Rabu, 28 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Datuk Nalakarupan Dakwa Anwar Ibrahim Mempunyai Hubungan Sulit Dengan Isteri Azmin!

Posted: 28 Mar 2012 04:30 AM PDT



Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Senator Datuk Nallakaruppan bertegas tidak akan mengubah pendiriannya dalam membuat pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa merupakan seorang Biseksual. Beliau berkata tindakan penyokong Anwar yang telah membuat ugutan terhadapnya agar menghentikan segala tuduhan-tuduhan beliau langsung tidak akan dipedulikan malah telahpun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis. Beliau Juga berkata Anwar ada hubungan dengan isteri Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa Azmin Ali, iaitu Shamsidar Taharin.

Terbongkar: "MB Tipu Rakyat", Laporan Tahunan Membuktikan Lynas Memang Ada Banyak Risiko !!

Posted: 28 Mar 2012 01:13 AM PDT

KUANTAN, 28 Mac - Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi nampaknya UMNO Barisan Nasional Pahang bakal berhadapan dengan satu lagi masalah besar terutamanya dalam menghadapi bantahan rakyat terhadap isu Lynas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Semakin hari rakyat semakin jemu dan muak dengan kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh kerajaan terutamanya Menteri Besar Pahang sendiri Dato' Sri Adnan Yaakob (foto). Rakyat mula hilang keyakinan untuk terus mempunyai ketua negeri seperti Adnan kerana beliau ternyata tidak mahu bercakap benar dan cuba menyembunyikan sesuatu dalam isu yang panas seperti ini. Baru-baru ini MB mengatakan kononnya pasaran hartanah di kawasan Gebeng, Balok, Beserah serta sekitarnya tidak terjejas sedangkan rakyat dan penduduk kawasan sekitar mendapati sebaliknya. Mereka terlalu sukar untuk menjual hartanah masing-masing akibat tiada pembeli. Malah ada sesetengan syarikat pemaju perumahan yang hampir gulungg tikar akibat masalah yang sama. Namun, Adnan sanggup bercakap sebaliknya semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Beliau berkata demikian ketika melancarkan majlis pecah tanah RD Prima Suites yang dipunyai oleh Rangkaian Delima iaitu syarikat yang ada hubungan rapat dengan UMNO Pahang sebenarnya. Adnan boleh berkata demikian kerana projek terbabit di bandar Kuantan. Kenapa RD Prima Suites tidak dibina di kawasan sekitar Balok, Beserah, Gebeng dan sebagainya, jika benar Adnan merasakan Lynas tidak memperi kesan kepada pembangunan hartanah di kawasan terbabit?. Inilah yang menghairankan kita, kenapa perlu dibina lagi di tengah bandar sedangkan sudah banyak pembangunan sedemikian sedia ada dan sedang dimajukan. Kenapa tidak berani membina projek UMNO di kawasan sekitar Gebeng?.

Laporan Tahunan Buktikan Lynas Banyak Risiko

Mungkin sudah suratan takdir agaknya. Jika sebelum ini MB Pahang banyak mengatakan projek Lynas itu tidak bahaya dan boleh menjejaskan kesihatan rakyat, namun kini satu dokumen sulit telah berjaya di dedah kepada umum. Dokumen "Laporan Tahunan Lynas" yang berakhir 31 Disember 2011 itu telah didedahkan oleh blog salah seorang pejuang anti Lynas tahirnisa (foto) atas tajuk "Lynas Tidak Akan Menipu Pemegang Saham Mereka". Menurut blog terbabit "Dalam penyata kewangan Lynas untuk pertengahan kedua tahun 2011, dinyatakan dengan jelas bahawa Lynas mengalami kerugian hampir AUD39 juta dan kerugian ini makin lama makin meningkat kerana setakat ini Lynas tidak mempunyai sebarang perniagaan lain selain dari perlombongan dan pemprosesan nadir bumi. Bagi sebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham sesebuah negara, untuk mempunyai hanya satu perniagaan, adalah amat berisiko tinggi kerana sekiranya perniagaan yang mereka terajui ini gagal, maka keseluruhan perniagaan mereka akan gagal. Mereka tidak mempunyai perniagaan sokongan untuk memberi imbangan kepada pendapatan syarikat". Sementara itu, pada perengan terakhir pendedahan tersebut, blog terbabit turut menyatakaan dengan jelas "Pada "Cleansing Document" bertarikh 28hb Februari 2012, item bernombor 3 berkenaan "Risk Factor" tertulis dengan jelas semua risiko yang kemungkinan boleh terjadi terhadap LAMP dan perniagaan Lynas. Tertulis bahawa tembok konkrit empangan yang kemungkinan retak dan runtuh juga disenaraikan sebagai risiko yang berkemungkinan terjadi. Bacalah dengan lengkap dokumen tersebut dan anda sebagai rakyat Malaysia akan faham bahawa kata-kata Lynas dan kerajaan BN bahawa LAMP ini tidak merbahaya dan tidak mempunyai risiko hanyalah pembohongan yang nyata. Lynas mampu menipu kita tetapi mereka tidak boleh menipu pemegang saham mereka justeru semua risiko terpaksa disenaraikan dengan terperinci lagi".



Untuk Dokumen Lanjut yang lebih jelas, sila klik di SINI

[Dengan pendedahan terbaru ini, maka ia jelas membuktikan apa yang diperjuangkan oleh rakyat itu adalah dipihak yang benar sebenarnya. Soalnya kenapa mereka masih mahu "menegakkan benang yang basah"?. Sedangkan laporan tahunan ini jelas membuktikan memang projek Lynas mempunyai risiko pada masa akan datang. Makanya, jika ia mempunyai risiko untuk rakyat, tidak sepatutnya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang menerima projek itu. Semua ini bukan lagi fitnah dan omongan kosong semata-mata, namun ia berdasarkan dokumen yang sah yang dikeluarkan oleh Lynas untuk para pemegang saham mereka. Lynas tidak mungkin akan menipu pemegang saham kerana mereka pasti mahu keuntungan di masa akan datang. Justeru, siapakah yang menipu rakyat dalam hal ini?. Tidak timbul soal orang Cina menentang, buat cerita rekaaan atau sebagainya. Kini terserlah bahawa merekalah yang mencipta berbagai alasan untuk membenarkan projek tersebut diteruskan. Apakah ada diantara pemimpin UMNO BN itu sendiri kini menjadi pemegang saham Lynas atau mendapat "cukai 12 tahun" dari Lynas itu agaknya. Jika tidak, kenapa mereka beriya-iya benar mahukan projek itu diteruskan?. Kini rakyat berhak menolak Lynas dalam apa jua cara sekalipun. Mereka sebenarnya sudah mendapat "habuan" masing-masing, lantaran itu terdesak untuk "meneruskan projek" berkenaan biar pun tahu risikonya].

Iklaneka: 'Coway' Makin Popular, Orang Ramai Di Pelawa Guna Produk Ini Untuk Kesihatan Mereka

Posted: 27 Mar 2012 11:47 PM PDT

Orang ramai yang sudah bosan dengan masalah saluran air paip yang kotor dan berklorin, dipelawa menggunakan produk Water Purifier (penulen air) jenama Coway yang sedang hangat dipasaran sekarang. Coway dikeluarkan oleh Woongjin Coway (M) Sdn Bhd kini menjadi antara penapis air yang popular di negara kita. Ramai pengguna produk ini yang berpuas hati dan yakin dengan kualiti Coway. Dengan harga yang menjimatkan dan sistem pembayaran yang fleksibel kini semua rakyat Malaysia boleh menggunakannya. Coway menawarkan tiga cara pembayaran iaitu sistem sewa beli (sewa beli), belian terus (beli terus) dan ansuran (installment). Coway kini semakin digemari kerana dengan hanya RM70 ke atas, anda akan menikmati khidmat percuma setiap dua bulan (selama 5 tahun); tiada caj pemasangan; pemeriksaan produk dan khidmat penukaran penapis yang percuma secara berkala; khimat selepas jualan yang percuma untuk semua alat ganti dan penukaran hak milik selepas 5 tahun. Mekanisme rawatan air Coway menggunakan teknologi Reverse Osmosis (RO) ataupun hyperfiltration , dimana kandungan air ditapis sehingga 0.0001 mikron atau dengan kata lain, antara air minuman paling tulen, bersih dan pure yang ada di pasaran. Pihak Coway juga menyedari akan sensitiviti masyarakat di negara ini yang majoritinya beragama Islam yang mahukan produk yang halal digunakan, justeru Coway diiktiraf dan memperoleh sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam produk-produknya. Menurut salah seorang agen Coway, Alex berkata ramai orang mempunyai water filter, tetapi ramai tidak servis dan tukar water filter. "Mungkin mereka lupa atau tidak tahu bagaimana?. Ada juga yang akan mengatakan, saya selalu servis water filter saya, tapi mula mula rajin. Lama lama tak buat. Dengan COWAY, servis adalah percuma. CODY (Coway Lady) akan datang ke rumah anda secara berkala. Kini hidup lebih senang dan selesa. Kita mempunyai banyak tugasan lain yang perlu diuruskan. Biar CODY bertanggungjawab ke atas servis water filter kita. Inilah kehebatannya Coway", kata Alex.


Keratan akhbar Harian Metro, bukti isu masalah air tercemar di Kuantan

[Kepada anda yang berminat bolehlah bertukar kepada Coway sekarang juga. Jangan berlengah lagi, kini Coway akan membantu kesihatan anda seisi keluarga dengan hanya RM3.70 sehari. Untuk menikmati produk ini sila hubungi 012 - 474 9119 (Alex). Tawaran khas untuk rakyat Malaysia].

Tiada ulasan: