Jumaat, 30 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: SPR Akan Di Panggil Berikan Penjelasan !

Posted: 30 Mar 2012 07:02 AM PDT

Panas: Mangsa Rare Earth ARE Bukit Merah Perak Meninggal Dunia, Siapakah Harus Di Persalahkan

Posted: 30 Mar 2012 06:41 AM PDT

IPOH, 30 Mac - Tatkala isu kilang pemprosesan nadir bumi Lynas hangat diperbincangkan, Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam tadi. Tubuh Cheah didapati menggeletar kerana sakit sejak dua hari lalu, dan dihantar ke hospital untuk rawatan, lapor MerdekaReview. Cheah Kok Leong ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982. Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth, dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983 dalam keadaan terencat akal. Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat telah mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview ketika dihubungi. Lai Kwan kini berusia 70 tahun. Beliau mempunyai lapan orang anak. Kebetulan cucunya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada awal bulan ini, kini pula berdepan dengan kematian anaknya, Cheah Kok Leong. Lai Kwan yang merana kemiskinan hanya menerima bantuan dana RM150 setiap bulan dari PARC. Beliau menyara hidup keluarganya, dan berjaya membesarkan anaknya Cheah Kok Leong. Sebelum ini, pengarah filem independen, Tan Chui Mui telah menerbitkan sebuah filem berjudul Lai Kwan's Love, dan dimuatkan ke dalam Youtube. 【Baca: Pengarah filem enggan lagi menjadi rakan subahat kepada kerajaan]. Oleh sebab tidak mampu membuktikan secara saintifik bagaimana radioaktif memberi kesan langsung kepada anak kandungnya, Lai Kwan tidak dapat menuduh kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth yang menyebabkan anaknya terencat akal. Malah sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992, Asian Rare Earth juga menafikan pembebasan radiasi yang mengancam keselamatan penduduk tempatan, dengan hujah "tiada bukti saintifik". Pakar radiasi Kanada, Rosalie Bertell ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Ipoh memetik laporan Asian Rare Earth, bahawa produk sampingan kilangnya mengandungi Plumbun, Thorium dan Thorium Hydroxide yang beradiasi, bakal menjejaskan sel manusia, sehingga sel kehilangan fungsi pembiakan. Rosalie Bertell menambah, orang dewasa pada umumnya tidak merasai kesan radiasi, kerana ia memerlukan masa untuk memperlihatkan kesannya. Tetapi, seandainya ovum disenyawakan sperma, kesan radiasi akan diperlihatkan dalam masa yang singkat. Wanita hamil yang menerima kesan radiasi akan melahirkan anak yang cacat, jelas Rosalie. HRKH



[Berita ini sungguh mengejutkan dan pasti menyebabkan prnyokong Lynas terutamanya puak-puak UMNO BN bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula, kini kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan sedang mula beroperasi. Apa yang pasti kini terbukti bahawa rare earth sememangnya mempunyai risiko yang cukup bahaya kepada rakyat terutamanya penduduk setempat. Kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN terutamanya PM Najib Razak dan MB Adnan Yaakob selama ini jelas telah menyebabkan sorang demi sorang rakyat yang menjadi mangsa terkorban akhirnya. Justeru apakah lagi bukti sanitifik yang dimahukan oleh PM agaknya. Kini sudah jelas projek itu mendatangkan risiko kepada rakyat. Malah, kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek juga telah mengeluarkan kenyataan bersyarat hanya akan menyokong Lynas jika ia tidak memudaratkan kesihatan dan sisa buangannya dibuang ke luar dari negara ini. Maknanya MCA secara dasarnya sudah mula menyokong dan ia jelas membuktikan tuduhan UMNO kononnya hanya Cina DAP dan PKR yang beriya-iya dalam isu Lynas adalah satu tuduhan liar sama sekali. PDO mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terbabit. Rakyat Kuantan perlu sedar dengan apa yang berlaku ini. Lakukan perubahan pada PRU-13 nanti ini hendaknya!].

Tiada ulasan: