Sabtu, 24 Mac 2012

PENOREH GETAH

PENOREH GETAH


FITNAH TERBARU DARI UMNO

Posted: 24 Mar 2012 01:35 AM PDT


Satu fitnah terbaru oleh puak2 UMNO yg dangkal pemikirannya telah tersebar, iaitu penempelan gambar aktivis2 PAS kononnya membaca doa dalam sebuah tokong yg kononnya mendoakan tokong tersebut whatsoever dan diaminkan oleh para sami yg berada di situ. Rujuk gambar aku yg turut aku sertakan.

Kat sini aku tepekkan fitnah yg ditaburkan oleh pencacai murahan UMNO, Afiq KL Town berhubung gambar tersebut -

"YDP PAS Kuala Lumpur Berdoa Dalam Tokong Untuk Selamatkan Tokong !

PAS- PARTI AJARAN SESAT (FAKTA)

NAUZUBILLAHMINZALIK!

"TOLONG SEBARKAN BAGI PENYOKONG-PENYOKONG PAS YANG TERLAMPAU TAKSUB NI BUKA MATA.. SEBURUK-BURUK BN TAKDE LAH SAMPAI MACAM NI.. AKHIR ZAMAN"

Meh sini aku bagitau - kalau kamu tak tau kisah disebalik gambar ni dan hukum yg berkait dengannya, tolong diam atau kamu akan menanggung dosa memfitnah yg amat besar.

Aku nak jawab fitnah puak UMNO pasal gambar ni sbb aku tau kisah gambar ni.

Yg membaca doa tersebut ialah Cikgu Ishak Surin, YDP PAS Kawasan Batu. Dia membaca doa utk menyelamatkan kawasan2 warisan sejarah di KL termasuklah Kampung Baru, Jalan Sultan dan memana sahaja drpd dijarah oleh mereka yg rakus yg berlindung di sebalik nama "pembangunan" bersempena dengan himpunan para aktivis "Selamatkan Kawasan Warisan". Sewaktu dia membaca doa, yg mengaminkan ialah org2 Islam yg turut hadir ketika dan tok2 sami serta paderi kristian yg turut ada kat situ just menunjukkan isyarat doa mereka juga sebagai tanda menyetujui doa yg dibacakan oleh Cikgu Ishak. Sebelum itu, semua pihak yg datang dan terlibat dari pelbagai kaum termasuklah paderi kristian dan sami buddha itu turut membaca doa mengikut kepercayaan masing2 yg mana kandungannya adalah sama - untuk menyelamatkan kawasan warisan tersebut, dan doa2 depa turut dihormati oleh delegasi PAS sebagai tanda muhibbah. Kita tak aminkan doa si kafir tau.

Perlu aku jelaskan bahawa tempat ini BUKAN TOKONG. Ini adalah satu kawasan tertutup yg dijadikan sebagai Pusat Kegiatan Aktiviti masyarakat setempat yg turut bertindak kini sebagai hub bagi Gerakan Menyelamatkan Kawasan Warisan Kuala Lumpur. Aku pernah post pasal ni bulan lepas. Memandangkan tempat itu terletak di kawasan warisan cina di Jalan Sultan, maka sememangnya ada tanglung2 yg diletakkan di kawasan tersebut. Para sami buddha pakai baju sami sebab memang itu je pakaian depa yg depa akan pakai. Depa takkan pakai baju lain. So, senario gambar tu menunjukan seolah2 benda tu dalam tokong padahal HAKIKATNYA BUKAN!

Macam mana aku tau detail kisah ni? Sepatutnya aku turut hadir sama dalam program tersebut, dan begitu juga sahabat2 aku dalam Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu. Untuk pengetahuan, Cikgu Ishak adalah YDP aku.

Sebagai tambahan, Cikgu Ishak semasa kuliah haraki Dewan Pemuda PAS Batu tak berapa lama selepas itu pernah membangkitkan hal ni selaku soalan kepada Ustaz Idris Ahmad apa hukumnya dia baca doa kat situ dan dikelilingi oleh sami dan paderi. Ustaz Idris menghujahkan ianya adalah harus dan tidak menjadi kesalahan dari segi syarak sebab kita doa benda yg universal, yg melibatkan kemaslahatan masyarakat keseluruhannya dan bukan mendoakan kebaikan sami atau paderi tersebut secara detail.

Sekadar satu perkongsian, sedangkan hukum bersolat dalam gereja pun hanya makruh, apatah lagi berdoa di dalam rumah ibadat agama lain tanpa perbuatan menyembah. Daripada Abu Said Al-Khudry beliau berkata, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Bumi itu keseluruhannya adalah MASJID , KECUALI kawasan bilik air / tandas dan kawasan perkuburan" (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal rh – didalam musnadnya : Baqi Musnad Al-Muktsirin : 11, 483). Banyakkan belajar lagi pasal fiqh ye budak2.

so secara asasnya, aku tekankan supaya berhati2 dalam menaakul sebarang gambar sebegini sebab takut korg akan tertabur fitnah yg tak sepatutnya.

BERHENTI MENABUR FITNAH

http://al-hajari.blogspot.com/2012/03/menyanggah-fitnah-baca-doa-dalam-tokong.html#more

Tiada ulasan: