Sabtu, 31 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bantahan "Penyenaraian FGFV", Wakil Peneroka Berjaya Hantar Memorandum Ke Pejabat Najib !!

Posted: 31 Mar 2012 12:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Seramai hampir 200 orang wakil peneroka dari seluruh negara telah berhimpun di dataran perkarangan Masjid Putrajaya, petang semalam bagi menyatakan bantahan terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia Jun ini. Program anjuran Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN itu adalah bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak. Turut bersama dalam program terbabit ialah beberapa buah NGO yang terdiri daripada Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Angkatan Muda Keadilan (AMK), Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan lain-lainnya telah berkumpul di dataran bekenaan selepas sahaja solat Jumaat. Himpunan dimulakan dengan sessi ucapan oleh beberapa orang pemimpin termasuk oleh Rabidin Kasmawi (Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Keadilan Pahang) dan kemudiannya Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang). Man Kadir@Pak Jabit "Hantu Mak Limah Balik Rumah" bertindak sebagai Pengacara Majlis. Beliau dilihat begitu lantang dan bersemangat ketika membuat ucapan ketika itu. Semasa Razali berucap, satu lagi kumpulan lagi tiba untuk bersama-sama bergerak ke Pejabat Jabatan Perdana Menteri yang terletak berhampiran. Kumpulan terbabit yang turut disertai oleh Mazlan Aliman (Presiden ANAK), Datuk A.Samad Said (Sasterawan Negara), Samsul Iskandar Md Akin (Ketua AMK), Fariz Musa (Ketua Jingga 13), Siti Aishah Ismail (Ketua Srikandi) dan ramai lagi. Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian. Mereka juga melaungkan melaungkan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka". Bagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan Aliman, Suhaimi Said dan Pengerusi Jingga 13 Fariz Musa. "Kita dah beri penerangan pada (wakil pejabat Najib) S Azhar. Kita juga minta perdana menteri meluangkan masa untuk bertemu dan bersemuka dengan kita untuk nyatakan tuntutan daripada peneroka," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum di Putrajaya hari ini. Selain itu, Mazlan sekali lagi mengulangi desakannya supaya perdana menteri agar membatalkan penyenaraian Felda kerana ia merupakan kepentingan orang Melayu.







Jom Temui Zunar Di Teluk Chempedak Malam Ini

Posted: 31 Mar 2012 12:21 AM PDT

KUANTAN, 31 Mac - Kartunis politik terkenal tanahair, Zulkifli Anwar Ul Haque atau lebih popular dengan panggilan Zunar (foto) khabarnya akan mengadakan program "Kartunis Menentang Lynas" di Pantai Teluk Chempedak dekat sini malam nanti. Justeru orang ramai yang berkesempatan bolehlah hadir untuk memberi sokongan kepada program ini. Sementara itu, sekitar jam 3.00 hingga 5.00 petang tadi, beliau turut mengadakan program berkenaan di Balok. Turut hadir bersama beliau ialah beberapa orang kartunis lain. Sokongan semua amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan lagi program pada malam nanti.

Usedcar Kuantan: Toyota Caldina Untuk Di Jual !

Posted: 30 Mar 2012 01:49 AM PDT



Panas: Mati Pucuk 6 Tahun Pulih Dengan Evo 7 !!

Posted: 27 Mar 2012 11:47 PM PDT


Sila klik DI SINI untuk tempahan produk EVO7 dengan segera sekarang

Panas: Mati Pucuk 6 Tahun Pulih Dengan Evo 7 !!

Posted: 27 Mar 2012 11:47 AM PDT


Sila klik DI SINI untuk tempahan produk EVO7 dengan segera sekarang

Tiada ulasan: