Khamis, 29 Mac 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Yang miskin diutamakan, Pakatan tak akan bekerjasama dgn BN mengenai GST

Posted: 29 Mar 2012 05:30 PM PDT

Anwar: Yang miskin diutamakan, Pakatan tak akan bekerjasama dgn BN mengenai GSTKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menolak cadangan oleh kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membantu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), memberi jaminan bahawa gabungan Pakatan Rakyat akan menentang cukai sekuat-kuatnya kerana ia menghukum mereka yang miskin.
"Pendirian kami ialah, rakyat yang tidak membayar cukai secara umumnya di bawah kategori miskin. Sebab itulah Pakatan menentang langkah itu tetapi satu-satunya cara (bagi memastikan GST tidak dilaksanakan) adalah untuk mengalahkan BN dalam pilihan rayaumum," katanya kepada pemberita di Parlimen pada hari Rabu.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada hari Selasa telah menegaskan bahawa GST akan membantu menyebarkan beban cukai lebih merata di kalangan rakyat Malaysia, dan memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya tidak "mempolitikkan" isu tersebut.
Dalam komennya, Idris juga menggesa dua pakatan politik utama Malaysia untuk bekerjasama pada cukai yang baru selepas pilihan rayaumum ke-13, dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini, sudah berlebihan.
Read More / Baca Lagi >>

Fail Siasatan Rasuah Sangkut di Pejabat Peguam Negara

Posted: 29 Mar 2012 05:28 PM PDT

SHAH ALAM, 29 MAC: Peguam Negara harus ditukar kerana dilihat menyekat pendakawaan rasuah politik di negara ini, kata seorang ahli panel di Wacana Sinar Harian petang tadi.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Peguam Negara yang ada pada hari ini wajar ditukar kerana banyak keputusan yang dibuat sebelumnya amat mencurigakan.
Walhal Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menjalankan tugasnya dengan menyiasat dakwaan rasuah tetapi apabila kes-kes ini dibawa ke pejabat Peguam Negara, ia tidak dibawa ke mahkamah pengadilan.
Read More / Baca Lagi >>

ISA : 'Inilah anak komunis!'

Posted: 29 Mar 2012 05:27 PM PDT

"Pagi buta, kira-kira 2 pagi. Saya sedang tidur sebelum kami terdengar bunyi kuat di pagar," kata wartawan kanan Nuraina Samad, sambil merenung jauh, seolah kembali kepada zaman anak kampus 20 tahun lalu.

Dengan tanda tanya, abang yang tuanya keluar dan mendapati anggota polis Cawangan Khas yang mahu masuk dan menggeledah bilik bapanya.

NONE"Saya masih ingat, seorang daripada mereka mengambil buku karangan (pemenang hadiah nobel sastera) Pearl S Buck. Saya masih ingat, ketika itu saya berfikir-fikir, 'kenapa dia ambil buku itu?'" kata editor pengurusan di New Straits Times yang pemalu dengan kamera itu.

Selama dua jam itu - masa terasa amat panjang - lelaki polis itu berkata, bapanya A Samad Ismail, bekas timbalan ketua pengarang New Straits Times ditahan bawah akta ISA.

Hanya dua bulan selepas itu barulah Nuraina mendapat peluang menemui bapanya lagi, tetapi hanya di kaca televisyen, di tingkat 13 fakulti komunikasi Institut Teknologi Mara (ITM), dalam bilik yang sepatutnya untuk kuliah malam.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid mocks Hasan Ali as an ‘Umno contractor’

Posted: 29 Mar 2012 05:24 PM PDT

BANGI, March 30 — Selangor PAS deputy chief Khalid Samad has rubbished Datuk Dr Hasan Ali's claims to leading a "third force", deriding him as an Umno stooge instead.
The Shah Alam MP alleged that Hasan, who was sacked from PAS in January for breaching party discipline, was planning to field candidates via the latter's new NGO JATI in the next election to split the opposition vote.
"He is not a third force, just a contractor for Umno...," Khalid (picture) told some 700 people at Stadium MPKJ here last night.
"He will field nine candidates under JATI to create three-cornered fights in seats that PAS intends contest to allow Umno to win."
Read More / Baca Lagi >>

Zunar ketuai program kartunis bantah Lynas

Posted: 29 Mar 2012 05:23 PM PDT

KUALA LUMPUR 29 Mac: Kartunis politik tanahair, Zunar mengetuai sekumpulan kartunis mengadakan program kesedaran bahaya sisa nadir bumi (rare earth) kepada penduduk Kuantan pada 31 Mac ini.
Ia adalah program anjuran bersama kumpulan kartunis itu dan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) serta Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar).
Menurut Zunar (gambar) atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque, program itu akan disertai angkatan kartunis tanah air seperti Johnny Ong, Nor Azlin Ngah (Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan Abdullah Jones.
Antara program yang akan diadakan pada hari itu pula ialah peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis 'banner' secara terbuka dan demonstrasi melukis kartun, kata Zunar.
"Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis kepada masyarakat.
"Kami berharap kaedah penerangan menerusi program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat dan generasi akan datang tentang bahaya sisa nadir," kata Zunar.
Read More / Baca Lagi >>

SPR masih harap negeri Pakatan sertai PRU serentak

Posted: 29 Mar 2012 05:19 PM PDT


undi
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap negeri-negeri yang diperintah pembangkang akan turut mengadakan pilihan raya
Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, langkah itu akan dapat menjimatkan kos dan tenaga kerja.
"Saya harap elok ia dibuat serentak supaya SPR tidak buat kerja ulang-ulang kerana ia akan memakan kos yang tinggi dan masa yang banyak," katanya pada temubual "Program Inovasi Perkhidmatan Awam" di stesen radio KL.fm di Angkasapuri di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Antara hina Islam dengan dituduh hina mahkamah

Posted: 29 Mar 2012 05:01 PM PDT


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan hukuman yang dikenakan terhadap tiga wanita atas tuduhan melakukan aksi tidak sopan dengan menari tiang dengan hanya denda sebanyak RM25 seorang.
"Bagi DPPM, hukuman yang dikenakan terhadap wanita bertiga ini amat ringan serta tidak berbaloi berbanding kesalahan yang mereka lakukan," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Justeru, katanya DPPM merasa terkejut dengan hukuman itu kerana berpendapat kesalahan yang mereka lakukan amat serius dan berat.

Jelasnya, perbuatan yang mereka lakukan merupakan suatu dosa besar di sisi agama Islam kerana membuka aurat dan mendorong perbuatan zina kepada pengunjung yang hadir.
Read More / Baca Lagi >>

PRM usul garis panduan kerajaan sementara

Posted: 29 Mar 2012 05:00 PM PDT


wacana panel
SHAH ALAM – SPRM akan mengusulkan kepada kerajaan supaya ada garis panduan dalam pengurusan 'caretaker government' atau kerajaan sementara apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull.
Menurutnya, langkah itu perlu bagi mengelakkan penyalah­gunaan aset kerajaan, termasuk penggunaan kenderaan rasmi kerajaan untuk urusan rasmi dan juga pilihan raya. 
Read More / Baca Lagi >>

Manipulasi BN kalahkan kuasa rakyat?

Posted: 29 Mar 2012 04:35 PM PDT

Melihat sambutan hebat masyarakat terhadap program Pakatan Rakyat, khususnya ceramah-dialog politik dan majlis makan malam, tidak terbayang bahawa Najib Razak dan BN mampu mempamerkan prestasi lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang, berbanding rekod buruk Abdullah Ahmad Badawi empat tahun lalu.

Pagi Ahad lalu, 25 Mac, sewaktu singgah di majlis Himpunan Anak Terengganu di Perantauan 2012, di Kajang -- yang menyaksikan hampir semua pimpinan kanan PAS Negeri turun, termasuk Pesuruhjaya, Abd Wahid Endut dan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang -- saya lihat hadirin memenuhi segenap ruang Dewan Majlis Perbandaran Kajang itu.
Read More / Baca Lagi >>

BN akan hilang Selangor jika Umno terlalu dominan, kata Khir Toyo

Posted: 29 Mar 2012 04:29 PM PDT

SHAH ALAM, 30 Mac — Umno yang terlalu dominan di Selangor akan menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan Selangor kerana undi bukan Melayu akan lari kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Dr Khir Toyo.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata masalah Selangor adalah parti komponen BN tidak 'bersatu' – MCA, MIC, dan Gerakan gagal memainkan peranan menarik pengundi baru dan tidak memberikan Umno peluang sebaliknya mengukuhkan kedudukan sendiri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.
"Apabila UMNO menjadi dominan, mereka akan mengetepikan penyokong bukan Melayu. Itu merupakan salah satu masalah yang menjadi penyebab kepada kaum Cina yang tidak mengundi BN.
Read More / Baca Lagi >>

Perkauman: Guan Eng akan ambil tindakan mahkamah

Posted: 29 Mar 2012 04:26 PM PDT


Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda Umno Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah Umno, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang.


Saya telah cuba untuk sabar apabila Umno menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.


Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama Umno membuat dakwaan fitnah terhadap saya.
Read More / Baca Lagi >>

'Siasat anak PM berhubung manipulasi harga saham'

Posted: 29 Mar 2012 04:25 PM PDT

NONESuruhanjaya Sekuriti (SC) digesa menyiasat anak kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Nazifuddin - berhubung dakwaan manipulasi harga saham.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (kiri) berkata penglibatan Nazifuddin baru-baru ini dalam dua syarikat yang harga saham banyak turun naik, adalah sangat mencurigakan.

Dalam kes pertama, harga saham Harvest Court Industries Bhd melonjak 2.575 peratus selepas Nazifuddin menyertai lembaga pengarahnya akhir tahun lalu, dan harganya merudum selepas dia berhenti sebulan kemudian.

Kes terbaru melibatkan Supercomnet Technologies Bhd, yang menyaksikan harga sahamnya melonjak 362 peratus selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah ditawarkan pilihan untuk memperolehi 18.66 peratus saham.

Harga saham Supercomnet merudum dua hari kemudian selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah menolak tawaran saham tersebut.

Syria crisis tops Arab League summit in Iraq

Posted: 29 Mar 2012 04:18 PM PDT

Tiada peruntukan lucut jawatan Anwar - Timbalan Speaker

Posted: 29 Mar 2012 04:16 PM PDT

Solat SELAK Lengan BAJU - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Mar 2012 04:12 PM PDT

Hukum Pertandingan MEMANCING IKAN - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Mar 2012 04:08 PM PDT

ISTERI Tak Izin SUAMI POLIGAMI - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Mar 2012 04:07 PM PDT

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Bangi 29/03/2012 (Part 1/2)

Posted: 29 Mar 2012 04:00 PM PDT

Persidangan gas dunia : PKR dakwa Malaysia rayu bantuan Israel

Posted: 29 Mar 2012 03:58 PM PDT

Nur Suhaila selamat kembali ke tanah air selepas pembedahan di Dubai

Posted: 29 Mar 2012 08:27 AM PDT

Terima Kasih Rakyat Selangor

Posted: 29 Mar 2012 08:26 AM PDT

Today in History, Thursday, March 29th

Posted: 29 Mar 2012 08:25 AM PDT

Zuraida Kamaruddin: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012

Posted: 29 Mar 2012 08:23 AM PDT

Will NFC's RM250mil loan be recovered?

Posted: 29 Mar 2012 08:19 AM PDT

'Probe PM's son for share price manipulation'

Posted: 29 Mar 2012 08:18 AM PDT

Tiada ulasan: