Sabtu, 24 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Dua Orang Mangsa Rentung Dalam Kebakaran Di Pekan "Ayer Baloi Pontian Johor" Pagi Kelmarin !

Posted: 24 Mar 2012 03:00 AM PDT

PONTIAN, 24 Mac - Seorang ibu langsung tidak menyangka mimpi buruk yang dialaminya menjadi kenyataan apabila dua anaknya rentung dalam kejadian kebakaran di Pekan Ayer Baloi, dekat sini awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kebakaran melibatkan 10 rumah kedai papan dua tingkat itu, Rohman Selamat, 12, dan kakaknya, Khusnul Khotimah Selamat, 13, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan hanya tinggal cebisan rangka dan tulang. Hasniah Abd Husin, 50, yang masih terkejut dengan tragedi yang menimpa dua anaknya berkata, dia mengalami mimpi aneh sejak tiga bulan lepas dan tidak menyangka ia merupakan petanda buruk bahawa anak keenam dan ketujuhnya itu akan pergi selama-lamanya. "Saya bermimpi tidak sempat capai tangan anak yang sedang meminta bantuan. "Macam-macam kejadian aneh yang saya lihat dalam mimpi itu seperti tanah runtuh dan rumah terbakar, namun setiap kali saya cuba capai tangan salah seorang anak, pasti tidak kesampaian," katanya dengan linangan air mata. Sementara itu suaminya, Selamat Kosnan, 51, berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga tidur lena sebelum dikejutkan dengan bau asap tebal yang memenuhi ruang rumah. "Khotimah dan Rohman tidur di tingkat atas rumah kedai, manakala dua lagi anak kami, Mohd Suhiban, 15, dan Mohd Iskandar, 17, tidur di tingkat bawah, "Khotimah yang mengejutkan kami semua, menjerit dan memberitahu rumah kami sudah dipenuhi asap tebal di bahagian bawah," katanya. Menurutnya, dia dan Hasniah bangun dalam keadaan panik terus ke tingkat bawah dan mengejutkan dua lagi anak lalu terus lari ke luar rumah menerusi pintu belakang.


Deretan kedai di yang musnah akibat kebakaran itu awal pagi semalam
"Saya sangkakan Khotimah dan Rohman sudah keluar lebih awal kerana mereka berdua yang mula-mula sedar rumah terbakar, rupa-rupanya mereka terperangkap dalam asap tebal," katanya yang hanya bekerja kampung. Tambah Selamat, dia cuba bertindak masuk ke rumah semula untuk menyelamatkan kedua-dua anaknya, namun dihalang jiran memandangkan api sedang marak dan merebak ke rumah-rumah bersebelahan. "Kami masih sangat terkejut dengan tragedi ini, namun redha dan menerima ketentuan ALLAH SWT," katanya yang turut mempunyai dua lagi anak, Nor Fitri Yana, 18, dan Mohd Hanafi, 21, masing-masing menuntut di asrama Sekolah Menengah Agama An Nur Benut dan Giat Mara Pontian dan tidak berada di rumah ketika kejadian. Dalam pada itu, seorang warga emas, Ng Cheng Leong, 65, yang merupakan salah seorang penghuni deretan rumah kedai berkenaan juga dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan untuk rawatan di Hospital Pontian.

[Pahang Daily Online menugucapkan takziah kepada keluarga mangsa terbabit. Apa yang menarik, nama salah seorang yang terkorban adalah husnul khotimah yg bermaksud pengakhiran yang baik.. subhanallah.. Dari Jabir bin 'Atik dengan sanad marfu': (Syuhada' ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha'un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid). Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman].

Kontroversi: Krisis Kerusi PRU, Abdul Hadi Sindir PKR Dan Mahu Kaji Segenap Sudut Di Buat Untuk Tentukan Calon Yang Paling Layak Di Terengganu

Posted: 23 Mar 2012 10:23 PM PDT

MARANG, 24 Mac - Dalam reaksi pertamanya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) dilihat menyindir PKR berhubung hasrat parti itu mahukan lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi tetapi menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) perlu meletakkan calon yang benar-benar "berpengaruh dan layak" untuk membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Kita kena kaji dari segi politik, nak menang dengan rakyat, dan dengan jentera parti. "Oleh sebab itu, kita hendak meletakkan calon, kita akan melihat jentera parti, cawangan-cawangan parti dan kita kena lihat pengaruh calon mendaftar di kawasan itu," kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini, hari ini. Abdul Hadi mengulas mengenai hasrat PKR Terengganu baru-baru ini, bahawa ia mahu bertanding di 11 bahagian Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen pada PRU-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mengumumkan hasrat untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen dalam PRU-13 dan hal tersebut dikatakan telah disepakati PKR peringkat negeri. Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Terengganu ini berkata, dalam menghadapi pilihan raya, parti mesti meletakkan calon yang ada pengaruh, bukan setakat menurunkan calon-calon yang dikategorikan sebagai mereka dari 'Somalia'. "Mesti hendak calon yang ada berpengaruh, kita tidak boleh ambil calon dari Somalia untuk bertanding di sini, tak boleh. "Kita ambil ambil calon tempatan yang ada pengaruhnya, yang partinya ada jenteranya, bagi yang tidak ada jenteranya tidak boleh berjalan," kata beliau. Pada PRU-12, PKR meletakkan beberapa calon dari luar Terengganu. PAS dan PKR adalah merupakan parti komponen PR.


Keratan akhbar yang memaparkan tentang krisis kerusi DUN Terengganu

Krisis PKR di Terengganu perlu ditangani dengan betul oleh Anwar Ibrahim
jika tidak sudah pasti Azan Ismail dan parti itu akan mendapat malu nanti

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa soal meletakkan calon bertanding pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini, akan berdasarkan kepada keperluan kawasan masing-masing. Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada PAS sudah menentukan calon-calon yang akan bertanding kali ini, Abdul Hadi berkata, PAS ada menerima beberapa nama bakal calon dari beberapa tempat, dari seluruh negara dan akan memutuskan calon terbaik, yang dapat memberi kemenangan, sekali gus memikul amanah. Sehingga kini menurutnya, kerusi PAS adalah terbanyak ditentukan dalam Pakatan Rakyat. "Dalam pilihan raya 2008 pun PAS tumpu negeri. PAS dapat 82 kerusi, Keadilan 40 kerusi menang, DAP 70 kerusi dan PAS memimpin tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Perak, DAP memimpin Pulau Pinang dan Keadilan memimpin Selangor," katanya. Beliau kemudiannya menegaskan, apa yang paling penting dalam Pakatan Rakyat adalah dapat melaksanakan mesej diperjuangkan dan tidak menjadi masalah bagi PAS jika ada calon PKR Terengganu bertanding di negeri itu sekiranya calon itu didapati layak.

[Krisis yang melanda Pakatan Rakyat di Terengganu ini perlulah ditangani dengan sebaik mungkin oleh pucuk pimpinan tertinggi parti. Jika tidak ia akan menyebabkan perpecahan atrau undi protes berlaku pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bersedia untuk memberi ruang yang sebaiknya kepada PAS untuk berbincang. Keputusan terburu-buru mahu menentukan sendiri calon DUN dan Parlimen di negeri itu jelas bercanggah dengan kesepakatan yang telah dipersetujui selama ini. Tidak perlu terburu-buru dalam membuat keputusan jika kita tidak yakin dengan keupayaan diri sendiri. Ada kalanya kita perlu sedar dengan kelemahan yang ada pada diri kita. Tidak perlu mendabik dada kononnya kita hebat jika kita sendiri tahu dalam parti pun ada perbalahan dan kepincangan yang berlaku sebenarnya. Justeru, buatlah keputusan yang tepat demi rakyat yang kini mahukan perubahan].

FOMCA: Sara Hidup Tinggi Cengkam Pengguna !!

Posted: 23 Mar 2012 07:55 AM PDT


Tiada ulasan: