Ahad, 25 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Jom Ke Konsert Pak Long Di Tmn Tas Malam Ini !!

Posted: 25 Mar 2012 03:30 AM PDT


Orang ramai disekitar Kuantan dan juga kawasan yang sama waktu dengannya dijemput hadir beramai-ramai ke Konsert Pak Long "Selagi Ada Rindu" Di Markas PAS, Taman Tas Jam 9.00 malam ini. Temui Blogger Cucumatkilau yang akan menjadi DJ@MC untuk program pada malam ini. Harap Maklum

Panas: 'Kekalkan Sharizat', Najib Dan Muhyiddin Gusar Kaitan Mereka Dengan Isu NFC Terbongkar

Posted: 24 Mar 2012 09:36 PM PDT

Ramai yang terkejut bila Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tiba-tiba mengumumkan bahawa Sharizat Jalil dikekalkan jawatannya. Najib yang juga Presiden UMNO berkata, Shahrizat dikekalkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO kerana Shahrizat dipilih oleh anggota-anggota pergerakan itu sebagai ketua. Pada 11 Mac lepas, Shahrizat mengumumkan untuk melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini, namun beliau kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan BN. Isu peletakan jawatan Shahrizat berbangkit apabila suaminya Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) didakwa menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging. Susulan kenyataan Najib ini maka ia telah menimbulkan polimik baru dalam UMNO sekarang. Ramai yang tidak bersetuju Sharizat dikekalkan, dan mereka menganggap beliau akan menjadi liabiliti kepada UMNO BN untuk memenangi hati rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Soalnya, kenapa Najib kekalkan Shahrizat sedangkan beliau tahu bahawa kes tersebut melibatkan suaminya dan sudah tentulah Shahrizat sebagai isteri yang bergelar Menteri dan Ketua Wanita UMNO wajar disabitkan dengan isu itu. Tidak mungkin dia langsung tidak tahu menahu urusan suami dan anak-anaknya seperti yang didakwa. Paling menarik, bila Naib Presiden UMNO Shafie Apdal pula mengatakan keputusan mengekalkan Shahrizat sebagai Ketua Wanita tidak akan memberi ruang kepada pembangkang untuk mengeksploitasikan perpaduan anggota dalam UMNO. Soalnya, benarkah kes Sharizat Jalil ini menunjukkan UMNO itu masih berpadu?.

Naib Ketuanya Sendiri Mahu Sharizat Undur Diri

Bukankah sebelum ini Naib Ketua Wanita UMNO, Kamalia Ibrahim (foto) sendiri mengeluarkan kenyataan yang mahu Sharizat lepaskan jawatannya. Paling melucukan bila PM Najib Razak dalam satu kenyataannya mendakwa Shahrizat telah mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai menteri meskipun beliau belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang tetapi apabila isu membabitkan keluarga beliau maka dia mengambil tanggungjawab cara yang terhormat melepaskan jawatan sebagai menteri. Malah, Najib juga menegaskan keputusan yang dibuat itu adalah antara beliau dengan TPM Muyiddin Yassin. Soalnya sekarang, benarkah Shahrizat letak jawatan?. Sedangkan dia memang sudah tamat kontrak sebagai Senator pada 8 April 2012 ini nanti. Maknanya, kerajaan hanya tidak sambung kontrak beliau, bukannya dia dengan rela hati letak jawatan. Masalahnya, kenapa Najib dan Muhyiddin masih mahu mempertahankan Shahrizat. Tidak kira dia dipilih oleh ahli Wanita sekali pun dan tidak kira dia masih belum didapati bersalah sekali pun, sepatutnya mereka perlu berani mengarahkan Shahrizat lepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO. Tapi kenapa mereka takut membuat keputusan itu?. Masih kita ingat pada 2 September 1998 dulu apabila mantan PM Mahathir memecat Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO?. Bukankah Anwar ketika itu masih belum dijatuhkan hukuman dan didakwa di mahkamah sekalipun. Bahkan Anwar juga dipilih oleh perwakilan UMNO secara sah dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti itu. Kenapa Anwar boleh diarahkan undur diri dan dipecat?. Kenapa tidak kepada Shahrizat?. Ini menimbulkan kontroversi sebenarnya. Tambahan pula terdapat dakwaan, Shahrizat akan membongkarkan rahsia penglibatan Najib dan Muhyiddin (ketika itu Menteri Pertanian) dalam kelulusan projek tersebut. Maknanya, wang RM250 juta tidak mungkin diluluskan tanpa izin menteri berkenaan dan Perdana Menteri sendiri. Maka itulah, Shahrizat mencabar Najib dan Muhyiddin pecat beliau jika tidak mahu semua ini didedahkan. Lantaran itu jugalah, akhirnya Najib terpaksa umumkan Sharizat tetap akan dikekalkan sebagai Ketua Wanita UMNO walau apa jua situasi yang melanda. Najib persetankan, kenyataan mantan PM Mahathir Mohamad serta lain-lain pemimpin yang mahu Sharizat Jalil direhatkan.

[Apa yang jelas kes NFC ini akhirnya akan memenangkan Sharizat dan suaminya. Tindakan membawa kes itu beberapa hari menjelang persidangan Dewan Rakyat juga adalah satu strategi agar ia tidak dibincangkan di parlimen. Jawapan mudah, jika ia dibincangkan maka takut akan menganggu mahkamah kerana kes itu sudah dibawa ke sana. Akhirnya banyak rahsia besar tidak boleh dibongkarkan gara-gara tindakan licik pihak-pihak terbabit. Mengekalkan Sharizat bermakna UMNO sebuah parti yang tidak bermaruah. Kes yang sudah terang lagi bersuluh, andai tidak dibawa ke mahkamah sekali pun rakyat boileh menghakiminya. Apapun, moga dengan mengekalkan Shahrizat ini ia akan memudahkan Pakatan Rakyat merobek keegoaan UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang hendaknya. Ubah sekarang!].

Panas: Senator Ezam Mohamad Nor Pula Dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengamal Homoseks!

Posted: 24 Mar 2012 08:37 AM PDT



Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Mohamad Ezam Mohd Nor Berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Adalah Pengamal Homoseks Bedasarkan Penghakiman Mahkamah pada tahun 2004 yang sehingga hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyatakan pendirian beliau bahawa Beliau bukan pengamal homoseks. Soalnya sekarang, apakah rakyat boleh percaya dengan pendedahan terbaru ini sesudah semua yang dibongkarkan oleh Ezam dan rakan-rakannya tidak menjadi kenyataan bahkan sekadar dianggap fitnah oleh rakyat Malaysia yang melihat semua ini. Sama-samalah fikirkan semua ini.

Lynas: Fuziah Kesal, MCA Kenakan Surat Tunjuk Sebab Kepada "Ketua Pemuda Indera Mahkota" !

Posted: 24 Mar 2012 08:03 AM PDT

KUANTAN, 24 Mac - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) hari ini menyatakan kekesalan beliau terhadap tindakan Komuniti Displin MCA mengenakan tindakan terhadap Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota, David Choi. Menurut Fuziah, David telah dikenakan surat tunjuk sebab atas tindakan beliau yang menyuarakan pandangan yang memihak kepada rakyat dalam isu projek Lynas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Difahamkan, antara dua dari dua puluh (20) sebab tindakan displin bakal dikenakan ke atas beliau ialah berkaitan pendiriannya yang dikatakan bertentangan dengan parti (MCA) dalam isu tersebut (Lynas). Keduannya, beliau dikatakan selalu bertentangan pendapat dengan Ketua MCA Bahagian Indera Mahkota iaitu Pang Tsu Ming (ADUN Semambu). "Ingin saya nyatakan di sini bahawa pergerakan kumpulan Anti Lynas ialah bipartisan dan mengalu-alukan penyertaan sesiapa sahaja yang menolak kehadiran LAMP di Gebeng. Maka dengan itu tindakan David Choi yang berdiri bersama rakyat didalam menentang projek Lynas ialah satu tindakan yang terpuji demi keselamatan rakyat. Ianya tidak seharusnya di politikkan. Didalam negara yang menjunjung prinsip demokrasi, setiap individu ada hak untuk mempunyai pendirian peribadi diatas sesuatu perkara. Malah Dr Che Rosli, Ahli Parlimen dari Pas juga tidak mempunyai pendirian yang sama dengan pendirian Pakatan Rakyat perihal LAMP. Akan tetapi Pakatan Rakyat mahupun PAS tidak pernah kenakan tindakan disiplin keatas beliau walaupun beliau pernah menghentam saya secara terang-terangan didalam media arus perdana", katanya. Menurut Fuziah lagi kumpulan yang membantah projek Lynas kini sedia berdiri dalam solidariti bersama-sama dengan David untuk terus menentang projek itu sehingga ianya dihentikan.


David Choi, bersama rakannya juga turut hadir dalam Himpunan Hijau 2.0

Tiada ulasan: