Rabu, 7 Mac 2012

PENOREH GETAH

PENOREH GETAH


MEMANG PATUT DUN CHINI UNTUK KEADILAN

Posted: 07 Mar 2012 06:45 AM PST

Malam Semalam aku dapat minum-minum sambil bersantai bersama Blogger tersohor ………. Bersama gerak kerja Keadilan peringkat Negeri dan peringkat Cabang Pekan.
Banyak perkara yang disembangkan..semuanya berkisar gerak kerja masing-masing

..sebenarnya berbeza dengan gerak kerja PAS peringkat cawangan kalau bersantai banyak berbicara bab kereta,kerjaya dan mencari kesalahan orang..kalau memandu dari Kuantan keChini 90% perkara yang di sembang masaalah duit dan kereta..lalu sebuah kereta cantik sikit mula mengomel..blaa….bla….

Maaf walau pun saya orang PAS kadang-kadang kita terima hakikat ini.
Sehari berjalan bersama Gerakkerja Keadilan membuatkan aku terlalu kecil untuk berdamping dengan mereka..
Mereka bekerja bersunguh-sunguh ..
Mereka bekerja mengikut arahan dari ketua


setiap kampong mereka diterjah
Cerita saja mana kampong yang mereka tidak terjah di DUN Chini ..?
Mereka juga tidak mempunyai kewangan macam kita ahli PAS..Tapi mereka bekerja…walau pun mereka tidak ada ranting ..tapi mereka bekerja…
Sememangnya patut Dun Chini di terajui Keadilan..Kerana mereka bekerja..
Kerja turun padang bertemu pengundi…


Bukanya bekerja atas kertas…mesyuarat sana sini balik cawangan semua fail perap..
Sebenarnya kepimpinan PAS Chini TERLALU sebuk dengan kerjaya dunia….
Semasa saya mengikuti rombongan kepimpinan Keadilan Chini ke Kg Mentiga
Kami singah sebentar minum di kedai dan membayar minum dengan duit siling ..
Sebenarnya mereka juga tidak ada dana….tapi mereka bekerja…..




Kg. dibawah Dun Chini N23 Perlimen Pekan.
Bandar,Chini Batu Gong ,Chini 1,2,3,4,5.Chini Timur 1,2,3. Fela Terpai,Kg Air Hitam,Kg Arung,Kg Baharu,Kg Balak,Kg Batu Balik,Kg Batu Sawar,Kg Mempelas,Kg Mentiga,Kg Meragih,Kg Permata,Kg Pulai Keramat,Kg Salong Tengah,Kg Sekepoh,Kg Sepagar,Kg sepaku,Kg Sg Duri,Kg Tanah Seputih,Kg Tasik Mentiga,Kg Terpai,,Kilang Chini,Paloh Hinai,PKT Salong ,Tasik Chini.

PKR dakwa ceramah diugut 'mandi darah'

Posted: 06 Mar 2012 06:07 PM PST

PKR mendakwa pihaknya terpaksa menangguhkan ceramah pada bulan lalu di Rembau kepada hari ini selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan parang mengugut untuk 'mandi darah' semasa persiapannya.

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, dalam insiden pada 6 Februari lalu, berlaku kekecohan sehingga mengundang kedatangan polis ke tempat itu di Pekan Kuala Sawah.

"Selepas bercakap dengan ketua penyerang, anggota polis terus beredar. Kemudian PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana dia ketua kampung yang dilantik menteri besar Negeri Sembilan.

"Serangan bukan sahaja bersifat bersenjata tetapi juga bersifat perkauman apabila ketua kampung itu mencarut dan memaki hamun petugas berbangsa India yang ada bersama dan mengugut untuk 'mandi darah'," dakwa Badrul dalam blognya.

Sehubungan itu, Badrul berkata, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, penganjur menangguhkan ceramah tersebut dan turut mengubah lokasinya.

"Sejak semalam, telah disebarkan SMS dari ketua kampung itu dan memanggil orang Umno untuk berkumpul bagi 'menghancurkan' program pembangkang di kawasan menteri besar (DUN Rantau)," dakwanya lagi.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut melahirkan rasa dengan pihak polis yang didakwanya lemah dalam menjamin ketenteraman dan akur dengan "gangsterisme" Umno.

"Umno sebenarnya makin lemah. Mereka panik apabila makin ramai rakyat mengetahui maklumat sebenarnya kerana makin sedar.

"Mereka makin gagal guna otak untuk berhujah maka mereka terpaksa bergantung guna otot pula. Umno membawa politik negara menjadi politik rimba," katanya.

Lokasi ceramah kini diubah ke hadapan pejabat PKR di pekan Rantau.

Ceramah malam ini akan dihadiri oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani dan Badrul sendiri. -mk

http://greenboc.blogspot.com/2012/03/pkr-rembau-kecewa-polis-ambil-sikap.html

Tiada ulasan: