Pahang Daily Online |
- Rogol, Fatihah Di Dakwa Buat Laporan Palsu Tapi Wajarkah Teman Lelakinya Itu Mahu Di Lepaskan
- Panas: Tanah Milik UMNO Pahang Di Jual Kepada Orang Cina, Terbukti MB Cakap Tak Serupa Bikin !
- Gempar: Mati Pucuk 6 Tahun Pulih Dengan Evo 7 !
- Panas: "Ketua Pemuda PAS" Kesal, Kenyataannya Tentang Yahudi Di Salah Lapor Oleh Sinar Harian
Rogol, Fatihah Di Dakwa Buat Laporan Palsu Tapi Wajarkah Teman Lelakinya Itu Mahu Di Lepaskan Posted: 26 Mar 2012 03:08 AM PDT Apa sudah jadi dengan undang-undang jenayah di Malaysia ini agaknya. Mangsa culik yang dipercayai lari mengikut teman lelakinya, dan kemudian mendakwa dia telah dirogol tiba-tiba mahu disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. Inilah yang bakal terjadi kepada adik Siti Nor Fatihah Mahadi (foto), dari Taman Tas Kuantan. Beliau yang mendakwa dirogol oleh teman lelakinya yang dipercayai seorang anggota polis kini bagai "sudah jatuh ditimpa tangga". Malah, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman memaklumkan selepas menerima laporan, pakar perubatan yang memeriksa keadaan Fatihah mereka mengesahkan tiada kesan atau tanda dia dirogol. Bahkan, pihak polis juga tidak membuat sebarang tindakan ke atas teman lelakinya dan menganggap laporan itu sebagai palsu yang sengaja direka dengan tujuan peribadi. Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan laporan yang hendak dibuat terutama melibatkan penipuan kerana pihak berkuasa tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan itu. Apa yang menarik untuk diperkatakan di sini, benarkah Fatihah membuat laporan palsu atas apa yang terjadi ke atas dirinya (dirogol) dan kenapa begitu cepat pihak polis memaklumkan kepada media bahawa dia tidak dirogol dan dia membuat laporan tersebut untuk tujuan peribadi?. Persoalan juga timbul, kenapa pihak polis tidak mahu mendakwa teman lelaki beliau atas kesalahan menculik?. Jika pun mereka "suka sama suka", bukankah Fatihah adalah "di bawah umur" dan ia menjadi kesalahan kepada teman lelakinya kerana membawa lari remaja berkenaan. Dalam apa jua cara sekali pun, teman lelaki pasti bersalah kerana melarikan Fatihah. Malah, dalam mana-mana kes rogol yang berlaku di negara kita tidak timbul soal "suka sama suka", pihak lelaki pasti akan disabit dengan kesalahan merogol walau pun mengaku ia dengan kerelaan hati pasangannya. Wajarkah "Teman Lelaki" Fatihah Tidak Di Siasat? Soalnya sekarang kenapa dalam kes Fatihah, teman lelakinya tidak mahu disiasat dan didakwa atas tuduhan melarikan "budak di bawah umur"?. Adakah kerana dia seorang "anggota polis"?. Bayangkan jika kes ini melibatkan orang awam biasa. Pasti polis akan membuat siasatan rapi kenapa teman lelaki remaja terbabit melarikan beliau. Malah, pertuduhan mahkamah boleh dibuat atas kesalahan berkenaan. Kini, satu lagi masalah besar menanti Fatihah. Sudahlah teman lelakinya tidak disiasat polis, kini dia pula berhadapan dengan tuduhan membuat laporan palsu kononnya dia dirogol. Benar, beliau melarikan diri dari rumahnya di Taman Tas pada 19 Mac, namun harus diingat dia ditemui dirumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan pada 22 Mac. Maknanya dia hilang dalam tempoh 48 jam dan dibawa lari oleh seorang anggota polis. Soalnya, wajarkah teman lelakinya membawa lari remaja terbabit (Fatihah)?. Sebagai seorang anggota polis dia tidak sepatutnya bertindak demikian. Sebelum dijumpai di Merchong, ke mana dia membawa remaja terbabit?. Inilah yang menjadi kemusykilan dan pihak polis sepatutnya menyiasat serta mengambil tindakan terhadap teman lelaki beliau. Namun, mungkin dek kerana dia seorang anggota polis maka nama jabatan itu terpaksa dipelihara. Malah, tidak wajar pihak polis terus mendakwa Fatihah membuat laporan palsu sedangkan kes itu belum pun dibawa ke mahkamah. Apakah kita boleh menerima kenyataan polis semudah itu? sedangkan banyak kes yang berlaku sebelum ini amat mencurigakan kita. Amat ditakuti, ada unsur-unsur "tutup kes" dalam kejadian ini kerana ia melibatkan penjawat awam yang berstatus "anggota polis". Keluarga Fatihah perlu membawa kes ini ke mahkamah untuk memberi keadilan kepada anaknya. Jika tidak, kita gusar Fatihah akan didapati bersalah membuat laporan palsu atas kejadian yang menimpa dirinya. Biarlah mahkamah yang memutuskan kes ini. Malah, ada yang sangsi bila Fatihah dengan pengakuan Fatihah pada 22 Mac lalu, bila mengaku dia tidak diculik, tetapi dengan rela hati melarikan diri ke rumah teman lelakinya. [Apa yang menarik untuk diperkatakan juga ialah jika Fatihah mahu didakwa membuat laporan palsu dia dirogol dan pihak polis pula menggunakan laporan perubatan hospital sebagai bukti dia tidak dirogol maka apa bezanya dengan kes Saiful Bukhari Azlan dulu. Bukankah, Anwar didapati tidak bersalah atas pertuduhan itu dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal Januari lalu maka ini bermakna Saiful telah membuat laporan palsu dia diliwat. Maknanya pihak polis juga perlu mendakwa Saiful mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang sama. Soalnya, kenapa pihak polis melepaskan Saiful begitu sahaja tanpa pendakwaan membuat laporan palsu?. Saiful wajar disiasat kerana membuat cerita palsu atas apa yang berlaku ke atas dirinya. Keduanya, jika polis merujuk laporan perubatan kes Fatihah untuk mendakwa dia membuat laporan palsu, maka kenapa ketika Saiful membuat laporan diliwat Anwar dulu pihak polis tidak merujuk laporan perubatan Hospital Pusrawi yang mengesahkan dia tidak diliwat?. Inilah yang memusykilkan kita sekarang. Nampaknya ada dua undang-undang yang berbeza terhadap kes yang sama. Oleh itu, difikirkanlah apa akan berlaku jika teman lelaki Fatihah itu adalah orang awam?. Sudah pasti dia akan disiasat dan didakwa dibawah pertuduhan melarikan "remaja di bawah umur". Maka, sama-samalah kita fikirkannya]. |
Panas: Tanah Milik UMNO Pahang Di Jual Kepada Orang Cina, Terbukti MB Cakap Tak Serupa Bikin ! Posted: 26 Mar 2012 12:29 AM PDT KUANTAN, 26 Mac - Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, yang dipimpin oleh Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa bertanggungjawab terhadap banyak tanah-tanah milik UMNO dan Kerajaan Negeri Pahang yang kini sudah terlepas ke tangan asing. Terdapat banyak laporan yang diterima berkenaan dengan isu ini. Malah, difahamkan begitu banyak tanah-tanah dan ladang sawit milik anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang kini sudah terlepas ke tangan asing terutamanya tokey-tokey besar dari Singapura. PDO akan mendedahkan maklumat ini setelah segala dokumen yang berkaitan diterima dalam masa terdekat. Ianya bagi membuktikan kepada rakyat Pahang bahawa UMNO adalah parti yang telah mengadaikan segala hasil mahsul dan khazanah negeri ini. Namun, dalam masa yang sama mereka mengaku berjuang untuk membela rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Walhal, dalam masa yang sama merekalah yang telah menjual segalanya kepada orang asing dan bukan Melayu. Terdapat banyak bukti dan dakwaan kes ini berlaku terutamanya yang melibatkan tanah, ladang sawit, lombong bijih besi, pasir dan balak. Dalam masa mereka menyerang kaum Tionghua (Cina) dalam isu Lynas, mereka juga banyak berpakat dan berurusan dengan tokey-tokey besar berbangsa Cina sebenarnya. Inilah yang berlaku dan tidak disedari oleh ahli-ahli UMNO akar umbi. Namun, bagi mereka yang sudah biasa dengan permainan politik UMNO ini memang mereka tahu apa yang berlaku sebenarnya. Malah lebih mengejutkan, banyak anak-anak syarikat kerajaan yang kini sudah dimiliki oleh bukan Melayu (terjual). Semuanya gara-gara tindakan pemimpin UMNO yang jelas "bercakap tidak serupa bikin". Terbaru kami berjaya mendapat maklumat panas berkenaan tindakan UMNO Pahang menjual tanah milik mereka kepada bukan Melayu. Tanah Lot PT 91837, HS(M) Kekal, seluas 833 meter persegi di Jalan Tengku Muhammad itu dipercayai telah dipindahmilik kepada An Bong Dee (bukan Melayu) dengan harga RM950,000. Urusan pindahmilik dipercayai telah pun dibuat pada 20 Jun 2011 yang lalu. Bukti, tanah milik UMNO yang dipindah milik kepada bukan Melayu [Isu UMNO jual tanah kepada bukan Melayu ini bukanlah perkara asing bagi rakyat Pahang. Mereka sebenarnya sudah muak dan jemu dengan perangai pemimpin atasan yang cakap tak serupa bikin. Malah, lebih mengecewakan ialah bila rakyat mahu jual tanah atau rumah kepada bukan Melayu MB sanggup bagi tazkirah dan nasihat supaya tidak berbuat demikian. Malah, banyak fail-fail yang sudah bertahun-tahun tidak dapat diproses akibat gagal mendapat tandatangan MB Pahang sendiri. Inilah yang berlaku sebenarnya, akibatnya ramai yang meninggal dunia gara-gara begitu lama menunggu kebenaran tersebut. Anehnya, MB sewenang-wenangnya membenarkan pula UMNO (parti Melayu) jual tanah milik mereka kepada bukan Melayu?. Inilah yang memusykilkan rakyat Pahang sebenarnya. Sudahlah untuk memohon tanah puluhan tahun masih tidak mendapat jawapannya. Kini tanah-tanah sesuka hati mereka jual kepada bukan Melayu, tapi didepan rakyat bercakap kena pertahankan tanah Melayu dan jangan jual kepada orang asing. Inilah dia sikap sebenar pemimpin UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Ubah sekarang demi masa depan generasi akan datang. Jika tidak lingkup negeri ini dibuatnya]. |
Gempar: Mati Pucuk 6 Tahun Pulih Dengan Evo 7 ! Posted: 25 Mar 2012 11:05 PM PDT Sila klik DI SINI untuk tempahan produk EVO7 dengan segera sekarang |
Panas: "Ketua Pemuda PAS" Kesal, Kenyataannya Tentang Yahudi Di Salah Lapor Oleh Sinar Harian Posted: 25 Mar 2012 10:37 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 Mac - Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan kesal kerana akhbar Sinar Harian yang memotong sebahagian kenyataannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pembaca berkaitan dengan Yahudi. "Yang saya maksudkan adalah Yahudi di Israel yang terlibat menyokong rampasan kuasa dan pembunuhan di Palestin, tanpa mengira apa fahaman mereka, haram berurus niaga dengan mereka ini," jelas Nasrudin kepada Harakahdaily. Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depan kenyataan Nasrudin yang telah dibuat beliau 19 Mac lalu dan disiarkan dalam Harakahdaily. Namun, yang dilaporkan Sinar tidak lengkap seolah-olah beliau menyatakan berniaga dengan Yahudi tetap haram walaupun apa fahaman sekalipun. Dalam tulisan asalnya Nasrudin menulis: "Berurus niaga [muamalat] dengan individu Yahudi atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi. "Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis," tulis Nasrudin Hassan Tantawi sebelum ini. sumber [Ramai pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat sebenarnya sungguh terkejut dengan kenyataan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi ini. Masing-masing gusar ia akan diputar belitkan oleh media arus perdana. Nampaknya, apa yang disangka kenyataan Ketua Pemuda PAS itu ternyata telah disalah lapor oleh Sinar Harian. Apakah Ustaz Nasruddin wajar menyaman Sinar Harian akibat laporan yang mengelirukan tersebut?. Inilah yang menimbulkan masalah sekarang kerana Sinar Harian sebenarnya dilihat lebih neutral dalam memaparkan laporan beritanya sekarang ini. Hanya akhbar itu yang boleh diharapkan untuk melaporkan kebenaran tentang apa yang berlaku dalam negara kita sekarang. Justeru, Ketua Pemuda PAS itu perlu segera mengarahkan akbar terbabit memohon maaf secara terbuka atas artikel yang telah dikeluarkan. Kita tidak mahu lebih ramai yang keliru dengan laporan itu dan menyalahkan pemimpin terbabit nanti]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan