Jumaat, 9 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Ucaptama MB Di Konvensyen Ekonomi Pahang III

Posted: 09 Mar 2012 05:58 AM PST

Penduduk Kecewa, 30 Tahun Tunggu Geran Hak Milik, Tiba-Tiba Dapat Notis Arah Pindah Apabila Tanah Di Duduki Kini Jadi Milik Syarikat Swasta !

Posted: 09 Mar 2012 05:56 AM PST

KUANTAN, 9 Mac - Beberapa orang penduduk yang mendiami Kampung Bukit Rangin dekat sini meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap kerajaan dalam menangani nasib mereka. Ini berkaitan isu pemilikan tanah yang diharapkan selama ini hancur musnah apabila ia diberikan kepada sebuah syarikat swasta yang kemudiannya berkerjasama dengan sebuah syarikat lain untuk memajukan taman perumahan di kawasan terbabit. Menurut seorang mangsa yang terlibat, Abd Aziz Rani,57, (foto) berkata tanah yang mereka duduki itu telah diusahakan sejak mendapat Lesen Pendudukan Sementara (TOL) pada 27 Ogos 1987. "Kerja-kerja ukur tanah telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan seperti mana Notis Supaya Hadir Masa Ukur bertarikh 29 Julai 1992 selepas permohonan TOL di buat oleh kami. Anehnya, pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan dalam surat mereka bertarikh 23 November 2006 (PTK/14267/LAMS) telah menolak permohonan kami untuk dipertimbangkan atas alasan permohonan terbabit berlapis dengan Laluan Petronas Paip Gas. Namun apa yang mengejutkan, pihak berkenaan telah meluluskan tanah kepada sebuah syarikat pemaju hartanah iaitu Jariaco Sdn Bhd. Ini sungguh mengecewakan kami yang sudah bertahun-tahun memohon gerak hak milik. Kini harapan mereka hancur luluh apabila dikejutkan dengan notis makluman bertarikh 29 Disember 2011 melalui syarikat Sentoria Alam Sdn Bhd yang meminta kami mengosongkan rumah masing-masing dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat tersebut", katanya. Kesemua penduduk yang terlibat adalah terdiri dari kalangan warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu. Difahamkan, penduduk terbabit telah beberapa kali memohon geran atas tanah yang telah sekian lama mereka duduki itu. Malah, perkara ini telah diajukan kepada Wakil Rakyat setempat seperti ADUN Panching, Zaili Besar dan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abd Manan Ismail. Namun mereka berdua sekadar memaklumkan akan membantu menyelesaikan masalah tersebut, tetapi janji-janji itu sekadar tinggal janji semata-mata. Sedangkan para penduduk kini menjadi trauma akibat diarahkan keluar dari tanah yang menjadi saksi titik peluh dan keringat mereka yang menitis sejak sekian lama.


Bukti, kerja-kerja tanah sudah pun dilakukan betul-betul ditepi rumah Aziz

Rumah milik Aziz yang paling hampir dengan projek perumahan tersebut

Inilah dia bukti betapa tidak adilnya kerajaan UMNO BN terhadap rakyat
"YB arahkan kami pindah ke satu kawasan taman perumahan yang tidak didiami penduduk akibat kawasan itu sering dinaiki air (banjir). Kami mahu dihantar ke kawasan "jin bertendang" buat apa. Pemaju pula menawarkan ganti rugi sebanyak RM4,000 untuk urusan perpindahan terbabit. Kami tidak kisah itu semua, apa yang kami kesalkan kenapa permohonan kami yang manjoritinya pengundi BN pada setiap kali PRU tidak dilayan dengan baik. Kenapa syarikat swasta pula dapat tanah ni .. Jika kawasan yang mereka dapat itu dibelakang rumah saya mungkin tak jadi masalah (sebab depan rumah laluan paip gas petronas). Tapi, kelulusan kepada mereka dibuat termasuk kawasan tanah yang saya diami dan termasuk juga di sekitar kawasan paip gas berkenaan. Bukankah ini tidak munasabah dan tidak masuk dek akal. Siapa punya kerja semua ini. Tolong jangan tipu rakyat demi sebuah projek pembangunan. Kami tidak tolak pembangunan, tapi biarlah ia adil untuk rakyat. Kalau kes ini berlaku di neegri pembangkang, maka sudah pasti ia akan diperbesarkan oleh media arus perdana. Mujurlah ia berlaku di Pahang yang diperintah oleh UMNNO Barisa Nasional", kata Aziz.

Surat Rayuan Dan Bantahan Telah Pun Di Hantar

Akibat sudah tidak yakin lagi dengan usaha yang dilakukan oleh dua wakil rakyat terbabit, maka penduduk terpaksa menghantar surat rayuan dan bantahan kepada Menteri Besar Pahang (foto), Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Pengarah Tanah Dan Galian Pahang dan Pegawai Daerah Kuantan untuk campurtangan dalam isu tersebut. Surat bertarikh 27 Februari 2012 itu telah dihantar oleh penduduk terbabit iaitu Abdul Aziz Rani, Mat Lazim Taleb, Abd Alim Majib, Jarah Ismail, Henawati Bahari, Osman Mohammad, Abd Rahman Awang Kecik dan Jamaluddin Saleh. Kesemua mereka merayu agar kesemua pihak terbabit memberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya terhadap masalah yang mereka hadapi. Difahamkan, tanah yang menjadi kontroversi itu dulu adalah tanah milik kerajaan yang berstatus pertanian. Makanya, kenapa penduduk yang kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam itu tidak mendapat hak mereka. Sebaliknya tanah yang kini sudah diberikan hak milik kepada Jariaco Sdn Bhd dan didaftarkan dengan nombor HS(D) 40034 PT 108368 itu boleh diluluskan sewenang-wenangnya. Malah difahamkan, salah seorang Pengarah syarikat terbabit mempunyai pertalian keluarga dengan kepada bekas pemimpin UMNO Pahang. Jariaco Sdn Bhd kemudiannya telah berkerjasama dengan Sentoria Alam Sdn Bhd yang sahamnya 100% bukan milik bumiputra untuk mengusahakan tanah terbabit. Jariaco Sdn Bhd (200774-V) yang berkerjasama dengan Sentoria Alam Sdn Bhd (627769-F) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur mahu menjadikan kawasan terbabit sebagai taman perumahan (Rujukan Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan: PTK 6/6/070.2011). Soalnya sekarang kenapa para penduduk yang mahu memohon beberapa ekar sahaja tetapi dinafikan hak mereka?. Sebaliknya syarikat swasta terbabit diluluskan pula sebanyak 36.35 ekar?. Sedangkan pihak Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan dalam suratnya telah memaklumkan kawasan terbabit tidak dapat dipertimbangkan geran hak milik kepada penduduk kerana berlapis dengan Laluan Petronas Paip Gas. Ini bermakna terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam kelulusan tanah berkenaan.


Kecewa, antara penduduk yang turut terlibat dengan kes memalukan ini

Pandangan belakang rumah Aziz yang paling hampir dengan projek tersebut
[Kami akan membuat siasatan lanjut kes ini. Ternyata, apa yang berlaku ini adalah tidak adil kepada rakyat. Mereka terlebih dahulu meneroka tanah itu, maka kenapa pihak lain pula yang mendapatnya. Terdpaat bukti jelas ada berlakunya penyelewengan dalam kelulusan tanah berkenaan kerana pihak Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan telah awal-awal lagi menolak permohoan penduduk atas alasan berlapis dengan laluan paip gas Petronas. Ini bermakna semua projek atau permohonan lain juga sepatutnya tidak boleh dipertimbangkan. Namun, apa yang terjadi sebaliknya. Penduduk ditolak tetapi syarikat swasta diluluskan. Apakah ini caranya pejabat terbabit melakukan kerja mereka. Kasihan kepada rakyat yang sudah lebih 30 tahu menunggu dan mendiami kawasan itu. Kini mereka terpaksa diarahkan keluar atas tanah yang telah mereka usahakan sejak sekian lama. Paling mengejutkan majoriti yang terlibat adalah penyokong kuat UMNO BN. Justeru, kes ini bakal menjadi saksi betapa nasib penyokong sendiri pun tidak terbela, bagaimana mereka boleh mendabik dada kononnya membela rakyat?. Bukankah kesemua yang terbabit adalah orang Melayu?. Kenapa diberikan kepada syarikat proksi UMNO dan kemudiannya mahu dimajukan pula oleh bukan Melayu. Jika kes ini berlaku di Pulau Pinang, sudah pasti hari-hari ia akan dimainkan di media. Laporan susulan menyusul dan dokumen berkaitan akan ditunjukkan sebagai bukti kes ini. Laporan polis juga turut akan di buat!].

Ucaptama MB Di Konvensyen Ekonomi Pahang II

Posted: 09 Mar 2012 05:53 AM PST

PM Menafikan Tuduhan PKR Majlis Pertunangan Anak Perempuannya Menggunakan Wang Rakyat

Posted: 09 Mar 2012 05:24 AM PST

SHAH ALAM, 9 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) menafikan majlis pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa pada Jun tahun lalu, diadakan dengan menggunakan duit kerajaan. "Perbelanjaan pertunangan anak perempuan PM, Nooryana Najwa, tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak," kata mesej menerusi Twitter di bawah akaun Pejabat Akhbar Perdana Menteri (Msia PM Press Office) kira-kira sejam lalu. Mesej susulan pula menyebut, "Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dakwaan dalam waktu terdekat." Laporan media hari ini memetik PKR mendakwa, pihaknya ada bukti kerajaan telah membiayai majlis pertunangan Nooryana Najwa. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La, yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan. Rafizi mendakwa bahawa kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan ke atas Pejabat Perdana Menteri. Jumlah itu mungkin hanya RM409,767, namun menurut Rafizi, ia menunjukkan sikap kerajaan yang didakwa "menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi." Majlis berkenaan dipercayai telah diadakan pada 17 Jun 2011 di Kompleks Perdana Putra. Laporan Bernama pada hari pertunangan menyebut bahawa pertunangan anak PM Najib itu dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev yang berlangsung di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana Putrajaya.

[Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli perlu berani mempertahankan bukti-bukti yang beliau ada dalam isu terbaru ini. Biar pun dia punyai dokumen yang berkaitan, namun sesuatu yang memusykilkan ialah semua media yang melaporkan majlis pertunangan anak Najib pada tarikh yang dinyatakan mengesahkan ia diadakan di Kediaman Rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana Putrajaya. Maka, mana mungkin boleh ada dua acara rasmi dalam satu masa. Apapun, mungkin Rafizi mendapat maklumat tersebut dari orang dalam agaknya. Maka, beliau perlu menyiasatnya dengan terperinci agar ia tidak menjejaskan nama beliau dan PKR andai PM mengemukakan tindakan saman atas dakwaan yang telah dibuatnya kali ini. Rakyat semakin keliru bila Najib sendiri menafikan, sedangkan Rafizi mendedahkannya siap dengan bukti-bukti kukuh. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya isu yang pasti cukup kontroversi ini].

Panas: PKR Mendakwa Najib Guna Wang Rakyat Untuk Membiayai Majlis Pertunangan Anaknya !!

Posted: 09 Mar 2012 05:08 AM PST

PETALING JAYA 9 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendakwa majlis pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Abdul Razak di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur yang bernilai hampir setengah juta ringgit dibiayai duit rakyat. Bagi membuktikan dakwaannya itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (foto) mendedahkan dokumen tempahan majlis bankuet di Hotel Shangri La yang bernilai RM409,767 yang bertarikh 17 Jun tahun lepas. Menurut butiran pada dokumen tempahan majlis itu, akaun pembayar bil dan nama majlis dicatit sebagai "Pejabat Perdana Menteri". "Hari ini kita mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut sebenarnya dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayarannya dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri. "Booking Contact adalah Setiausaha Sulit Peribadi PM, Datuk Mohd Po'ad Jelani," jelas Rafizi yang turut menjelaskan PKR terlebih dahulu melakukan semakan terhadap butiran dan individu yang terlibat dalam dokumen berkenaan untuk memastikan ianya boleh dipercayai. Rafizi turut mengkritik tindakan Najib yang akhir-akhir cuba menonjolkan sikap kesederhanaan untuk memenangi hati rakyat menerusi program Menu 1 Malaysia tetapi pada masa yang sama, membelanjakan sejumlah wang yang begitu besar untuk satu majlis pertunangan. "Bagaimanapun itu adalah hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi tetapi adalah memualkan apabila wang rakyat digunakan untuk memenuhi nafsu dan citarasa mereka," ujar Rafizi sambil mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat segala penyelewengan yang didedahkan. Sehubungan itu, Rafizi mohon Najib tampil memberi penjelasan dan sertakan bukti untuk menafikan segala dakwaan yang dikemukakan PKR hari ini. Mengikut salinan dokumen berkenaan, tempahan itu menunjukkan secara terperinci setiap tempahan jamuan dengan kos jamuan VIP mencecah RM18,792 untuk 36 orang. Sejumlah RM309,975 pula diperuntukkan untuk kos jamuan seramai 862 tetamu selain kos pengendalian sebanyak RM81,000.


Sila klik sini untuk lihat dokumen asal sepenuhnya tentang kontroversi ini

[Pendedahan yang dibuat oleh Rafizi ini sungguh menggemparkan. Sebelum ini Najib dan Rosmah dikatakan telah menggunakan wang rakyat untuk mengadakan lawatan ke negara Kazakhstan itu untuk ke majlis yang berasingan. Namun, kini sesuatu yang lebih mengejutkan apabila wang rakyat pula dikatakan telah digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anaknya. Dokumen yang dikeluarkan ini mungkin diperolehi daripada orang dalam yang sudah tidak tahan melihat keborosan Najib dan Rosmah menghabiskan wang rakyat. Beliau boleh menafikannya, namun rakyat juga boleh menilai sendiri apakah maklumat ini benar atau tidak. Justeru sama-sama kita ambil iktibar atas apa yang berlaku. Kepada pemimpin UMNO di Pahang, banyak fail-fail sulit tentang penggunaan wang rakyat akan didedahkan menjelang PRU-13 nanti. Maka ingatlah, bukan semua orang disekeliling anda yang setuju dan suka dengan apa yang anda lakukan. Semua dokumen yang berkaitan sedang disiasat PDO sekarang ini].

Video: Zaid Bertanding Tiket KITA Di Kota Bharu !

Posted: 09 Mar 2012 04:35 AM PST

Tragedi: Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Dengan Sebuah Treler Dekat 'LPT' Awal Pagi Tadi !

Posted: 09 Mar 2012 03:40 AM PST

KUANTAN 9 Mac - Tiga sekeluarga maut, manakala seorang lagi anggota keluarga itu cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dikatakan merempuh belakang sebuah treler di KM210.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Gambang awal pagi tadi. Mangsa yang maut dikenali sebagai Norazman Ibrahim, 43, iaitu seorang Eksekutif Proton di Shah Alam; isterinya, Norhayati Ibrahim, 42; dan anak lelaki mereka Akif Iskandar, 17. Anak perempuan mereka Nur Rudiana, 12, dilaporkan cedera dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini. Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata, kejadian berlaku pada 1.30 pagi ketika keluarga berkenaan yang menetap di Taman Puchong Perdana, Selangor dalam perjalanan dari Shah Alam menuju Kemasik, Terengganu untuk menghadiri majlis kenduri kahwin. Beliau berkata, Norazman yang memandu kereta itu merempuh treler yang membawa muatan bijih besi. "Akibat rempuhan itu, pemandunya mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan badan, isterinya meninggal di Klinik Kesihatan Gambang kira-kira 3.30 pagi akibat kecederaan dalaman," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata anak lelaki mangsa pula disahkan meninggal pada 4.18 pagi ketika terima rawatan di HTAA akibat parah di kepala. Pemandu treler yang berumur 46 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

[PDO ucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Sesungguhnya semua pihak tidak mahu sesuatu kemalangan berlaku. Namun, ramai juga yang berkata keadaan jalanraya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang tidak rata dan berlekuk-lekuk menyebabkan banyak kemalangan yang sepatutnya tidak berlaku akhirnya terjadi. Malah, tidak pernah pengguna jalanraya yang melalui LPT akan berasa selesa dengan lebuhraya itu. Ada saja kerosakan jalan yang sedang diperbaiki di sana sini. Ia cukup berbeza dengan lebuhraya PLUS. Biar pun jumlah kenderaaan yang melaluinya lebih banyak dari LPT, namun jarang sekali kita melihat kerosakan jalanraya terjadi. Apakah kesilapan yang sebenarnya?. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena kepada LPT lantaran masalah ini terjadi. Apapun berhati-hatilah ketika anda memandu di Lebuhraya Pantai Timur].

Panas: Bekas ADUN Pulau Manis, Ariff Sabri Bakal Berceramah Dengan Mat Sabu Di Pekan 14 Mac ini

Posted: 09 Mar 2012 01:54 AM PST

PEKAN, 9 Mac - Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz (foto) akan tampil dalam ceramah pertamanya di sini pada 14 Mac 2012 ini. Ariff Sabri yang juga cukup dikenali sebagai Blogger Sakmongkol yang amat digeruni oleh Menteri Besar Pahang itu akan berceramah sepentas dengan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu di Batu 9, Sg.Miang dekat sini. Ariff yang merupakan ADUN pertama bagi DUN Pulau Manis yang diwujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya sebelum itu. Kawasan di DUN terbabit yang sepatutnya berada dalam Parlimen Paya Besar telah dipindahkan ke Parlimen Pekan bagi memberikan kemenangan besar kepada Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ketika itu (PRU11-2004). Ariff Sabri menang dengan majoriti 4,491 undi menewaskan calon PAS, Ahiatuddin Daud. Beliau mendapat 7,153 undi sementara calon PAS itu hanya mendapat 2,662 undi sahaja. Kemenangan Ariff Sabri sungguh membanggakan Najib, tambahan pula ketika itu beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan sendiri. Namun, baru sepenggal beliau bergelar "wakil rakyat", tempatnya kemudian digantikan oleh Khairuddin Mahmud pada PRU12 lalu. Tindakan UMNO ini menyebabkan penyokong Ariff Sabri kecewa, tambahan pula beliau cukup berpotensi untuk naik dalam hairaki politik parti itu di Pahang. Susulan itu, Ariff lebih banyak menumpukan perhatian menulis blognya Sakmongkol AK47 dan secara terbuka mengkritik kepimpinan UMNO BN baik di peringkat negeri mahu pun pusat. Tindakan itu menyebabkan beliau terus dipinggirkan oleh para pemimpin UMNO. Akhirnya pada awal Januari 2012 lalu Ariff membuat satu keputusan yang cukup mengejutkan, dimana beliau mengambil keputusan untuk menyertai Parti Demokratik Rakyat (DAP) yang amat dimusuhi UMNO. Beliau menyerahkan borang penyertaannya kepada Setiausaha Agung UMNO, Lim Guan Eng ketika itu. Paling menarik seorang lagi Blogger UMNO yang cukup hebat dari Negeri Sembilan, Aspan Alias turut mengambil tindakan yang sama seperti beliau. Aspan khabarnya akan turut serta dalam ceramah itu nanti.

[Pasti ramai yang akan hadir untuk menyaksikan bekas orang kuat UMNO Pekan ini menghentam ketuanya sendiri iaitu Datuk Najib Tun Razak. Ariff khabarnya akan membongkarkan banyak isu berkaitan Najib yang pasti akan mengejutkan rakyat Pekan. Ternyata kini orang kanan Najib yang berpaling tandah akan kembali ke kawasan itu untuk memperbetulkan persepsi salah rakyat Pekan terhadap anak Tun Razak itu. Najib bukanlah anak Pekan sejati dan beliau langusng tidak cakna dengan kebajikan orang Melayu di Pekan sekarang ini. Apa yang lebih diutamakan ialah bagaimana mahu mempertahankan kemenangannya di parlimen itu pada Pilihanraya Umum akan datang, Langkah Najib memunggah begitu ramai warga asing menjadi pengundi berdaftar di Pekan amatlah tidak disenangi oleh orang Melayu di sana. Mereka kecewa kerana Najib lebih selesa melayan warga asing daripada anak jati Pekan sendiri. Malah, mereka bukan sahaja diberikam IC (MyKad) tetapi turut juga mendapat kemudahan lain yang tidak ada pada orang Melayu Pekan. Makanya, ceramah yang akan diadakan di Sg.Miang itu sudah pasti akan menjadi sejarah kerana disitulah antara kawasan yang kini didiami oleh begitu ramai warga asing terutamanya dari Kemboja. Semua orang tahu termasuk UMNO, tapi mereka tutup mata demi mengagungkan Najib. Justeru, datanglah beramai-ramai 14 Mac ini untuk menyaksikan pembongkaran panas di sana nanti].

Posted: 08 Mar 2012 10:39 PM PST


Promosi Hebat Kraf, tempahan dibuka, dapatkan maklumat lanjut di SINI

Panas: Tengku Mahkota Mahu Namanya Tidak Di Kaitkan Dengan Insiden Khalwat Dr.Badrol Amin

Posted: 08 Mar 2012 09:54 PM PST

KUANTAN, 9 Mac - "Jangan kaitkan nama saya dengan kes khalwat itu." Demikian titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) yang menafikan terbabit dalam penangkapan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron pada 25 Februari lalu. Baginda bertitah, dakwaan tersebut tidak masuk akal kerana baginda berada di luar negara ketika kejadian tersebut. "Saya hanya mahu mengetahui siapa yang ditangkap atas dakwaan khalwat tersebut dan itu tidak bermakna saya terlibat dalam insiden tersebut. "Kenyataan itu merupakan sesuatu yang mengejutkan kerana saya tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak apatah lagi terlibat dalam kes itu," titah baginda. Tengku Abdullah bertitah, baginda tidak boleh mencampuri perkara itu kerana ia adalah masalah peribadi pemimpin terbabit. "Saya juga tidak memihak kepada mana-mana dan biarlah pihak berkuasa yang melakukan siasatan sehingga kes itu selesai," titahnya. Pada 25 Februari lalu, Dr.Badrol Amin ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita yang juga isteri orang di sebuah hotel di Balok. Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3 pagi. Bagaimanapun, Badrolamin mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya. Beliau berkata kes itu dapat perhatian Tengku Mahkota Pahang itu yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

[Ramai yang terkejut dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr.Badrol Amin mutakhir ini. Sebagai orang agama, beliau sepatutnya berdiam diri dalam hal ini dan tidak terlalu banyak mengeluarkan kenyataan yang akhirnya boleh memakan diri sendiri. Inilah yang perlu dijaga oleh beliau sekarang. Lagi pun, siasatan yang dilakukan terhadapnya adalah siasatan biasa kepada mana-mana mangsa yang ditangkap oleh pihak JAIP. Tindakan menyalahkan pihak-pihak terbabit mungkin mengundang malapetakan yang lebih besar terhadap kes yang sedang beliau hadapi sekarang ini hendaknya. Lebih baik jika beliau berdiam diri].

Teras: Batal SBPA Buktikan Kerajaan Tidak Telilti Dan Laksanakan Proses Itu Secara Tergesa-Gesa !

Posted: 08 Mar 2012 05:14 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Mac - Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (foto) berkata, pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menunjukkan keputusan telah dibuat melalui proses yang tidak teliti terhadap semua kemungkinan dan implikasi yang bakal dihadapi. "Dan, kerajaan yang ada tidak punya integriti dan ketelusan untuk uruskelola pentadbiran yang baik," kata beliau. Jelas Azmi, apabila JPA mengumumkan setiap penjawat awam perlu menandatangani berhelai-helai dokumen, begitu banyak dokumen yang dicetak khas untuk ditandatangani oleh penjawat awam yang melebihi sejuta orang. "Setiap penjawat dan kerani di pejabat mengambil masa berhari-hari mengejar kakitangan supaya melengkapkan dokumen sebelum tarikh yang ditetapkan "Ketika mana keputusan menguatkuasakan cadangan SBPA diumumkan, maklum balas negatif dari pelbagai pihak nampaknya terlalu lambat untuk diambil kira dengan serius," kata beliau dalam satu kenyataan. Azmi menambah, teguran dan bantahan dilihat dari kaca mata politik pembangkang. "Sehingga JPA dan pejabat Perdana Menteri menerima lebih 1,000 memorandum bantahan yang bertalu-talu barulah akhirnya keputusan dimansuhkan diumum," kata beliau. Sehubungan itu kata beliau, Teras mempersoalkan kebijaksaaan dalam proses membuat keputusan di pihak kerajaan sejak awal lagi. "Apakah ketika sesuatu perubahan hendak dilancarkan, suatu kajian yang cukup mendalam tidak dilakukan terlebih dahulu sebelum pengumuman hendak dilakukan? "Kini ramai penjawat awam yang telah menandatangani dokumen yang berkaitan. Setelah diumumkan pemansuhan SBPA, ramai yang hilang kepercayaan kepada pentadbiran kerajaan kerana kelihatan seolah keputusan dibuat tidak dengan teliti," katanya. Menurut Azmi, kini kerajaan terpaksa menanggung implikasi persepsi negatif penjawat awam terhadap kepimpinan pemerintah negara.


PM Najib kecewakan kakitangan awam kerana buat tindakan tidak teliti
dan tergesa-gesa dalam isu SBPA yang sedang hangat diperkatakan ini

"Apakah kerajaan di bawah Najib kembali mempamerkan kerajaan 'flip-flop'. "Apakah kerajaan perlu mendapat tentangan yang meluas dari rakyat baru kerajaan cuba merasionalkan keputusan untuk merubah?" katanya lagi sambil menambah, perkembangan terbaru ini menunjukkan kelemahan dalam uruskelola yang sangat buruk. Kata Azmi, jika polisi boleh ditukar-tukar dalam masa yang singkat, tetapi sumber peruntukan wang dibelanjakan dengan sebegitu besar, ia jelas menunjukkan kelemahan dan kepincangan. "Teras juga memanjangkan penelitiannya terhadap banyak lagi projek gajah putih yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. "Betapa pembaziran yang bernilai ratusan juta diseluruh Negara berlaku di hadapan mata rakyat menimbulkan pertanyaaan kerajaan tidak memperdulikan lagi wang rakyat yang dibelanjakan," katanya.

Cuepacs: Keputusan PM Batal SBPA, Tiada Kaitan Dengan Politik Menjelang PRU-13 Tidak Lama Lagi

Posted: 08 Mar 2012 05:10 PM PST

SHAH ALAM, 9 Mac - CUEPACS, badan induk kesatuan sekerja sektor awam, tidak melihat keputusan kerajaan membatalkan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebagai "tindakan politik" menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Sebaliknya menurut Timbalan Presidennya, Azih Muda (foto), pihaknya menganggap keputusan pembatalan SBPA yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai tindakan yang perlu diambil demi masa depan kakitangan awam negara ini. SBPA yang diumumkan pelaksanaan pada Oktober lalu, sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu tetapi ditangguhkan awal tahun ini ekoran protes kakitangan awam. Pembatalannya diumumkan pagi semalam. "Saya tidak mahu cakap mengenai pilihan raya atau politik, tetapi keputusan ini menunjukkan kerajaan mendengar kehendak rakyat, kerajaan harus meningkatkan pendapatan rakyat. "Yang penting keputusan yang diambil ini adalah keputusan demi masa depan kakitangan awam, ini soal survival, bagaimana kita perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan beban kos hidup dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat," kata beliau. Azih juga berkata, Cuepacs akan mengadakan mesyuarat khas petang ini untuk mengumumkan secara rasmi pendirian berkenaan dengan keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, itu. Najib yang juga Menteri Kewangan pagi semalam mengumumkan pembatalan skim SBPA dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A. Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus. Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara. Perdana Menteri berkata sebarang cadangan yang disyorkan oleh suruhanjaya yang dianggotai semua pihak berkepentingan yang bekerja menerusi prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan itu akan dipertimbang mengikut kemampuan kerajaan. Kata Najib, struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal gunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan ditetapkan.

[Cuepacs boleh berkata apa saja dalam hal ini. Namun, apa yang jelas rakyat serta ribuan kakitangan kerajaan melihat semua ini gara-gara takut dengan desakan pembangkang menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang. Justeru, usahlah Cuepacs buat-buat tidak tahu atau cuba membela kerajaan yang semakin gusar akan kehilangan sokongan rakyat sekarang ini. Mereka membuat tindakan melulu tanpa mengambilkira akibatnya. Kini, selepas beriya-iya mahu melaksanakan SPBA tiba-tiba ia dibatalkan semula. Apakah begini cara kerajaan mengurus tadbir negara dengan betul?. Buat tindakan tanpa membuat kajian dan penilaian kesan-kesannya. Jika inilah senario yang berlaku, maka sudah menjadi kewajipan kepada seluruh rakyat untuk melakukan perubahan pada PRU-13 ini nanti].

SBPA: Anwar Dakwa, Desakan Daripada Pakatan Rakyat Sebabkan Skim Itu Akhirnya Di Batalkan!

Posted: 08 Mar 2012 04:50 PM PST

GEORGETOWN, 9 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan kerana Pakatan Rakyat (PR). Menurutnya, sebelum ini beliau bersama dengan kesemua ahli Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah skim baru berkenaan. "Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa akur dengan kita, yang membantah SBPA untuk rakyat adalah PR bukannya Umno ataupun Perkasa. "Dia (Najib) terpaksa tangguhkan skim ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, sebab mereka masih yakin belum menang sehingga PRU ini," katanya. Anwar berkata, skim berkenaan tidak sepatutnya dilaksanakan kerana hanya menjaga kepentingan sesetengah pihak sahaja. "Gaji pegawai atasan yang sudah mencecah RM40,000 naik kepada RM40,000 lagi tetapi gaji kerani rendah naik juga, tapi hanya naik RM40 sahaja. "Kerana itulah kami kempen ke seluruh Malaysia kerana ia tidak adil untuk rak­yat," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena menyertai Kunjungan Muafakat Rakyat Pulau Mutiara 2012 di Little India.



[Kenyataan Anwar ini memang ada kebenarannya, kerana pembangkanglah yang banyak mendedahkan ketidakadilan SBPA seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan sebelum ini. Mereka banyak mendedahkan isu itu dalam ceramah-ceramah umum yang diadakan di seluruh negara. Justeru, kerajaan akhirnya terpaksa akur dan tunduk kepada desakan tersebut setelah melihat ia akan menjadi millage politik menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Soalnya sekarang, kenapa kerajaan begitu drastik tanpa mengkaji untuk melaksanakan skim tersebut?. Bukankah ada ramai pakar-pakar yan boleh membuat kajian terperinci keberkesanan dan impak di sebalik perlaksanaannya. Kini, ia menjadi bukti bahawa SBPA memang tidak adil untuk sebahagian besar kakitangan awam di negara ini. Apakah mereka akan mengundi sebuah kerajaan yang bertindak tidak bijak seperti ini agaknya. Maka itu ubahlah!].

Bicara: 'Mahkamah Tinggi Kuantan' Tangguhkan Keputusan Injunksi, Prosiding Sambung 22 Mac !

Posted: 07 Mar 2012 09:05 PM PST

KUANTAN, 8 Mac - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menangguhkan keputusan menghalang KPF daripada melupuskan sama ada kesemua atau sebahagian daripada ekuiti KPF dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Keputusan tersebut dibuat selepas mendengar hujahan daripada dua orang peguam yang mewakili FGVH. Menurut Peguam Mohd Haris Abdullah (foto) yang mewakaili Lapan anggota Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang menfailkan permohoan tersebut, kes akan didengar semula pada 22 Mac 2012 ini. Sebelum ini, permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang koperasi itu daripada membuat sebarang keputusan pada mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada 22 Februari lalu telah berjaya dilakukan. Ia menyebabkan EGM koperasi itu terpaksa dibatalkan di saat akhir dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad akhirnya hanya mengadakan majlis perjumpaan dan dialog tertutup dengan sebahagian daripada peneroka terbabit pada tarikh tersebut. Antara alasan permohonan injuksi itu sebelum ini adalah untuk menghalang cadangan KPF untuk melupuskan ekuiti miliknya dalam FHB dan anak-anak syarikat yang lain bernilai RM3.13 bilion ke FGVH tidak menguntungkan mereka dan pemegang saham KPF. Turut hadir ialah beberapa orang peneroka Felda Panching Timur serta Bukit Sagu 1.


Bergambar selepas prosiding perbicaraan selesai di Cafe depan Mahkamah

Peguam Mohd Harris, bersama beberapa orang peneroka yang turut hadir

[Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggu Kuantan hari ini, selepas dicabar oleh dua peguam FGVH tidak memberikan sebarang implikasi besar kepada keputusan terdahulu. Lagi pun EGM KPF yang sepatutnya membincangkan soal terbabit sudah pun berakhir 22 Februari lalu. Apapun, para peneroka Felda digesa hadir beramai-ramai ke mahkamah yang sama pada 22 Mac ini untuk terus memberi sokongan kepada perjuangan mempertahankan hak-hak mereka. Tidak wajar dengan sewenangnya membiarkan mereka yang bukan ahli tiba-tiba mahu merompak wang simpanan KPF yang bernilai jutaan ringgit itu. Justeru, usah terpengaruh dengan dakyah mereka yang kononnya mahu memartababkan Felda. Walhal, mereka sebenarnya ada "udang di sebalik mee" dalam isu kontroversi ini. Pertahankan Felda untuk generasi kita!].

Tiada ulasan: