Khamis, 15 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Hebat: Nenek "Vogue" Empat Cucu Kini Kelihatan Muda Dari Usianya Selepas Amalkan Produk Evo8

Posted: 15 Mar 2012 08:55 AM PDT

Bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke Kedai Emas Nonni yang terletak di Jalan Mahkota, Kuantan (berhadapan dengan pejabat UMNO) pasti akan terpegun melihat penampilan Kak Noni @ Wanie (foto). Beliau yang sudah hampir 17 tahun menjalankan perniagaan emasnya, kini nampak muda dari umur sebenarnya yang melebihi 50an itu. Semuanya gara-gara mengamalkan produk EVO8 keluaran Evo Freedom International. Beliau yang kini mempunyai empat orang cucu, bolehlah digelar "Nenek Vogue" kerana ramai yang pasti akan terpegun melihatnya. Menurut Kak Wanie, beliau mempelawa para wanita di seluruh Malaysia yang mahu kelihatan anggun dan menawan tanpa mengeluarkan belanja yang besar, bolehlah mencuba produk EVO8 yang sedang diamalkannya sekarang. "Kini, hidup saya begitu ceria dan terasa muda kembali selepas menggunakan produk ini. Sudah banyak produk lain yang saya gunakan selama ini, namun dengan EVO8 ia ternyata berbeza. Keremajaan saya kembali semula dan kasih sayang suami isteri kini terjalin kembali umpama awal-awal perkahwinan kami", katanya. Beliau kini menjalankan perniagaan EVO secara sambilan bersama sumianya, walau pun masih membuka kedai emasnya. "Kami baru saja membuka Pusat Jualan Evo Pantai Timur di sebelah kedai emas saya di sini (Jalan Mahkota). Saya pelawa orang ramai yang mahu mencuba produk ini untuk hubungi saya ditalian 012-9878255 atau datang terus ke kedai kami", tambahnya lagi.


Pusat Jualan EVO Pantai Timur, terletak di Jalan Mahkota milik Kak Noni


Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini dan seterusnya menjadi agen berdaftar, sila hubungi talian yang tertera: KUANTAN; Kak Wanie (012-9878255), KERTEH; Kak Yus (016-9369424), PAKA; Rubiah (013-9127610) RAUB; Nurul (017-9198280), ROMPIN; Kak Mas (017-9240851), SELANCAR; Hafizah (019-7955854), INDERA MAHKOTA; Lin (017-9606176), TERUNTUM; Linda (014-8115125), CHINI; Suzie (013-9408746), TEMERLOH; Kak Emma (019-9450130), MENTAKAB; Ju (013-9822820), BT.SAGU; Wanie (014-8051901), JENGKA; Hamisah (017-7969750), KEMAMAN; Kak Wan (019-9833209), KUALA KRAI; Jue (013-9537220), SHAH ALAM; Tini (013-9526634), N.SEMBILAN; Roha (017-8828214), NARATIWAT,THAILAND; Kameerayah (017-9522995). Pengedar diperlukan. Info, klik DI SINI.

Ceramah Sulung Bekas Orang Kuat PM Di Pekan !

Posted: 15 Mar 2012 07:14 AM PDT

Panas: Parlimen 'Kemungkinan Di Bubar' Selepas Pertabalan Agong Di Sempurnakan Pada 11 April !!

Posted: 15 Mar 2012 01:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mac - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti. Beliau berkata ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu. "Banyak intepretasi undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lepas telah tamat. "Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi," katanya di sini hari ini. Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November 2011. Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah satu formaliti dalam proses peralihan kuasa ketua negara. Beliau berpendapat apabila Yang di-Pertuan Agong baru sudah dilantik dan menduduki takhta berkenaan, satu penyerahan kuasa telah berlaku. "Sekiranya tidak, Agong yang baru dilantik tidak boleh berada di situ dan tidak boleh digelar Yang di-Pertuan Agong. Berkenaan sama ada Perdana Menteri boleh menasihat Agong untuk bubarkan (Parlimen), itu tidak timbul masalah," katanya. Pembubaran Parlimen sebelum Yang di-Pertuan Agong ditabalkan tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Shamrahayu.

Panas: 'Memalukan', UMNO Buat Provokasi Cetus Kekecohan Di Ceramah Umum Pekan Malam Tadi

Posted: 14 Mar 2012 06:15 PM PDT

PEKAN, 15 Mac - Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit. Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu (foto) ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam. Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP. Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Dato' Ariff Sabri Abd Aziz menyampaikan ceramahnya. Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP. Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu. Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya. "Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka", kata Ariff Sabri. Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini. Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya. Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri. Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.


Bukti, inilah muka juak-juak UMNO yang cuba buat provokasi malam tadi

Memalukan, UMNO sengaja buat program untuk ganggu ceramah Pakatan

Pagar terpaksa ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir pada program ceramah itu

Asyik, mendengar penjelasan dan fakta yang dikemukan oleh penceramah

Ceramah sulung Ariff Sabri dekat Pekan, berjaya tarik perhatian orang ramai

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan. Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini. Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya. "Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah. Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai. Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini", katanya.


Pimpinan PKR dan PAS yang turut hadir di program ceramah malam tadi

Bersemangat untuk bersama merubah kerajaan selepas PRU-13 ini nanti

Ustaz Suhaimi Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang) berbincang sesuatu

Petugas Unit Amal dan ABU juga bersama bertugas dan membuat promosi

Sementara itu Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis. "Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus. Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ", kata Mat Sabu. Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah. "Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini keja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu", kata Mat Sabu lagi. Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya.


[Secara keseluruhannya, mujurlah tidak ada kejadian yang lebih teruk berlaku malam tadi. Biar pun terdapat desas-desus puak-puak UMNO mahu melakukan provokasi terhadap Mat Sabu ketika dia keluar dari lokasi terbabit, namun segalanya tidak berlaku dan keadaan kembali tenang selepas itu. Ceramah berjaya walau pun terpaksa berhadapan dengan speaker ceramah UMNO yang kuat betul-betul dihalakan ke lokasi terbabit. Terkadang, penceramah terpaksa menjawab beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap mereka. Namun, melihat apa yang berlaku ia ternyata sungguh memalukan dan menjatuhkan imej UMNO BN termasuk PM Najib Razak sendiri. Mereka seolah-olah lupa dan tidak sedar, UMNO sudah ada media untuk menyerang pembangkang maka kenapa perlu turun padang untuk membuat kacau ganggu program ceramah mereka. Melihat apa yang berlaku semalam, ramai yang tertanya di mana anggota polis?. Tiada langsung kelibat mereka untuk berjaga-jaga andainya ada sebarang kekecohan berlaku?. Dipercayai polis hanya berjaga-jaga di kawasan ceramah UMNO tetapi tidak di kawasan pembangkang. Inilah dia sikap "double standard" yang ditunjukkan oleh mereka. Difahamkan hari ini Ariff Sabri, Aspan dan Mat Sabu juga akan berceramah pula di Felda Tersang dan Tapak Kompleks PAS Kawasan Raub, Kg Gali Tengah. Orang ramai adalah dijemput hadir untuk memeriahkan program malam nanti].

Panas: Isu Israel Gamatkan Sidang Dewan Rakyat

Posted: 14 Mar 2012 08:17 AM PDT

Iklaneka: 'Produk Evo8' Jadikan Wanita Malaysia Lagi 'Cantik Serta Menarik', Dapatkan Sekarang !!

Posted: 12 Mar 2012 06:04 PM PDT

Berita baik untuk para wanita yang ingin kelihatan cantik dan menarik. Kini anda boleh dapatkan prduk Evo8 keluaran Evo Freedom International. Puan Wanie @ Noni (foto), 51, berkata sejak menggunakan produk ini beliau kelihatan lebih ceria dan senantiasa berkeyakinan dalam menjalankan tugas seharian. Beliau yang juga seorang usahawan di bandar Kuantan menegaskan, jika dibandingkan dengan kaum lelaki, kaum wanita mengalami banyak kekurangan dan masalah dari segi struktur tubuh badan (fsikologi) seperti kehilangan sel-sel darah merah dak kalsium serta mikromineral sewaktu datang haid, kehilangan banyak nutrisi apabila kehamilan. "Beban dan tekanan sedemikian menjejaskan kestabilan hormon dan kesihatan badan wanita. Hormon juga dikenali sebagai perangsang. Ia dirembas oleh sistem endokrin yang berfungsi untuk mengatur keseimbangan tubuh badan", kata Puan Wanie. Tambahnya lagi, ketidakseimbangan hormon akan menjadikan ketidaksatbailan emosi kaum wanita, kemerosotan fungsi memori, kulit menjadi kering dan kaku, kemunculan kerutan dan masalah lain. "Akibatnya, masalah menjadi pucat, kestidakstabilan kitaran haid, senggugut, fungsi seks menurun, interfilitasi berlaku, payudara kurang daya tegang, penuaan yang cepat, chloasma, tempoh menopause awal dans sebagainya. "Maka itu, dengan mengawalatur hormon, wanita dapat merasai kecantikan diri dan kebahagiaan dengan mudah. Malah, mereka yang mengamalkan Evo8 akan kelihatan lebih muda daripada umur sebenar", tambah beliau lagi.

Keremajaan 'Bukan Lagi Satu Mitos' Sebenarnya


Anda ingin kelihatan cantik dan muda sentiasa?. Maka, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk ini dipasaran sekarang. Hormon kaum wanita bukan sahaja boleh melambatkan proses penuaan (Reverse Aging Process) dan meremajakan wanita. Justeru, wanita yang mengandungi tahap estrogen yang lebih tinggi akan kelihatan muda. Manakala itu, bagi mereka yang memiliki tahap ekstrogen yang rendah akan kelihatan lebih tua daripada umur yang sebenarnya. Kalau wanita mengandungi hormon yang seimbang dan cukup, mereka akan kelihatan lebih muda daripada umur sebenar sebanyak 15-20 tahun. Evo8 hebat kerana ia mengandungi bahan-bahan seperti Kudzu, Ekstrak Soya, Kolagen Soya, Antrodia Camphorate, Kalsium Rumpai Laut, Serbuk Natto, Yis Beras Merah, Barbary Wolfberry Fruit, Xanthones, Xylitol, Vitamin dan Mineral. Produk Evo8 juga boleh mempercepatkan pengaliran darah dan memperkuatkan metabolism, mengawalatur hormon dan menegangkan payudara. Disamping itu ia juga melambatkan menopause, kekalkan kenyalan dan melembabkan kulit. Ia juga memperkuatkan sistem imun, anti penuaan dan anti tumur. Evo8 merupakan produk Bio-Teknologi Jepun. Ia menyerap melalui kelenjar sublingual, tanpa hormon, tanpa ubatan, tanpa dadah. Malah produk ini juga tiada kesan sampingan dan disahkan halal serta diinsurankan berjuta ringgit.


Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini dan seterusnya menjadi agen berdaftar, sila hubungi talian yang tertera: KUANTAN; Kak Wanie (012-9878255), KERTEH; Kak Yus (016-9369424), PAKA; Rubiah (013-9127610) RAUB; Nurul (017-9198280), ROMPIN; Kak Mas (017-9240851), SELANCAR; Hafizah (019-7955854), INDERA MAHKOTA; Lin (017-9606176), TERUNTUM; Linda (014-8115125), CHINI; Suzie (013-9408746), TEMERLOH; Kak Emma (019-9450130), MENTAKAB; Ju (013-9822820), BT.SAGU; Wanie (014-8051901), JENGKA; Hamisah (017-7969750), KEMAMAN; Kak Wan (019-9833209), KUALA KRAI; Jue (013-9537220), SHAH ALAM; Tini (013-9526634), N.SEMBILAN; Roha (017-8828214), NARATIWAT,THAILAND; Kameerayah (017-9522995). Pengedar diperlukan. Info, klik DI SINI.

Tiada ulasan: