Khamis, 22 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Edisi Pahang: PAS Kawasan Raub Nafikan Khabar Angin Setiausahanya Telah Pun Meninggal Dunia

Posted: 22 Mar 2012 04:36 AM PDT

RAUB, 22 Mac - PAS Kawasan Raub menafikan khabar angin yang mengatakan Setiausahanya, Dr Mohamad Nilam (foto) meninggal dunia. Yang Dipertua PAS Kawasan, Badaruddin Amirudin berkata, keadaan Mohamad Nilam bertambah baik dan stabil. Beliau kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Katanya, pihaknya sentiasa memantau keadaan beliau dan sentiasa mendapatkan maklumat daripada isterinya Dr Rozana Hanan setiap hari. "Khabar angin yang mengatakan Mohamad Nilam meninggal dunia hanya gosip bohong yang dibuat pihak tertentu. "Kalau nak gosip pun biarlah bertempat dan jangan permainkan soal kematian," kata Badarudin kesal. Mohamad Nilam mengalami kecederaan ringan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu. Beliau dimasukkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh sebelum dihantar ke HKL. Baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin utama PAS Pahang turut meluangkan masa menziarahi beliau di HKL bagi mengetahui perkembanganya. Menurut Badaruddin, setiap hari Mohamad sentiasa menerima kunjungan daripada sahabat dan rakan di HKL. "Saya harap rakan-rakan dapatkan maklumat yang betul dari PAS kawasan dan jangan mudah percayai khabar angin," katanya.

Mahkamah: FGVH, Keputusan Kes Mohon Injuksi Halang Penyenaraian Di 'Bursa Malaysia' 2 April !!

Posted: 22 Mar 2012 03:22 AM PDT

KUANTAN, 22 Mac - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menetapkan 2 April depan bagi membuat keputusan berhubung permohonan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia. Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Mariana Yahya setelah mendengar penghujahan peguam plaintif iaitu lapan pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan defendan iaitu KPF sendiri yang berlangsung selama satu jam setengah. Plaintif diwakili peguam Mohd Haris Abdullah (foto) manakala peguam J.Doshi mewakili defendan. Februari lalu, plaintif memohon injunksi bagi menghalang KPF membincangkan apa-apa perkara yang membabitkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia. Turut hadir di mahkamah pada hari ini ialah Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), Tn.Hj Zahari Mamat (Ketua PKR Cabang Paya Besar), Cikgu Sulaiman Md Derus (Timbalan Yang DiPertua PAS Kuantan) serta lain-lain pemimpin.

Anwar Dedah 18 Ribu Pengundi Di Ragui Di Pekan

Posted: 22 Mar 2012 02:16 AM PDT

Najib: 'Lynas Di Larang Beroperasi' Jika Ada Bukti Projek Itu Menjejaskan Kesihatan Para Penduduk

Posted: 22 Mar 2012 01:29 AM PDT

PETALING JAYA, 22 Mac - Kerajaan pasti tidak akan membenarkan projek Lynas beroperasi jika bukti saintifik menunjukkan ianya memudaratkan kesihatan dan mencemar alam sekitar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak (foto). Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur berhubung isu berkenaan kerana kerajaan amat mengutamakan kesihatan dan keselamatan orang ramai. "Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas. "Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas. Dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak benarkan Lynas beroperasi," katanya dalam temubual dengan stesen radio 988fm hari ini.

[Najib bercakap macam orang bodoh dan berfikiran kelas tiga. Memanglah sekarang belum terbukti lagi sebab kilang itu belum beroperasi sepenuhnya. Tunggulah 20 atau 30 tahun akan datang ketika Najib dan Rosmah sudah berada dia alam barzakh. Ketika itulah ramai rakyat akan menanggung derita akibat keputusan kerajaan yang jelas hanya melihat keuntungan semata-mata ini. Bukti kukuh ialah kilan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah Ipoh dekat Perak. Kini rakyat menderita dan sengsara akibat radiasi yang terdedah daripada kilang tersebut. Inilah yang akan terjadi kepada rakyat Kuantan jika projek Lynas diteruskan. Jika Najib mahu melihat buktinya maka eloklah beliau buat rumah kat sekitar kawasan Gebeng sekarang. Maka dia akan tahu betapa risiko kehidupan ini].

Iklaneka: 'Coway' Makin Popular, Orang Ramai Di Pelawa Guna Produk Ini Untuk Kesihatan Mereka

Posted: 21 Mar 2012 11:47 PM PDT

Orang ramai yang sudah bosan dengan masalah saluran air paip yang kotor dan berklorin, dipelawa menggunakan produk Water Purifier (penulen air) jenama Coway yang sedang hangat dipasaran sekarang. Coway dikeluarkan oleh Woongjin Coway (M) Sdn Bhd kini menjadi antara penapis air yang popular di negara kita. Ramai pengguna produk ini yang berpuas hati dan yakin dengan kualiti Coway. Dengan harga yang menjimatkan dan sistem pembayaran yang fleksibel kini semua rakyat Malaysia boleh menggunakannya. Coway menawarkan tiga cara pembayaran iaitu sistem sewa beli (sewa beli), belian terus (beli terus) dan ansuran (installment). Coway kini semakin digemari kerana dengan hanya RM70 ke atas, anda akan menikmati khidmat percuma setiap dua bulan (selama 5 tahun); tiada caj pemasangan; pemeriksaan produk dan khidmat penukaran penapis yang percuma secara berkala; khimat selepas jualan yang percuma untuk semua alat ganti dan penukaran hak milik selepas 5 tahun. Mekanisme rawatan air Coway menggunakan teknologi Reverse Osmosis (RO) ataupun hyperfiltration , dimana kandungan air ditapis sehingga 0.0001 mikron atau dengan kata lain, antara air minuman paling tulen, bersih dan pure yang ada di pasaran. Pihak Coway juga menyedari akan sensitiviti masyarakat di negara ini yang majoritinya beragama Islam yang mahukan produk yang halal digunakan, justeru Coway diiktiraf dan memperoleh sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam produk-produknya. Menurut salah seorang agen Coway, Alex berkata ramai orang mempunyai water filter, tetapi ramai tidak servis dan tukar water filter. "Mungkin mereka lupa atau tidak tahu bagaimana?. Ada juga yang akan mengatakan, saya selalu servis water filter saya, tapi mula mula rajin. Lama lama tak buat. Dengan COWAY, servis adalah percuma. CODY (Coway Lady) akan datang ke rumah anda secara berkala. Kini hidup lebih senang dan selesa. Kita mempunyai banyak tugasan lain yang perlu diuruskan. Biar CODY bertanggungjawab ke atas servis water filter kita. Inilah kehebatannya Coway", kata Alex.


Bukti, sijil halal yang di keluarkan oleh JAKIM terhadap produk Coway


TEMPAHAN ATAU SEWAAN, SILA CALL @ SMS 012-474 9119 (ALEX)
AGEN COWAY DIPERLUKAN DI SELURUH PAHANG, KOMISYEN LUMAYAN


Keratan akhbar Harian Metro, bukti isu masalah air tercemar di Kuantan

[Kepada anda yang berminat bolehlah bertukar kepada Coway sekarang juga. Jangan berlengah lagi, kini Coway akan membantu kesihatan anda seisi keluarga dengan hanya RM3.70 sehari. Untuk menikmati produk ini sila hubungi 012 - 474 9119 (Alex). Tawaran khas untuk rakyat Malaysia].

Tiada ulasan: