Jumaat, 16 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Video: Dato' Fauzi Gesa Rakyat Buat Perubahan !

Posted: 16 Mar 2012 02:00 AM PDT

Isu Rakyat: Orang Ramai Gesa 'PAIP' Baiki Segera Masalah Kerosakan Jalanraya Di Bukit Setongkol

Posted: 16 Mar 2012 12:46 AM PDT

KUANTAN, 16 Mac - Orang ramai yang sering melalui Jalan Hj.Junid atau Kg.Tengah ke Bukit Setongkol dan Taman Cenderawasih kecewa dengan pihak Pengurusan Air Pahang berhad (PAIP) yang begitu lambat memperbaiki kerosakan jalan yang berlaku dihadapan sebuah tokong Cina dekat sini. Ini berikutan, kerosakan jalan yang telah berlaku sejak sekian lama masih gagal diperbetulkan oleh mereka, sedangkan kerja-kerja berkaitan telah dilakukan. Menurut seorang saksi yang sering melalui jalan itu berkata, beliau hairan dengan sikap PAIP yang baru saja diswastakan (dulu JBA Pahang) kerana gagal mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah ini. "Saya beberapa kali hampir berlanggar dengan kenderaan lain gara-gara masalah terbabit. Sebelum ini ada penduduk tempatan yang meletakkan tong-tong kosong pada tiang kayu untuk membolehkan oang ramai yang melalui jalan itu berhati-hati bila tiba dikawasan terbabit. Selepas tu, PAIP mula memperbaiki jalan dengan menambunnya dengan tanah pasir. Mereka jua letak papan tanda "kerja-kerja penyelengaraan paip dihadapan". Tong telah dibuang, saya ingat mereka mahu memperbetulkan masalah terbabit. Tapi rupa-rupanya, keadaan menjadi lebih teruk pula. Kini masalah semakin besar dan merumitkan bila mana hujan turun tanpa henti baru-baru ini. Saya hairan, bila panas mereka tak nak baiki, bila hujan bagi alasan hujan. Sedangkan banyak kemalangan berlaku depan mata saya. Bila mereka nak betulkan agaknya", katanya. Tinjauan PDO mendapati masalah yang berlaku semakin merumitkan hingga mengganggu kelancarana jalanraya di kawasan terbabit. Diharap, pihak yang berkenaan dapat melakukan tindakan segera sebelum laporan seterusnya kami buat dalam masa terdekat ini. Difahamkan, masalah yang berlaku sudah terlalu lama (berbulan-bulan), namun semua pihak termasuk Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dilihat tidak cakna kepada masalah yang dihadapi rakyat.


Bukti, gambar yang telah pun dirakamkan pada awal bulan Mac baru-baru ini
penduduk terpaksa letak tong-tong bergantung pada tiang di kawasan itu

Terkini, tiada apa yang diperbaiki oleh PAIP dan mereka hanyalah letak papan
tanda kononnya kerja-kerja sedang dilakukan, tapi lihat hakikat sebenarnya?

[Sebagai sebuah agensi kerajaan yang baru sahaja dikorporatkan, maka PAIP perlu mengambil tindakan segera untuk memperbetulkan dan memperbaiki masalah-masalah yang mereka hadapi. Mana mungkin, kerja-kerja penyelengaraan semudah itu boleh mengambil masa berbulan-bulan. Perkara ini sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga digesa kerap memantau apa jua masalah dalam perkhidmatan perbandaran demi keselesaan rakyat. Jangan hanya gemar memungut cukai dan saman, sedangkan perkhidmatan yang ditawarkan tidak setimpal dengan harganya. Sepatutnya MPK perlu berkerjasama dengan JKR, JBA, JPS serta agensi yang berkaitan untuk bertindak segera sekiranya ada maklumat awam tentang masalah yang berlaku di dalam bandar Kuantan ini. Namun, apa yang berlaku amat berbeza sekali. MPK lebih gemar mengarahkan pegawai mereka meronda untuk mencari kesalahan rakyat supaya boleh disaman atau kompaun. Sebaliknya mereka lambat bertindak atau tidak bertindak langsung atas aduan yang dibuat oleh rakyat terhadap mutu perkhidmatan mereka itu].

Panas: Kadir, Kenapa Media UMNO Serang Saya !

Posted: 15 Mar 2012 01:08 PM PDT

Tiada ulasan: