Ahad, 25 Mac 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Antara NFC RM250j dengan stadium runtuh RM290j

Posted: 25 Mar 2012 09:02 PM PDT

Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD
AKHIRNYA Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Dato' Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato' Shahrizat Abdul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah didakwa di mahkamah terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat. 

Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan di Parlimen pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Ia menjadi semakin panas selepas beberapa ahli Parlimen serta pimpinan Pakatan Rakyat mendedahkan bukti wujudnya penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. Sementara itu, dalam kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang runtuh pada 2 Jun 2009, seorang jurutera perunding Wan Manan Wan Ali telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Beliau didakwa atas tuduhan menipu dengan berpurapura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Stadium Sultan Mizan dianggap tercanggih di Pantai Timur telah siap dibina pada 2008 menjelang berlangsungnya Sukma yang diadakan di negeri Terengganu. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 dalam satu upacara gilang gemilang. Malangnya baru hanya setahun digunakan ia telah runtuh dan tidak dapat digunakan sehingga sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Harta Kekayaan Khazan Berjumlah RM4 juta? ..keadaan biasa pemimpin UMNO..!!

Posted: 25 Mar 2012 08:59 PM PDT



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita53/ybkaya.jpg
(Buletin Online) – Isteri ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat beberapa ketika dahulu pernah dilaporkan berkata, harta dan kewangan yang dimiliki oleh keluarganya sudah cukup untuk menampung kehidupan sekiranya Khazan tidak lagi menjadi wakil rakyat.
Perkara tersebut heboh diperkatakan orang ramai, dituturkan isteri Khazan dalam satu majlis dan didengari oleh ramai orang.


Menurut seorang penduduk yang berasal dari Kampung Maras, Adnan Awang, 45, beliau mengesahkan memang pernah mendengar cerita tersebut.

"Memang pernah dengar orang duk bercakap, tapi saya tak ingat waktu bila,"ujar Adnan Awang, ketika ditemui.

Kini, setelah beberapa ketika berlalu, barulah jelas 'kekayaan' yang dimiliki oleh Khazan Che Mat yang dilaporkan berjuta ringgit.

Termasuk tanah yang diwarisi, Khazan memiliki 13 keping tanah dalam Mukim Batu Rakit dan sekeping di mukim Hulu Nerus.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada sebab tidak sokong Pakatan Rakyat

Posted: 25 Mar 2012 08:53 PM PDT


KUALA SELANGOR, 26 Mac: Presiden PAS Datuk Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tiada sebab untuk rakyat di negara ini untuk tidak memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ini kerana katanya, rakyat boleh melihat sendiri kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir beberapa negeri dengan lebih baik berbanding BN.

Ianya termasuk rekod pentadbiran di lima buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan pernah di Perak yang banyak melaksanakan program-prograk kebajikan untuk rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar ulang iltizam Pakatan batalkan PTPTN

Posted: 25 Mar 2012 08:51 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Mac: Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihanraya umum akan datang.
"Insya Allah, sekiranya kita berjaya menawan Putrajaya, kita akan batalkan PTPTN, dan anak-anak miskin akan mendapat pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga universiti," kata Anwar.
Katanya, perkara ini dapat dilakukan sekiranya kerajaan berhemat dalam setiap perbelanjaan dan menghapuskan budaya rasuah dan kronisme yang merugikan negara.
"Mana saya nak letak muka sebagai pemimpin, sekiranya masih ada rakyat yang tidak dapat masuk ke universiti hanya kerana dibelenggu kemiskinan," tegas Ketua Pembangkang itu lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Cukai jalan RM24,598.50 setahun, itu kereta siapa?

Posted: 25 Mar 2012 08:48 PM PDT


Patutlah najib bertanyakan kepada rakyat dalam laman sosialnya tentang berapa biji kereta anda ada, rupa-rupanya najib nak tahu siapa yang bayar cukai kereta hampir RM 25,000.00 setahun tu, maklumlah, najib mahu menerapkan nilai-nilai wasatiah dalam pentadbiranya, kata najib dia mahu mulakan dari dalam keluarganya sendiri.

Kihkihkihkih.......Betul nei, anda jangan lah gelak, nanti marah pula rosmah, kan rosmah tu suci.
Read More / Baca Lagi >>

Ceramah Umum Pentas Pemuda oleh Saudara Sany Hamzan

Posted: 25 Mar 2012 08:41 PM PDT

Anwar mahu PR lancar 'perang' lawan BN

Posted: 25 Mar 2012 08:21 PM PDT


Anwar Ibrahim
KUALA SELANGOR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak jentera Pakatan Rakyat (PR) melancarkan 'perang' terhadap Barisan Nasional (BN) dan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk PR melawan dan menakluki Putrajaya demi menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

"Hari ini (semalam), kita datang untuk ceritakan rekod kerja dan kejayaan kita selama empat tahun PR mentadbir Selangor, Najib pula (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula datang untuk rampas negeri ini. Apa cerita? Negara kamu jaga pun banyak rasuah dan ambil projek," katanya pada program Rapat Rakyat, di Stadium Kuala Selangor di sini, malam tadi.

Read More / Baca Lagi >>

Taman Tema Real Madrid Di UAE

Posted: 25 Mar 2012 08:18 PM PDT

Nampaknya Real Madrid akan menjadi kelab bolasepak pertama yang mempunyai taman temanya sendiri. Taman teman Real Madrid beharga USD 1 Billion sedang dibina di Ras al-Khaimah Emiriah Arab Bersatu dan akan siap seawal 2015. Didalam taman teman ini akan dibina hotel mewah, stadium, muzium dan taman permainan yang kesemunya bertemakan Madrid. Ini ialah usaha Madrid untuk memonopoli pasaran bolasepak Asia. Dianggarkan lebih separuh dari 300 Juta penyokong Madrid tinggal di Asia. Jadi keasemua Madritistas, jangan lupa ke Ras al-Khaimah bila taman tema ini siap kelak!

Read More / Baca Lagi >>

Santa Jib : Tarikh Pilihanraya Umum Ke13 Sudah Dekat, Lebih Banyak Bantuan Rakyat Diumumkan!!

Posted: 25 Mar 2012 08:14 PM PDT

Ramalan Tarikh Pilihanraya umum Tarikh Pilihanraya Umum Ke13 Sudah Dekat, Lebih Banyak Bantuan Rakyat Diumumkan!!
Semboyan pertama yang ditiupkan oleh Datuk Seri Najib Razak sudah dimulakan. Dan beliau telah membayangkan tarikh Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat dan paling pentingnya Perdana Menteri cukup yakin Barisan Nasional akan terus menjadi kerajaan dan memegang tampuk pemerintahan negara untuk menjaga anda, anda anda semua sebagai rakyat Malaysia untuk tempoh 5 tahun seterusnya. 
Apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah cukup yakin, maknanya dah tak lama dah sebenarnya…
"Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa tu, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihanraya umum)"
Dengan makin dekatnya tarikh pilihanraya umum ke 13, Perdana Menteri telah mula menabur janji dan mahu mengotakannya secepat mungkin dengan mahu mengumumkan lebih banyak lagi bantuan untuk rakyat seperti anda, anda dan anda semua tidak lama sahaja lagi. Kali kelompok mana yang bakal disasarkan oleh Datuk Seri Najib Razak?
Read More / Baca Lagi >>

Debat Anwar vs Najib vs Raja Petra – Anjuran Wikileaks. Realiti Atau Fantasi Semata?

Posted: 25 Mar 2012 08:13 PM PDT

Wikileaks Anwar Najib RPK Debat Anwar vs Najib vs Raja Petra   Anjuran Wikileaks. Realiti Atau Fantasi Semata?
Berita mahu diadakan debat ketua kerajaan dan ketua kerajaan menjadi "siulan" bukan sahaja di Malaysia malah di dunia ketika ini, apabila laman web berpengaruh di dunia, Wikileaks melalui pengasasnya Julian Assange bersedia menganjur acara debat tersebut.
Seluruh dunia terus memerhati samada acara debat Anwar Ibrahim, Najib Razak dan juga Raja Petra Kamaruddin akan menjadi realiti atau hanyalah fantasi semata?
Sebelum ini beberapa cara debat berjaya dilaksanakan antara :
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Kuala Selangor

Posted: 25 Mar 2012 08:06 PM PDT

PRU 13: Siapakah Dia Calon Yang Boleh Kalah ?

Posted: 25 Mar 2012 08:02 PM PDT


PRU13 semakin hampir. Parti-parti politik telah mengatur strategi di atas kertas dan menyusun pasukan di gelanggang pertarungan di seluruh negara. PR dan BN sudahpun memperhebatkan kempen. Pas, Dap dan PKR pula telah pun mencongak jumlah calon masing-masing. Malah, PR di Negeri Sembilan sudahpun melancarkan manifesto PRU13. Yang belum diputuskan ialah perundingan di peringkat Majlis Presiden PR

BN pula, meskipun sedang memperhebatkan kempen, mereka nampaknya masih belum sampai ke peringkat pembahagian kerusi dan pemilihan calon. Mungkin kerana organisasinya yang mantap dan status quo kuota parti menjadi rujukan asas, tugas itu akan lebih cepat terlaksana bila tiba masanya. Gerak geri Perdana Menteri pula kian diperhati dengan teliti. Langkahnya, kata-katanya, malah dehemnya bila menjawab soalan wartawan mula ditafsir, apakah itu petanda PM sudah memperoleh ilham mengumumkan tarikh pilihanraya.Read More / Baca Lagi >>

BALACI UMNO BALING BATU DI KARNIVAL TERIMA KASIH RAKYAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Posted: 25 Mar 2012 07:54 PM PDT

PRU 13 DITANGGUHKAN JIKA NAJIB DISAPINA MAHKAMAH PERANCIS?

Posted: 25 Mar 2012 07:52 PM PDT

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata Pilihanraya Umum ke 13 bakal ditangguhkan sehingga 'habis edah' tahun hadapan jika Perdana Menteri, Najib Razak atau Ah Jib Gor disapina Mahkamah Perancis dalam isu Scorpene.

"Kalau Najib disapina di Mahkamah Perancis sudah tentu dia tidak berani membubarkan parlimen" kata Mohamad semasa berceramah di Kg Lendu Masjid Tanah Sabtu lalu.

Ah Jib Gor sudah tentu tidak berani untuk membubarkan Parlimen jika Mahkamah Perancis 'menyaman' beliau untuk member keterangan sebagai saksi dalam Mahkamah Perancis. Sehingga ke hari ini seluruh tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya di sebalik pembelian Scorpene kerana ada dakwaan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dipunyai sekutu Najib iaitu Razak Baginda mendapatkan komisen ratusan juta ringgit dari pembelian kapal tersebut.Read More / Baca Lagi >>

PR MELAKA KOMITED BEBASKAN RAKYAT DARI CENGKAMAN BN

Posted: 25 Mar 2012 07:47 PM PDT


PR MELAKA KOMITED RINGANKAN BEBAN RAKYAT


Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San berkata Pakatan Rakyat negeri Melaka komited untuk meringankan beban rakyat negeri ini dari cengkaman kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kita akan menawarkan rakyat sebuah kerajaan yang adil, telus, professional dan bertanggungjawab yang sentiasa mengutamakan rakyat.

"Rakyat negeri ini susah kerana banyak dasar yang menekan rakyat seperti lesen perniagaan yang tinggi dan tidak masuk akal, bayaran parking dan macam-macam lagi" ujar Goh.Read More / Baca Lagi >>

Protokol Bangang Yang Sama-Sama Perlu Kita Hapuskan.

Posted: 25 Mar 2012 07:38 PM PDT

Oleh: Teh Tarik Gelas Besar

Hari Ahad lepas saya hilang dompet saya dalam train komuter, which betul lah teori aku tentang kebangangan KTM Komuter tentang Ladies Coach. Bila ladies turut nak menyelit dalam coach lain, tapi coach ladies tak boleh dimasuki lelaki, mengakibatkan kesesakan yang amat sangat. Dan dalam kesesakan itu, kita hilang kawalan – sedar-sedar, wallet kena cilok, dan tak tahu siapa yang cilok.
Kehilangan wallet ini sama complicatednya dengan hilang motor atau hilang kereta sebenarnya. Cuma complicatednya ni kadang-kadang ridiculous sampai pada aku tak masuk dek akal.
Tatkala hilang wallet – maka hilanglah identiti kau, sebab IC kau, kad pengenalan kau, dan segala kad insurans (jika ada) akan hilang serta-merta. Pada masa tu, kau akan rasa kau kena start everything, all over again.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng UMNO : Hadirin cekup remaja cuba ganggu ceramah Pakatan

Posted: 25 Mar 2012 07:22 PM PDT

Seorang remaja yang dipercaya cuba menganggu ceramah pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Selangor malam tadi, ditangkap para hadirin, menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa bertungkus berusaha menghalang daripada remaja itu dipukul.

MB Kedah: PKR, DAP perlu bertolak ansur

Posted: 25 Mar 2012 07:16 PM PDT


MB Kedah
JITRA - Menteri BesarKedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta kepimpinan PKR dan DAP di negeri itu bertolak ansur dalam isu berkaitan dengan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, kedua-dua parti perlu mencari jalan penyelesaian terbaik berdasarkan situasi menang-menang untuk menghadapi PRU13.
"Agihan kerusi antara Pas dan PKR sudah selesai dan kita masih mengekalkan formula berdasarkan apa yang dipersetujui pada PRU 2008.
"Namun antara PKR dan DAP masih ada sedikit lagi yang sedang dibincangkan…rundingan masih dijalankan dan kita sebagai abang tua, berharap mereka boleh mencapai kata sepakat berdasarkan situasi menang-menang," katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Pelubang sempena Hari Air Sedunia 2012,  semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Membeli Petugas dan Calon PKR

Posted: 25 Mar 2012 07:14 PM PDT

Maklumat yang Tulang Besi baru dapat adalah sewaktu PRU nanti, sebuah dana telah disediakan khas bagi tujuan ini.

Diberitakan kepada Tulang Besi bahawa sebanyak RM30k-RM50k telah disediakan untuk membeli PACA(Polling Agent dan Counting Agent) dari PKR seluruh Selangor.

Untuk pengetahuan saudara/ri pembaca sekelian, "Polling Agent" adalah wakil parti yang duduk di dalam bilik2 darjah bagi mengawasi perjalanan pengundian.
Read More / Baca Lagi >>

Chinese education problems: Real solutions needed

Posted: 25 Mar 2012 07:09 PM PDT

KAJANG - The anger and frustration of Chinese educationists and the community over the decades-old problems faced by Chinese schools boiled over today.
This was manifested in the treatment meted out to Deputy Education Minister Datuk Wee Ka Siong when he attended a rally organised by the United Chinese School Committees Association (Dong Zong) here.
Chinese education problems: Real solutions neededWee was not only heckled and jeered by a rowdy crowd of over 7,000 people at the New Era College where the rally was held, but someone even managed to throw a punch at him as he was leaving the event.
Fortunately, due to the cordon of police personnel around him, the full force of the punch was deflected and Wee only suffered a glancing blow on his left cheek.
Despite the incident, Wee was seemingly calm when he spoke to reporters at a press conference later, saying he was saddened by the way the crowd had become emotional.
"While we do not expect cheers or applause from them (the crowd), the whole purpose of attending this rally is to listen to the people," said Wee, who believed the crowd was made up of mostly opposition supporters.
Earlier, on his arrival about 11am, Wee had been met by a 'hostile' crowd and had to be protected by about 20 uniformed police and Rela personnel who formed a human wall around him.
Read More / Baca Lagi >>

Najib's refusal to answer the Altantuya-murder questions will affect GE-13 outcome

Posted: 25 Mar 2012 07:07 PM PDT

Honourable Prime Minister of Malaysia, Datuk Seri Najib, Sir it is really puzzling about your silence on some crucial matters of nationwide and serious national security interest.
Najib's refusal to answer the Altantuya-murder questions will affect GE-13 outcomeYour silence about the General Election date is understandable. It is seemingly a political strategy. But it is okay for the citizens even if they doubt if it is a waterproof strategy these days.
Your silence about some of the mega-million ringgit contracts given to some quarters, refers. Citizens understand that too, that is, you have to operate under the OSA (Official Secrets Act) for whatever the intent and purpose.
But the rakyat at the marketplace are asking some crucial questions relentlessly in the interest of national security. They want to know the following, Mr Honourable Prime Minister:
Don't you want to know what the citizens want to know about the unprecedented killing of the Mongolian National in Malaysia, Altantuya?
Don't you want to know why was the poor and helpless lone lady blasted away with C4?
Don't you want to know who would have had a hand in releasing the controlled national security item, the C4?
Don't you want to know how come such national security arms could be used to commit a commercial or civilian crime?
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Mencari Ahli Parlimen kelas pertama

Posted: 25 Mar 2012 07:05 PM PDT

SYAHREDZAN JOHAN
Pernahkah anda mengunjungi bangunan Parlimen dan menyaksikan sesi perbincangan di Dewan Rakyat? Jika anda belum pernah, anda wajar mengambil peluang untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi apabila dijangkakan sesi yang sedang berlangsung kini mungkin adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum. Jika berminat, anda boleh menghubungi Ahli Parlimen anda kerana mereka dibenarkan membawa tetamu ke Parlimen.

Jika pernah menyaksikan sesi Parlimen, kemungkinan besar anda akan kecewa dengan apa yang dilihat. Wakil rakyat yang anda pilih ke Parlimen, lebih cenderung untuk terpekik dan terlolong bagai tidak bertamadun daripada berdebat dengan berhemah. Ketika berdebat pula, kualitinya pula rata-rata di tahap yang rendah. Kebanyakan Ahli Parlimen sering membangkitkan perkara-perkara yang langsung tidak ada kena-mengena dengan apa yang dibincangkan.

Read More / Baca Lagi >>

Captured Heckler Mobbed At Pakatan Ceramah

Posted: 25 Mar 2012 07:00 PM PDT

SAMM KE PERLIMEN DEDAH BUTIRAN DAGANG MALAYSIA BANTU ISRAEL

Posted: 25 Mar 2012 06:53 PM PDT


Kenyataan Terbuka

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri kerana telah dua kali membawa isu yang dibawa oleh SAMM iaitu membongkarkan hubungan dagang Malaysia membantu Israel ke arah mendesak regim ini segera menghentikanya. Teck Hwa telah bekerjasama dengan SAMM dengan membawa bahan - bahan yang disediakan oleh SAMM ke Parlimen Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Kita Tahu Apa Yang Berlaku Di Port Dickson, Najib Altantuya!

Posted: 25 Mar 2012 06:52 PM PDT


Perebutan untuk mendapatkan Selangor telah bermula menjelang pilihan raya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri untuk cuba menawan Selangor untuk Barisan Nasional (BN), dan menolak perikatan kerajaan itu sebagai ancaman untuk Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Umum PKR itu memberitahu 5,000 penyokong  PR bahawa masanya telah tiba untuk "melancarkan perang" terhadap Umno-BN kerana pilihan raya sudah semakin hampir.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: