Ahad, 4 Mac 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bongkar: Pondok "Skim Rondaan Sukarela", Yang Akan Di Rasmi MB Rupanya Berharga RM75,000 !

Posted: 03 Mar 2012 09:40 AM PST

KUANTAN, 4 Mac - Hari ini, Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob dijangka akan hadir merasmikan pondok Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Taman Yew Hong, Indera Mahkota dekat sini. Difahamkan, pondok terbabit akan menjadi pusat operasi SRS di kawasan terbabit. Bangunan berkenaan telah pun siap dibina sejak beberapa bulan lalu. Namun, kini banyak persoalan yang timbul terhadap projek ini. Apa tidaknya, PDO mendapat maklumat pondok terbabit yang harganya sekitar RM5,000 hingga RM10,000 itu telah dibina dengan harga yang lebih tinggi iaitu mencecah RM75,000. Maklumat telah disalurkan oleh beberapa orang ahli SRS dan KRT (Kawasan Rukun Tetangga) taman berkenaan. "Kami hairan, kenapa harga pondok tersebut boleh mencecah ke angka RM75,000?. Sedangkan ia hanya digunakan untuk kegiataan SRS sahaja. Adalah lebih elok, peruntukan sebanyak itu diberika kepada KRT untuk jalankan berbagai aktiviti kemasyarakatan membabitkan penduduk setempat. Saya syak pasti ada orang dalam yang makan besar dengan projek ini", kata salah seorang daripada mereka. Tinjauan kami ke lokasi petang semalam mendapati, pondok terbabit suidah tersergam indah di taman berkenaan dan menunggu masa untuk dirasmikan oleh MB Pahang. Melihat kepada reka bentuk bangunan pondok itu, ternyata harganya amatlah tidak munasabah sekali. Namun, PDO akan mendapatkan maklumat lanjut untuk menyiasat isu ini. Jika benar dakwaan tersebut maka sahlah ada pihak yang kaut untung dengan projek ini. Namun, apakah mereka itu dari kalangan pemimpin pembangkang?. Sudah pasti tidak, kerana ia merupakan projek kerajaan UMNO BN. Maka, siapakah mereka yang terlibat itu agaknya?.


Inilah bangunan pondok SRS yang akan dirasmikan Menteri Besar Pahang

Percayakah, bangunan pondok sebegini harganya mencecah RM75,000

[PDO akan menyiasat lebih lanjut perkara ini dan jika benar terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam projek berkenaan maka tindakan susulan akan dibuat. Kita tidak mahu rakyat ditipu dengan satu projek yang menguntungkan orang-orang tertentu dalam UMNO. Jika dulu, mungkin mudah untuk mereka tipu rakyat. Tapi sekarang, "mata-mata gelap" berada di mana-mana untuk menghantar maklumat. Malah, dalam SRS dan KRT sendiri pun ada maklumat yang akan terlepas keluar sebenarnya. Apa yang penting, biar rakyat tahu inilah cara mereka mengagih-agihkan kekayaan negara. Jika mereka yang dibawah pun sudah "makan besar" sebegini, maka apatah lagi mereka yang berada di atas. Di harap MB Pahang bertanya dulu kos pondok SRS terbabit sebelum merasmikannya hari ini. Pembongkaran harus dilakukan demi menyedarkan rakyat agar tidak tertipu selamanya].

Panas: Penduduk Kecewa, Gara-Gara MB Datang Penganjur Dirikan Khemah Di Atas Jalan Utama !

Posted: 03 Mar 2012 09:15 AM PST

KUANTAN, 4 Mac - Para penduduk di sekitar kawasan Taman Yew Hong, Indera Mahkota dekat sini kecewa dengan tindakan pihak penganjur majlis perasmian pondok Skim Rondaan Sukarela (SRS) membina khemah-khemah (kanopi) di atas jalan utama di taman terbabit. Ini menyebabkan mereka dan termasuk juga orang ramai yang lalu di situ menghadapi kesulitan melalui jalan tersebut. Difahamkan, majlis perasmian program itu akan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob hari ini. Kerja-kerja pemasangan khemar terbabit telah dijalankan sejak semalam. Orang ramai dilencongkan ke jalan lain ketika kerja-kerja tersebut dilakukan dan kemungkinan besar mulai hari ini mereka tidak dibenarkan lagi melalui jalan itu hingga program selesai. Persoalannya yang timbul, kenapa ia dibuat di atas jalanraya?. Sedangkan padang awam hanya terletak beberapa meter saja dari lokasi berkenaan. "Kenapa begitu bodoh dan menyusahkan orang ramai?. Kenapa tidak dibuat atas padang yang lebih selesa dan tak ganggu lalu lintas. Bukankah MB boleh berjalan melintas jalan untuk rasmikan pondok SRS itu. Lagi pun jaraknya tidaklah terlalu jauh. Kenapa perlu tutup jalan?. Adakah MB terlalu manja hingga terpaksa buat khemah untuk perasmian pondok terbabit begitu dekat dengan lokasi tersebut. Nak mengampu pun tengok tempatlah...", kata seorang penduduk yang ditemui. Dia kecewa kerana pihak penganjur begitu "pendek akal" dengan menutup jalan sedangkan ada padang yang cukup luas berdepan dengan lokasi itu.


Bukti, khemah (kanopi) telah dibina di atas jalan utama taman terbabit
[Tinjaun krew PDO ke lokasi berkenaan mendapati sememangnya tidak wajar khemah terbabit dibina betul-betul atas jalan utama. Sedangkan ia adalah laluan masuk penduduk ke Taman Pasdec Makmur bersebelahan. Akibat penutupan jalan itu, maka orang ramai terpaksa berpusing jauh dalam keadaan bersesak-sesak untuk ke kediaman mereka. Tindakan penganjur yang "tidak cerdik" itu menyebabkan sebahagian besar penduduk marah dan kecewa. Mungkin mereka mahu mengampu MB Pahang dengan membina khemah dengan jarak yang begitu dekat dengan pondok SRS yang mahu dirasmikan itu. Namun, sepatutnya pihak terbabit sedar bahawa perbuatan itu jelas menyusahkan orang ramai dan tidak masuk dek akal. Sepatutnya mereka bertanya terlebih dahulu dan bawa berbincang sebelum melaksanak kerja-kerja berkaitan. Apa yang berlaku ini tidak lebih untuk mengampu MB Pahang demi kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu sebenarnya. Senario ini amatlah mendukacitakan !!].

Tiada ulasan: