Pahang Daily Online |
- Utusan Lapor "PAS Gadai Tanah Rizab Melayu" Di Kelantan, Tapi Lupa Itulah 'Kerja BN' Selama Ini !
- Demi Maruah Akhirnya Bekas Menteri UMNO, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir 'Keluar Parti' Itu Hari Ini !
- Lynas: Tindakan Najib 'Tubuh PSC' Hanya Usaha Untuk 'Menghalang Kebangkitan' Suara Rakyat !!
- Panas: Kemelut 'Isu Calon', PAS Trengganu Serah Kepada Pusat Putuskan Agihan Kerusi PRU13 Ini
- Panas: Tubuhkan Jawatan Kuasa Khas Parlimen Tangani Isu Lynas Bukti Kelemahan Najib Razak
- Video: Hj.Hadi, Pemimpin Kena Belajar & Faham !
| Utusan Lapor "PAS Gadai Tanah Rizab Melayu" Di Kelantan, Tapi Lupa Itulah 'Kerja BN' Selama Ini ! Posted: 19 Mar 2012 01:43 AM PDT Terkadang, lucu benar bila membaca tajuk utama Utusan Malaysia hari ini yang terpapar "Tanah Rizab Melayu Tergadai: PAS Kelantan Pajak Kepada Syarikat Bukan Melayu Atas Nama Pembangunan". Sekali tengok, macam seolah-olah Utusan memang profesional dalam memaparkan berita sebegini. Namun, bila dilihat balik maka ternyata tajuk ini sebenarnya amat sesuai untuk parti UMNO Barisan Nasional "dulu, kini dan selamanya". Jika pun di Kelantan, tajuknya tanah itu "dipajak" kepada bukan Melayu. Itu pun kita perlu siasat kesahihan berita berkenaan. Terkadang bukan boleh kita mahu percaya bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh "media pengampu" seperti "Utusan Meloya" ini. Soalnya sekarang, kenapa Utusan tidak melaporkan banyak kejadian mengadaikan Tanah Rizab Melayu yang dilakukan oleh UMNO BN atas nama pembangunan di negeri-negeri yang dikuasai mereka selama ini?. Bukankah, ini adalah kerja-kerja terkutuk mereka sejak sekian lama. Namun, kenapa Utusan tiba-tiba memperbesarkan isu di Kelantan. Nampak sangat UMNO begitu kemaruk untuk menyalahkan Kerajaan PAS Kelantan, kononnya sanggup mengadaikan Tanah Rizab Melayu di sana. Mungkin juga laporan itu sengaja diperbesarkan supaya rakyat Kelantan menolak PAS pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Inilah agenda yang dilakukan oleh Utusan sebenarnya. Mereka tergamak menyiarkan satu berita yang belum tentu kesahihannya gara-gara mahu mengampu Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Kononnya, mereka sudah lakukan yang terbaik untuk memesongkan minda rakyat agar menyokong UMNO BN pada PRU nanti. ![]() Bukti, inilah laporan muka depan Utusan Malaysia tentang isu ini [Utusan sebenarnya telah memperbodohkan diri mereka gara-gara mahu menyokong UMNO BN. Walhal, umum mengetahui bahawa selama ini kerja-kerja terkutuk itu memang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN atas nama pembangunan. Inilah yang berlaku di Kuantan Pahang sekarang ini (Rujuk artikel di bawah). Malah, Tanah Rizab Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan kini sudah tergadai ke tangan Bukan Melayu gara-gara kealpaan pemimpin UMNO untuk mempertahankannya. Malah, lebih teruk lagi ia juga kini sudah jatuh ke tangan asing dari Singapura (bukan Melayu). Maka itu, sedarlah wahai rakyat Malaysia bahawa apa yang dicanangkan oleh Utusan ini sekadar mahu meraih undi pilihanraya semata-mata. Jika Utusan benar-benar jujur dan profesional, maka sila laporakan apa yang telah kami dedahkan di bawah ini. Ia jelas bukti kukuh tentang kebobrokan pemimpin UMNO mengkhianti rakyat dengan menjual Tanah Rizab Melayu kepada bukan Melayu. Apakah Utusan berani menyiarkan artikel ini agaknya?. Bukti dan segala dokumen yang sah telah berada ditangan pihak yang berkenaan. Maka, jadikanlah berita ini sebagai tajuk utama akhbar terbabit esok iaitu "UMNO Pahang Gadai Tanah Rizab Melayu". Apakah Utusan Malaysia berani menyiarkan artikel ini?]. |
| Demi Maruah Akhirnya Bekas Menteri UMNO, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir 'Keluar Parti' Itu Hari Ini ! Posted: 19 Mar 2012 12:47 AM PDT
|
| Lynas: Tindakan Najib 'Tubuh PSC' Hanya Usaha Untuk 'Menghalang Kebangkitan' Suara Rakyat !! Posted: 18 Mar 2012 08:07 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 19 Mac - PAS menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji kes Lynas hanya untuk halang kebangkitan rakyat. AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohd Omar (foto) dalam kenyataannya berkata, ini adalah cara Kerajaan dibawah Datuk Seri Najib untuk menghalang kebangkitan rakyat menentang Lynas dengan memberi harapan kononya kerajaan BN bersedia mendengar pandangan orang ramai (rakyat) Ini kerana, katanya, selama ini berbagai cadangan dan pandangan rakyat tidak dipedulikan sehingga berlaku Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb 2012 yang berjaya menghimpunan rakyat lebih 25,000 rakyat di Kuantan. "Terdapat pandangan menyatakan bahawa ini salah cara BN melewat-lewatkan dan melambatkan pergerakan anti lynas sehingga PRU 13 Selesai," tambah beliau. Najib mengumumkan keputusan kabinet untuk menubuhkan PSC Lynas bagi mengkaji projek itu. Namun, beliau juga berkata, cadangan PSC ini tidak muktamad di mana ia boleh diatasi oleh kerajaan. "Kes ini juga telah dibawa ke mahkamah dan sebutan kali kedua di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur. "Jelas dimana ianya mainan panggung wayang bagi membuktikan BN terbuka dan prihatin terhadap rakyat Malaysia," katanya Zulkifly yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat. Menurut beliau, bagi membuktikan rakyat benci dan muak dengan sandiwara BN maka rakyat menolak Lynas dan akan bersatu di seluruh negara secara serentak dalam himpunan aman pada 13 April ini. |
| Panas: Kemelut 'Isu Calon', PAS Trengganu Serah Kepada Pusat Putuskan Agihan Kerusi PRU13 Ini Posted: 18 Mar 2012 07:33 PM PDT ![]() KUALA TRENGGANU, 19 Mac - PAS Terengganu menganggap permintaan PKR Terengganu untuk bertanding di tiga kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sekadar hasrat parti itu. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut (foto), berkata ini kerana keputusan akhir terletak pada pucuk pimpinan pusat Pakatan Rakyat. "Itu hasrat dia...dia nak bertanding. Kita juga ada hasrat sendiri, tapi kita tak naklah beritahu," katanya kepada pemberita, semalam. Beliau diminta mengulas laporan media awal bulan ini yang memetik Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, sebagai berkata parti itu berhasrat meletak tiga calon Parlimen dan 11 calon DUN di negeri tersebut pada pilihan raya umum akan datang. Mengulas lanjut, Abdul Wahid berkata PAS Terengganu yakin perkara itu dapat diselesaikan dengan baik. "Kita tunggu keputusan pusat," katanya menambah agihan kerusi akan dibuat pimpinan pusat dalam sedikit masa lagi. Mengenai calon, Abdul Wahid berkata PAS Terengganu masih dalam peringkat mengumpul nama calon sebelum disaring untuk senarai akhir. Pada pilihan raya umum 2008, PKR bertanding di dua kerusi Parlimen iaitu Kemaman dan Dungun serta lima kerusi DUN iaitu Bandar, Seberang Takir, Telemong, Kota Putera dan Permaisuri, namun kesemua mereka tewas ketika itu kepada calon BN. |
| Panas: Tubuhkan Jawatan Kuasa Khas Parlimen Tangani Isu Lynas Bukti Kelemahan Najib Razak Posted: 18 Mar 2012 10:37 AM PDT
Tubuh PSC Isu Lynas Hanya Gimik Pilihan Raya
Surat "Stop Work Of Order" Perlulah Di Keluarkan [Langkah kerajaan menubuhan PSC dikala isu Lynas semakin hangat diperkatakan jelas membutikan mereka telah melakuan satu kesalahan yang cukup besar kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan Kuantan amnya. Kenapa jawatankuasa khas itu tidak ditubuhkan sejak dari awal-awal projek itu dibawa masuk ke negara ini?. Kenapa selepas mendapat tekanan yang bertalu-talu daripada rakyat barulah kerajaan terhegeh-hegeh mahu menubuhkan PSC. Ternyata projek ini memang ada yang tida kena dan ada bukti jelas pihak-pihak tertentu telah mendapat habuan lumayan atas projek berisiko ini. Lantaran itulah kita tidak hairan Lynas mendapat perlepasan cukai selama 12 tahun. Kerajaan memang tidak mendapat cukai secara rasminya, tetapi ada piha-pihak tertentu yang mendapat cukai tersebut terus ke poket mereka. Sebab itulah, mereka tidak mahu projek ini dibatalkan dalam apa jua cara sekali pun. ini, satu-satu cara yang terbaik ialah mengajak rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang. Jika ia berjaya, maka tidak mustahil projek ini akan dibatalkan]. |
| Video: Hj.Hadi, Pemimpin Kena Belajar & Faham ! Posted: 18 Mar 2012 10:32 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan