Jumaat, 23 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Gempar: Mati Pucuk 6 Tahun Pulih Dengan Evo 7 !

Posted: 23 Mar 2012 08:29 AM PDT

Berita baik untuk rakyat Malaysia terutamanya para suami (lelaki) yang bermasalah dalam penyakit Mati Pucuk yang kritikal. Kini satu penemuan baru dalam bidang kesihatan telah ditemui. Demikian ditegaskan oleh Mohd Jadi Abdullah (foto), 56. Beliau yang merupakan seorang peneroka felda di Gugusan Purun, Triang Pahang itu kini hampir pulih sepenuh selepas mengamalkan produk EVO keluaran syarikat Evo Freedom International. "Saya alami sakit mati pucuk sejak enam tahun yang lalu. Macam-macam produk dah saya makan ... tp kesannya tidak berapa ketara. Namun, selepas diperkenalkan dengan produk EVO kini kesihatan saya semakin baik", kata beliau. "Dulu bacaan kencing manis saya ialah 18 mmol, malah doktor ada mengatakan saya juga mengalami masalah lain seperti paru-paru berair, darah tinggi, buah pinggang, batuk kering dan sebagainya. Saya tak boleh buat kerja berat dan susah nak tido. Tapi alhamdulillah... sekarang saya hampir pulih sepenuhnya. Setelah mengambil 4 sachet EVO-7 , alat sulit kembali normal. Kencing manis turun (bacaan 13). Dengan mengambil EVO-7 sepenuhnya semua masalah saya sudah tiada. Kini kencing manis (bacaan 8) dan isteri saya cukup bahagia", tambah beliau lagi. Beliau yang turut mengalami sakit pinggang dan belakang yang teruk, sakit usus dan dalam perut, batuk yang teruk dan sakit saraf seluruh badan kini kelihatan semakin ceria dan sihat selepas mengamalkan produk terbabit.


Terkini, Md Jadi dan isteri kembali ceria selepas menggunakan produk Evo




"Saya menyeru kepada mereka yang mengalami masalah yang sama seperti saya, cepat-cepatlah dapatkan produk ini. Mana tau, jika diizinkan Allah.. penyakit tuan-tuan juga akan pulih seperti saya. Ingatlah, jika kita ada banyak wang sekali pun, tapi kesihatan kita tidak mengizinkan, maka kita tidak bahagia dalam hidup. Jangan sayang duit, hubungi saya 019-9337201 jika tidak yakin dan nak tau lebih lanjut", katanya.



Bukti, keratan akhbar tabloid yang melaporkan isu masalah rumahtangga

Pusat Jualan EVO Pantai Timur, yang terletak dekat Jalan Mahkota Kuantan

Sebuah Pusat Jualan Evo Pantai Timur kini dibuka di No.27, Jalan Mahkota (berhadapan dengan bangunan UMNO Kuantan). Oleh itu, orang ramai di sekitar kawasan Kuantan bolehlah terus berkunjung ke pusat jualan terbabit untuk mendapatkan maklumat dan produk-produk yang berkaitan. Hubungi Hotlina (24 Jam) 013-9405390 (Joe) atau hubungi:-

K.LUMPUR; Remy (013-2817199), SELANGOR; Joe (013-9405390), J.BAHRU; En.Mat (010-8216359); TEMERLOH; Mie (019-9399372) JERANTUT; Cikgu Ali (019-9872152) JERANTUT; Cikgu Ali (019-9872152), MANTAKAB; Sabaruddin (013-9512607), RAUB; Zuraidi (017-9543112), NERAM; Hassan (019-9010868), KEMAMAN; Man (010-3144104),CHINI; Razli (013-9663877), ROMPIN; Saufi (014-5236163), K.TERENGGANU; Hj.Ismail (019-9194870), DUNGUN; Jamal (013-9350127), TOK SIRA; Hj.Razak (019-9877071), JERTEH; Din (019-9843476), BKT.SETONGKOL; Mizo (013-9260071), SG.ISAP; Pak Usop (016-9615861) - Pengedar diperlukan segera !. Info lanjut, sila klik DI SINI

Lynas: Guang Eng, PM Najib Razak Harus Menarik Balik Kenyataan Beliau "Pada 17 Mac" Yang Lalu !!

Posted: 23 Mar 2012 12:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mac - Kritikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap DAP kerana memilih untuk tidak menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai loji nadir bumi Lynas dengan menyatakan bahawa penyelesaian yang tidak partisan diperlukan demi kepentingan awam adalah dikesali kerana tidak berdasarkan fakta. "Keputusan DAP dan PR untuk tidak menyertai PSC adalah semata-mata atas kepentingan awam kerana DAP tidak mahu membantu BN untuk menutup kesalahannya dan menipu rakyat bahawa loji Lynas itu selamat," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (foto). Justeru, katanya Najib harus menarik balik kenyataannya pada 17 Mac yang dilaporkan oleh Bernama untuk menunjukkan keseriusan dan keikhlasan kenyataan terbarunya dalam program radio bahasa Mandarin 988FM semalam bahawa Kerajaan BN tidak akan membenarkan loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, untuk beroperasi sekiranya terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa ia berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar. Bernama telah melaporkan kenyataan Najib pada 17 Mac sebagai berkata: "Jawatankuasa pilihan khas (PSC) mengenai Lynas tidak akan membuat keputusan mengenai nasib loji nadir bumi yang berkontroversi itu. Sebaliknya, PSC itu adalah sebahagian daripada proses penglibatan awam supaya rakyat dapat memahami isu-isu berkenaan dan supaya kita boleh meyakinkan kumpulan-kumpulan yang masih sangsi sama ada projek itu selamat atau tidak. Beliau menambah bahawa beliau mengharapkan PSC akan meningkatkan kesedaran mengenai projek itu supaya "kita boleh mencapai keselesaan dari segi penerimaan orang ramai". Guan Eng berkata, melihat apa yang dikatakan Perdana Menteri pada 17 Mac, PSC itu jelas direka oleh BN sebagai fait accompli untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan. "Kerana ini, PR dan DAP enggan menyertai PSC untuk menghalalkan sesuatu yang pada dasarnya salah dan bercanggah dengan kepentingan awam," tegas Lim Guan Eng.


Lim Guang Eng turut bersama rakyat P.Pinang dalam Himpunan Hijau 2.0

Beliau menambah, dengan mengatakan bahawa PSC itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib Lynas, adalah jelas bahawa PSC itu tidak relevan. Menurutnya lagi, Najib untuk bertukar nada dengan mengatakan bahawa PSC itu merupakan "dasar kuat untuk membuat keputusan" mengenai Lynas adalah "flip-flop" dan bertentangan kenyataan beliau pada 17 Mac. "Adalah jelas bahawa perubahan pendirian ini adalah hasil daripada tindakan PR untuk memboikot PSC itu," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Namun begitu, katanya "flip-flop" yang berlaku itu menimbulkan soalan sama ada Perdana Menteri serius dan ikhlas untuk menutup Lynas sekiranya bukti bahaya terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan awam dapat ditunjukkan. Guan Eng menambah, untuk membuktikan komitmen dan keseriusannya, Najib harus menarik balik secara terbuka kenyataannya pada 17 Mac, memberi arahan henti kerja serta merta kepada Lynas dan mengisytiharkan bahawa Kerajaan BN sanggup membayar pampasan sekurang-kurangnya RM700 juta yang telah dibelanjakan Lynas untuk membina loji itu. Katanya, sebarang kegagalan untuk melakukan demikian hanya akan timbulkan keraguan mengenai integriti PSC dipimpin Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Kahled Nordin sebagai alat politik BN untuk menghalal yang haram dan mewajarkan yang tidak wajar. sumber

Panas: Israel, Mahfuz Persoalkan Ahmad Maslan !

Posted: 22 Mar 2012 09:17 AM PDT

Panas: Kehilangan Memalukan Di Pahang, Modus Operandi Dan Strategi Sama Amat Mencurigakan!

Posted: 22 Mar 2012 08:35 AM PDT

Apa sudah jadi agaknya dengan anak-anak remaja di negeri Pahang ini?. Sungguh memalukan dan menyusahkan pihak berkuasa dengan sikap dan perangai mereka. Baru saja kita dikejutkan dengan kehilangan adik Siti Nur Fatihah Mahadi dari Taman Tas Kuantan yang kononnya telah diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar berhampiran kawasan rumahnya. Tiba-tiba esoknya, satu lagi kejadian memalukan berlaku lagi di negeri ini. Modus operandinya tetap sama iaitu hilang ketika membeli kad tambah nilai prabayar. Kejadian kedua pada Isnin itu membabitkan adik Nornabila Mat Yaakob dari Taman Koperasi, Jerantut. Apa yang menghairankan kita ialah kedua-duanya berusia 15 tahun, hilang ketika membeli kad tambah nilai prabayar dan kemudiannya dijumpai bersama teman lelaki masing-masing. Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong Pekan petang kelmarin. Sementara itu Nornabila pula di temui bersama teman lelakinya di Kuantan malam tadi. Apa yang memusykilkan dalam kes ini, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa?. Mahu disalahkan keluarga masing-masing, pasti mereka tidak tahu kehilangan tersebut kerana anak masing-masing ke kedai untuk membeli kad tambah nilai prabayar. Soalnya sekarang, apakah kehilangan adik Nur Fatihah dan Nornabila ini mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Tambah memusykilkan, adik Nornabila dipercayai telah ditemui bersama teman lelakinya di sebuah kedai serbaneka di Taman Tas Kuantan iaitu lokasi tempat tinggal adik Nur Fatihah. Apakah kehilangan ini disengajakan untuk mencari publisiti murahan atau masing-masing mahu popular kerana kisah dan gambar-gambar mereka akan disiarkan di dalam media arus perdana?.

[Justeru, pihak polis digesa membuat siasatan yang rapi terhadap dua kes kehilangan yang cukup memalukan ini. Kita tidak mahu sampai satu tahap, rakyat tidak akan percaya lagi dengan kes kehilangan yang benar-benar terjadi. Semuanya gara-gara kehilangan yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Ibu bapa digesa memainkan peranan lebih tegas untuk memantau pergerakan anak-anak mereka selepas ini. Kita tidak mahu ada pihak yang cuba mencari kesempatan untuk menjadikan mereka terkenal dengan merancang kehilangan, walhal mereka sebenarnya mengikut teman lelaki masing-masing. Apakah, ini caranya akhlak remaja kita hari ini. Pihak berkuasa agama juga harus memainkan peranan untuk lebih memberikan penekanan terhadap kehidupan beragama kepada para pelajar kita. Jika tidak, maka masa depan mereka akan lebih rosak selepas ini. Bayangkan, pelajar 15 tahun sanggup mengikut teman lelaki berumur 26 tahun?. Maka, apakah kita yakin pelajar terbabit selamat atau sebaliknya?. Selamatkan anak remaja kita!].

Tiada ulasan: