Isnin, 5 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Tubuh 'Anak Syarikat Beli Hotel', MUIP Di Gesa Tidak Terpedaya Tipu Helah Pihak Tertentu

Posted: 05 Mar 2012 02:50 AM PST

KUANTAN, 5 Mac - Susulan pendedahan oleh Pahang Daily Online (PDO) mengenai isu pembelian Hotel MS Garden (foto) oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bulan lalu, maka kami mendapat maklumat Yang DiPertua MUIP, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah bertitah agar duit zakat tidak digunakan untuk tujuan tersebut. Malah, baginda dengan tegas membantah tindakan terbabit yang dipercayai dilakukan oleh pihak tertentu dalam MUIP tanpa pengetahuannya. Isu ini kelihatan reda selepas campurtangan Tengku Mahkota Pahang itu. Namun, terkini kami difahamkan MUIP telah mengubah cadangan asalnya daripada membiayai dengan peruntukan zakat kini tukar dengan bentuk pinjaman dengan Bank Islam. MUIP dipercayai akan menggunakan wang dari dananya RM 10 juta dan pinjaman bank RM 40 juta lagi bagi melangsaikan urusan pembelian tersebut. Malah, MUIP juga telah menyerahkan urusan pengendalian hotel itu kepada sebuah anak syarikatnya. Persoalannya sekarang, bagaimana MUIP boleh tergamak menggunakan wang dana RM10 juta dan meminjam RM40 juta lagi dari bank. Kenapa bukan syarikat yang tubuhkan itu meminjam dengan bank atau meminjam dari MUIP sendiri. Apa yang membimbangkan ialah berlakunya penyelewengan. Mungkin MUIP sedang membuat helah supaya syarikat berkenaan nampak untung di dalam urusannya sedangkan hutang masih dibayar oleh MUIP. Pendapatan perniagaan akan masuk ke dalam akaun syarikat manakala hutang di biarkan MUIP membayar. Jika pembelian ini benar-benar menguntungkan sepertimana yang di dakwa oleh pegawai yang menguruskan pembelian, maka biarkan lah anak syarikat berkenaan meminjam penuh RM 50 juta dan biarkan syarikat melangsaikan hutang tersebut melalui hasil perniagaan itu. Apa yang membimbangkan ialah bayaran ansuran selepas ini. Jika kemampuan membayar telah menurun atau berlaku kelembapan ekonomi atau hotel ini tidak lagi laku, terjaminkah pihak pentadbir tidak menggunakan wang zakat untuk melangsaikan pinjaman? Perlu juga di ingat usia hotel ini telah lama dan perlukan penyelenggaraan dan terpaksa juga membayar kos mengurus yang meningkat (kenaikan gaji, harga barang dan sebagainya).

[Persoalannya sekarang, mampukah MUIP menguruskannya?. Jika telus pada rakyat bentangkan kutipan hasil dan perbelanjaan hotel ini setiap bulan pada Ahli Mesyuarat MUIP. Alangkah baiknya jika MUIP lebih menumpukan perhatiannya kepada masalah fakir miskin, pendidikan agama di sekolah agama dan di masjid serta surau. Alangkahh manisnya jika wang zakat tercurah untuk golongan muallaf supaya akidah mereka benar-benar mantap. Alangkah baiknya jika wang berkenaan di gunakan untuk membina bazaar rakyat yang dapat meningkatkan taraf ekonomi umat islam. Ramai yang boleh merasai nikmatnya. Tetapi jika di beli hotel apakah faedahnya kepada si fakir miskin , atau si muallaf? Cuma sekali sekala MUIP mungkin golongan ini akan dipanggil mereka berkursus untuk menyuntik pendapatan kepada MUIP sendiri. Rakyat perlu tahu semua ini, jika tidak mereka pasti akan terus curiga dengan tindakan beberapa orang pegawai MUIP yang jelas terpesong daripada tujuan sebenar penubuhan jabatan itu. Islam apa yang mahu diperjuangkan jika mereka lebih mengutamakan soal pelaburan duniawi semata-mata. Maka, MUIP digesa mengkaji hala tuju mereka sebelum beriya-iya mahu jadi sebuah badang korporat dalam negara ini. Ingat, Allah melihat apa yang anda kerjakan].

Dana PDO: Sumbangan Ikhlas Amat Di Harapkan

Posted: 05 Mar 2012 01:29 AM PST

Menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi, maka Pahang Daily Online (PDO) kini mengorak langkah baru untuk terus mewarnai politik di Negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya. Terlalu banyak ranjau berduri yang kami lalui dalam memaparkan bahan berita menarik dan terkini kepada para pembaca. Selama kami bergerak tanpa sebarang dana dan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak, PDO telah berjaya memberikan yang terbaik kepada semua. Walau pun ada yang tidak berpuas hati dengan beberapa artikel dan pendedahan panas yang kami lakukan, namun secara majoritinya lebih ramai lagi yang percaya kewujudan PDO telah membawa perubahan besar terhadap perjuangan rakyat di bumi Pahang ini sebenarnya. Selama ini kami terpaksa menghadapi segala rintangan dalam perjuangan secara sendiri tanpa sokongan padu daripada mana-mana pihak. Itu pun kami berjaya membawa yang terbaik kepada pembaca. Kami terpaksa berhadapan dengan berbagai musibah yang melanda, hingga terkadang ramai krew-krew kami terpaksa menarik diri dari terus berkarya. Kini seleras dengan era baru dalam meniti arus perjuangan maka kami amat berbesar hati andainya ada pihak-pihak tertentu dapat membantu dana kami yang semakin merudum sekarang ini. Kami amatlah memerlukan dana bulanan untuk membolehkan krew-krew kami bernafas dan bergerak. Jika tidak, banyak bahan berita terkini tidak dapat kami paparkan gara-gara ketiadaan dana untuk bergerak ke lokasi yang berkenaan. Maka, kami amatlah mengharapkan juga bantuan daripada semua pembaca untuk menyumbang dana bagi membantu Pahang Daily Online (PDO). Ia sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk terus berjuang di alam siber untuk masa akan datang. Kami sedia berunding dengan mana-mana pihak yang ingin menaja blog ini jika diizinkan. Kepada anda yang bermurah hati dan prihatin untuk menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkannya ke akaun CIMB 06-10000-1938-208 . Info, sila SMS atau hubungi 019-2845511.

Adam Adli Serta Chegubard Hadir Ke Bicara Anak Muda Dan Pelancaran SAMM Pahang Di Temerloh

Posted: 05 Mar 2012 01:12 AM PST

TEMERLOH, 5 Mac - Pemimpin mahasiswa yang digantung dari pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Adam Adli (foto) bakal turun berceramah di Perkarangan Pejabat Keadilan Temerloh, Simpang Taman Saga Mentakab malam ini. Adam Adli dikenakan tindakan mahkamah di bawah Akta Kolej & Universiti Kolej (AUKU) gara-gara mengadakan demontrasi menuntut kebebasan suara mahasiswa. Malah, nama beliau mulai panas apabila tindakan beraninya menurunkan bendera gambar Perdana Menteri untuk kemudiannya digantikan dengan bendera kebebasan akademik di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) satu ketika dulu. Beliau ditohmah dengan berbagai tuduhan atas perbuatan tersebut, hingga akhirnya membawa kepada penggantungan beliau daripada pengajiannya di UPSI. Minggu lalu, beliau telah hadir bersama rakyat di Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 dekat Kuantan. Malam ini dia akan bersama Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) di Majlis Bicara Anak Muda dan Pelancaran SAMM Pahang. Turut bersama pada malam ini ialah Peguam PAS iaitu Abdullah Karim dan juga wakil dari Pemuda Orang Asli, Shafie Idris.

Iklaneka: Penampilan Diri Kini Tambah Menawan Dengan Hanya Mengamalkan Produk Hebat EVO8

Posted: 05 Mar 2012 01:00 AM PST

Pasti ramai yang terkejut melihat penampilannya, Walau pun sudah berusia melebihi angka 50 an namun Kak Wanie (foto) nampak kelihatan anggun dan bergaya. Itulah yang boleh diperkatakan kepada sesiapa saja yang melihat kelibatnya di Kedai Emas Noni, Jalan Makota berhadapan dengan Pejabat Pos Kuantan. Beliau yang sudah lama mengusahakan perniagaan kedai emasnya itu tidak lokek dan mengaku, keceriaan dan keyakinan dirinya meningkat selepas menggunakan produk EVO8 keluaran syarikat Evo Freedom International. "Saya akui dalam usia sebegini sudah pasti ramai yang tidak mahu menjaga kecantikan mereka, baik luaran mahu pun dalaman. Namun, Alhamdullillah selepas saya mengamalkan penggunaan produk EVO8 kini saya rasa benar-benar berubah", kata beliau. Bagi mereka yang kali pertama bertemu beliau pasti akan terkejut dengan penampilan dirinya yang jauh lebih muda dari usia sebenar. "Ramai yang tanya, apa yang saya amalkan. Mereka ingat saya gunakan produk yang mahal-mahal sebelum ini... tapi bila saya kata saya amalkan EVO8 yang begitu murah ... ramai yang tak percaya pada mulanya. Tapi selepas saya suruh mereka cuba, kini mereka mula serasi dengan produk ini. Saya menyeru wanita-wanita di Malaysia untuk amalkan produk EVO8 mulai sekarang. Nescaya suami-suami anda tak keluar rumah lagi pada waktu malam sebab produk ini memang pengikat kasih sayang", tambah Kak Wanie lagi. Beliau turut mempelawa para usahawan wanita yang berminat untuk menjadi pengedar prdouk ini di seluruh negara mulai sekarang, bagi menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa.


Video, salah seorang daripada testimoni pengamal EVO8 dari Muar Johor

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini dan seterusnya menjadi agen berdaftar, sila hubungi talian yang tertera: KUANTAN; Kak Wanie (012-9878255), KERTEH; Kak Yus (016-9369424), PAKA; Rubiah (013-9127610) RAUB; Nurul (017-9198280), ROMPIN; Kak Mas (017-9240851), SELANCAR; Hafizah (019-7955854), INDERA MAHKOTA; Lin (017-9606176), TERUNTUM; Linda (014-8115125), CHINI; Suzie (013-9408746), TEMERLOH; Kak Emma (019-9450130), MENTAKAB; Ju (013-9822820), BT.SAGU; Wanie (014-8051901), JENGKA; Hamisah (017-7969750), KEMAMAN; Kak Wan (019-9833209), KUALA KRAI; Jue (013-9537220), SHAH ALAM; Tini (013-9526634), N.SEMBILAN; Roha (017-8828214), NARATIWAT,THAILAND; Kameerayah (017-9522995). Pengedar diperlukan. Info, klik DI SINI.

Iklaneka: 'Mati Pucuk Enam Tahun', Kini Hampir Pulih Sepenuhnya Dengan Hanya Amalkan EVO7

Posted: 05 Mar 2012 12:38 AM PST

Berita baik untuk rakyat Malaysia terutamanya para suami (lelaki) yang bermasalah dalam penyakit Mati Pucuk yang kritikal. Kini satu penemuan baru dalam bidang kesihatan telah ditemui. Demikian ditegaskan oleh Mohd Jadi Abdullah (foto), 56. Beliau yang merupakan seorang peneroka felda di Gugusan Purun, Triang Pahang itu kini hampir pulih sepenuh selepas mengamalkan produk EVO keluaran syarikat Evo Freedom International. "Saya alami sakit mati pucuk sejak enam tahun yang lalu. Macam-macam produk dah saya makan ... tp kesannya tidak berapa ketara. Namun, selepas diperkenalkan dengan produk EVO kini kesihatan saya semakin baik", kata beliau. "Dulu bacaan kencing manis saya ialah 18 mmol, malah doktor ada mengatakan saya juga mengalami masalah lain seperti paru-paru berair, darah tinggi, buah pinggang, batuk kering dan sebagainya. Saya tak boleh buat kerja berat dan susah nak tido. Tapi alhamdulillah... sekarang saya hampir pulih sepenuhnya. Setelah mengambil 4 sachet EVO-7 , alat sulit kembali normal. Kencing manis turun (bacaan 13). Dengan mengambil EVO-7 sepenuhnya semua masalah saya sudah tiada. Kini kencing manis (bacaan 8) dan isteri saya cukup bahagia", tambah beliau lagi. Beliau yang turut mengalami sakit pinggang dan belakang yang teruk, sakit usus dan dalam perut, batuk yang teruk dan sakit saraf seluruh badan kini kelihatan semakin ceria dan sihat selepas mengamalkan produk terbabit.


"Saya menyeru kepada mereka yang mengalami masalah yang sama seperti saya, cepat-cepatlah dapatkan produk ini sekarang. Mana tau, jika diizinkan Allah.. penyakit tuan-tuan juga akan pulih seperti saya. Ingatlah, jika kita ada banyak wang sekali pun, tapi kesihatan kita tidak mengizinkan, maka kita tidak bahagia dalam hidup. Jangan sayang duit, hubungi saya ditalian 019-9337201 jika tidak yakin dan nak tau lebih lanjut", katanya lagi. Dapatkan produk atau jadi pengedar, hubungi :-

K.LUMPUR; Remy (013-2817199), SELANGOR; Joe (013-9405390), J.BAHRU; En.Mat (010-8216359) JERANTUT; Cikgu Ali (019-9872152), TEMERLOH; Sabaruddin (013-9512607), RAUB; Zuraidi (017-9543112), NERAM; Hassan (019-9010868), KEMAMAN; Man (010-3144104), CHINI; Razli (013-9663877), ROMPIN; Saufi (014-5236163), K.TERENGGANU; Hj.Ismail (019-9194870), DUNGUN; Jamal (013-9350127), TOK SIRA; Hj.Razak (019-9877071), JERTEH; Din (019-9843476), BKT.SETONGKOL; Mizo (013-9260071), SG.ISAP; Pak Usop (016-9615861) - Pengedar diperlukan di seluruh negara. Info lanjut, sila klik DI SINI sekarang juga .

Tragedi: Dua "Pelancong India" Terbunuh, Dalam Kemalangan Di Genting Highlands Awal Pagi Tadi

Posted: 05 Mar 2012 12:08 AM PST

BENTONG, 5 Mac - Dua pelancong warga India terbunuh selepas bas yang mereka naiki bersama 20 lagi penumpang senegara terbabas sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, pagi tadi. Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu bas berkenaan yang dilaporkan membawa pelancong India dari pusat peranginan itu menuju ke ibu negara dilaporkan hilang dikawal sebelum merempuh tembok pembahagi jalan. Kejadian mengakibatkan semua 22 penumpang dan dua pemandu bas yang juga warga tempatan tersepit selepas bas berkenaan yang disewa daripada Syarikat Star Mart Ekspres terbalik. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita berusia 55 tahun yang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa adalah lelaki yang disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Kita terpaksa memecahkan bahagian bumbung bas bagi membawa keluar semua mangsa termasuk menarik mereka yang tersepit dicelah-celah bumbung bas yang pecah akibat kemalangan itu." katanya. Pihak penyelamat diketuai Jabatan Bomba Dan Penyelamat terpaksa membawa keluar mangsa seorang demi seorang dan membawa keluar mangsa dengan berhati-hati bagi mengelak mangsa mengalami kecederaan lebih serius. Katanya lagi mangsa yang kebanyakan mengalami cedera parah dikejarkan ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut. Sehingga kini pihak polis menahan pemandu bas berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dalam keadaan merbahaya hingga mengakibatkan kematian. "Kita juga masih menyiasat sama ada kejadian berpunca daripada masalah sistem brek bas atau bas dipandu dalam keadaan laju ketika menuruni bukit dan melalui selekoh," katanya lagi. Sementara itu Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menerusi Ketua Polis Pahang menyampaikan ucapan takziah terhadap semua mangsa yang terlibat itu.


Ngeri, keadaan ditempat kejadian selepas kemalangan tersebut pagi tadi

[Pahang Daily Online juga merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Sememangnya bagi mereka yang pertama kali memandu di kawasan terbabit akan panik dan bermasalah jika sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Jalan ke Genting, curam dan cukup berbahaya. Mujurlah bas terbabit tidak jatuh ke dalam gaung yang berhampiran. Jika tidak, pasti ramai lagi mangsa yang akan terlibat. Apapun, semua pihak diminta berhati-hati dengan pemanduan mereka. Kita tidak mahu ada mangsa yang terbunuh atas kealpaan pemanduan itu sendiri. Terkadang kita juga terkejut melihat gelagat teksi dan kereta sewa dari Genting ke KL atai sebaliknya, yang begitu selesa membawa kenderaan mereka selaju yang mungkin di jalan terbabit. Ingat, malang tidak berbau. Biar sampai lambat tapi jangan tak sampai langsung. Itulah formula kesedaran yang perlu ada kepada semua pihak, malah ia patut diamalkan].

Panas: Pembeli Kecewa, PM Najib Tergamak Tutup Mata Menyelesaikan Masalah Projek Terbengkalai Yang 'Hanya 150 Meter Dari Rumahnya' Di Pekan !

Posted: 04 Mar 2012 10:15 PM PST

PEKAN, 5 Mac - Para pembeli rumah di Taman Rendang Azalea yang letaknya hanya kira-kira 150 meter dari kediaman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto) di sini kecewa akibat projek itu yang kini terbengkalai sejak empat tahun lalu. Pembeli yang rata-ratanya adalah guru dan kakitangan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Menurut salah seorang pembeli yang ditemui, perkara ini sudah diajukan kepada pihak atasan namun hingga kini keadaannya tetap sama. "Sampai bila kami harus menunggu?. Taman ini begitu dekat dengan rumah PM di Pekan.. takkanlah PM tak nampak atau tak dimaklumkan. Surat sudah kami hantar kepada Wakil Rakyat setempat, ADUN Peramu Jaya (YB Ibrahim Awang). Dia kata nak tolong.. tapi habuk pun tak dak. Malah kami juga sudah panjangkan perkara ini kepada PM sendiri melalui Setiausaha beliau iaitu Sato' Sheikh Fauzi .. jawapannya tetap sama.. tunggu..tunggu..tunggu.. tiada apa-apa tindakan yg dilakukan pihak terbabit. Sampai bila kami harus begini... bulan-bulan kami perlu bayar loan bank", katanya. Jika isu ini berlaku di kawasan lain seluruh negara, mungkin ia tidak menjadi masalah. Namun, anehnya ia berlaku di kawasan parlimen PM Najib Razak sendiri di Pekan. Mana mungkin Perdana Menteri yang kini bercakap berdegar-degar untuk membela dan menjaga kebajikan rakyat di seluruh negara tiba-tiba rakyat sendiri hidup merana dan tersiksa. Malah, ramai pembeli yang kecewa itu khabarnya akan berpaling tadah dan tidak akan mengundi Najib lagi pada PRU13 ini. "Janji tinggal janji, dekat luar bising nak tolong orang, nak bela orang, nak jaga kebajikan dan macam-macam. Tapi kami rakyat Pekan sebenarnya hidup merana biar pun Najib anak beranak jadi PM sejak sekian lama. Pekan terus mundur dan jika ada pembangunan pun kini tinggal menjadi gajah putih macam projek minyak dan gas di Tanjung Agas. Najib hanya menjaga orang-orang Kemboja dan warga asing lain yang kini semakin ramai mendiami Pekan. Semua itu untuk undi PRU nanti. Sebaliknya kami orang-orang Melayu menjadi mangsa beliau. Benda sekecil ini pun dia tak boleh nak tolong.. tak payahlah berjanji itu ini untuk menipu rakyat. Kami akan kempen jatuhkan Najib sama masa PRU10 dulu. Ingat, kuasa ditangan rakyat!", tambah seorang lagi pembeli.


Inilah butki, taman perumahan yang sudah empat tahun terbengkalai itu

Cuba lihat, lalang sudah semakin tinggi menghiasi kawasan rumah terbabit

[Sebenarnya memang sudah lama rakyat Pekan terutamanya orang Melayu sedar akan senario ini. Perdana Menteri sudah dua kali dari Pekan, tapi bandar Pekan dan pembangunan di sekitarnya masih ditakuk lama. Projek yang ada sekali pun semuanya dimonopoli oleh orang luar (kontraktor), sedangkan orang Pekan sendiri tidak dapat merasai nikmatnya. Apa yang jelas dapat dilihat Najib lebih berselera menjaga orang luar dari orang Pekan sendiri. Malah, dia lebih sayangkan warga asing dari Kemboja dari orang Melayu Pekan sendiri. Ekonomi di Pekan kini semakin dimonopoli oleh orang asing terutamanya di Tanjung Agas. Paling mengejutkan Pekan mendapat penambahan pengundi yang cukup luar biasa iaitu mencecah 80,000 orang dari sebelumnya. Walhal, pengundi Melayu tetap seperti dulu. Persoalannya, dari mana pengundi tersebut datang. Inilah yang memusykilkan. Masalah yang dihadapi oleh pembeli rumah seperti yang didedahkan ini melibatkan orang Melayu Pekan. Bayangkan jika pembeli adalah orang Kemboja, maka sudah pasti tindakan segera akan diambil. Inilah fenomena yang berlaku dan menghantui rakyat Pekan mutakhir ini].

Misi Damai PAS: Azizan 'Kekal MB Kedah' Dan Dua Exco Di Minta Terima Tawaran Kekalkan Jawatan!

Posted: 04 Mar 2012 09:16 PM PST

KUALA LUMPUR, 5 Mac - Misi damai yang diusahakan PAS Pusat telah mencapai tiga langkah penyelesaian dengan mengekalkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (foto) sebagai Menteri Besar Kedah selain meminta dua Exco, yang sebelum ini menolak tawaran dilantik semula bagi penggal 2012/2013, akan terus kekal dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri. Difahamkan, ekoran keputusan itu, Azizan akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat meskipun mandat semasa hanya akan berakhir suku kedua tahun depan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berikutan pertemuan khas bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Alor Setar, yang hanya berakhir jam 3 pagi semalam, Azizan telah diminta meneruskan tugasnya seperti biasa. "Selain itu, Pas Pusat juga sebulat suara mahu Datuk Ir Phahrolrazi (Zawawi) dan Dr Ismail Salleh kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri Kedah," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini. Selain dua langkah itu, PAS Pusat akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama bertanggungjawab memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri yang diterajui PAS dan juga negeri-negeri yang PAS adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut. Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP menerajui kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Azizan merupakan Menteri Besar penggal pertama dan menerajui kerajaan negeri Kedah sejak Mac 2008. Selain Kedah, wakil PAS juga merupakan Menteri Besar bagi Kelantan iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyandang jawatan itu sejak 1990. Pada pertemuan khas misi damai yang berlarutan lebih lima jam, Dr Ismail tidak hadir tetapi keputusan sebulat suara itu telah dimaklum kepadanya. "Kedua-dua Exco sudah tahu keputusan ini, dan itu yang kami putuskan," kata Mustafa.


Dua Exco Kedah iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh
yang menghangatkan isu krisis dalaman parti itu di negeri terbabit
Ketika ditanya sama ada kedua-dua Exco telah memberi jawapan atau tidak, Mustafa berkata, pihaknya optimis yang kedua-dua mereka akan kembali menerima tawaran pelantikan semula. Kemelut kepimpinan PAS Kedah tercetus apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail meminta untuk tidak dilantik semula kerana dikatakan tidak selari dengan Azizan sehingga memaksa campur tangan kepimpinan PAS Pusat. Selepas kedua-dua mereka menolak tawaran pelantikan semula, hanya lapan orang mengangkat sumpah pada Selasa lalu. Mandat sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah akan berakhir Rabu ini. Susulan perkembangan itu, PAS Pusat menghantar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebagai 'duta khas' bagi mencari jalan penyelesaian dan satu pertemuan diatur antara barisan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhububungan Negeri Kedah. Di Kedah, Azizan merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri manakala Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing adalah timbalannya.

[Krisis yang berlaku di Kedah ini telah membuka ruang yang seluas-luasnya untuk dijadikan senjata oleh media arus perdana bagi membuktikan Kerajaan Negeri Kedah dibawah Pakatan Rakyat tidak dapat bersatu hati dalam pentabdiran sebenarnya. Justeru, semua pihak diminta berhati-hati dengan permainan politik masing-masing agar ia tidak dijadikan isu besar menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Jika ia terjadi kepada negeri yang ditadbirir oleh BN mungkin tidak menjadi masalah. Namun, kes yang berlaku itu melibatkan semua pemimpin PAS. Apakah masih ada pemimpin yang tidak boleh sebulu walau pun duduk dalam jemaah yang sama?. Inilah yang memusykilkan rakyat sekarang ini. Mereka melihat dan memerhati setiap apa yang terjadi. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan hendaknya, terutama menjelang PRU-13 nanti].

Lynas: Rakyat Terkejut Kenyataan Najib, Terbukti Kerajaan Tersilap Bawa Masuk Projek Berisiko Itu

Posted: 04 Mar 2012 04:39 PM PST

TEMERLOH,5 Mac - Rakyat terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan sisa buangan Lynas yang mengandungi radioaktif akan dibuang jauh dari kawasan penempatan penduduk, tetapi masih dalam negara sedangkan lesen operasi sementara telahpun dikeluarkan. "Kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa keadaan ini berlaku kerana bukan setelah lesen dikeluarkan barulah kita terhegeh-hegeh tapak pelupusan baru nak dikenal pasti. "Ini ditambah pula dengan kekeliruan kerana bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan Dato Seri Liow Tiong Lai yang meminta syarikat Lynas di Malaysia diarah menghantar sisa-sisa nadir bumi balik ke Australia selepas diproses di kilangnya di Kuantan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim (foto) dalam satu kenyataan. Sebelum ini, Liow berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia. Sebelum ini kerajaan Australia telah menolak permohonan tersebut. Mereka tak nak cari 'mampuih' nak membawa pulang sisa radioaktif ke negerinya. Mengenai keengganan Australia untuk menerima sisa tersebut, Liow sekali lagi menolak isu itu kepada Lynas, dengan mengatakan ia adalah masalah yang perlu diuruskan oleh syarikat Australia tersebut. Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain pada April lepas. Walaupun Liow menyatakan bahawa keputusan itu ialah keputusan kabinet, tetapi Najib tetiba pula pada 2 Mac mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, akan dipindahkan ke lokasi lain di Malaysia yang jauh dari penempatan penduduk. Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak dan menolak tanggapan bahawa keputusan itu dibuat hasil daripada desakan pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan. "Kita nak rakyat rasa selamat," katanya. Kenyataan PM, kata Tuan Ibrahim langsung tidak meyakinkan kerana isu sisa kilang rare earth di Bukit Merah, Perak sehingga kini masih belum diurus dengan baik. Masih terdapat sekurang-kurangnya 3000 tong sisa yang masih belum diurus dan tapak sisa lama tidak diselenggara dengan baik sebagaimana yang telah dijanjikan.


Kerajaan akan terus berhadapan dengan bantahan rakyat jika teruskan
juga projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Gebeng

Berlatarbelakangkan ini, kata Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, adalah dangkal untuk meminta rakyat mempercayai kenyataan PM yang berkata kilang Lynas adalah selamat. "Kenyataan PM tidak lebih hanya sekadar meredakan kemarahan rakyat dan kata dua rakyat, samada tutup kilang Lynas atau sedia dihukum di PRU akan datang," kata Tuan Ibrahim. Tambah beliau, PAS menegaskan bahawa hasrat rakyat ialah agar kerajaan mendesak Australia menerima semula sisa buangan yang dianggap tidak mendatangkan bahaya ini. "Kalaulah pelbagai insentif boleh disediakan oleh kerajaan kepada syarikat Lynas dari Australia itu untuk beroperasi di Gebeng seperti menyediakan kawasan seluas 200 ekar, pelepasan cukai 12 tahun serta pelbagai kemudahan lain, apakah Australia tidak sanggup untuk menerima semula sisa buangan yang tidak mendatangkan sebarang bahaya ini? Tambahan pula benua Australia mempunyai ribuan hektar kawasan tanpa penghuni jika dibandingkan dengan Malaysia," sindir Tuan Ibrahim. Kerajaan, katanya perlu bertegas bagi membuktikan bahawa sisa tersebut tidak mendatangkan apa-apa bahaya kepada kemanusiaan dan alam sekitar dengan membuat desakan tersebut. "PAS ingin menegaskan bahawa dimana sahaja sisa tersebut akan dibuang di negara ini, PAS akan bersama rakyat bangkit menentangnya habis-habisan," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

[Kenyataan bercelaru isu Lynas oleh Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan ini jelas sekali membuktikan mereka tidak bersepakat sebenarnya dengan projek ini. Apa yang penting ialah ada pihak-pihak tertentu yang hanya akan mengejar keuntungan peribadi melalui komisyen yang diterima akibat membawa masuk kilang terbabit ke Malaysia. Lantaran itulah, mereka sedaya upaya cuba mempertahankan Lynas walau pun mereka tahu kilan tersebut memang merbahaya dan mempunyai risiko kepada rakyat. Keuntungan dunia yang dicari menyebabkan mereka sanggup melakykan apa saja. Itulah budaya yang diamalkan oleh sebuah kerajaan yang korupsi. Laungan "rakyat didahulukan" hilang entah ke mana. Apa yang lebih penting ialah habuan yang akan mereka perolehi nanti. Sebab itu kita hairan, apa yang kerajaan akan dapat dengan Lynas sedangkang mereka tidak perlu membayar cukai selama 12 tahun?. Bawa masuk projek berisiko dan dapat perlepasan cukai. Sedangkan rakyat Malaysia, mahu makan di restoran makanan segera atau kedai-kedai mamak sekali pun terpaksa membayar cukai. Itu belum termasuk cukai tanah dan cukai pintu lagi. Tiba-tiba, sebuah kilang yang ditolak oleh negara sendiri pun boleh datang ke sini dan tidak dikenakan cukai oleh kerajaan. Rupanya mereka "ada undang di sebalik mee", untung datangnya dari arah lain. Sebab itulah mereka bermati-matian pertahankan Lynas].

Panas: Ramai Kecewa Tulisan Fitnah Dr.Mashitah Ibrahim Dalam Akhbar Sinar Harian Sabtu Lalu !!

Posted: 04 Mar 2012 04:20 PM PST

Ramai yang terkejut bila membaca tulisan Dr Mashitan Ibrahim (foto) di akhbar Sinar Harian, Sabtu lalu (3 Mac). Apa tidaknya, bekas pendakwa bebas itu dilihat sudah semakin pandai untuk membuat cerita fitnah dan memburuk-burukkan orang lain demi mengipas tuannya. Ia mungkin kerana beliau tidak mahu namanya tertinggal sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang agaknya. Kenyataan Ustazah Mashitah yang cukup popular dengan "Seminar Belaian Kasih" itu dulu, kini sudah terlalu jauh terpesong. Ternyata beliau mula selesa dan serasi dengan jalan yang dipilihnya sekarang. Mashitah bukan lagi seorang Ustazah yang pernah kita kenali dulu. Beliau sudah mula melihat dunia adalah segalanya selepas dilantik ke dalam kabinet UMNO Barisan Nasional satu ketika dulu. Selesa dengan profolionya sebagai Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Mashitah kini dilihat berjaya meyakinkan pentadbiran kerajaan BN untuk terus mengekalkan beliau diposisi itu. Lantaran itulah, kita tidak hairan Mashitah semakin berani cuba mengulas isu skandal seks dan krisis politik Pakatan Rakyat seperti yang disiarkan oleh akhbar berkenaan baru-baru ini. Beliau mengulas dan mengulangi (ulangtayang), cerita seks yang direka dan diolah oleh puak-puak UMNO selama ini. Cerita yang dipopularkan oleh para blogger UMNO itu telah diulas dengan hanya menggunakan akal fikiran semata-mata oleh Mashitah. Antara isu terbabit ialah yang melibatkan kes Dr.Badrulamin Bahron yang dikatakan terlibat dengan skandalnya di Kuantan baru-baru ini. Di samping itu, dia turut mengulas tentang skandal seks yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut disentuh berkaitan kes khalwat Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu biar pun pemimpin terbabit disahkan tidak bersalah oleh mahkamah ketika itu. Paling mengejutkan, Mashitah turut mengambil laporan blogger UMNO berkaitan isu ADUN Selising (PAS) dikatakan berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Tidak cukup dengan itu, beliau juga menfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dikatakan pernal skandal dengan anak dara sunti berumur 10 tahun. Itulah antara cerita fitnah seks yang ditulis oleh Mashitah dalam akhbar terbabit.

[Bahagian paling sesat dalam tulisan Mashitah ialah pada penutupnya. Beliau dengan bangganya menyeru rakyat jelata supaya tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Malah katanya mereka juga tidak perlu terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang yang dipakai oleh pemimpin terbabit. Kenyataan Mashitah ini seolah-olah beliau cuba untuk menghina sunnah Nabi Muhammad SAW sebenarnya. Beliau jelas sudah lupa siapakah dirinya sekarang. Mashitah perlu kembali ke jalan kebenaran jika tidak mahu dirinya tersesat buat selamannya. Sia-sia sahaja segala ilmu agama yang ada padanya, bila tergamak meletakkan diri beliau setaraf dengan ahli UMNO "kedai kopi" dengan mengambil cerita fitnah yang ditulis oleh blogger pro kerajaan untuk di sebar kepada umum. Maka itulah, kita tidak hairan bila Mashitah boleh mencukur keningnya untuk kelihatan anggun dan jelita, seperti foto dibawah ini. Sesungguhnya beliau kini sudah jauh berubah sebenarnya].

Tiada ulasan: