid sekolah kebangsaan di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bayangkan program yang mereka sertai adalah program "Gaya Hidup Sihat" sebagaimana dilaporkan oleh NST. Adalah difahamkan susu soya berkenaan dibekalkan oleh sebuah syarikat pembekal tempatan.

Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang pihaknya menarik balik kebenaran yang diberikan kepada syarikat itu untuk membekalkan susu di seluruh Pulau Pinang berkuat kuasa serta merta.

Nampaknya kes seumpama ini terlalu kerap belaku. Kita mengharapkan pihak sekolah dan Jabatan lebih bertanggungjawab. Jelas tiada pemantauan yang rapi sehingga mengakibatkan susu yang telah rosak pun boleh sampai ke tangan anak-anak kita.

Dalam kes ini syarikat pembekal sewajarnya bukan hanya diarahkan berhenti membuat bekalan tetapi syarikat ini perlu didedahkan nama dan pemiliknya kepengetahuan umum, lesennya dibatal (buka digantung) dan mereka didakwa kerana cuai.

(Gambar NST menunjukkan mangsa yang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang)

Masyarakat Melayu SINGAPURA bermasalah (29/3/12)

Posted: 28 Mar 2012 08:54 PM PDT

Saya terbaca berita berikut dari sebuah laman web berita Singapura bertajuk "Masyarakat Melayu berpendapatan rendah belum bersedia bayar yuran" http://cyberita.asia1.com.sg/mekoniaga/story/0,6879,210960,00.html?

Berita berkenaan melaporkan mengenai produk kewangan yang dipasarkan di Singapura iaitu termasuklah insuran perubatan,pelan pendidikan, amanah saham dan lain-lain. Pihak berkuasa di sana mengenakan syarat bahawa produk ini perlu dibeli melalui khidmat nasihat perunding kewangan. Untuk mendapatkan khidmat ini mereka perlu membayar fee antara $250 ke $3000.

Akibatnya masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah tidak membeli produk-produk penting ini oleh kerana mereka keberatan untuk membayar fee yang dikenakan. Lantaran ini mereka juga tidak memperolehi khidmat nasihat profesional yang seharusnya membantu penghidupan mereka.

Sudah pastilah apabila mereka tidak dilindungi oleh insuran termasuklah insuran perubatan dan pelan pendidkan untuk anak-anak, mereka akan menghadapi masalah di masa hadapan apabila berdepan dengan kemalangan atau masalah kesihatan atau anak-anak perlu melanjutkan pelajaran.

Umum mengetahui kos hidup di Singapura adalah antara yang tertinggi di rantau ini.

Demikianlah nasib saudara-saudara kita di seberang tambak. Semoga ia membawa iktibar kepada kita di sini wallahualam.

Tiada ulasan: