Pahang Daily Online |
- Panas: MB Dakwa Himpunan Hijau 2.0 Gagal Dan Benar Ia Di Buat Setiap Hari Di Bandar Kuantan !
- Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Sahkan Kabin SRS RM75,000!
- Panas: Mustapa Mohamed Dakwa Lynas Bersetuju Hantar Sisa Buangan Nadir Bumi Ke Luar Negara!
- Panas: Demi Undi, Najib Sanggup Khianati Orang Melayu Serta Rela Pelihara Warga Asing Di Pekan
- Panas: Kerja Turunkan Bendera PAS, Tugas Baru Penguatkuasa MPK Menjelang Pilihanraya Umum
- Panas: 'Amanah Saham Wakaf', MUIP Nyata Gagal Jalankan Peranan Serta Tanggungjawab Mereka !!
| Panas: MB Dakwa Himpunan Hijau 2.0 Gagal Dan Benar Ia Di Buat Setiap Hari Di Bandar Kuantan ! Posted: 06 Mar 2012 12:35 AM PST KUANTAN, 6 Mac - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) sekali lagi mengeluarkan perkataan perli dan sinis terhadap penganjur Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang MPK4 dekat sini pada 26 Februari lalu. "Saya naik helikopter dengan Datuk Sarifuddin Ab Ghani (Ketua Polis Pahang).. saya tengok hanya dalam 3,000 orang peserta jer yang berhimpun. Tak sampai target 26,000 seperti yang dijanjikan. Kita bagi peluang orang nak berhimpun. Kalau nak buat hari-hari pun saya bagi. Saya dengar dia orang nak buat lagi. Buatlah, kita tak ada masalah", kata Adnan ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Pusat Kawalan Skim Rondaan Sukarela Peringkat Pahang di Taman Indera Mahkota Jaya (Yew How) di sini malam tadi. Kenyataan Adnan ini seolah-olah mahu membuktikan yang dia masih berada di pihak yang benar. Padahal, peserta Himpunan Hijau 2.0 menunggu-nunggu kehadiran Adnan di lokasi himpunan ketika itu. Dalam satu ucapan sebelum ini, Adnan mengatakan dia juga akan turut untuk bertemu rakyat pada perhimpunan terbabit. Malah, Kerajaan Negeri Pahang katanya membenarkan himpunan itu sebagai menyuburkan amalan demokrasi. Namun, apa yang jelas dapat dilihat, beberapa hari sebelum perhimpunan tiba-tiba Padang MPK1 berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I telah ditutup oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) atas alasan mahu membuat kerja-kerja berkaitan. Penutupan itu, menyebabkan penganjur terpaksa mengubah tempat ke Padang MPK4 selepas berbincang dengan pihak polis Kuantan.[Kenyataan Adnan ini hanya berdasarkan halusinasi semata-mata, dan tidak berlandaskan fakta yang sebenarnya. Beliau jelas sanggup memperbodohkan rakyat demi susuap nasi bagi mengejar keuntungan semata-mata. Menaiki helikopter dan kemudian mengatakan himpunan sekitar 3,000 dengan merujuk kepada laporan media arus perdana, jelan membuktikan betapa lemahnya IQ Adnan yang dulunya merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Bentong. Beliau rela membutakan mata dan hati untuk menlihat kebenarana. Sokongan rakyat terhadap program ini dianggap tidak mencapai matlamatnya dan dia lebih rela diperbodohkan oleh media arus perdana yang melaporkan seperti itu. Namun, bagi rakyat yang sudah boleh berfikir, maka mereka tidak akan termakan dek kenyatan Adnan ini. Bagi mereka, rakyat dari seluruh negara bangkit untuk menyokong perjuangan membantah Lynas di bumi Pahang]. |
| Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Sahkan Kabin SRS RM75,000! Posted: 06 Mar 2012 12:14 AM PST
[Sebelum ini ramai yang terkejut dan mengatakan PDO membuat fitnah tentang harga kabin (pondok) SRS ini. Namun, dengan pengesahan oleh Ketua Pengarah terbabit maka ternyata laporan sulit yang diterima PDO ada kebenarannya. Malah, harganya juga tepat dan tidak lari walau satu angka pun. Persoalannya sekarang, benarkah harganya RM75,000, sedangkan ada maklumat mengatakan ia hanya sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sahaja. Malah, ada pihak kontraktor yang berani memberi harga RM7,500 sahaja jika projek itu dibuat oleh mereka. Kenapa ia melambung terlalu jauh dari harga sebenar?. Kami akan cuba menyiasat dengan lebih terperinci lagi perkara ini untuk didedahkan. Malah, PDO mengesyaki adanya unsur penyelewengan dalam projek berkenaan, cuma siapa yang mendapat untung masih belum dapat disahkan setakat ini. Ada pihak yang mengatakan RM75,000 itu kalau diberikan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk jalankan aktiviti mereka, ia nampak lebih afdal daripada SRS yang terkadang ada dan terkadang tidak di kawasan itu]. |
| Panas: Mustapa Mohamed Dakwa Lynas Bersetuju Hantar Sisa Buangan Nadir Bumi Ke Luar Negara! Posted: 05 Mar 2012 11:57 PM PST
[Dalam kes ini, kenyataan Mustapa Mohamed mungkin dilihat boleh meredakan sedikit kegawatan rakyat dengan kilang Lynas tersebut. Namun, sesuatu harus diingat, ke negara mana Lynas mahu hantar sisa buangan itu agaknya?. Bukankah seluruh dunia menolak Lynas dan lantaran itulah Malaysia dipilih sebagai lokasi yang paling sesuai untuk mereka mendirikan kilang terbesarnya itu. Sedangkan Australia sendiri awal-awal lagi sudah mengatakan mereka tidak mahu menerima bahan sisa buangan itu, maka apakah logik ada negara lain yang mahu menerimanya?. Kini, kerajaan nampaknya terjerat selepas berbagai helah dan alasan diberikan untuk memastikan kilang itu kekal di sini. Jika dihantar ke luar negara sekali pun, pihak mana yang mahu memantau operasi penghantaran tersebut?. Maka, akhirnya rakyat akan terus tertipu apabila sisa itu ditanam di kolam-kolam besar yang telah disediakan oleh Lynas di kilangnya dekat Gebeng sekarang. Sekali ditipu mungkin rakyat boleh percaya, tapi kalau berkali-kali mungkin ia sudah menjadi satu taktik pula. Maka, apa yang dimahukan rakyat ialah kilang itu ditutup dan Lynas dihantar balik ke Australia, bersama kilang-kilangnya. Kenapa perlu tanggung risiko, mereka kaya-raya dapat untung tapi kita dapat sisanya]. |
| Panas: Demi Undi, Najib Sanggup Khianati Orang Melayu Serta Rela Pelihara Warga Asing Di Pekan Posted: 05 Mar 2012 07:39 PM PST ![]() PEKAN, 6 Mac -Dikala Ahli Parlimen Pekan iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak (foto) dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor, sedang enak dibuai mimpi dengan segala kemewahan yang ada setelah bergelar Perdana Menteri Malaysia, nampak kini semakin ramai orang Melayu di kawasan parlimennya terus menderita menangis kelaparan. Inilah hakikat sebenar yang mungkin tidak langsung menjadi hal kepada Najib dan isterinya itu. Lantaran itulah, bila ada masalah yang menimpa rakyat Pekan terutamanya orang-orang Melayu, ia seolah-olah dipandang sepi oleh pihak terbabit, apatah lagi PM sendiri. Paling menyedihkan, masalah yang berlaku ini bukan sekarang, tetapi sejak sekian lama dan semakin parah tatkala Najib bergelar wakil rakyat di situ. Kemiskinan dan kedaifan yang menghimpit orang-orang Melayu di Pekan tidak perlu disembunyikan lagi. Najib lebih selesa menjaga "pengundi import"nya dari Kedah dan Perlis. Lebih teruk lagi dia lebih rela menjaga kebajikan warga asing dari Kemboja, Myanmar dan sebagainya. Pendek kata, kepada mereka yang datang ke Pekan tentu akan dapat saksikan sendiri fenomena ini. Ekonomi di bandar itu kini dimonopoli oleh warga Kemboja. Mereka kaya raya, bahkan ada yang sudah membeli berekar-ekar tanah di sekitar Tanjung Agas, Sungai Miang, Kampung Sekukuh dan yang lainnya. Kampung-kampung baru yang didiami oleh orang Kemboja kini bertaburan di Pekan. Di kiri kanan perjalanan dari bandar Pekan ke Rompin, pasti akan bertemu dengan kampung-kampung baru yang diwujudkan khas untuk pengundi Najib. Beliau terpaksa lakukan itu semua, selepas hilang keyakinan dengan orang Melayu di Pekan yang baginya "diberi ambil tapi pangkah belum tentu". Najib masih trauma dengan majoriti 241 undi pada Pilihanraya Umum ke 10 lalu. Dia sebenarnya sudah tewas jika kiraan undi sudah ditutup dan tiada undi lain datang di saat-saat akhir. Semua orang Pekan tahu, termasuk dikalangan ahli UMNO sendiri. Namun, apalah yang mereka boleh lakukan melainkan terima kenyataan itu dengan berat hati. Tipu Daya Pihak SPR, Menangkan Najib Di Pekan Kini Najib semakin selesa dan berbangga kononnya dia mendapat undi besar atas sokongan rakyat. Walhal, semua itu auta belaka. Undi besar diterima selepas berpakat dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mewujudkan DUN Pulau Manis dalam daerah Kuantan untuk dimasukkan sebagai DUN baru Parlimen Pekan. Beliau ketika itu Menteri Pertahanan, dengan tindakan itu menyebabkan lebih 10,000 pengundi pos di Kem Tentera Batu 10 Kuantan beralih ke Parlimen Pekan. Ia memenangkan Najib dengan majoriti besar. Tidak cukup dengan itu, diwujudkan banyak kampung-kampung baru yang didiami oleh warga asing dan sebahagiannya warga Kedah dan Perlis yang hidup di paras kemiskinan di sana. Di punggahnya ke Pekan dan diberikannnya tanah untuk tempat tinggal serta bercucuk tanam. Kini jumlah mereka bukan sedikit, malah sudah mencecah puluhan ribu orang. Majoriti mereka punyai MyKad dan boleh mengundi dalam pilihanraya. Justeru, tidak hairanlah undi Najib terus meningkat pada PRU-12 lalu walau pun disaat gelombang tsunami politik melanda seluruh negara. Kini, parlimen Pekan semakin gagah dan jumlah pengundi baru terus meningkat. Bahkan, jumlah keseluruhan pengundi berdaftar untuk PRU-13 nanti pun sudah hampir 80,000 orang. Ia mengejutkan, kerana Pekan bukanlah sehebat Parlimen Kuantan atau Indera Mahkota yang menjadi pusat tumpuan penduduk. Namun, demi Najib segalanya boleh saja kerana dia mempunyai kuasa untuk menentukannya sekarang.![]() Penempatan Kemboja seperti ini sudah tidak asing lagi di Pekan sekarang [Pendedahan ini bukanlah terlalu asing bagi rakyat Pekan dan bumi Pahang ini sebenarnya. Tanyalah sesiapa saja yang pernah pergi ke kawasan ini, sudah pasti mereka akan terkejut dan terharu melihat layan istimewa yang diberikan oleh kerajaan kepada warga asing. Malah, paling menarik sebahagian besar dari kalangan mereka begitu mudah datang ke sini tanpa ada halangan. Melainkan mereka mesti mendakwa ingin ke Pekan untuk mengundi Najib. Ini didedahkan oleh beberapa orang Myanmar yang sempat kami temui di Merchong baru-baru ini. Malah, mereka juga ditawarkan MyKad dengan syarat mengisi borang menjadi ahli UMNO dan wajib mengundi BN dalam tiga pilihanraya umum yang akan datang. Mungkin ia tidak selamanya, kerana Najib tahu jangka hayat beliau paling lama pun hanyalah untuk tiga kali pilihanraya lagi. Selepas itu dia dan Rosmah akan bersara atau pun dijemput illahi untuk diadili di Padang Masyar kelak. Soalnya sekarang, mampunkah orang Melayu Pekan membuat perubahan?. Sedangkan jumlah pengundi berdaftar meyamai jumlah pengundi import Najib di Parlimen itu. Akhirnya Najib akan terus menang tapi bukan dengan kuasa rakyat. Dia menang dengan kuasa warga asing yang terpaksa mengundi kerana takut dihantar balik ke negara masing-masing. Inilah hakikat yang pasti akan berlaku lagi sebenarnya] |
| Panas: Kerja Turunkan Bendera PAS, Tugas Baru Penguatkuasa MPK Menjelang Pilihanraya Umum Posted: 05 Mar 2012 07:01 PM PST ![]() KUANTAN, 6 Mac - Orang ramai terkejut dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang dilihat sudah menjadi seperti parti politik sekarang ini. Apa tidaknya, selepas mereka memagar Padang MPK1 iaitu lokasi asal Himpunan Hijau 2.0 baru-baru ini, kini Penguatkuasa MPK sibuk pula menurunkan bandera parti politik di sekitar kawasan Kuantan. Entah apakah yang ditakutkan mereka, atau memang mendapat arahan pihak atasan yang gusar dengan sokongan rakyat terhadap parti pembangkang sekarang ini agaknya. Operasi menurunkan bendera parti politik dilihat hanya melibatkan bendera parti pembangkang terutamanya bendera PAS. Tinjauan krew PDO yang mengikuti kenderaan MPK mendapati, mereka akan menurunkan bandera PAS yang diletakkan pada pokok, pagar, tiang atau sebagainya. Kerja-kerja ini dilakukan selepas mendapat arahan daripada pihak yang terbabit di lokasi-lokasi berkenaan. Kemungkinan besar maklumat diberikan oleh Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau pun UMNO sendiri. Nampak benar mereka takut kepada pembangkang, lantara melakunkan tindakan yang jelas kebudak-budakan itu. Apapun, agak menghairankan kerana MPK tidak pula menurunkan bandera UMNO BN yang bertebaran di merata-rata tempat. Mereka ternyata menjalankan tugas atas arahan politik, tanpa menngambilkira sentiman sokongan rakyat sebenarnya. Apapun, kita ucapkan syabas kepada pihak MPK kerana rela jabatan itu dipergunakan sewenangnya untuk tujuan politik. Malah, PDO amat yakin MPK akan menggunakan kuasa sepenuhnya pada PRU13 akan datang bagi menyekat kemaraan pembangkang. Maka itulah kita tidak hairanlah dengan kerja baru MPK ini. ![]() Bukti, Penguatkuasa MPK sedang memanjat pokok untuk menurunkan bendera PAS yang berkibar di situ. Lokasinya bukan di tengah bandar [Apa yang jelas, tindakan mengampu sudah pun dimulakan oleh MPK sekarang ini. Ia selaras dengan hasrat Yang DiPertuanya yang dijangka akan naik ke jawatan Setiuasaha Kerajaan Negeri Pahang tidak lama lagi. Maka itulah kita tidak hairan MPK semakin bersikap "double standard" kepada rakyat yang sama-sama membayar cukai. Anehnya, tindakan menurunkan bendera parti politik ini lebih menjurus kepada bendera pembangkang semata-mata, sebaliknya tidak kepada bendera UMNO BN. Mungkin dek kerana Ahli Majlis yang duduk dalam MPK itu terdiri dari kalangan pemimpin politik UMNO BN, maka mereka terpaksa melakukan arahan yang jelas memperbodohkan jabatan terbabit di mata rakyat. Mereka fikir, semua rakyat harus berkiblatkan UMNO semata-mata. Sedangkan dalam MPK itu sendiri majoritinya adalah mereka yang mahukan perubahan pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Apa yang jelas, semua arahan ini adalah dari mulur orang politik yang semakin gusar melihatkan sokongan rakyat kepada pembangkang meningkat sekarang]. |
| Panas: 'Amanah Saham Wakaf', MUIP Nyata Gagal Jalankan Peranan Serta Tanggungjawab Mereka !! Posted: 05 Mar 2012 11:14 AM PST
[PDO akan membongkarkan lagi lebih banyak penyelewengan dan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai berkenaan dalam menguruskan hal ehwal ekonomo MUIP selama ini. Ia bagi memberi pengajaran bahawa tidak selamanya manusia itu boleh berbuat sesuka hati dan khianat kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Pihak MUIP digesa menyiasat dengan telus pendedahan ini demi mengembalikan kepercayaan umat Islam terhadap agensi terbabit. Malah, paling mengejutkan dikala mereka berdegar-degar mahu meningkatkan ekonomi umat Islam dan dalam masa yang sama rupanya ladang sawit milik MUIP diuruskan oleh orang bukan Islam. Ini jelas membuktikan mereka yang terlibat telah khianat kepada kepercayaan rakyat. Malah, kami juga mencabar pegawai berkenaan mendedahkan laporan kewangan berkaitan jual beli dan perbelanjaan yang telah dilakukannya selama menjadi Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP. Inilah akibatnya apabila orang yang tidak arif dalam bidang agama tiba-tiba dilantik memikul tugas tersebut. Akhirnya MUIP telah dipergunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi pihak-pihak terentu. Tengku Mahkota Pahang, selaku Yang DiPertua MUIP digesa mengambil tindakan tegas atas laporan ini. Hanya kepada baginda sahaja rakyat boleh berharap semuanya ini dapat diselamatkan. Daulat Tuanku Daulat Tuanku]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan