pemuda cheh |
- Listing FGV dan kebajikan serta masa depan FELDA
- Kemelut Kedah: Biduk lalu kiambang bertaut
- Azizan Dimasukkan Ke Hospital
Listing FGV dan kebajikan serta masa depan FELDA Posted: 08 Mar 2012 05:30 AM PST Biar semua orang terutama warga Felda memikirkan perkara ini. Bila Isa Samad berkata bahawa Felda akan mengujudkan suatu SPV- Special Purpose Vehicle, untuk membawa FGV listing- ia membawa pelbagai makna. (1) penyenaraian ini sebermula lagi tidak meletakkan kepentingan peneroka di peringkat tertinggi. (2) peneroka is non significant- boleh lutu dan boleh keluar jika tidak setuju. (3) tujuan penyenaraian ialah hanya untuk membuat duit daripada penyenaraian tersebut (4) duit akan di buat oleh penggerak penyenaraian, penasihat dan pihak kerajaan. Bahagian besar dari untung IPO ini akan di agihkan kepada PM manakala bahagian yang lebih kecik akan di berikan kepada Felda. Isa Samad ada kuasa- maka boleh lah dia bercakap dengan angkuh. Apa jadi jika KPF- Koperasi Permodalan Felda (KPF) cadang untuk ujudkan suatu SPV untuk menyenaraikan diri nya? Kenapa tidak? Ia pemilik saham majority dalam Felda Holdings. Ia mewakili peneroka secara lansung. Ia mempunya standing untuk mewakili warga Felda dengan lebih mantap dari FGV. Bagaimana ianya di lakukan? Ini di lakukan dengan membeli FGV( tentu murah kerana FGV tidak ada asset dan saham nya dalam F Holdings boleh di beli dengan murah. Ia nya mudah di lakukan- nilaikan asset pada book value tentu murah. Malah ini pun cara yang di lakukan oleh FGV. Value assets dalam F Holdings pada harga yang murah supaya kadar pajakan murah. KPF buys out FGV dan pergi listing. Apa macam? Adakah cadangan nya akan dapat liputan dan perakuan dari kerajaan dan the corporate vultures? Tapi KPF tidak ada jurucakap yang ada kuasa seperti Isa Samad. Jika ada, mungkin tidak cocky macam Isa Samad. Selepas listing apa jadi? Felda dapat bahagian untung dari listing. Bahagian yang kecil kerana bahagian yang besar di janjikan oleh Dato Sabri kepada PM untuk kegunaan Pejabat PM. Bila Felda dapat bahagian nya, apa dia kena buat? Dia kena( 1) bayar hutang dengan EPF sebanyak RM 3 bilion. ( 2) ambil sebahagian untuk membayar durian runtuh kepada peneroka dan warga Felda. (3) mengunakan yang selebihnya untuk mengurus Felda dan membiayai kerja kebajikan nya. Selepas melangsaikan obligasi ini, berapa yang tinggal dalam tangan Felda? Tahun depan bila tak cukup duit, macam mana? Felda tak boleh ambil sesuka hati dari FGV sebab pnegurusan FGV beranggpan belanja yang Felda buat keatas peneroka dan warga felda sekarang sudah pun terlalu tinggi. Not good for business kata mereka. Felda jangan harap lah mendapat bajet yang besar dari FGV. Peneroka dan warga jangan harap kehidupan mereka seperti dalam zaman gembira seperti dulu. Kenapa? Sebab, kemampuan Felda melakukan kerja2 sosial datang dari asset2 dalam Felda Holdings. Semua ini akan di pajak kepada FGV pada kadar pajakan yang kita tidak tahu (2) kadar pajakan hanya boleh di kaji semula setiap 20 tahun( bangang punya terma) dan (3) Felda hilang direct control keatas asset nya. Felda tidak boleh lagi melakukan apa yang lazim mereka lakukan selama ini- yakni bersikap pemurah kepada peneroka. Felda akan jadi suatu jabatan keraaan yang mempunyai bajet yang kecil dan tidak boleh melakukan kerja kebajikan pada tahap yang lazim. Jika kerajaan terpaksa menampung kerja2 lazim yang di lakukan oleh Felda, ternyata perbuatan itu adalah bodoh kerana ia nya berpunca dari kebodohan keraja menyetujui asset2 felda di serahkan kepada FGV yang di miliki oleh pemegang saham awam. Najib telah memintaa maaf- dan saya telah menyifatkan permohonan maaf tersebut gimik politik Najib. Kalau Najib mahu mohon maaf, dia sudah membetulkan kemunkaran yang berlaku semenjak jadi PM. PM ialah jawatan yang boleh menentukan hidup dan mati insan di Malaysia ini. Apabila semua nampak nya gagal, mohon maaf supaya menampakkan diri sebagai rendah diri. Memohon maaf adalah perbuatan yang terpuji tapi dalam konteks ini, Najib menjadi PM sejak 2009 tidak membetulkan keadaan malah kelihatan membiarkan pula kebejatan dan kemungkaran berlanjutan. Jadi apa signifikens nya mohon maaf jika maaf tersebut tidak di sokong oleh perbuatan? Jadi janganlah kita emosional dan meletakkan permohonan maaf Najib pada premium yang terlalu tinggi. Saya menyelit kisah Najib mohon maaf disini, kerana perbuatan ini tidak lansung di sepakati dan di hayati oleh pimpinan UMNO yang lain. Isa Samad, seorang pemimpin UMNO yang menjadi MB Negeri Sembilan untuk suatu tempoh yang lama dan boleh di katakan penyebab banyak kelemahan dan keburukan terjadi dalam negeri tersebut, terbawa bawa sikap sombong nya dalam isiu FGV ini. sikap- 'saya MB, kau siapa' di bawa2 dalam kapasiti nya sebagai pengerusi Felda- menjadi aku pengerusi, ikut suka aku lah. Jika kamu tidak mahu listing, saya buat apa saya suka. Siapa gerenti? Najib boleh gerenti. Nanti aku lutu kepala kamu. Boleh kah Najib memohon maaf diatas kebodohan dan keangkuhan orang lain? Penyenraian FGV sebetulnya tidak ada kena mengena dengan kebajikan peneroka, sebalik nya, ianya suatu lagi langkah untuk meningkatkan kebajikan sekumpulan orang dengan membenarkan segelintir ini buat wang yang banyak. Masa depan Felda tidak di fikirkan dengan mendalam. Apabila temph masa bulan madu pasca penyenaraian tamat, dan FGV beroperasi sebagai sebuah bisnes unit, dan Felda hilang 2 hingga 2.5 bilion dari bajet nya, bagaimana mereka menjaga kebajikan peneroka dan warga Felda? Oh- bukankah kerajaan gerenti. Tentulah kerajaan akan mengimbangi pengurangan bajet tersebut dengan mengeluarkan belanja. Soalan saya- mengapa kerajaan kena keluar belanja setiap tahun bila penyebab pengeluaran belanja adalah kebodohan menyenarai dan meletakkan sumber bajet felda dalam tangan FGV? Jika FGV sebuah syarikat yang beroperasi dalam stock market nanti, kenapa mereka mesti memperdulikan tangung jawab social yang di lakukan oleh Felda sebelum nya? Ada penggerak penyenaraian dan pimpinan UMNO/BN memikir mengenai perkara ini? | ||
Kemelut Kedah: Biduk lalu kiambang bertaut Posted: 08 Mar 2012 03:29 AM PST 1. Saya merakamkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT di atas penyelesaian yang telah berlaku di Kedah setelah melalui kemelut dalam isu perlantikan exco baru-baru ini. Kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini enggan menerima jawatan mereka saya kira merupakan satu titik noktah terhadap krisis yang melanda PAS Kedah ini. 2. Saya minta kepada semua pendokong perjuangan Islam agar dapat bangun pada malam ini untuk menunaikan qiyamullail dan mendirikan solat tanda syukur kepada Allah SWT terhadap penyelesaian yang sungguh bermakna ini. 3. Kemelut ini saya kira sungguh istimewa, yang biasa didengar khususnya berlaku dalam kelompok sekular ialah pihak-pihak bertelagah kerana inginkan jawatan, tapi di Kedah, kemelut berlaku apabila ada pihak yang menolak jawatan. Di dalam silibus pengajian sekular, jawatan ialah lubuk untuk mencari kekayaan, membina empayar perniagaan dan pengaruh, justeru mana mungkin ia boleh ditolak begitu sahaja. Bahkan jika terbukti melakukan penyelwengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan! 4. Saya simpati terhadap 'tupai-tupai' yang melompat keseronokan ketika kemelut ini berputik kerana mereka menjangka akan dapat 'menikmati buahnya'. Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan. 5. Alhamdulillah, inilah kaedah PAS melakukan penyelesaian. Krisis boleh ditangani dengan pertemuan dan mendengar luahan semua pihak. Di Kelantan, pernah beraku krisis melibatkan pertembungan antara Menteri Besar dan wakil rakyat kerajaan iaitu pada tahun 1978, jalan yang diambil bukannya perbincangan dan pertemuan, tetapi MAGERAN yang menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada masa itu. Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular! HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. | ||
Posted: 07 Mar 2012 06:16 PM PST Kedamaian di Kedah sedikit tergugat apabila berlaku kekecohan di negeri ini walaupun Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya menjalani pemeriksaan rutin perubatan di hospital di sini. Timbul spekulasi bahawa pesuruhjaya PAS negeri yang berusia 72 tahun dan mempunyai masalah kesihatan ini, mengalami serangan jantung tetapi ia ternyata tidak benar kerana dia beliau hanya pergi untuk pemeriksaan mata. Setiausaha Akhbar Azizan, Mohd Helmi Khalid berkata Azizan pergi mendapatkan rawatan mata susulan di Hospital Sultan Bahiyah berikutan pembedahan katarak beberapa tahun yang lalu. Beliau berkata, Azizan telah dimasukkan ke hospital pada hari Isnin dan akan dibenarkan keluar, Khamis. "Beliau dijangka akan pulang ke pejabat pada hari yang sama," katanya. Antara mereka yang melawat Azizan ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Pengarah Pilihan Raya, Dr Mohd Hatta Ramli, pemimpin-pemimpin parti negeri dan beberapa ahli majlis eksekutif negeri. Pengerusi Jawatankuasa Maklumat Kedah Abdul Ghani Ahmad berkata, Azizan telah pergi ke hospital pada hari Sabtu tetapi tidak mahu ditahan kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat untuk menyelesaikan isu pemberontak 'PAS Kedah di Sri Mentaloon, kediaman rasminya. Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat Datuk Mahfuz Omar, berkata pemeriksaan mata Azizan telah lama dijadualkan, sambil menambah suara Azizan kedengaran "kuat dan sihat" apabila dia bercakap dengan beliau, Rabu. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan